TERENGGANU: Skuad Badminton Sarawak berjaya menempah tiket ke separuh akhir selepas mencetak kemenangan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pada Rabu.
Kemenangan itu dihasilkan selepas menumpaskan Negeri Sembilan, 3-0 dalam saingan suku akhir.
Perhitungan untuk melayakkan diri ke peringkat akhir juga akan berlangsung di gelanggang yang sama, petang ini.
Sebelum ini skuad badminton Sarawak turut melakar kemenangan bergaya menumpaskan Perak, 5-0.-EDISI UKAS