Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Sarawak Meterai MoU Bersama CTGI, Shanghai Electric Bangunkan Ladang Solar Terapung Di Bakun

SHANGHAI: Usaha Sarawak untuk menjadi peneraju dalam tenaga diperbaharui serantau terus diperhebatkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama China Three Gorges International Ltd (CTGI) dan Shanghai Electric Power T&D Group Co. Ltd. Majls menandatangani MoU tersebut diadakan semasa Persidangan Fotovoltaik Solar dan Tenaga Pintar Antarabangsa 2025 (SNEC PV) Ke-18 di Shanghai, China pada Selasa. Menerusi kolaborasi strategik itu, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi, CTGI dan Shanghai Electric akan bersama-sama menjalankan pelbagai kajian dan bekerjasama meneroka potensi pembangunan solar terapung, dengan kapasiti tidak melebihi 1,000 Megawatt (MW), di kawasan tadahan Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun. MoU tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Tetap MUT, Datu Jafri Lias bersama Naib Presiden CTGI, Zhang Kai Hong dan Naib Presiden Shanghai Electric, Yang Xing Hai. Ia turut disaksikan Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan Petros), Dato Ibrahim Baki bagi mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Menurut Dato Ibrahim semasa menyampaikan teks ucaptama Premier Sarawak, Sarawak berbesar hati untuk menjalin pakatan strategik ini dengan rakan industri yang kukuh seperti CTGI dan Shanghai Electric, kerana menyokong matlamat negeri ini untuk memastikan keselamatan tenaga dan kemampanan alam sekitar. “Sarawak kini mempunyai kapasiti penjanaan kira-kira 5,900MW (tenaga), kebanyakannya daripada sumber kuasa hidro yang boleh diperbaharui. “Menjelang 2030, Sarawak menyasarkan kapasiti penjanaan 10GW, dan 15GW menjelang 2035, dengan sumber boleh diperbaharui membentuk lebih 60 peratus daripada campuran kapasiti. “Dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang luas, Sarawak mempunyai potensi untuk menjadi kuasa tenaga boleh diperbaharui di rantau ini,” katanya semasa berucap. Beliau yang juga Pengerusi SEB menambah, Sarawak berjaya menjana kuasa daripada pemasangan solar berskala besar pertamanya di HEP Batang Ai pada Disember 2024. Tambahnya, inisiatif ini akan membuka ruang untuk pembangunan selanjutnya solar terapung di Sarawak di lain-lain kawasan tadahan kuasa hidro melalui pelaburan yang dibiayai oleh swasta. Sementara itu, delegasi Kerajaan Sarawak diketuai Dato Ibrahim Baki turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Shanghai Elektric di Wilayah Minhang, China. Ketibaan mereka disambut oleh Pengerusi Shanghai Electric Holding Group, Wu Lei dan pegawai kanan syarikat berkenaan. Manakala delegasi Kerajaan Sarawak turut disertai Datu Jafri Lias dan Datuk Sharbini Suhaili. Terdahulu, Dato Ibrahim dan delegasi telah diberi taklimat mengenai operasi Shanghai Elektric. Ia disusuli dengan mesyuarat dua hala kira-kira sejam, membincangkan pelbagai kerjasama strategik antara kedua pihak. – EDISI UKAS

View

news

Projek RTP Meradong Perlu Dipercepat Demi Kesejahteraan Rakyat

BINTANGOR: Proses pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan DUN Meradong perlu dipercepat bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat menjelang hujung tahun ini. Demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semasa mempengerusikan sesi Dialog Bersama Agensi Pelaksana Projek RTP yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Meradong, pada Isnin. Dialog ini bertujuan menilai perkembangan semasa pelaksanaan projek serta mengenal pasti isu yang menyebabkan kelewatan. Sesi tersebut disertai pelbagai wakil agensi pelaksana termasuk Residen Sarikei, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak serta agensi lain. Datuk Ding menegaskan bahawa cabutan undi perlu dilaksanakan segera agar tidak berlaku kelewatan dalam memulakan projek, memandangkan sudah memasuki pertengahan tahun. Beliau turut mengingatkan agar setiap agensi memastikan kerja dilaksanakan mengikut spesifikasi dan jadual yang ditetapkan. “Rakyat menanti hasil pembangunan ini. Jika projek lambat siap, manfaat kepada mereka juga tertangguh. Ini bukan hanya soal fizikal, tetapi soal kesejahteraan masyarakat,” ujar beliau. Dalam sesi yang sama, beliau turut meneliti isu gangguan bekalan air yang dilaporkan kerap berlaku di kawasan Batu 5, Jalan KJD Bintangor. Wakil JBALB Bahagian Sarikei, Ling Kah Wei memberikan penjelasan dan memaklumkan tindakan susulan sedang diambil. Beliau menutup sesi dengan menyeru agar semua agensi terus menjalinkan kerjasama erat bagi memastikan semua projek RTP di Meradong berjalan lancar demi kepentingan rakyat.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak, CTGI & Shanghai Electric Nyain MoU, Ngaga Ladang Solar Melepu Di Bakun

SHANGHAI: Pengeransing Sarawak deka nyadi menua nyulut ba kuasa ulih dikena baru di randau tu majak disungkak nengah pengawa nyain Sempekat Pemereti Ati (MoU) begulai enggau China Three Gorges International Ltd (CTGI) enggau Shanghai Electric Power T&D Group Co. Ltd. Pengawa nyain MoU nya diatur maya Konferens Fotovoltaik Solar enggau Kuasa Pintar Antarabansa 2025 (SNEC PV) Ke-18 di Shanghai, China, Hari Dua. Bepun ari kerejasama nya, Perintah Sarawak nengah Opis Menteri Utiliti enggau Telekomunikesyen, CTGI enggau Shanghai Electric deka besaup ngaga pansik sereta kerejasama nyerungkai pengulih ngaga solar melepu enggau kapasiti enda lebih ari 1,000 Megawatt (MW) ba Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun. MoU nya disain Sekretari Mendam MUT, Datu Jafri Lias, Mandal Presiden CTGI, Zhang Kai Hong enggau Mandal Presiden Shanghai Electric, Yang Xing Hai. Pengawa nya dikemata Sapit Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad enggau Petros), Dato Ibrahim Baki ti ngari ke Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Dato Ibrahim maya macha teks jaku Premier Sarawak madah, Sarawak temegah ati ulih nempa kerejasama strategik nya ti bela nyukung juluk ati nengeri nentuka pengelikun kuasa enggau rampa menua. "Sarawak diatu ulih ngasilka kuasa urung 5,900MW ti tebal agi ari tekat ai. "Manggai taun 2030, Sarawak bisi juluk ati ngasilka 10GW enggau 15GW ba taun 2035. "Ari pun penatai kuasa ke mayuh, Sarawak ngembuan pengelebih nyadi menua ke nyulut ba kuasa ulih dikena baru ba rantau tu," ku iya madah. Iya ke mega Chairman SEB madah, Sarawak bela ngasilka kuasa karan ari solar ke digaga betikas besai ti keterubah iya ba HEP Batang Ai kena Disember 2024 suba. Iya madah, inisiatif nya bela deka ngepunka pengawa ke sebaka digaga ba menua bukai di Sarawak. -EDISI UKAS

View

news

Dato Fazzrudin Attends St Joseph’s Class Of ‘92 Reunion Dinner

KUCHING: St Joseph’s Secondary School class of 1992 held an unforgettable and heartfelt reunion dinner at Hotel 56 recently. The gathering welcomed 86 alumni and 18 esteemed educators to honour the bonds formed over three decades and the enduring legacy of education. Among the attendees were Chief Political Secretary to the Sarawak Premier, Dato Fazzrudin Abdul Rahman, ex-principal Gerald Lee and Deputy Principal, Aloysius Wee. The evening commenced with the school anthem, evoking cherished memories among attendees. To mark this milestone, the alumni joined together for a cake-cutting ceremony, celebrating their 50th birthdays and 33 years since graduation, a testament to enduring friendships and shared experiences. This reunion was more than just an event—it was a powerful reminder of the friendships, mentorship, and lasting connections that continue to shape the lives of St Joseph’s Class of '92. -UKASnews

View

news

Projek RTP Meradong Patut Digaga Jampat Ungkup Pengelantang Rayat

BINTANGOR: Pengawa ngaga Projek Transformasyen Menua Peisisir (RTP) ba sitak DUN Meradong patut dirumban ketegal ngira pengelantang rayat dia. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing nyemetak madah munyi nya maya ngulu program Randau Begulai Enggau Agensi Ngaga Projek RTP ti betuai ke iya, ke diatur ba Palan Servis DUN Meradong ditu, kena Hari Satu tu tadi. Tuju randau nya dikena mansik pejalai pengawa ngaga projek sereta nyidi pekara ti ngasuh projek nya laun tembu. Program nya digulu pengari ari agensi perintah nyengkaum Residen Sarikei, Opis Kereja Raya (JKR), Opis Bekal Ai Menua Pesisir (JBALB), Kaunsil Pelilih Meradong enggau Julau (MDMJ), Opis Tanah enggau Survei, Opis Sungai-Sungai Sarawak sereta agensi ke bukai. Datuk Ding madah, pengawa nyabut undi patut digaga jampat agi ngambi ke enda laun ngepunka projek nambah ke diatu udah tengan taun. Iya nesau semua agensi nentuka pengawa dipejalai nitih spesifikasyen sereta langgur ke udah ditetap. “Rayat nganti asil pemansang tu. Enti projek tu laun tembu, pemaik ari nya mega tejanggal. Tu ukai semina projek pemansang, tang bela ngira pengelantang rayat,” ku iya. Maya nya iya mega berati penanggul bekal ai ti suah nyadi di Batu 5, Jalai KJD Bintangor. Pengari JBALB Bagi Menua Sarikei, Ling Kah Wei nerang sereta madah pengawa bekaul benung diatur.-EDISI UKAS

View

news

Seminar Antarabangsa Kupas Krisis Iklim dari Perspektif Kemanusiaan dan Pelbagai Dimensi

Seminar Antarabangsa Kupas Krisis Iklim dari Perspektif Kemanusiaan dan Pelbagai Dimensi KUCHING: Majlis Islam Sarawak (MIS), dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESty), bakal menganjurkan International Seminar on Humanity and Climate Change Crisis: A Multidimensional Perspective pada 29 hingga 30 Julai 2025 bertempat di Kompleks Islam Kuching. Menurut satu kenyataan media pada Selasa, seminar selama dua hari ini bertujuan membincangkan secara mendalam dimensi kemanusiaan dalam isu perubahan iklim, satu isu kritikal yang semakin menjadi perhatian global.  “Ia akan menghimpunkan penggubal dasar, ahli akademik, penyelidik serta wakil masyarakat dalam usaha merangka pendekatan bersepadu berlandaskan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial bagi menangani cabaran perubahan iklim secara holistik,”jelasnya. Kenyataan media ini dikeluarkan selepas pertemuan antara delegasi Majlis Islam Sarawak (MIS) yang diketuai oleh Yang diPertua MIS, Datu Misnu Taha, dengan wakil MEESty dan IKIM di Pejabat MIS pada Selasa.  Mesyuarat tersebut membincangkan persiapan terakhir serta kerjasama strategik bagi memastikan kejayaan seminar antarabangsa ini, selain memperkukuh komitmen bersama dalam menangani isu perubahan iklim melalui pendekatan holistik dan berteraskan nilai-nilai islam. Antara objektif utama seminar ini ialah untuk memahami krisis iklim menerusi hubungan manusia dan alam, nilai-nilai Islam, serta penyelesaian yang lestari dan inklusif sejajar dengan prinsip pembangunan mampan. Seminar turut dijangka menampilkan ucaptama oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta Mufti Negeri Sarawak, Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin, selaku tetamu kehormat. Selain sesi utama, seminar juga akan menampilkan pembentangan berkaitan etika dan perubahan iklim dengan penekanan terhadap perspektif Islam, serta perbincangan mengenai teknologi hijau dan tadbir urus alam sekitar. Majlis pelancaran buku hasil penerbitan terkini daripada IKIM dan MIS turut dijadualkan, disusuli pameran yang mempamerkan pelbagai inisiatif kelestarian daripada pelbagai agensi dan organisasi. Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran serta penyertaan akan diumumkan dalam masa terdekat melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi MIS, IKIM dan MEESty.  Dalam pada itu, orang ramai dan pihak media digalakkan untuk mengikuti saluran tersebut bagi mendapatkan perkembangan terkini. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Mual Suaud, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Dr Mohd Zaidi Ismail serta pegawai-pegawai daripada MIS, MEESty dan IKIM.-EDISI UKAS

View

news

Padi Hibrid Pemangkin Transformasi Industri Padi dan Beras Sarawak

LUNDU: Penanaman padi hibrid berpotensi menjadi pemacu utama dalam mentransformasikan industri padi dan beras di Sarawak, dengan hasil tanaman yang mampu mencecah sehingga 14 metrik tan sehektar, jauh mengatasi varieti padi tradisional. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, penggunaan padi hibrid seperti varieti GS30 dari China merupakan antara inisiatif baharu yang sedang diteroka menerusi projek perintis di Skim Penanaman Padi Tanjung Purun, Lundu. “Dengan kombinasi teknologi, kejenteraan dan komitmen sektor swasta, kita dapat meningkatkan pengeluaran dan menjadikan industri ini lebih mampan serta kompetitif,” katanya ketika lawatan kerja sempena Program Walkabout ke tapak penanaman tersebut di Lundu pada Selasa. Beliau menegaskan, kerjasama awam dan swasta merupakan elemen penting dalam melonjakkan produktiviti dan rantaian nilai industri, sekali gus menyumbang kepada keterjaminan makanan jangka panjang. Antara strategi utama yang digariskan M-Ficord termasuk peluasan kawasan penanaman di tanah kerajaan dan NCR; pemerkasaan mekanisasi dalam sektor pertanian; dan pengukuhan jaringan kerjasama dengan sektor swasta. “Syarikat Baja Engineering kini menerajui projek plot padi hibrid di sini, dan berdasarkan dapatan awal, varieti ini mampu memberikan hasil 2 hingga 4 kali ganda berbanding padi biasa,” jelas beliau. Selain menyeru Jabatan Pertanian Sarawak agar turut melatih petani untuk memasarkan hasil dan bukan hanya menanam, beliau turut menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran agar menyesuaikan pendekatan untuk menyokong keperluan sektor pertanian di kawasan luar bandar. Turut hadir, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah (Industri Makanan), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Datuk Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan, ADUN Opar, Billy Sujang dan ADUN Beting Maro, Razaili Gapor. Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dominic Chunggat; wakil Hubei Ceres Technology China, Dr Ding; dan Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha.-EDISI UKAS

View

news

International Seminar On Humanity & Climate Change Crisis To Be Held On 29-30 July

KUCHING: The Sarawak Islamic Council (MIS), in collaboration with the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) and the Ministry of Energy and Environmental Sustainability Sarawak (MEESty), will be organising the ‘International Seminar on Humanity and Climate Change Crisis: A Multidimensional Perspective’, from 29 to 30 July 2025 at the Kompleks Islam Kuching. According to a statement, this two-day seminar will bring together policymakers, scientists, scholars, and thought leaders to deliberate on the human dimensions of climate change — an often overlooked but crucial aspect in addressing global environmental challenges. “The event is expected to host up to 1,000 participants from various sectors including academia, government agencies, non-governmental agencies (NGOs), and the general public. “The seminar aims to deepen understanding of climate change through the lens of human-environment interaction, Islamic ethical teachings, and strategies promoting equity, inclusion, and resilience,” it said on Tuesday. Keynote and thematic speakers include Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, and Mufti of Sarawak, Datu Kipli Yassin. Additionally, the seminar will also feature high-level dialogues on ethics with particular emphasis on Islamic perspectives alongside discussions on green technology and environmental governance. A book launch will also showcase new publications from IKIM and MIS, complemented by exhibitions highlighting sustainable initiatives. Further information on registration and participation will be announced soon via the official websites and social media channels of MIS, IKIM, and MEESty. Meanwhile, a meeting was held to discuss the organisation of the seminar, involving MIS President, Datuk Misnu Taha, Director of the Sarawak Islamic Religous Department (JAIS), Mual Suaud, IKIM Deputy Director-General, Dr. Mohd. Zaidi Ismail, and officers from MEESty, MIS, and IKIM. -UKASnews  

View

news

Use Allocations Transparently, Don't Abuse Power – Dato' Sri Tiong

BINTULU: Grassroots leaders such as Community Leaders and Village Chiefs (KMKK) are reminded to manage government allocations with full integrity and transparency so that the benefits of development can be fully felt by the people. Minister of Tourism, Arts and Culture, Dato' Sri Tiong King Sing emphasised this in his speech at the 2025 Pengerami Ngiling Bidai Gawai Dayak Ceremony organised by the Progressive Democratic Party (PDP) which took place at a hotel here on Friday. He reprimanded the attitude of a few Village Development and Security Committees (JKKK) and women's bureaus who still failed to submit project reports, even though the allocations were channeled more than a year ago. "I hope that the JKKK and the women's bureau will use the allocation transparently, especially for the longhouse upgrading project. "Don't misuse the KMKK position when you have the power now," he stressed. According to him, the abuse of power among office holders not only tarnishes the integrity of leadership, but also affects the development goals and well-being of the local community. At the same event, the Bintulu Member of Parliament also expressed his joy at being able to celebrate Gawai Dayak with the local community. For him, Gawai is not just a festival, but a symbol of the identity, heritage and cultural wealth of the Dayak community which reflects harmony in diversity. "This is our country that celebrates various festivals such as Hari Raya, Chinese New Year, Gawai Dayak and Christmas. Let's all appreciate the festivals celebrated by various ethnic groups," he added. He also called for the spirit of unity and mutual respect to continue to be strengthened, in line with efforts to preserve the harmony of the diverse society in this country. -UKASnews

View

news

Hari Bersama Komuniti UNIMAS Perkukuh Jalinan Universiti & Masyarakat

LUBOK ANTU: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Lubok Antu telah menganjurkan Program Hari Bersama Komuniti, sebagai sebahagian daripada Kursus MPU Kurikulum Berkredit yang dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS. Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Lubok Antu, Akoi Ejau yang mewakili Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh merupakan platform pelaksanaan tugasan lapangan oleh mahasiswa Tahun 1 Semester 2, yang diwajibkan bagi melengkapkan kursus tersebut. Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat di samping menyediakan ruang kepada komuniti kampung untuk mengembangkan bakat serta ekspresi kreatif melalui pelbagai aktiviti seni dan program interaktif. Selain memberi impak positif kepada masyarakat setempat, inisiatif ini turut membentuk kemahiran insaniah mahasiswa, khususnya dalam aspek kepimpinan, pengurusan program, serta semangat kerjasama dan kesukarelawanan. Program ini turut mendapat sokongan dan penglibatan aktif daripada pelbagai pihak termasuk komuniti Lubok Antu serta warga akademik dan pentadbiran UNIMAS yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini. Program ini membuktikan komitmen UNIMAS dalam menjadikan pembelajaran sebagai alat transformasi sosial, di samping menyemai nilai kemasyarakatan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan generasi muda Sarawak. -EDISI UKAS

View
FirstPrevious1231123212331234123512361237123812391240NextLast