MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, melawat lokasi tanah runtuh di Rumah Jerome, Sungai Baron, dan kediaman mangsa yang tinggal seorang diri.
Susulan lawatan itu, beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKR Bahagian Sarikei untuk menyalurkan bantuan dan keperluan segera.
Selain itu, beliau menerima permohonan penduduk untuk menaik taraf perparitan di Rumah Jerome dan akan memaklumkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID) untuk menilai keadaan tersebut.
Dalam pada Datuk Ding turut meninjau projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM50,000 bagi menaik taraf perparitan di Rumah Tury untuk mengatasi masalah kebanjiran. - EDISI UKAS