TERENGGANU: Pasukan e-sukan kategori MLBB Sarawak Sukan Se-Malaysia (SUKSEM) IX 2024 berjaya menempah tiket ke pusingan suku akhir.
Terdahulu, Sarawak berjaya menumpaskan Pulau Pinang, 12-4 di Dewan Taklimat, Ar-Riyadah Residence di sini, pada Khamis.
Sarawak akan betemu Perak untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir.
Sementara itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik meluangkan masa untuk memberikan sokongan kepada pasukan Sarawak.
Beliau diiringi Timbalan CDM SUKSEM Sarawak merangkap Pengarah Unit Pentadbiran, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.
Datu Buckland Bangik turut melawat venue perlawanan karom dan e-sukan FC24 di tempat yang sama.-EDISI UKAS