KUCHING: Ikan lumek salai merupakan produk hasil laut tradisional yang sinonim dengan Pulau Bruit.
Produk ini menjadi perhatian apabila Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, YB Datuk Abdullah Saidol membeli sebanyak 200 kilogram (kg) produk tersebut untuk diedarkan kepada semua wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 yang berlangsung ketika ini.
Selain wakil rakyat dan ketua jabatan, YB Datuk Abdullah juga turut akan menyerah pemberian ikan lumek salai itu kepada Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. Ikan lumek salai goreng adalah antara makanan kegemaran YAB Premier Datuk Patinggi Abg Jo.
Harga pasaran semasa bagi ikan lumek salai adalah antara RM80 hingga RM100 sekilogram, bergantung pada kualitinya.