Pertahankan Warisan Kaum Iban Agar Tidak Hilang Ditelan Zaman

Disiarkan pada 29 Nov 2024
Sumber Berita: UKAS


MERADONG: Generasi muda Iban digesa untuk mempertahankan warisan nenek moyang mereka agar tidak hilang akibat pemodenan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, berkata kebudayaan tradisi Iban yang unik dapat menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara.

“Peranan golongan veteran juga amat penting dalam mengekalkan budaya tradisional ini serta menjadi tunjang utama kepada golongan muda-mudi,” katanya demikian ketika berucap dalam Pertandingan Ngajat & Betaboh Sempena Pesta Meradong 2024 di sini pada Khamis.

Selain itu, beliau turut menyifatkan tradisi Ngajat dan Betaboh yang merupakan satu tarian dan muzik tradisional bagi kaum Iban di Sarawak sebagai berpotensi untuk dipromosikan.

Jelasnya, persembahan ini memiliki pelbagai alunan rentak muzik dan tarian yang berbeza ketika dipersembahkan.

Bukan itu sahaja ujarnya, dari segi pemakaian busana tradisional Iban juga berbeza mengikut kawasan. -EDISI UKAS