Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Medan Selera & Pasar Tani Akan Dibina Di Pulau Bruit

PULAU BRUIT: Lawatan kerja Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol ke kawasannya di Semop membawa khabar gembira apabila beliau mengumumkan kelulusan permohonan pembinaan sebuah Medan Selera dan Pasar Tani di Pulau Bruit oleh Kerajaan Sarawak. Jelasnya, projek bernilai RM6.5 juta ini dijangka meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dengan menyediakan ruang perniagaan yang lebih teratur dan selesa. "Projek pembangunan ini diharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan Pulau Bruit," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyerahkan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sekitar Pulau Bruit pada Khamis. Dana MRP bernilai RM636,000 telah diserahkan kepada tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan tersebut. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Dewan Masyarakat Kampung Tekajong, Dewan Masyarakat Kampung Betanak, dan Dewan Masyarakat Kampung Semop. Katanya, dana yang disalurkan ini bertujuan membiayai pelbagai projek pembangunan dan menaik taraf kemudahan masyarakat setempat. Berucap ringkas, beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberikan komitmen untuk memastikan pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian. “Dana yang disalurkan ini adalah hasil keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu memperbaiki kemudahan asas serta menyediakan infrastruktur yang lebih baik untuk masyarakat di Pulau Bruit,” katanya lagi. Jelas beliau, usaha berterusan Kerajaan Sarawak bertujuan membangunkan kawasan luar bandar agar setanding dengan kawasan bandar. Lawatan kerja pada hari ini merupakan sebahagian daripada jelajah selama tiga hari bermula Rabu yang melibatkan peruntukan MRP lebih RM1 juta. - EDISI UKAS  

View

news

ADUN Meradong Santuni Mangsa Bencana

MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, melawat lokasi tanah runtuh di Rumah Jerome, Sungai Baron, dan kediaman mangsa yang tinggal seorang diri. Susulan lawatan itu, beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKR Bahagian Sarikei untuk menyalurkan bantuan dan keperluan segera. Selain itu, beliau menerima permohonan penduduk untuk menaik taraf perparitan di Rumah Jerome dan akan memaklumkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID) untuk menilai keadaan tersebut. Dalam pada Datuk Ding turut meninjau projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM50,000 bagi menaik taraf perparitan di Rumah Tury untuk mengatasi masalah kebanjiran. - EDISI UKAS  

View

news

Pertahankan Warisan Kaum Iban Agar Tidak Hilang Ditelan Zaman

MERADONG: Generasi muda Iban digesa untuk mempertahankan warisan nenek moyang mereka agar tidak hilang akibat pemodenan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, berkata kebudayaan tradisi Iban yang unik dapat menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara. “Peranan golongan veteran juga amat penting dalam mengekalkan budaya tradisional ini serta menjadi tunjang utama kepada golongan muda-mudi,” katanya demikian ketika berucap dalam Pertandingan Ngajat & Betaboh Sempena Pesta Meradong 2024 di sini pada Khamis. Selain itu, beliau turut menyifatkan tradisi Ngajat dan Betaboh yang merupakan satu tarian dan muzik tradisional bagi kaum Iban di Sarawak sebagai berpotensi untuk dipromosikan. Jelasnya, persembahan ini memiliki pelbagai alunan rentak muzik dan tarian yang berbeza ketika dipersembahkan. Bukan itu sahaja ujarnya, dari segi pemakaian busana tradisional Iban juga berbeza mengikut kawasan. -EDISI UKAS  

View

news

Projek Naik Taraf Saliran Lorong Belakang Rejang Park Lane 3 & 4 Siap Sepenuhnya

SIBU: Projek menaik taraf sistem saliran di lorong belakang Rejang Park Lane 3 dan Lane 4 kini telah siap, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee. Jelasnya inisiatif yang menelan kos RM300,000 ini merupakan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang penting di Rejang Park. "Projek-projek ini dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan, tetapi disebabkan kecekapan kontraktor, ia disiapkan dalam tempoh dua bulan sejak kerja-kerja dimulakan pada pertengahan September," katanya kepada pemberita semasa majlis penyerahan tapak kepada Majlis Perbandaran Sibu (SMC) pada Rabu. Beliau berkata, sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf termasuk mendalamkan dan membaiki parit, serta pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang parit untuk kemudahan orang ramai. Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan itu menambah, sistem saliran asal yang dibina pada tahun 1970-an perlu didalamkan disebabkan perubahan iklim dan hujan lebat. "Sasaran saya adalah untuk terus menaik taraf sistem saliran di setiap lorong Rejang Park. "Harap bersabar sementara saya secara beransur-ansur menaik taraf semua lorong belakang, dan tidak lama lagi Rejang Park akan kurang mengalami banjir kilat," kata Tiang. Beliau menambah bahawa lebih banyak projek RTP dirancang untuk Rejang Park, seperti menaik taraf sistem saliran, gelanggang bola keranjang SJK (C) Rejang Park dan pembinaan laluan berbumbung. -EDISI UKAS  

View

news

Disiplin, Komitmen Dan Usaha Gigih Kunci Kejayaan Pelajar

BINTANGOR: Disiplin, komitmen dan usaha gigih kunci utama untuk seseorang pelajar beroleh kejayaan dalam peperiksaan, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Selain itu katanya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga saluran yang amat penting dalam memastikan kejayaan pelajar, disokong oleh komitmen yang kuat daripada ibu bapa dan guru untuk melahirkan generasi yang berjaya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Anugerah Kecemerlangan 2024 SMK Bandar Bintangor pada Jumaat. Katanya, pencapaian yang diraikan itu bukan sahaja hasil daripada kecerdasan minda, tetapi juga komitmen, disiplin dan sikap positif yang ditunjukkan oleh setiap pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran sepanjang sesi persekolahan. “Majlis seperti ini bukan sekadar untuk meraikan kejayaan pelajar, tetapi juga sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha dan kerja keras mereka. “Kejayaan yang diperoleh hari ini adalah bukti bahawa setiap pelajar di sini mempunyai potensi yang luar biasa, dan dengan bimbingan yang tepat serta sokongan yang padu daripada ibu bapa dan guru, mereka mampu mencapai apa sahaja yang mereka impikan,” katanya. Selain itu ujarnya, majlis ini juga memberikan peluang untuk mengukuhkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. Justeru, beliau menyeru agar kerjasama ini diteruskan dan diperkukuhkan demi kebaikan dan masa depan anak-anak kita. “Kejayaan ini bukanlah titik akhir, tetapi ia adalah langkah pertama menuju kejayaan yang lebih besar. Teruskan berusaha, jangan berputus asa dan jangan pernah takut untuk menghadapi cabaran. “Setiap kesulitan yang anda hadapi adalah peluang untuk belajar dan berkembang,” tambah beliau. Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Meradong, Sharifah Idawati Wan Ahmad dan Pengetua SMK Bandar Bintangor, Patrick PhilIip Moss. - EDISI UKAS

View

news

Kejohanan ‘Boat Racing’ Regata Benak Batang Lupar Dapat Sambutan Menggalakkan

SIMANGGANG: Kejohanan ‘Boat Racing’ Regata Benak Batang Lupar 2024 berlangsung dengan meriah di Tebingan Sri Aman, menyaksikan persaingan sengit daripada pelbagai pasukan yang bertanding. Sebanyak 28 pasukan mengambil bahagian dalam acara 8 kuasa kuda (hp) ‘Pump Ski Boat’ (Berikan), manakala 10 pasukan masing-masing bersaing dalam acara bawah 18hp ‘Long Boat’ (Bangkut) dan Lumbak Benak. Acara ini menjadi salah satu tarikan utama di kawasan Sri Aman, menarik ratusan pengunjung yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan yang penuh aksi serta menikmati suasana meriah di tepian Sungai Batang Lupar. Dalam acara akhir 8hp ‘Pump Ski Boat’ (Berikan), NGRT Bungai Terong berjaya menduduki tempat pertama manakala gelaran naib johan menjadi milik NGRT Next Generation Rembai dan tempat ketiga diduduki oleh Lizma Café 1. Manakala dalam acara akhir bawah 18hp Long Boat (Bangkut), gelaran johan telah dimenangi oleh SRT, manakalah di kedudukan kedua dan ketiga masing-masing diduduki oleh Jo Racing Team dan Jutanam. Lang Terbang telah dinobatkan sebagai johan dalam acara akhir Lumba Benak manakala gelaran naib johan dirangkul oleh NGRT Pukat Melompat Tiong Terbang dan di tempat ketiga adalah Cahaya Kilat Ujan Panan. Turut hadir menyaksikan acara berkenaan ialah Residen Bahagian Sri Aman Mahra Salleh dan Pegawai Daerah Lingga merangkap Pengerusi Regatta Benak Batang Lupar 2024 Frank Lani. -EDISI UKAS  

View

news

Kepakaran Jurutera Diperlukan, Bantu Sarawak Bangunkan Tiga Projek Utama

KUCHING: Kepakaran jurutera dalam pelbagai bidang diperlukan bagi membantu Sarawak membangunkan tiga projek utama yang dirancang bermula tahun hadapan hingga 2030. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, suntikan RM100 bilion yang diumumkan beliau sebelum ini merangkumi tiga projek strategik iaitu, pelabuhan laut dalam, lapangan terbang antarabangsa baharu dan pembangunan infrastruktur elektrik, air dan telekomunikasi. Justeru jelas beliau, khidmat pakar dalam bidang kejuruteraan amat diperlukan dalam bersama-sama menjayakan projek bagi tempoh lima tahun ini malah dijangka memakan masa melebihi tempoh berkenaan. “Banyak kerja-kerja kejuruteraan diperlukan, seperti jurutera hidraulik yang benar-benar mahir dalam bidang ini terutamanya dalam sistem air. “Ini semua projek besar memandangkan ianya melibatkan terminal gas dan menyentuh mengenai gas, ianya melibatkan sistem perpaipan dan di sini, kita memerlukan kepakaran jurutera dalam bidang itu untuk pengagihan gas,” ujar beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM) Cawangan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad malam. Premier Sarawak dalam pada itu memberi bayangan bahawa kerja-kerja pembinaan pelabuhan laut dalam ini akan melibatkan pengwujudan ‘pulau’, namun tidak dijelaskan lebih lanjut oleh beliau. Sementara itu, inisiatif untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa sendiri bertepatan dengan hasrat untuk Sarawak memiliki syarikat penerbangan sendiri apabila persetujuan jual beli MASwings akan dimuktamadkan bulan hadapan. Sekali lagi, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, kepakaran kejuruteraan dalam bidang pembuatan komponen kapal terbang pula diperlukan memandangkan wilayah ini mempunyai hala tuju untuk mengeluarkan komponen ini pada masa hadapan. “Berkemungkinan kita juga memerluka jurutera dalam bidang ini, untuk mengeluarkan komponen kapal terbang kita sendiri, contohnya seperti sayap, dan komponen pesawat dan sebagainya. “Apabila kita dapat mengeluarkan komponen-komponen seperti ini, ia dapa membantu kita mengeluarkan kapal terbang kita sendiri,” jelas beliau lagi. Dalam pada itu jelasnya, kepakaran dalam bidang aeroangkasa tidak dilupakan memandangkan Kerajaan Persekutuan sudah mengenalpasti kedudukan di Sarawak sebagai platform untuk melancarkan satelit ke angkasa lepas. “Kita akan meneruskan usaha kita untuk memastikan elektrik dan air dapat disalurkan ke seluruh Sarawak, mengambil kira kepentingan jaringan telekomunikasi yang memerlukan satelit. “Kerajaan Persekutuan telah mengenalpasti Sarawak berpotensi untuk melancarkan satelit ke angkasa, dan ini memerlukan jurutera aeroangkasa,” jelas beliau lagi. Sebagai langkah awal, Kerajaan Sarawak melalui Universiti i-Cats telah melancarkan fakulti kejuruteraan aerongkasa untuk melatih anak-anak Sarawak dalam bidang ini. Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Presiden IEM Profesor Ir Jeffry Chiang Choong Luin, Pengerusi IEM Cawangan Sarawak Ir Stephanie Sim Hui Kheng, Pengerusi Penganjur Majlis Makan Malam IEM Sarawak Ir Dr Angelia Liew San Chuin serta tetamu kenamaan yang lain. -EDISI UKAS

View

news

砂拉越和秘鲁政府推动国际贸易合作

古晋:砂拉越和秘鲁政府计划通过双边进出口推动国际贸易领域的合作。 砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅与秘鲁驻马来西亚、汶莱和柬埔寨大使里卡多埃斯塔尼斯罗会面的四项讨论重点,后者是在周四拜访拿督阿玛阿旺登雅。 此外,此次拜访旨在讨论砂拉越与秘鲁在投资和生物多样性方面的合作机会。 与此同时,里卡多埃斯塔尼斯罗表示,砂拉越大学(UNIMAS)即将与秘鲁利马的卡耶塔诺埃雷迪亚大学(Universiti Cayetano Heredia)签署谅解备忘录(MoU),以推动生物多样性、可再生能源和热带疾病3个领域的合作。 “这是砂拉越和秘鲁可以参与的领域,双方都可此合作中受益。我们还可以参与从秘鲁向砂拉越出口谷物和水果等产品。我们还希望从砂拉越进口一些产品,例如原木,这对贸易部门双方都很重要。” 他也谈到即将在12月1日在古晋举行的拉丁美洲电影节。 出席的还有砂国际贸易、工业和投资部(MINTRED)顾问拿督斯里莫哈末纳鲁丁和砂国际贸易、工业和投资部常务秘书祖卡奈。-UKAS刊

View

news

雪兰莪苏丹后出席2024年婆罗洲工艺博览会和国际会议(BCG2024)晚宴

古晋:雪兰莪苏丹后东姑诺拉西京殿下周四出席2024年婆罗洲工艺博览会和国际会议(BCG2024)晚宴。 砂拉越元首后杜潘拿督巴丁宜弗兹雅和砂立法议会议长的夫人潘斯里拿汀阿玛花蒂玛莫哈末依斯干达也出席典礼。 砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长 拿督史诺丹拉旺在在活动中致词时,强调婆罗洲国际工艺博览会作为将本地艺术和文化推向国际水平的重要性。 “我们专注于创新、可持续发展并庆祝砂拉越土著文化遗产的多样性。因此,我们打算让砂拉越成为一个能够吸引来自世界各地的游客和买家的工艺品目的地。” 他补充,此类活动也为手工艺艺术家提供扩大网络并获得全球认可的机会。 此次晚宴是加强旅游、创意艺术和手工艺领域合作的一部分。 东姑诺拉西京殿下定于周五中午12时40分启程回西马,结束她为期四天的访问。 -UKAS刊

View

news

Tengku Permaisuri Selangor Ngulu Pengerami Makai Lemai BCG 2024

KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin udah datai ngulu Pengerami Makai Lemai Ekspo Antarabansa Kraf Borneo (BCG) 2024 ditu, Hari Empat. Pengerami lemai nya bela dirichah enggau penatai bini Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi enggau bini Speaker Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar. Bejaku maya nya, Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak Datuk Snowdan Lawan madah ke pemesai reti ngatur Ekspo Antarabansa Kraf Borneo ke nyadi pelasar mandangka seni enggau daya idup menua tu ngagai tikas antarabansa. "Kitai ngemeratka pekara bekaul inovasyen, pemeruan enggau pesaka daya idup Sarawak. "Nya alai, kami deka meda Sarawak nyadi menua kraf ke ditapat mensia mayuh ari selampur dunya," ku iya madah. Iya mega madah, program ke diatur nya bela meri awak ngagai sida ti rindu ke seni kraf menua tu. Pengerami makai lemai nya mega sebagi ari pengawa dikena ngenegapka agi kerejasama ba sektor dagang temuai, seni kreatif enggau kraf. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious1291129212931294129512961297129812991300NextLast