Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Warga Kuching Meriahkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia 2024

KUCHING: Lebih 1000 warga Kuching memeriahkan Jelajah Agenda Nasional Malaysia (ANMS) Sihat 2024 Bahagian Kuching Siri 3 yang dianjurkan sempena Kejohanan Muay Thai Piala Yang Dipertua Negeri Sarawak 2024 pada 5 Oktober lepas. Pelbagai aktiviti berbentuk kesihatan diadakan bertempat di Panggung Udara (Amphitheatre) Kuching sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga Kuching. Antaranya aktiviti fun walk yang disertai kira-kira 200 peserta selain pameran dan saringan kesihatan, demonstrasi muaythai, pertandingan mewarna, pertandingan karaoke, cabaran e-sport dan e-game, cabutan bertuah serta saringan ujian kecergasan dan kuiz ANMS oleh pasukan Wellness On Wheels (WoW) Cawangan Promosi Kesihatan JKN Sarawak. Program dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Kesihatan Bahagian Kuching Dr. Johnny Pangkas serta Presiden Persatuan Muaythai Sarawak Jumaat Haji Ibrahim yang turut menyempurnakan flag off Fun Walk. Acara dimulakan dengan sesi senamrobik yang diketuai oleh Coach Fairos dari PKB Kuching. Menurut Jumaat, penganjuran program itu bagi menyahut seruan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat setempat berkaitan kepentingan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran. “Ia membuka peluang bagi komuniti sekitar untuk mendapatkan saringan kesihatan dalam pengesanan penyakit tidak berjangkit. “Ia bertepatan dengan kesinambungan pelan strategik dari Agenda Nasional Malaysia Sihat. Pengunjung juga bakal mendapat manfaat dari agensi-agensi lain yang turut serta dalam program ini,” katanya ringkas. Katanya, program tersebut membuka peluang kepada komuniti setempat mendapat saringan kesihatan bagi mengukuhkan kesedaran kesihatan dan pembudayaan hidup sihat. Pada masa sama katanya, ia menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan antara petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dengan masyarakat setempat selain menyediakan platform bersama agensi-agensi lain mendekati komuniti. - EDISI UKAS

Lihat

news

Projek Pembesaran Taman Awam Miri Fasa 4 Bakal Bermula

MIRI: Projek Pembesaran Taman Awam Miri Fasa 4 bakal dimulakan dengan jangkaan siap dalam tempoh 12 bulan. Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kemajuan projek ini mengalami kelewatan disebabkan dua percubaan tender yang tidak berjaya. “Projek yang melibatkan kawasan tebing batu dan Forest Park ini dilaksanakan dengan jumlah kos RM1.5 juta, dibiayai oleh Kerajaan Sarawak melalui peruntukan khas yang diluluskan pada tahun 2022. “Tujuan utama projek ini adalah untuk menonjolkan keunikan lanskap geologi kawasan Taman Awam Miri, termasuk formasi tebing batu, serta meningkatkan kemudahan awam di taman ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan tapak ke Projek Pembesaran Taman Awam Miri Fasa 4 pada Khamis. Tambahnya, Taman Geologi ini merangkumi kawasan seluas 11.03 ekar, yang akan memelihara ciri geologi unik serta menyediakan ruang rekreasi. Jelasnya, projek yang dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) ini melibatkan pembinaan jalan masuk utama, hentian, tandas awam, pavilun, dua trek jogging dan satu laluan geologi. Dalam lawatan itu, Dato Sri Lee juga menyuarakan kekecewaannya terhadap ketiadaan pembinaan menara pandang yang terdapat dalam pelan awal projek. Beliau menekankan kepentingan menara pandang untuk memberikan pemandangan panorama bandar Miri, yang akan meningkatkan daya tarikan taman kepada pelancong. "Menara pandang sememangnya harus menjadi keutamaan dalam projek ini, kerana ia membolehkan pengunjung menikmati pemandangan indah Bandaraya Miri dan sekitarnya dan juga menara ini boleh dijadikan tanda ikonik taman geologi ini," ujarnya. Justeru itu, Dato Sri Lee meminta pihak majlis untuk mencari jalan penyelesaian untuk memasukkan menara tersebut dalam fasa-fasa projek akan datang. Dengan siapnya projek ini dijangka akan menjadi satu tarikan baru pelancong dan sekaligus merancakkan sektor pelancongan Bandaraya Miri. -EDISI UKAS

Lihat

news

Projek Bekalan Air Berimpak Tinggi Di Bukit Song Dalam Pelaksanaan

MIRI: Pelaksanaan projek bekalan air berimpak tinggi di Bukit Song bernilai sekitar RM41.1 Juta sedang dilaksanakan bagi menambahbaik infrastruktur dan sistem bekalan air di kawasan Beluru, Bekenu, Niah dan Subis. Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ianya bertujuan bagi menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan-kawasan berkenaan. Katanya, projek bekalan air tersebut telah dirancang dengan teliti oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak sebagai agensi pelaksana. “Projek yang masih dalam fasa pembinaan ini melibatkan pembinaan stesen pam penggalak baharu berkapasiti 3.0 juta liter, pembinaan tangki reservoir berkapasiti 5.0 juta liter, pembinaan tangki aras tinggi berkapasiti 3.0 juta liter di Pekan Bekenu dan pemasangan saluran paip baharu sepanjang 31KM. “Apabila projek ini siap sepenuhnya nanti pada suku pertama 2025, ia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih kepada para pengguna di Bekenu, Beluru, Niah dan Subis sekaligus memberi jaminan kualiti kehidupan yang lebih baik kepada 14,000 penduduk di kawasan tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media setelah melawat Projek JBALB di Bukit Song di sini pada Rabu. Bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di Bahagian Miri, Dato Sri Julaihi mengesyorkan bahawa JBALB Sarawak akan memastikan projek-projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Untuk makluman, projek-projek tersebut merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak untuk menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh. -EDISI UKAS

Lihat

news

Program Pemeriksaan Mata Secara Percuma Diteruskan Di SJK Chung Hua No.2

BINTULU: Program pemeriksaan mata secara percuma bagi murid golongan B40 diteruskan di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua No.2 pada Rabu. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Johnny Pang Leong Ming, Program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Tanjung Batu dan Persatuan Fook Min ini bertujuan untuk memberikan manfaat kepada golongan sasar. Tambahnya, sebanyak 60 unit cermin mata akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang mempunyai masalah rabun setelah menjalani pemeriksaan mata. "Program ini tidak hanya membantu meringankan beban ibu bapa dan pelajar dari golongan B40 dalam mendapatkan cermin mata, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan serta kesihatan mata," kata Johnny Pang. Beliau menambah bahawa usaha ini diharapkan dapat mengurangkan risiko masalah rabun di kalangan pelajar, terutama pada usia pembelajaran yang kritikal dari peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi. -EDISI UKAS

Lihat

news

Pertukaran Sisa Pepejal Kepada Sumber Berharga ‘Game Changer’ Dalam Industri Pengurusan Sisa Pepejal

KUCHING: Pertukaran sisa makanan menjadi sumber berharga seperti makanan haiwan dan baja adalah kritikal dan menjadi ‘game changer’ dalam industri pengurusan sisa tersebut. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, Fly Technology Agriculture Sdn Bhd (FTA) yang merupakan syarikat anak tempatan berjaya membawa perubahan tersebut terutamanya meningkatkan keselamatan makanan dan mempromosikan ekonomi kitaran melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu ‘Worming Up’ Jelasnya, ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab di samping pengurusan sisa makanan menjadi sebahahagian daripada agenda pembangunan negeri seperti yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak. "Daripada membina tapak pelupusan, kita mengubahnya menjadi baja, kita mengubahnya menjadi protein, kita mengubahnya menjadi minyak. “Daripada sisa makanan ini disia-siakan, kita boleh menukarkan ia menjadi sesuatu sumber berharga dan semua ini boleh menjadi ekonomi kitaran dan menjana duit,” katanya. Beliau berucap demikian dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fly Technology Agriculture Sdn Bhd bersama tujuh rakan strategik di TEGAS Digital Village di sini pada Khamis. Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, MoU ini akan menyaksikan inovasi dalam pertanian, pengurusan sisa dan pengawalan alam sekitar menjadi norma. Tambahnya, ia bagi memastikan bahawa rakyat masa kini meninggalkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari untuk generasi akan datang. Pada kemuncak majlis, Datuk Amar Dr Sim menyaksikan acara menandatangani memorandum persefahaman ini antara antara tujuh rakan strategik yang terlibat dalam kerjasama dengan 'Worming Up' adalah Masranti Plantation Sdn. Bhd., Siang Heng (Sarawak) Sdn. Bhd., Hotel Hilton Kuching, Bioloop Sdn. Bhd., Formeta PLT, Harbin Venturecy Cultural Development Co. Ltd. (China), dan Monster Biotech (Taiwan). Difahamkan, 'Worming Up' bekerjasama dengan rakan-rakan strategik dalam pelbagai bidang, termasuk pengurusan sisa industri, ekonomi kitaran, keselamatan makanan, inisiatif kelestarian pemakanan serta pengurusan sisa organik. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Le Khere Chiang, Pengarah Urusan FTA Jeff Wee serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS

Lihat

news

SMK Kapit No.2 Rai Jasa Perkhidmatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

KAPIT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit No.2 meraikan jasa dan perkhidmatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pulit Lai dengan mengadakan majlis perpisahan di sekolah tersebut pada Khamis. Pulit Lai telah dinaikan pangkat dan dilantik menjadi Pengetua SMK Song No.2, Daerah Song mulai 7 Oktober 2024. Beliau berasal dari Rumah Enteri, Sungai Anap, Tatau, Bintulu dan telah berkhidmat selama 25 tahun. Pada 2002 hingga 2005, beliau bertugas sebagai Ketua Bidang Sains SMK Kapit, manakala bertugas sebagai Penyelia Petang di SMK Kapit pada tahun 2006 hingga 2010. Beliau turut berkhidmat sebagai Penyelia Unit Akademik di Pejabat Pendidikan Daerah Song pada tahun 2010 hingga 2011. Bermula tahun 2012 hingga sekarang, Pulit Lai bertugas sebagai Penyelia Unit Akademik di Pejabat Pendidik Daerah Kapit, Penolong Kanan HEM di SMK Kapit No.2 dan sekarang sebagai Pengetua SMK Song No.2. Beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Tahun 2003, Tahun 2013 dan Tahun 2023 sepanjang berkhidmat sebagai seorang warga pendidik di sekolah. Beliau juga seorang pelajar cemerlang ketika masih bergelar seorang pelajar, walaupun berasal dari kawasan pedalaman yang agak terpencil pada masa itu yang serba kekurangan dari segi jaringan pengangkutan dan kemudahan asas lain. Sementara itu, Pengetua SMK Kapit No.2, Azaman Hailee menzahirkan ucapan ribuan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada Pulit Lai atas perkhidmatan bakti beliau sepanjang berasa di sekolah tersebut. Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai Pengetua SMK No.2 Daerah Song dan berharap agar Pulit Lai menjadi seorang pengetua yang sentiasa berusaha dengan sabar untuk mencapai apa jua kejayaan. Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kapit No.2 Sidek Pawi, Penolong Kokurikulum SMK Kapit No.2 Kii Hiong Song, Penolong Tingkatan Enam SMK Kapit No.2 Nyanggun Sureng dan Penolong Kanan Petang SMK Kapit No.2 Mary Jane. -EDISI UKAS

Lihat

news

Transforming Waste Into Valuable Resources A ‘Game Changer’ In Solid Waste Management

KUCHING: The conversion of food waste into valuable resources such as animal feed and fertiliser is a critical step and a ‘game changer’ in the solid waste management industry. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, highlighted that Fly Technology Agriculture Sdn Bhd (FTA), a local company, has spearheaded this transformation, particularly by enhancing food security and promoting the circular economy through the NGO ‘Worming Up’. He explained that this aligns with Sustainable Development Goal (SDG) 12: Responsible Consumption and Production, and food waste management has become a key part of Sarawak's development agenda as outlined in the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030. “Instead of building landfills, we turn waste into fertiliser, protein, and oil.  "Rather than letting food waste go to waste, we can convert it into valuable resources, creating a circular economy that generates revenue,” he said. He was speaking at the signing ceremony of a Memorandum of Understanding (MoU) between Fly Technology Agriculture Sdn Bhd and seven strategic partners at TEGAS Digital Village on Thursday. The Minister of Public Health, Housing and Local Government added that this MoU will pave the way for innovation in agriculture, waste management, and environmental conservation to become the norm. He emphasised the importance of ensuring that the current generation leaves behind a cleaner, healthier, and more sustainable environment for future generations. At the event, Datuk Amar Dr Sim witnessed the MoU signing between FTA and seven strategic partners involved in the collaboration with ‘Worming Up’, including Masranti Plantation Sdn. Bhd., Siang Heng (Sarawak) Sdn. Bhd., Hilton Kuching Hotel, Bioloop Sdn. Bhd., Formeta PLT, Harbin Venturecy Cultural Development Co. Ltd. (China), and Monster Biotech (Taiwan). It was noted that 'Worming Up' works with its strategic partners across various sectors, including industrial waste management, the circular economy, food security, sustainable food initiatives, and organic waste management. Also present were Batu Kitang State Assemblyman, Dato Lo Khere Chiang, FTA Managing Director Jeff Wee, and other distinguished guests. -UKASnews

Lihat

news

Kerajaan Sarawak Sasar 60 Peratus Pelajar Dalam STEM Pada 2030

SIBURAN: Kerajaan Sarawak menyasarkan sebanyak 60 peratus pelajar didaftarkan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjelang tahun 2030.   Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn memberitahu, ini adalah sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 kerajaan negeri.   Menurutnya, setakat ini hanya seramai 30 peratus pelajar telah didaftarkan dalam bidang STEM di Sarawak.   “Kementerian saya komited sepenuhnya untuk membantu para pelajar mencapai impian melalui bidang STEM melalui pelancaran pelbagai inisiatif untuk mempromosikan STEM di seluruh negeri, termasuk program yang direka untuk menjadikan pembelajaran interaktif dan menyeronokkan.   “Acara seperti Ekspo Mini STEM ini adalah cara yang hebat untuk merasai kreativiti yang ditawarkan oleh STEM melalui pertandingan, aktiviti hands-on dan bengkel yang menarik.   “Kita ingin pelajar melihat bagaimana STEM bukan sekadar mata pelajaran di sekolah tetapi bahagian yang menarik dalam kehidupan seharian,” jelasnya.   Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian STEM HUB dan Karnival STEM, Badug STEM Mini Expo (BSMEx) 3.0 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padawan pada Khamis.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu berkata, kementeriannya juga memberi tumpuan untuk memastikan guru mendapat sokongan dan sumber yang diperlukan untuk membimbing para pelajar.   “Walaupun sasaran Kerajaan Sarawak untuk 60 peratus penyertaan STEM menjelang tahun 2030 mungkin kelihatan seperti jumlah yang besar, tetapi saya yakin ia mampu dicapai,” ujarnya.   Dalam majlis sama, Dato Sri Roland Sagah juga menyaksikan penyerahan Perjanjian Nota Usahasama Komuniti yang ditandatangani antara SMK Padawan dan Lighthouse of Hope (Sarawak Berhad).   STEM Hub merupakan satu inisiatif oleh pihak badan bukan kerajaan (NGO) iaitu LightHouse of Hope (Sarawak Berhad) yang dimulakan pada 16 April 2024.   Turut hadir ialah Pengetua SMK Padawan Irie Ambau, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Marjolyn Michael, wakil Pejabat Pendidikan Daerah Serian Rafi Taizel, Ketua Lembaga Pengarah Light House of Hope (Sarawak Berhad) Dato Ir Janang Bungsu dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek. -EDISI UKAS

Lihat

news

Program MDMJ Library Open Day 2024 Tingkat Literasi Masyarakat

BINTANGOR: Program MDMJ Library Open Day 2024 disambut dengan penuh semangat oleh komuniti setempat, mencerminkan komitmen berterusan dalam meningkatkan literasi dan pendidikan di kalangan masyarakat. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, program itu diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat mengunjungi perpustakaan dan menggunakan kemudahan yang disediakan secara efektif. Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Ding menyatakan bahawa program ini selaras dengan hasrat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat. Beliau menekankan kepentingan perpustakaan dalam menyediakan perkhidmatan literasi yang menyeronokkan dan inklusif, terutamanya dalam era digital masa kini. Datuk Ding berkata demikian dalam ucapan perasmian Program MDMJ Library Open Day 2024 bertempat di Perpustakaan Awam Bintangor pada Khamis. Selain itu, program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 3 (Good Health & Well-being), SDG 4 (Quality Education) dan SDG 11 (Sustainable Cities & Communities). Salah satu acara utama yang menarik perhatian adalah Program STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics), hasil kerjasama dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya bidang sains dan teknologi dalam kehidupan seharian. Dalam program yang sama, beliau turut memberikan sumbangan geran khas bernilai RM10,000 kepada Perpustakaan Awam Bintangor bagi tujuan pembangunan infrastruktur serta pelaksanaan aktiviti tahunan perpustakaan. -EDISI UKAS

Lihat

news

砂拉越荣获特别廉正奖

古晋:砂拉越获得特别廉正奖,以表彰砂政府在行政管理中树立廉正文化的努力。 政府首席秘书长丹斯里拿督斯里山苏阿兹里星期四在2024年廉正首要训示大会(MAP-i 2024)上,将此奖项颁发给砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基。 拿督阿玛阿布巴卡在致词时表示,这是对砂拉越在培养廉正、善政和反贪方面所做出的努力之认可。  “在2024年廉正首要训示大会中,砂拉越政府获得特别廉正奖,以表彰砂在公共领域、社区领导层和社区的共同努力与持续培养廉正文化方面的认真态度和承诺。”  砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士也出席此次大会,在主持开幕礼的同时,也向遍布砂拉越各地的公务员传达信息。  更值得祝贺的是,参与MS ISO 37001:2016“反贪管理系统”(ABMS)试点项目的6家机构已成功获得相关证书。  该6家机构包括砂拉越总理署、砂拉越伊斯兰宗教局、砂拉越森林局、砂区域走廊发展机构、砂拉越森林企业机构以及砂旅游、创意产业及表演艺术部。  当提及砂拉越廉正与监察员单位(UNION)在加强廉正方面的作用时,拿督阿玛莫哈末阿布巴卡则表示,这项工作不仅针对公务员广泛开展,也包括基层领袖。 出席者包括砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯、副总理拿督阿玛阿旺登雅、公共服务局总监拿督斯里旺阿末达兰、砂拉越总理署副部长(廉正与监察)拿督祖安达再也博士、砂拉越副部长们、砂拉越联邦秘书拿督阿末纳兹里、砂拉越财政司拿督斯里旺利佐曼博士、砂拉越律政司拿督沙菲里阿里、砂拉越副政府秘书(经济规划和发展)拿督莫哈末阿都拉再德尔博士、砂拉越副政府秘书(行动)拿督许赞麒、砂拉越副政府秘书(行政)拿督巴克兰邦吉以及其他嘉宾。-UKAS刊

Lihat
PertamaSebelumnya1551155215531554155515561557155815591560SeterusnyaTerakhir