Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

砂拉越准备通过环境保护政策应对气候变化

古晋:砂拉越已准备好迎接那些通过推介新保护政策,以协助砂实现保护环境倡议的科学家们的到来。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,科学家们现在正在讨论因碳排放超过极限而导致的气候变化,从而威胁人类生存的议题。 “从这个角度来看,砂拉越愿意接受科学家的信任,以致力于保护我们现有的环境,并在政策制定方面引入新的方法。” 他星期三在2024年国际热带科学大会(TropSc 2024)晚宴上致词时,这么说。 拿督巴丁宜阿邦佐哈里强调,砂拉越政府目前正专注于利用砂的优势来应对气候变化所带来的挑战。 “我们知道,碳是主要原因,但问题在于如何平衡碳与新鲜氧气。因此,砂政府专注于森林保护,而在这此领域,我们正在谈论碳储存。” 他还希望2024年国际热带科学大会能够提供有用的见解,以探索热带资源,为全球问题的解决,尤其是应对气候变化,做出贡献。 出席活动者有大马科学、工艺及革新部长郑立慷、砂政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、热带科学基金会主席丹斯里阿末塔朱丁阿里博士以及其他嘉宾。-UKAS刊

View

news

MOSTI 加强国家生物多样性保护工作

古晋:大马科学、工艺及革新部(MOSTI)通过利用最新科学技术的各种突破性举措,以加强保护国家生物多样性的承诺。 该部部长郑立慷宣布,MOSTI与马来西亚科学院 (ASM) 共同发起一项重要项目,即在巴索(Pasoh)森林保护区开展精准生物多样性项目。 他表示,该项目被视为保护国家天然宝藏的大胆举措,采用了高分辨率卫星影像、基因分析和生态建模等技术。 “有关项目旨在记录和保护巴索森林中的多种独特物种。同时,它还加强了对该地区复杂生态系统的理解,并支持可持续管理政策,以确保未来世代能够享受到其带来的益处。” 他星期三在2024年国际热带科学大会(TropSc 2024)晚宴上致词时,这么说。 当谈及当前挑战时,郑立慷也强调,经济发展和环境保护之间的平衡是一项艰巨但重要的任务。  他表示,昌明政府仍然致力于加强研究和创新,增加对自然遗产保护的投入,并扩大与各方的合作,以实现可持续和包容性的国家进步。 因此,他呼吁年轻一代成为保护环境变革的催化剂。 “年轻人的参与对于这项保护工作的成功与否是非常重要,我们需要赋予他们成为大自然守护者所需的知识和技能。” 同时,本届大会已成为马来西亚加强应对热带生态挑战,并持续推动可持续发展、创造更光明未来的主要平台。  出席者包括砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡、马来西亚科学院院长拿督东姑莫哈末阿兹曼沙里法丁博士、热带科学基金会主席丹斯里阿末塔朱丁阿里博士及其他嘉宾。-UKAS刊

View

news

Pertandingan PUSAKA Golf Edisi Ke-30: Persiapan Semakin Rancak

KUCHING: Seramai 256 peserta akan menyertai Pertandingan PUSAKA Golf Edisi Ke-30 yang dijadual berlangsung pada 26 Oktober ini di Kelab Golf Sarawak (KGS). Sempena pertandingan tahunan itu, hari ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Hadiah 'Hole-In-One' dan 'Challenge Trophy Golf' PUSAKA di Dewan Seminar PUSAKA sebagai persiapan menjelang penganjungannya. Pelbagai kategori dipertandingkan antaranya jemputan VIP, jemputan khas, kakitangan PUSAKA, serta pemain dari kategori Lelaki dan Wanita (Terbuka). Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Zainal Abidin Abdullah, berkata edisi kali ini dijangka menjadi acara berprestij bakal meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pemain industri perkayuan serta masyarakat umum. Mengulas lanjut, matlamat utama acara tahunan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara agensi-agensi, anak-anak syarikat, dan pemain- pemain industri perkayuan di Sarawak, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama dalam sektor ini melalui sukan golf. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Hadiah Hole-In-One dan Challenge Trophy Golf PUSAKA 2024 bertempat di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, pada Khamis. Dalam pada itu, para peserta juga turut berpeluang merebut hadiah lumayan untuk kategori 'Hole-In-One', termasuk hadiah percutian, set Home Theater, Perodua Bezza 1.0, Perodua Myvi 1.5, dan jam tangan Rolex, menjadikan PUSAKA Golf 2024 salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini. Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengurus Besar Saratim Insurance Agency Services Sdn Bhd Dato Patrick Liew, Pengurus Lonpac Insurance Bhd Wilayah Sarawak Lonpac Adjustment Sdn Bhd Wong Shon Kwang, Generali Insurance Malaysia Berhad Patrina Chin Abdullah, Pengurus Besar Leong Adjustment Sdn Bhd Tommy Li dan Senior Manager MSM International Adjuster (M) Sdn Bhd Patrick Ghim. -EDISI UKAS

View

news

SUKSEM IX: Pasukan Pingpong Tempah Tiket Separuh Akhir

TERENGGANU: Pasukan Pingpong Sarawak mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir selepas menumpaskan Perak, pada Khamis. Aksi mendebarkan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebelum perlawanan diheret ke set penentuan. Namun, kelincahan gandingan regu Sarawak meranapkan impian Perak untuk meneruskan perjuangan. Berbekalkan kemenangan 3-2, Sarawak akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Terengganu dalam pusingan separuh akhir, Jumaat ini. Turut menyaksikan perlawanan itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik Timbalan CDM merangkap Pengarah Unit Pentadbiran, Datu Mohamad Junaidi Mohidin. -EDISI UKAS

View

news

30th PUSAKA Golf Tournament Expected To Draw 256 Participants

KUCHING: A total of 256 participants are expected to take part in the 30th PUSAKA Golf Tournament scheduled for October 26 at the Sarawak Golf Club (KGS). The tournament will include various categories, such as VIP guests, special invitations, PUSAKA staff, and Men’s and Women’s Open divisions. General Manager of the Sarawak Timber Industry Development Corporation (PUSAKA), Zainal Abidin Abdullah said this year’s edition is anticipated to be a prestigious event that will enhance sportsmanship and foster cooperation among timber industry players and the general public. He explained that the main goal of this annual event is to strengthen relationships between agencies, subsidiaries, and key players in Sarawak’s timber industry while promoting greater collaboration within the sector through golf. He shared these remarks during the Hole-In-One Prize Presentation and PUSAKA Golf Challenge Trophy ceremony held at Wisma Sumber Alam, Petra Jaya, on Thursday. Participants will have the opportunity to compete for exciting ‘Hole-In-One’ prizes such as holiday packages, a home theatre system, a Perodua Bezza 1.0, a Perodua Myvi 1.5, and a Rolex watch, adding to the excitement and making the tournament one of the most eagerly awaited events this year. Also present at the event were General Manager of Saratim Insurance Agency Services Sdn Bhd, Dato Patrick Liew, Manager of Lonpac Insurance Bhd Sarawak Branch and Lonpac Adjustment Sdn Bhd, Wong Shon Kwang, Patrina Chin Abdullah of Generali Insurance Malaysia Berhad, General Manager of Leong Adjustment Sdn Bhd, Tommy Li, and Senior Manager of MSM International Adjuster (M) Sdn Bhd, Patrick Ghim. -UKASnews

View

news

Pasukan E-sukan MLBB Sarawak Layak Ke Suku Akhir

TERENGGANU: Pasukan e-sukan kategori MLBB Sarawak Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 berjaya menempah tiket ke pusingan suku akhir. Terdahulu, Sarawak berjaya menumpaskan Pulau Pinang, 12-4 di Dewan Taklimat, Ar-Riyadah Residence di sini, pada Khamis. Sarawak akan betemu Perak untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Sementara itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik meluangkan masa untuk memberikan sokongan kepada pasukan Sarawak. Beliau diiringi Timbalan CDM SUKSEM Sarawak merangkap Pengarah Unit Pentadbiran, Datu Mohamad Junaidi Mohidin. Datu Buckland Bangik turut melawat venue perlawanan karom dan e-sukan FC24 di tempat yang sama.-EDISI UKAS

View

news

AI & Data Pemangkin Kejayaan Visi Sarawak

KUCHING: Kecerdasan Buatan (AI) dan data, kini dilihat sebagai salah satu pemangkin untuk mencapai visi yang telah digariskan oleh Sarawak menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi memberitahu, gabungan kedua-dua elemen ini dapat membantu kerajaan Sarawak mengenalpasti kehendak semasa dalam merangka strategi untuk tindakan seterusnya. Mengambil contoh peranan AI dan data dalam mencapai visi Sarawak untuk memodenkan sektor tenaga, beliau memberitahu kedua-duanya digunakan untuk membentuk semula sektor tenaga, merevolusikan penjanaan, pengagihan dan konsumsi tenaga tersebut. “Sebagai contoh, AI akan membolehkan pengurusan grid pintar dengan memantau dan mengawal aliran elektrik secara langsung. “Dengan mengintegrasikan sumber tenaga boleh diperbaharui, sistem penyimpanan dan respon kepada permintaan tenaga, AI akan membantu mengimbangkan bekalan dan permintaan serta memaksimumkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui,” jelas beliau. Beliau berkata demikian semasa memberi ucaptama dalam Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2024 (IDECS24) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Khamis. Mengulas lanjut, beliau memberitahu algoritma AI boleh menganalisis sejumlah besar data daripada sistem tenaga, termasuk grid kuasa dan sumber tenaga boleh diperbaharui yang membawa kepada penggunaan sumber tenaga yang lebih cekap dan pengurangan pelepasan karbon. Beliau yang juga Menteri Bertanggungjawab ke atas IDECS24 menambah, selain dalam sektor tenaga, AI dan data dapat dimanfaatkan untuk mencapai hasrat kerajaan Sarawak menjadi pengeksport makanan menjelang 2030. “Dengan memanfaatkan teknologi digital terkini seperti AI, ‘Internet of Things’ (IoT) dan analitik data, Sarawak dapat mempercepatkan proses peralihan kepada pertanian pintar dan tepat. “Peralihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil tanaman dan produktiviti kita, tetapi juga memperbaiki kecekapan pengeluaran dan akses pasaran keseluruhan. Kemajuan ini penting ketika kita berusaha untuk memenuhi agenda keterjaminan makanan untuk Sarawak,” jelas beliau lagi. Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Liwan Lagang, Pengerusi Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS) Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan Hong Nam, Pengurus Besar Sarawak Media Authority (SMA) Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng dan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUTS) Datu Jafri Lias. -EDISI UKAS

View

news

Penjawat Awam Persekutuan Dari Sektor Pendidikan & Sosial Lakukan Kunjungan Hormat Kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak

KUCHING: Seramai 165 pegawai daripada 67 jabatan dan agensi persekutuan dalam sektor pendidikan dan sosial melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak pada Khamis.   Menurut Setiausaha Persekutuan Sarawak, Dato Ahmad Nadzri Mohd Hassan, kunjungan hormat itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak di bawah Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi.    “Rakan-rakan penjawat awam kita sangat teruja dan berbesar hati menerima nasihat dan pandangan daripada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang.    "Nasihat dan pandangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan kita bawa sebagai bekal dan panduan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, negeri dan negara," katanya.     Turut hadir pada majlis itu ialah isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.   Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Dato' Azmir Saifuddin Mutalib, Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS), Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman dan tetamu kehormat lain.    Dato Ahmad Nadzri turut menzahirkan ucapan tahniah atas pemasyhuran Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi sebagai Canselor keempat UNIMAS dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah atas menerima Darjah Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) baru-baru ini.   Sementara itu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Dato' Sri Syed Hamzah Syed Paie berkata, majlis itu bertujuan memastikan semua agensi persekutuan mempunyai peluang yang sama untuk membuat kunjungan hormat ke atas Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi dengan mengumpulkan agensi mengikut sektor.   Ini merupakan majlis ketiga yang diadakan sebagai sebahagian daripada siri kunjungan hormat daripada agensi persekutuan kepada Ketua Negara.    Untuk rekod, majlis pertama berlangsung pada 11 September lalu dihadiri oleh 196 pegawai persekutuan daripada 25 agensi sektor keselamatan.    Manakala, sesi kedua diadakan pada 2 Oktober lalu dihadiri oleh 191 pegawai daripada 51 jabatan dan agensi dalam sektor pembangunan dan ekonomi. -EDISI UKAS

View

news

SDRP, Program Residensi Digital Sarawak Dilancarkan

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah melancarkan Sarawak Technology and Innovation Sandbox dan Program Residensi Digital Sarawak (SDRP) bagi mempercepatkan agenda digital negeri ini. Perkara tersebut diumumkan beliau ketika berucap dalam Majlis Perasmian Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2024 (IDECS 2024) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini pada Rabu. Menurutnya, SDRP adalah inisiatif berani yang bertujuan menarik profesional, pekerja jarak jauh, usahawan asing, dan pelabur ke Sarawak. Dengan terma yang fleksibel ujarnya, kerajaan memposisikan Sarawak sebagai pusat digital yang inklusif yang menyambut bakat global. "Inisiatif pertama di bawah program ini, De Rantau Sarawak, akan dibuka untuk permohonan awal tahun depan dengan kerjasama Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) yang akan mengukuhkan status Malaysia sebagai destinasi utama untuk nomad digital di Asia Tenggara," katanya. Selain itu, Sarawak Technology and Innovation (STI) Sandbox, yang dibangunkan dengan kerjasama National Technology and Innovation Sandbox, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Startup Borneo dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) bertujuan memudahkan peralihan Sarawak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. "STI Sandbox dijangka memacu inovasi dalam agritech, bandar pintar, dan industri budaya, memposisikan Sarawak sebagai pusat keselamatan makanan dan menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, selaras dengan komitmen Sarawak untuk menyeimbangkan kemajuan dengan inovasi lestari," ujarnya. Melalui inisiatif ini katanya, ia akan mengukuhkan komitmen Kerajaan Sarawak untuk membangunkan ekonomi digital yang dinamik, inovatif, dan terhubung secara global. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Liwan Lagang, Pengerusi Sistem Maklumat Sarawak Sdn. Bhd. (SAINS) Tan Sri Datuk Patinggi Dr George Chan Hong Nam, Pengerusi SDEC Datuk Amar Tan Sri (Dr) Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta tetamu kenamaan yang lain. -EDISI UKAS

View

news

SUKSEM IX: Skuad Badminton Tempah Tiket Separuh Akhir

TERENGGANU: Skuad Badminton Sarawak berjaya menempah tiket ke separuh akhir selepas mencetak kemenangan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pada Rabu. Kemenangan itu dihasilkan selepas menumpaskan Negeri Sembilan, 3-0 dalam saingan suku akhir. Perhitungan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir juga akan berlangsung di gelanggang yang sama, petang ini. Sebelum ini skuad badminton Sarawak turut melakar kemenangan bergaya menumpaskan Perak, 5-0.-EDISI UKAS

View
FirstPrevious1481148214831484148514861487148814891490NextLast