Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
testing |
testing |
View |
|
news |
Songket Sarapride Ngait Ati Tengku Permaisuri Selangor |
KUCHING: Songket Sarapride, Palan Vokasional Industri (PVI) ba Rumah Jil Puncak Borneo ditu, ngait ati Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Tengku Permaisuri Hajah Norashikin datai dia meda pengawa nenun kain songket. Penatai Baginda urung pukul 10 pagi, Hari Empat disambut bini Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak II, Datin Melinda Claudia Bucking. Sama bisi datai maya nya Chairperson Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail, Chairperson Opis Servis Kereja Perintah Nengeri Sarawak Datu Dr Sabariah Putit enggau Direktor Opis Main Asal enggau Seni Menua (JKKN) Sarawak Noor Seela Noor Sulaiman. Program nemuai Tengku Permaisuri Hajah Norashikin maya nya dipunka enggau aum penerang ti dikenataika Penulung Tuai Unit Vokasional Industri Rumah Jil Puncak Borneo Inspektor Zul Fikri Muhamat. Awak nya bela dikena Baginda meda tenun songket ke udah tembu. Urung sejam dia, Baginda nangkan nya nemuai ngagai Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Klinik Kesihatan Siburan Siap Sepenuhnya |
SIBURAN: Penduduk di kawasan Siburan menerima berita gembira apabila Klinik Kesihatan Siburan yang baharu telah siap sepenuhnya dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil pada Rabu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu dalam ucapannya memberitahu, pembukaan Klinik Kesihatan Siburan adalah langkah penting dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang akan memanfaatkan seramai 61,975 orang penduduk di kawasan Siburan dan sekitarnya. “Klinik Kesihatan Siburan yang baharu ini berfungsi sebagai pusat kesihatan utama, memberikan kemudahan rawatan yang lebih efektif, pantas dan berkualiti. “Klinik ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden bagi memastikan penduduk menerima perkhidmatan kesihatan terbaik,” ujar beliau. Penambahbaikan ini turut menggantikan Klinik Kesihatan Siburan lama yang telah beroperasi sejak 1964 dengan menawarkan perkhidmatan lebih luas, termasuk rawatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan ibu dan anak serta sokongan kepada klinik-klinik desa di kawasan sekitar. Dengan siapnya klinik ini, beliau berharap agar kemudahan kesihatan di kawasan ini terus diperkasakan untuk memenuhi keperluan masyarakat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
205 Lot Kampung Tradisi Kampung Tangga Plaman Disukat Bermula Disember Ini |
SERIAN: Sebanyak 205 lot bagi Kampung Tradisi di Kampung Tangga Plaman akan disukat oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Serian bermula pada Disember ini nanti. JTS Bahagian Serian memberitahu, kaedah pengukuran tanah ini nanti akan mengadaptasikan kaedah Projek Dokumentasi Tanah yang telah diperkenalkan oleh Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA). Kaedah ini telah dibuktikan lebih mudah malah mempercepatkan proses kerja penyukatan lot kediaman dan lot pertanian serta mampu menyelesaikan isu sempadan dan hak milik tanah di antara ahli keluarga dan di antara jiran. JTS Bahagian Serian menjelaskan demikian semasa Sesi Dialog Lapangan Pengukuran Lot Kampung Tradisi di Kampung Tangga Plaman Serian pada Rabu. Menjelas lanjut, JTS Bahagian Serian memaklumkan bahawa kerja-kerja pengukuran ini akan siap sepenuhnya menjelang 30 Januari tahun hadapan. Dalam sesi yang sama, JTS Bahagian Serian juga memohon semua penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Tangga Plaman, Kampung Bunga Raya dan Kampung Siantan supaya memberi kerjasama dan sokongan padu agar proses pengukuran itu berjalan dengan lancar nanti. Selesai kerja pengukuran nanti, pemilik tanah akan mendapat geran tanah dibawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) seumur hidup tanpa berbayar. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
马来金锦缎吸引雪兰莪苏丹后关注 |
古晋:位于婆罗洲高原的马来金锦缎编织工业职业中心(PVI)受到雪兰莪苏丹后东姑诺拉西京殿下的关注。 殿下今日访问马来金锦缎编织工业职业中心,亲眼见证金锦缎的编织过程与成品。 殿下于早上10时抵达现场,并获得砂旅游、创意产业及表演艺术部第二副部长夫人拿汀梅琳达迎接。 陪同嘉宾还包括砂拉越媒体集团(SMG)主席拿督诺雅蒂、砂拉越公共服务委员会主席拿督莎芭丽雅博士以及砂拉越国家文化及艺术局(JKKN)局长诺茜拉。 东姑诺拉西京殿下首先聆听由婆罗洲高原监狱(工业职业单位)助理局长祖费吉里进行简报会。 随后,殿下前往马来金锦缎编织场,亲眼目睹婆罗洲高原监狱所展示的金锦缎制作演示过程。 接下来,殿下和随行人员也参观了金锦缎成品的展示厅,然后便前往享用餐点。 殿下花了大约一个小时才离开,继续下一个行程,即参观Kek Lapis Warisan有限公司。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Songket Sarapride Engages Tengku Permaisuri Selangor |
KUCHING: Songket Sarapride, the Vocational Industrial Centre (PVI) at Puncak Borneo Prison, has caught the eye of Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Her Majesty graciously visited Songket Sarapride on Thursday to witness firsthand the intricate process of weaving and the exquisite finished products of songket fabric. Arriving at 10 am, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin was warmly welcomed by Datin Melinda Claudia Bucking, the wife of Sarawak Deputy Minister of Tourism, Creative Industry, and Performing Arts II. Also present to greet Her Majesty were Sarawak Media Group (SMG) Chairperson, Dato Norhyati Ismail, Sarawak State Public Service Commission Chairperson, Datu Dr Sabariah Putit, and Director of the National Department for Culture and Arts (JKKN) Sarawak, Noor Seela Noor Sulaiman. The royal visit commenced with a briefing by Inspector Zul Fikri Muhamat, Assistant Head of the Vocational Industrial Unit at Puncak Borneo Prison. Following the briefing, Her Majesty toured the songket weaving area, where she observed a live demonstration of the intricate weaving process carried out by the clients of Puncak Borneo Prison. After witnessing the songket creation, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin visited the exhibition hall, which showcased a variety of beautifully crafted songket fabrics. The visit concluded with a brief luncheon at Puncak Borneo Prison. Her Majesty spent around an hour at the centre before departing for her next royal engagement, a visit to Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. -UKASnews |
View |
|
news |
Medan Selera & Pasar Tani Akan Dibina Di Pulau Bruit |
PULAU BRUIT: Lawatan kerja Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol ke kawasannya di Semop membawa khabar gembira apabila beliau mengumumkan kelulusan permohonan pembinaan sebuah Medan Selera dan Pasar Tani di Pulau Bruit oleh Kerajaan Sarawak. Jelasnya, projek bernilai RM6.5 juta ini dijangka meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dengan menyediakan ruang perniagaan yang lebih teratur dan selesa. "Projek pembangunan ini diharap dapat merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, sekali gus meningkatkan kesejahteraan masyarakat di kawasan Pulau Bruit," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyerahkan dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sekitar Pulau Bruit pada Khamis. Dana MRP bernilai RM636,000 telah diserahkan kepada tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan tersebut. Antara lokasi yang dikunjungi ialah Dewan Masyarakat Kampung Tekajong, Dewan Masyarakat Kampung Betanak, dan Dewan Masyarakat Kampung Semop. Katanya, dana yang disalurkan ini bertujuan membiayai pelbagai projek pembangunan dan menaik taraf kemudahan masyarakat setempat. Berucap ringkas, beliau selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberikan komitmen untuk memastikan pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian. “Dana yang disalurkan ini adalah hasil keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu memperbaiki kemudahan asas serta menyediakan infrastruktur yang lebih baik untuk masyarakat di Pulau Bruit,” katanya lagi. Jelas beliau, usaha berterusan Kerajaan Sarawak bertujuan membangunkan kawasan luar bandar agar setanding dengan kawasan bandar. Lawatan kerja pada hari ini merupakan sebahagian daripada jelajah selama tiga hari bermula Rabu yang melibatkan peruntukan MRP lebih RM1 juta. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
ADUN Meradong Santuni Mangsa Bencana |
MERADONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, melawat lokasi tanah runtuh di Rumah Jerome, Sungai Baron, dan kediaman mangsa yang tinggal seorang diri. Susulan lawatan itu, beliau telah menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKR Bahagian Sarikei untuk menyalurkan bantuan dan keperluan segera. Selain itu, beliau menerima permohonan penduduk untuk menaik taraf perparitan di Rumah Jerome dan akan memaklumkan Jabatan Pengaliran dan Saliran (DID) untuk menilai keadaan tersebut. Dalam pada Datuk Ding turut meninjau projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM50,000 bagi menaik taraf perparitan di Rumah Tury untuk mengatasi masalah kebanjiran. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pertahankan Warisan Kaum Iban Agar Tidak Hilang Ditelan Zaman |
MERADONG: Generasi muda Iban digesa untuk mempertahankan warisan nenek moyang mereka agar tidak hilang akibat pemodenan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, berkata kebudayaan tradisi Iban yang unik dapat menjadi daya tarikan pelancong dari luar negara. “Peranan golongan veteran juga amat penting dalam mengekalkan budaya tradisional ini serta menjadi tunjang utama kepada golongan muda-mudi,” katanya demikian ketika berucap dalam Pertandingan Ngajat & Betaboh Sempena Pesta Meradong 2024 di sini pada Khamis. Selain itu, beliau turut menyifatkan tradisi Ngajat dan Betaboh yang merupakan satu tarian dan muzik tradisional bagi kaum Iban di Sarawak sebagai berpotensi untuk dipromosikan. Jelasnya, persembahan ini memiliki pelbagai alunan rentak muzik dan tarian yang berbeza ketika dipersembahkan. Bukan itu sahaja ujarnya, dari segi pemakaian busana tradisional Iban juga berbeza mengikut kawasan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Naik Taraf Saliran Lorong Belakang Rejang Park Lane 3 & 4 Siap Sepenuhnya |
SIBU: Projek menaik taraf sistem saliran di lorong belakang Rejang Park Lane 3 dan Lane 4 kini telah siap, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee. Jelasnya inisiatif yang menelan kos RM300,000 ini merupakan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang penting di Rejang Park. "Projek-projek ini dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan, tetapi disebabkan kecekapan kontraktor, ia disiapkan dalam tempoh dua bulan sejak kerja-kerja dimulakan pada pertengahan September," katanya kepada pemberita semasa majlis penyerahan tapak kepada Majlis Perbandaran Sibu (SMC) pada Rabu. Beliau berkata, sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf termasuk mendalamkan dan membaiki parit, serta pembinaan laluan pejalan kaki di sepanjang parit untuk kemudahan orang ramai. Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan itu menambah, sistem saliran asal yang dibina pada tahun 1970-an perlu didalamkan disebabkan perubahan iklim dan hujan lebat. "Sasaran saya adalah untuk terus menaik taraf sistem saliran di setiap lorong Rejang Park. "Harap bersabar sementara saya secara beransur-ansur menaik taraf semua lorong belakang, dan tidak lama lagi Rejang Park akan kurang mengalami banjir kilat," kata Tiang. Beliau menambah bahawa lebih banyak projek RTP dirancang untuk Rejang Park, seperti menaik taraf sistem saliran, gelanggang bola keranjang SJK (C) Rejang Park dan pembinaan laluan berbumbung. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1291129212931294129512961297129812991300NextLast |