Ahmad Johnie Serikan Majlis Berbuka Puasa SK Bruan Mapal

Disiarkan pada 18 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


MATU: Majlis Berbuka Puasa anjuran Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal, Matu tahun 2025 diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Program pada Isnin di Surau Darul Insyirah, SK Bruan Mapal itu menyaksikan seramai 10 penerima menerima Sumbangan Kasih Ramadan sebagai usaha meringankan beban keluarga dalam menyambut sempena bulan Ramadan.

Selepas berucap, Ahmad Johnie menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan kepada penerima.

Majlis berbuka puasa berlangsung pada jam 6.47 petang, diikuti dengan solat Maghrib dan jamuan berbuka.

Ahmad Johnie kemudiannya menunaikan solat Isyak dan Tarawih berjemaah sebelum majlis bersurai sekitar jam 9.15 malam.

Dalam pada itu, para ibu bapa dan penjaga turut menyumbang juadah makanan secara potluck, menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Turut hadir pegawai daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Daro, Pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak, Pejabat Daerah Matu, YDP PIBG SK Bruan Mapal, serta Komuniti dari Kampung Loba Balu dan Rumah Panjang Bruan, Matu. - EDISI UKAS