Hospital Kapit Terima Sumbangan Kerusi Roda, Penapis Air

Disiarkan pada 17 Mar 2025
Sumber Berita: UKAS


KAPIT: Prihatin dengan keperluan mendesak di Hospital Kapit, Persatuan Tai Ci Kapit dan Persatuan Pemilik Kedai Kapit tampil menyumbang lapan unit kerusi roda untuk kegunaan pesakit.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang Dan Istiadat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat pada Ahad.

Hospital Kapit amat memerlukan kerusi roda untuk menambah bilangan unit yang sedia ada sebelum ini.

Dalam pada itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kapit turut bermurah hati menyumbang dua unit penapis air kepada Hospital Kapit.

Selain itu juga, Persatuan Tai Ci Kapit dan Persatuan Pemilik Kedai Kapit turut menyumbang 'ang pow' kepada pesakit di hospital itu. - EDISI UKAS