SUKSEM IX: Pasukan Pingpong Tempah Tiket Separuh Akhir

Disiarkan pada 17 Oct 2024
Sumber Berita: UKAS




TERENGGANU: Pasukan Pingpong Sarawak mengesahkan tiket ke pusingan separuh akhir selepas menumpaskan Perak, pada Khamis.

Aksi mendebarkan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sebelum perlawanan diheret ke set penentuan.

Namun, kelincahan gandingan regu Sarawak meranapkan impian Perak untuk meneruskan perjuangan.

Berbekalkan kemenangan 3-2, Sarawak akan membuat perhitungan dengan tuan rumah, Terengganu dalam pusingan separuh akhir, Jumaat ini.

Turut menyaksikan perlawanan itu, Chef de Mission (CDM) kontinjen Sarawak yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik Timbalan CDM merangkap Pengarah Unit Pentadbiran, Datu Mohamad Junaidi Mohidin. -EDISI UKAS