Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Two KUTS Infrastructure Packages Completed |
KUCHING: Two infrastructure packages under the Kuching Urban Transportation System (KUTS) project have been successfully completed. Sarawak Minister for Transport, Dato Sri Lee Kim Shin said this milestone signifies an important advancement in efforts to develop an environmentally friendly public transport system powered by hydrogen. According to him, the two completed packages involved the advanced ground foundation works for the Rembus Depot, and the construction of a three-kilometre stretch essential for the Proof of Concept (POC) trial run in Samarahan. “This is an important achievement in the early phase of KUTS implementation and reflects the state government’s commitment to green and sustainable transport transformation,” he said. He spoke during his ministerial winding-up session at the 19th Sarawak Legislative Assembly (DUN) Sitting on Monday. In total, six infrastructure packages have been awarded under the project. Four more packages, the Rembus Depot Infrastructure Package, Blue Line Package 1, Blue Line Package 2, and Red Line Package, are currently in progress. Meanwhile, the Green Line Package is still in the initial preparation stage for the tender process. As of April 2025, actual progress for the KUTS Phase 1 stands at 29.89 per cent compared to the targeted 33.86 per cent. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Datuk Abdullah Receives Courtesy Call From ‘Tumbukan Emas: Sapok Biki’ Film Director |
KUCHING: Local production company Kamek Empun Production paid a courtesy call on Deputy Minister in the Sarawak Premier’s Department (Corporate Affairs, Information & UKAS), Datuk Abdullah Saidol at his office in the Sarawak Legislative Assembly (DUN) Complex on Monday. The visit, led by Kamek Empun Production Managing Director, Jalot Jeman, aimed to promote their latest film titled ‘Tumbukan Emas: Sapok Biki’. According to Jalot who also serves as the film director, the premiere of ‘Tumbukan Emas: Sapok Biki’ is tentatively scheduled for 23 July 2025, pending confirmation from the Ministry of Tourism, Creative Industry and Performing Arts Sarawak (MTCP), with nationwide cinema screenings expected around September 2025. During the meeting, Datuk Abdullah expressed that there is no objection for UKAS to assist in promoting the film, particularly in the form of promotional teasers. He noted that this support is further strengthened by MTCP’s involvement and financial backing provided to the production. “The film, which highlights the story of Sarawak’s renowned boxing icon, Sapok Biki, deserves recognition and support not only for honouring a Sarawakian figure but also for its potential as a cultural and tourism product for the state,” he said. Also present during the courtesy call was UKAS Director, Awang Putrayusrie Awang Redzuan. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Majlis Ramah Tamah STIU 2025 Serlah Komitmen Hijau, Tadbir Urus Cekap |
KUCHING: Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan semangat Aidilfitri dan aspirasi pembangunan lestari telah menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 Bersama Rakan Strategik bertemakan “Raya Lestari, Alam Terjaga” di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Jumaat. Majlis tersebut bukan sekadar sambutan perayaan, malah menjadi platform untuk memperkukuhkan sinergi antara agensi kerajaan serta menyampaikan komitmen terhadap tadbir urus yang cekap dan kelestarian alam sekitar. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee dan dihadiri oleh wakil-wakil kementerian, jabatan kerajaan, serta agensi pelaksana inisiatif transformasi dan inovasi perkhidmatan awam negeri. Pengarah STIU, Superi Awang Said merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan strategik atas sokongan berterusan mereka terhadap pelaksanaan pelbagai inisiatif seperti SCS Scorecard, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS), Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA), pensijilan MS ISO 9001:2015, Anugerah Kelestarian Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS-Next) serta Key Focus Activities 2.0 (KFA 2.0). Beliau menegaskan bahawa semua inisiatif ini dilaksanakan secara sistematik berasaskan perancangan strategik dan berpandukan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh sistem penyampaian awam yang telus, berimpak tinggi serta responsif kepada keperluan rakyat. Selain itu, majlis ramah tamah Aidilfitri ini turut mengetengahkan inisiatif hijau sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar. Penyampaian simbolik anak pokok markisah dan durian kepada warga kerja dan tetamu kehormat menjadi lambang budaya hijau yang diterapkan dalam kalangan penjawat awam serta masyarakat umum. STIU sebelum ini juga telah melaksanakan Program Penanaman Pokok Bintangor Bukit di Hutan Simpan Bakam, Miri pada Ogos 2024 dan bakal meneruskan Projek Penanaman 500 Pokok di Hutan Simpan Sabal, Simunjan pada Julai 2025. Inisiatif ini selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Peringkat Kebangsaan dalam usaha menangani perubahan iklim dan memelihara ekosistem semula jadi negara. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah panel penilai AKPANS, Innovation and Quality Coordination Officer (IQCO), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (ICC), juruaudit ISO serta pakar bidang Good Regulatory Practice (GRP) yang menjadi tulang belakang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan awam di Sarawak. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
JPS dan MAKSAK Anjur Program Hari Raya Korban 1446H |
KUCHING: Majlis Ibadah Korban anjuran Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak akan diadakan pada 8 Jun 2025 bertempat di Dewan Wisma Sabati, Kuching. Setiausaha Kehormat MAKSAK Sarawak merangkap Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Semawi Mohamad berkata, sebanyak enam ekor lembu akan ditumbangkan sempena program tahunan tersebut yang menghimpunkan kira-kira 400 jemputan daripada kalangan warga jabatan dan kementerian di Kuching, termasuk wakil rakyat dari kawasan sekitar. “Program ini bukan sahaja menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan, malah mencerminkan semangat gotong-royong dan perpaduan dalam kalangan penjawat awam negeri ini. “Seperti biasa, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg akan menjadi tetamu kehormat dan turut menyempurnakan agihan daging korban pada hari tersebut. Kesemua lembu akan dilapah dan diagihkan pada hari yang sama,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Program Hari Raya Korban 2025/1446H anjuran Jabatan Premier Sarawak dan MAKSAK Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa. Katanya, penganjuran program ini bertujuan memupuk budaya prihatin, kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai murni sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dalam kalangan warga perkhidmatan awam. Turut hadir, Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Khairul Nizam Morshidi, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Unit Pentadbiran JPS, Mohammad Nizam Wang serta KPP Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Abang Ahmad Abang Julai.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Mansik Baru Adat Lama Dikena Nipak Guna Maya Hari Tu |
KUCHING: Kaunsil Adat Sarawak (MAIS) diatu chakah mansik sereta nyikap baru macham kod adat rayat pupu bansa asal ba nengeri tu ngambi ke setipak enggau pemansang sereta guna maya hari tu. Menteri ba Opis Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai madah, sekeda kod adat ke benung dipansik baru nyengkaum Adat Iban 1993, Adat Bidayuh 1994, Adet Kayan-Kenyah 1994, Adat Lun Bawang 2004 enggau Adat Bisaya 2004. “Ba Adat Iban, pengawa mansik nyengkaum Adat Berumah Begulai Bebala Mayuh (genturung pendiau), Adat Ruang Bilik (pekara ruang bilik), Adat Tanah (reta) enggau Adat Renchit (macham) deka diperati baru,” ku iya maya nyimpul jaku opis menteri iya ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Ke-19, kena Hari Satu tu tadi. Nambah ke jaku iya, iya madah, tiga bengkah woksyop udah diatur naka tu dikena berandauka draf mansik adat nya begulai enggau tuai bansa Iban ari selampur Sarawak. “Woksyop keterubah diatur di Miri iya nya ba Sitak Limbang, Miri enggau Bintulu, lalu woksyop kedua diatur di Sibu ke digulu tuai ari Sibu, Sarikei, Kapit enggau Mukah. Woksyop ketiga diatur di Kuching ke digulu pengari ari Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman enggau Betong. “Tuju woksyop tu dikena ngenukuka pemetul data ba draf kod adat ti baru sebedau dipejurai ngagai opis tu,” ku iya nerang. Berindik ari nya, iya madah, sekeda ari adat ti benung dipansik nyengkaum adat ngiru ba bansa Iban ti sebedau tu semina ngemendar ngiru nembiak mit umur 18 taun ke baruh. “Taja pia, ke bendar iya nyengkaum ngiru orang udah besai enggau chara anumerta nyadika peturun ruang bilik sida, ke ditemu nampung bilik punas. “Ba adat bansa Bidayuh, pansik adat bekaul pekara ruang bilik, endur diau enggau reta. Randau udah diatur ditu begulai enggau tuai genturung pendiau ari Serian enggau Kuching. “Sekeda pansik nya nyengkaum Adat Parih Ramban (ngulit), ke nagang enggau orang berami sepemanjai timpuh ngulit. Taja pia, nya tau nibuh dititih enti bisi program udah diperambu tumu agi, tang meseti mayar ukum adat ngagai ruang bilik pemati (Adat Pintahak Omon Bateh),” ku iya. Kelimpah ari nya, Dato Sri John Sikie nerang, pansik Adet Kayan-Kenyah benung digaga enggau langgur nempa Adet Kayan enggau Adet Kenyah nyadi dua kod dikena masa identiti diri empu. Ba adat Lun Bawang ku iya, pansik adat nya deka ditipak nyengkaum adat derian, ke sebedau tu kerebau idup meseti diberi, atur nya dilanggur diganti enggau mata duit bepelasarka sempekat kededua ruang bilik.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Jumlah Kelulusan Permohonan Bagi Program SMM2H Meningkat Di Bawah Kendalian MTCP |
KUCHING: Jumlah kelulusan permohonan bagi program ‘Sarawak-Malaysia My Second Home’ (SMM2H) mencatat peningkatan ketara setelah Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) mengambil alih peranan untuk menguruskan program berkenaan. Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, peranan tersebut yang sebelum ini dipegang oleh Jabatan Imigresen Sarawak telah meluluskan sebanyak 1,240 permohonan telah meningkat kepada 1,901 pada hari ini. Jelasnya, peningkatan dalam jumlah permohonan yang diluluskan telah membawa kesan ekonomi yang ketara kepada wilayah Sarawak, khususnya. “Pada tahun 2024, sebanyak 560 permohonan telah diluluskan dengan jumlah Simpanan Tetap pemohon mencecah RM111.6 juta. “Manakala dari Januari hingga pertengahan Mei tahun ini, sebanyak 265 permohonan telah diluluskan dengan jumlah Simpanan Tetap pemohon sebanyak RM65.3 juta,” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Menjelas lanjut, Dato Sri Abdul Karim mendedahkan peserta tertinggi program ini berasal dari China iaitu seramai 513 orang, United Kingdom seramai 384 orang, Taiwan seramai 277, Hong Kong seramai 267 orang dan Amerika Syarikat seramai 262. Perkara ini jelasnya hasil usaha MTCP menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Panel SMM2H dan Lesen Perniagaan Pelancongan tempatan bagi SMM2H di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yang diberikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 30 Oktober 2024. “Berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025, kami telah memperkenalkan kerangka pelesenan bagi ejen SMM2H di mana Panel Bank SMM2H telah ditubuhkan bagi menawarkan perkhidmatan khusus, termasuk memudahkan pembukaan akaun Simpanan Tetap (FD) serta pakej perbankan yang menarik bagi kemudahan pemohon,” jelasnya lagi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Muzium Kekal Tarikan Utama Pengunjung Di Sarawak |
KUCHING: Muzium terus kekal menjadi tarikan utama kepada pengunjung di Sarawak sama ada dalam atau luar negeri untuk tahun ini selaras dengan usaha untuk sasaran empat juta pengunjung bagi tahun 2025. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Muzium Budaya Borneo (BCM) terus mencuri tumpuan sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak dengan mencatatkan 73,463 pengunjung dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhan pengunjung sejak pembukaannya kini melebihi 1.3 juta orang. “Muzium lain seperti Muzium Petroleum di Miri, Muzium Warisan Islam dan Muzium Sejarah Alam mencatat jumlah keseluruhan 124,594 pengunjung sejak Januari 2025, menunjukkan bahawa muzium dan galeri kekal sebagai tarikan utama di Sarawak,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Dato Sri Abdul Karim menambah, pameran ‘Pristine Seas: Bringing The Ocean Back’ hasil kerjasama JMS dan National Geographic yang berlangsung dari 28 Oktober 2024 hingga 13 April 2025 telah menarik 93,528 pengunjung. Jelasnya, 14 tapak bersejarah telah digazetkan oleh JMS pada 12 Februari 2025, termasuk bangunan, monumen dan warisan bawah air dalam usaha memperkasakan Ordinan Warisan Sarawak (SHO 2019). Selain itu, JMS juga terus mengukuhkan jaringan kerjasama dengan institusi antarabangsa, antaranya Galeri Nasional, Pusat Warisan Melayu, dan Pusat Pemuliharaan Warisan Singapura, Muzium British, Kedutaan Hungary di Malaysia, Universiti Debrecen, Hungary dan Sekolah Perancis Timur Jauh – Universiti PSL, Perancis. “Pada 6 Januari 2025, JMS telah berjaya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Muzium Sains Negara (NSM) Thailand dalam menjalin kerjasama strategik antarabangsa bagi perkongsian ilmu dan usaha pemuliharaan bersama. “Selain kerjasama antarabangsa, JMS turut bekerjasama erat dengan agensi tempatan. Sehingga kini, JMS menjalinkan kolaborasi aktif bersama UNIMAS, UiTM, UKM, USM dan Universiti Sunway,” katanya. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Prestasi Pelancongan Sarawak Kukuh, TES Catat Peningkatan Skor |
KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) terus memperkukuhkan strategi promosi pelancongannya dengan pendekatan berasaskan data melalui kajian pasaran yang menyeluruh dengan menjalankan empat kaji selidik pasaran semasa sesi B2B/B2C yang memfokuskan kepada pasaran Eropah, India, Indonesia dan domestik. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, prestasi destinasi Sarawak pada Mac 2025 amat memberangsangkan dengan Skor Pengalaman Keseluruhan (TES) sebanyak 8.7, meningkat berbanding tahun sebelumnya di mana skor tersebut adalah hasil gabungan penilaian berangka sebanyak 8.6 dan penilaian sentimen sebanyak 8.8. “Penilaian ini menggambarkan tahap kepuasan pengunjung, manakala penilaian sentimen menganalisis nada emosi daripada ulasan pengunjung. “Sumber yang digunakan bagi penilaian ini termasuklah Google Reviews, Agoda, Booking.com , Ctrip, Traveloka, TripAdvisor, Expedia, Hotels.com , Opentable dan Get Your Guide,” katanya dalam sesi penggulungan kementeriannya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Selasa. Tambahnya, lokasi geografi Sarawak muncul sebagai faktor tarikan utama dengan skor 9.1 untuk penilaian berangka dan sentimen, disertai peningkatan 28.5 peningkatan dalam ulasan atas talian. Dalam pada itu, Dato Sri Abdul Karim memberitahu, STB mengambil pendekatan yang lebih berani dan strategik dalam penyertaan pameran pelancongan pengguna dan perdagangan yang berimpak tinggi, bagi memperkukuh keterlihatan jenama dan memperluas kehadiran industri di platform berprestij seperti ITB Berlin, ITB China, ITB Asia, WTM London dan MATTA Fair Kuala Lumpur. Jelasnya, STB telah berjaya melaksanakan 24 inisiatif pemasaran merangkumi pelbagai pasaran sasaran pada suku pertama tahun 2025. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Datuk Abdullah Agih Ikan Lumek Salai, Produk Tradisional Pulau Bruit Kepada Wakil Rakyat & Ketua Jabatan |
KUCHING: Ikan lumek salai merupakan produk hasil laut tradisional yang sinonim dengan Pulau Bruit. Produk ini menjadi perhatian apabila Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, YB Datuk Abdullah Saidol membeli sebanyak 200 kilogram (kg) produk tersebut untuk diedarkan kepada semua wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang berlangsung ketika ini. Selain wakil rakyat dan ketua jabatan, YB Datuk Abdullah juga turut akan menyerah pemberian ikan lumek salai itu kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Ikan lumek salai goreng adalah antara makanan kegemaran YAB Premier Datuk Patinggi Abg Jo. Harga pasaran semasa bagi ikan lumek salai adalah antara RM80 hingga RM100 sekilogram, bergantung pada kualitinya. |
Lihat |
|
news |
Mayuh Projek Pelajar Dikemendar Digaga Nengah RMK-12 & RMK-13 |
KUCHING: Perintah Sarawak majak mandangka pengeransing nyungkak sistem pelajar menua tu nengah pengawa ngemendarka macham projek ngaga enggau ngadu sekula di menua pesisir nengah Langgur Pemansang Malaysia Lumpar Ke-12 (RMK-12) enggau RMK-13. Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak, Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn madah, projek nya nyengkaum ba Daro, Tellian, Jepak, Bukit Semuja, Krian, Opar, Ngemah, Balingian, Ba’kelalan, Bukit Begunan, Meradong enggau Tanjong Datu. Ku iya, di Daro sekeda ari projek ke dikemendar digaga nyengkaum projek ungkup Nembiak Beguna Pelajar Khas (MBPK) di Sekula Sekondari (SMK) Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Normah nengah RMK-12, Rolling Plan Keempat (RP4). Kelimpah ari nya, iya madah, pengawa ngaga baru Sekula Primari (SK) Batang Lassa bela dikemendar nengah RMK-12, Rolling Plan Kelima (RP5). "Opis Pelajar Nengeri Sarawak (JPNS) diatu ba renggat merambu deka numbuhka sebuah palan khas ungkup nembiak Pom Enam ke deka dikenataika ba Langgur Pemansang Malaysia nangkan tu sepengudah skop projek, taba enggau guna diputus,” ku iya. Iya madah munyi nya maya nyimpul jaku opis menteri iya ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Ke-19, ditu, Hari Satu. Nambah ke jaku iya, Dato Sri Roland madah, di sitak Tellian, perintah udah ngemendar pengawa ngaga sereta nyeleti SK Mukah enggau SMK Mukah ari nengah RMK-12. "Kelimpah ari nya, SK Dua Sungai enggau SK Kampung Petanak mega deka diseruri lalu projek tu disadang tembu sereta diserah ngagai JPNS kena Jun 2025," ku iya. Enda tinggal mega, SK Sungai Setulan di Jepak bulih pemendar nengah langgur pemansang nya. Dato’ Sri Roland madah, ba RMK-13, pengawa ngaga SMK Serian No. 2 enggau SK Sri Sadong di Bukit Semuja udah dikenataika, kelimpah pengawa nyeleti SK Kabo Ulu di Krian sereta pengawa ngaga SK Selampit di Lundu. Ku iya, tu nyengkaum SK Sungai Badengan di Balingian ke diatu benung digaga lalu disadang tembu suku keempat 2026. "Perintah Sarawak bisi inisiatif mindahka sekula ke napi penanggul ampuh bah di Ngemah lalu ngelanggur taba lama SMK Datuk Haji Abdul Rahman Yakub (SEDAYA) digagaka nyadi palan latih,” ku iya madah baru. Berebak enggau nya, iya mega madah, ba Ba’kelalan, proses ngambi tanah ungkup projek SK Long Sukang enggau SMK Long Semadoh diatu benung diatur kelimpah pengawa ngererak SK Tanjong Bijat, Bukit Begunan deka berengkah sepengudah diperesa JPNS. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1201120212031204120512061207120812091210SeterusnyaTerakhir |