Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Sarawak Serius Bendung Aktiviti Gas Tanpa Lesen

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak terus memperkasa kawal selia industri gas di wilayah ini susulan pindaan ke atas Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016) yang telah diluluskan pada 2023. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki berkata, sejak pindaan tersebut dikuatkuasakan, kementerian telah melaksanakan pelbagai langkah strategik bagi memastikan pengoperasian sektor gas berjalan dengan lebih teratur, selamat dan mematuhi undang-undang. “Sehingga kini, sebanyak 14 lesen telah dikeluarkan kepada pemain industri huluan, manakala 537 lesen diberikan kepada pemain industri hiliran di bawah DGO 2016 bagi membolehkan mereka menjalankan operasi secara sah di Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini pada Khamis. Jelasnya lanjut, langkah ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap pematuhan terhadap perundangan yang ditetapkan, malah turut menggalakkan pertumbuhan industri tenaga secara mampan. Dalam masa sama, kementeriannya juga mengambil pendekatan tegas terhadap pengusaha yang melanggar undang-undang dengan mengeluarkan 10 notis ketidakpatuhan kepada pihak yang menjalankan aktiviti pengedaran gas tanpa lesen sah. “Ini adalah bukti ketegasan kami dalam memastikan setiap aktiviti dalam sektor gas dikawal selia secara berkesan demi menjamin keselamatan awam serta kelestarian bekalan tenaga di Sarawak,” ujar beliau. Tambah Dato Ibrahim, antara aktiviti yang memerlukan lesen di bawah DGO 2016 termasuk pengimportan, regasifikasi, pemprosesan, pengangkutan, pembinaan saluran paip, pembekalan dan penjualan gas. "Mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti berkaitan gas tanpa lesen sah di Sarawak, boleh dikenakan denda sehingga RM20 juta bagi kesalahan pertama, dan sehingga 10 kali ganda untuk kesalahan seterusnya,"jelasnya lagi.-EDISI UKAS

View

news

Program Jiwa@Komuniti Madani Perkasa Masyarakat Rumah Panjang

PAKAN: Ahli Komuniti Madani di Daerah Pakan diseru agar memainkan peranan lebih proaktif dalam menyampaikan dasar-dasar penting kerajaan kepada masyarakat luar bandar, khususnya penduduk rumah panjang. Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan,Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom, berkata usaha ini penting dalam memastikan maklumat kerajaan sampai terus kepada rakyat, seterusnya membentuk masyarakat yang peka dan berdaya tahan terhadap cabaran semasa. “Peranan Komuniti Madani bukan sekadar menyentuh isu nasional seperti penipuan dalam talian, judi, dadah dan gejala sosial, tetapi turut merangkumi penyampaian pelbagai dasar serta inisiatif kerajaan negeri yang membawa manfaat langsung kepada rakyat,” katanya semasa merasmikan Program Jiwa@Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Pakan di Rumah Janang, Sungai Wong pada Rabu. Beliau turut menekankan kepentingan kolaborasi antara Komuniti Madani, tuai rumah dan agensi kerajaan dalam melaksanakan program pembangunan komuniti yang berkesan. Terdahulu, program dimulakan dengan sesi taklimat khas oleh Jabatan Penerangan mengenai ancaman penipuan dalam talian yang semakin berleluasa, termasuk langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh masyarakat. “Kes penipuan dalam talian kini semakin membimbangkan. Ahli Komuniti Madani perlu menjadi barisan hadapan dalam memberi kesedaran kepada penduduk tentang taktik licik yang digunakan oleh scammer,” tegas beliau lagi. Program Jiwa@Komuniti Madani ini menjadi wadah penting bagi memperkasa komuniti luar bandar, memperkukuh kefahaman mereka terhadap isu-isu semasa serta menggalakkan penyebaran maklumat sahih melalui saluran rasmi kerajaan. Turut hadir ialah Pegawai Penerangan Daerah Pakan, Thomas Mandanh; Pegawai Jkom Pakan, Jenifer Empiang; serta ketua-ketua masyarakat setempat.-EDISI UKAS

View

news

Usaha Memperkasakan Belia DUN Balingian Terus Diperhebat

KUCHING: Meskipun belum terdapat perancangan khusus untuk membina Pusat Keusahawanan Belia dan Inkubator Industri Kreatif di Balingian, usaha memperkasa generasi muda dalam sektor keusahawanan tetap giat dilaksanakan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) menerusi pelbagai pendekatan strategik. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Keusahawanan) Datuk Dr Ripin Lamat berkata, walaupun cadangan membina pusat keusahawanan di Balingian belum tersenarai dalam perancangan semasa, belia di kawasan tersebut tidak diketepikan. “Terdapat beberapa fasiliti lain berdekatan iaitu Mukah Digital Innovation Hub di bawah Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) di Mukah di bawah kendalian SEDC. “Kita juga dimaklumkan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) mempunyai perancangan untuk membina Anjung Usahawan Balingian yang mana proses pengambilalihan tanah tapak projek telah selesai dilaksanakan.” Ujarnya ketika menjawab soalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19, di sini, pada Khamis. Fasiliti ini katanya bakal menyediakan ruang seperti kiosk jualan, pusat pemprosesan, inkubator, gerai makanan dan ruang aktiviti komuniti, menjadikannya pusat sehenti pembangunan usahawan setempat. Dalam usaha memperluaskan impak pembangunan keusahawanan belia pula, MYSED jelasnya turut mempertingkatkan pelaksanaan program-program kesedaran dan pembinaan kapasiti di seluruh negeri. Antaranya ialah penambahbaikan pengisian Program Jelajah Belia Sarawak; ‘Youth Entrepreneur Setup’ (YES) 3.0; ‘Sarawak Youth Business Idea Competition’ (SAYBIC); dan ‘Sarawak Youth StartUP Development Program’. Selain itu jelasnya, MYSED turut menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan penubuhan ‘Startup Hub’ di Balingian pada masa akan datang, bergantung kepada perkembangan semasa dan keperluan komuniti setempat. -EDISI UKAS

View

news

Dua Projek Perumahan Sakit di Matang Tunjuk Kemajuan, Kerajaan Komited Lindungi Hak Pembeli

KUCHING: Dua projek perumahan sakit di Matang, Kuching iaitu Taman Millennium dan Taman Greenwoods mula menunjukkan perkembangan positif selepas dilaksanakan oleh kontraktor penyelamat. Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) dalam kenyataan media pada Khamis berkata, perkara tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri MPHLG, Datuk Michael Tiang Ming Tee pada 15 Mei 2025. Mesyuarat tersebut turut menjadi platform kepada pembeli rumah yang terjejas untuk bersemuka dengan pihak berkepentingan dan mendapatkan penjelasan berhubung status projek. Menurut Datuk Michael dalam kenyataan itu, Projek Taman Millennium yang mengalami kelewatan selama lima tahun daripada tarikh asal penyerahan milikan kosong pada tahun 2020 kini telah berjaya diselamatkan oleh pihak penyelamat (White Knight) selepas pemaju asal diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi pada 2022. Projek tersebut telah menerima Sijil Jalan daripada Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pada 30 April 2025 dan kini berada di peringkat akhir menunggu pengeluaran Sijil Kelayakan Menduduki (OP). Sementara itu, Projek Taman Greenwoods pula menerima Sijil Jalan pada 4 November 2024 namun mengalami kelewatan dalam proses OP disebabkan isu pematuhan teknikal. Bagaimanapun, dengan kerjasama antara agensi Kerajaan dan pemaju, projek tersebut berjaya memperoleh kumpulan pertama OP pada 15 April 2025 – satu pencapaian penting selepas lapan tahun tertangguh. Kerajaan menyedari kelewatan dalam pengeluaran OP telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pembeli yang sekian lama menanti untuk menduduki rumah sendiri. Justeru, MPHLG menggesa pemaju yang terlibat supaya segera memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan pihak berkuasa tanpa sebarang penangguhan lagi. Dalam pada itu, Datuk Michael turut menegaskan bahawa pematuhan terhadap undang-undang bukan pilihan tetapi merupakan kewajipan moral dan perundangan kepada Kerajaan dan para pembeli. Pemaju diingatkan agar mematuhi tanggungjawab mereka seperti yang diperuntukkan dalam Ordinan Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan), 2013 dan Peraturan-Peraturan berkaitan. “Tindakan yang melanggar hak pembeli akan dianggap sebagai pelanggaran undang-undang dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh Kementerian,” tegas beliau. MPHLG katanya akan terus bekerjasama rapat dengan agensi-agensi Kerajaan, pemaju dan semua pihak berkepentingan dalam memastikan projek perumahan sakit di Sarawak dapat diselesaikan demi kesejahteraan rakyat.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Ransing Nagang Pengawa Bekaul Gas Nadai Lisin

KUCHING: Opis Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Sarawak majak ngenegap atur industri gas ba kandang menua tu nangkan ubah Ordinan Nyadung Gas 2016 (DGO 2016) ti dikemendar ba taun 2023. Sapit Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad enggau PETROS), Dato Ibrahim Baki madah, kenyau ari ubah nya diterit, opis menteri iya udah ngatur macham chara strategik dikena nentuka pengawa ba sektor gas dipejalai enggau berurun, likun sereta nitih undang-undang. “Nyentuk diatu, bisi 14 lisin udah diberi ngagai pemain industri ulu lalu 537 lisin diberi ngagai pemain industri ili nengah DGO 2016 dikena sida bejalaika operasyen enggau chara ti betul sereta nitih undang-undang di Sarawak,” ku iya. Iya madah munyi nya maya nimbal tanya ari Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad ba Aum Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak Ke-19, ditu, Hari Empat. Nerang silik, iya madah, pengeransing nya ukai semina ngembuan tuju dikena ngemanahka tikas nitih undang-undang ti ditetapka tang mega meransang pemansang industri kuasa enggau chara meruan. Kelimpah ari nya iya madah, opis menteri iya mega nerit atur ba orang dagang ti enda nituh undang- undang enggau meri 10 notis enggai nitih atur ngagai bala bejalaika pengawa nyadung gas nadai lisin. “Lalu nya mandangka penerit kami ba pengawa nentuka tiap iti aktiviti ba sektor gas diatur enggau mujur dikena nyamin pengelikun mensia mayuh sereta pemeruan bekal kuasa di Sarawak,” ku iya. Nambah ke jaku iya, Dato Ibrahim madah, sekeda ari pengawa ti begunaka lisin nengah DGO 2016 nyengkaum pengawa ngimport, regasifikasyen, proses, ngangkut, ngaga paip, mekal sereta nyual gas. "Sida ti nadai lisin tau diukum manggai RM20 juta ba penyalah keterubah lalu 10 kali lipat ungkup penyalah nangkan ke nya,” ku iya nerang baru.-EDISI UKAS

View

news

MEITD Strengthens Collaborations To Boost Sustainable Teacher Supply

KUCHING: The Sarawak Ministry for Education, Innovation and Talent Development (MEITD) continues to strengthen collaboration with the relevant authorities to boost sustainable teacher supply in the state. Its Deputy Minister, Datuk Francis Harden Hollis said that collaboration is ongoing with the Ministry of Education (MOE), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Sarawak Education Department (JPNS), and teacher training institutions in Sarawak. “These partnerships are essential to ensure a steady and strategic supply of trained teachers across the state. “My ministry also supports continuous professional development programmes, especially for non-option teachers in critical subjects such as Science, Mathematics, and English to ensure teachers are well-equipped to meet the needs of all students, including those in rural areas,” he explained. He said this when answering a question from Kota Sentosa Assemblyman, Wilfred Yap Yau Sin in the 19th Sarawak Legislative Assembly (DUN) Sitting on Thursday. Additionally, Datuk Francis shared that MEITD alongside MOE, SPP and JPNS had carried out a special recruitment exercise under the Contract of Service scheme to hire both education and non-education graduates as part of efforts made to address teacher shortages. He added that continuous efforts were also underway to improve school facilities under the upgrading and rebuilding of dilapidated schools throughout Sarawak. -UKASnews

View

news

MEASAT Bentang Peta Hala Tuju Aeroangkasa Kepada Premier Sarawak

KUCHING: MEASAT Global Berhad (MEASAT) kini memainkan peranan penting dalam usaha merintis pembangunan industri aeroangkasa di Sarawak, susulan pelantikan syarikat itu sebagai perunding oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA). Ketua Pegawai Operasi MEASAT, Yau Chyong Lim berkata, pihaknya telah membantu merangka Peta Hala Tuju Aeroangkasa Sarawak yang telah pun dibentangkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. “Perincian pelan ini masih belum sesuai untuk diumumkan, dan kita menunggu pengumuman rasmi daripada Premier Sarawak,” katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Khamis. Tambah beliau, selain membincangkan pelan aeroangkasa, MEASAT turut memaklumkan tentang sumbangan berterusan dan penglibatan pihaknya dalam memperkukuh infrastruktur komunikasi di Sarawak, serta berkongsi rancangan masa depan syarikat. Terdahulu, Datuk Patinggi Abang Zohari telah menyaksikan model roket Ariane-5 yang dibawa khas oleh MEASAT untuk dipamerkan kepada beliau. Menurut Yau, roket tersebut telah digunakan untuk melancarkan satelit MEASAT-3d pada 22 Jun 2022 dari European Spaceport di Kourou, French Guiana. Selain itu, turut dipamerkan model satelit MEASAT-3d yang dilancarkan dalam misi berkenaan. Hadir sama dalam kunjungan tersebut ialah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi; Ketua Penasihat Undang-Undang MEASAT, Tan Lian Kim; Naib Presiden IT dan Transformasi Digital MEASAT, Mohd Akmal Yahaya dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat MEASAT Shawna Felicia.-EDISI UKAS

View

news

砂拉越探索棕榈油下游潜力,推动产业收入增长

鲁勃安都:砂拉越的棕榈油产业如今发展得更为可持续,因为它不仅专注于原棕油的生产,而且还通过各种具有高潜力的下游产业链得到加强。 这种方法不仅增加产业价值,而且有助于增加油棕为基础的经济收入。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,过去,棕油产业更倾向于出售油品。然而,随着技术的进步,棕榈油还可以生产用于飞机的生物燃料,并作为牲畜的饲料来源。 他表示,此举符合砂拉越以循环经济为基础的发展政策,鼓励废物再利用,以减少过度排放为环境带来的负面影响。 “目前,砂拉越非常重视‘废料转化为能源’产业,废料将变成可再生的原料,并可以其他产品的形式出售。早些时候,我看到我从(油棕果)废料中产出两类成果,第一种是生物燃料,二是牲畜饲料,包括肥料。” 他于周六主持棕榈仁加工厂(KCP)启用仪式时,如是说。 他表示,目前环保产品在全球市场上都以高价出售,这已成为砂拉越新的收入来源之一。 他强调,砂拉越非常重视通过循环经济实践将废物转化为下游产业来生产环保产品。 至于其他发展方面,拿督巴丁宜阿邦佐哈里在活动后的新闻发布会上也建议,该地区的农民和畜牧业者应继续探索新想法,努力为现有商品增值。 他解释,如果能够实施,砂拉越在2030年前提升家庭收入,并成为农作物和牲畜产品出口区的梦想就可以实现。 “我们的大多数农民拥有约两公顷土地,如果不影响种植农作物,那么油棕树之间的空地还可以用来饲养牲畜。如今我们不再依赖牧场来喂养牲畜,而是使用其他饲料来源,例如与棕榈油废料混合的象草。” “这将增加农民的收入,因为他们将有两个新的收入来源,一个来自棕榈油,另一个来自畜牧。” 出席者还有砂拉越食品工业、商品及区域发展部长拿督斯里史蒂芬伦迪、砂拉越食品工业、商品及区域发展部副部长拿督玛丁朋、砂拉越国际贸易、工业及投资部副部长拿督麦康慕森、砂拉越教育、创新及才能发展部副部长拿督法兰斯哈丁、鲁勃安都区国会议员罗伊昂高、峇丹鲁巴区国会议员莫哈末沙菲占、数名砂议员及其他政要。 - UKAS 刊  

View

news

Sarawak Takes Firm Stance Against Unlicensed Gas Activities

KUCHING: The Sarawak Ministry of Utility and Telecommunication is intensifying regulatory enforcement of the state’s gas industry following the amendments to the Distribution of Gas Ordinance 2016 (DGO 2016), which came into effect in 2023. Deputy Minister for Utility (Sarawak Energy Berhad and PETROS), Dato Ibrahim Baki, said that since the implementation of the amendments, the Ministry has introduced various strategic measures to ensure that gas sector operations in Sarawak are conducted in a more orderly, safe, and lawful manner. “To date, a total of 14 licences have been issued to upstream players, while 537 licences have been granted to downstream operators under DGO 2016, enabling them to carry out legal operations in Sarawak,” he said. Dato Ibrahim made these remarks in response to a question from Daro Assemblyman, Safiee Ahmad during the 19th Sarawak Legislative Assembly sitting on Thursday. He explained that the enhanced licensing efforts are not only aimed at improving compliance with statutory requirements but also at fostering the sustainable growth of the state’s energy industry. At the same time, the Ministry has adopted a strict enforcement approach against illegal operators, having issued 10 non-compliance notices to entities found to be engaging in gas distribution activities without a valid licence. “This is a clear reflection of our commitment to ensuring that all activities within the gas sector are effectively regulated in the interest of public safety and the sustainability of Sarawak’s energy supply,” he stated. Dato Ibrahim further emphasised that under DGO 2016, activities requiring a licence include importation, regasification, processing, transportation, pipeline construction, gas supply and sales. “Any party found carrying out gas-related operations without a valid licence in Sarawak may be fined up to RM20 million for a first offence, and up to ten times that amount for subsequent offences,” he added. The Ministry’s proactive approach underscores Sarawak’s determination to strengthen its regulatory framework and uphold the integrity of its gas industry in line with the state’s broader energy development agenda. -UKASnews

View

news

Jiwa@Komuniti Madani Programme Empowers Longhouse Communities In Pakan

PAKAN: Members of the Madani Community in the Pakan District have been urged to take a more proactive role in disseminating key government policies to rural communities, particularly residents of longhouses. Advisor in the Office of the Premier of Sarawak (Food Industry, Commodities and Regional Development) and Pakan Assemblyman, Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom, said such efforts are vital to ensure government information reaches the grassroots, thereby fostering a more informed and resilient society. “The role of the Madani Community is not limited to addressing national concerns such as online scams, gambling, drugs and social issues, but also includes relaying various state government policies and initiatives that have a direct impact on the people,” he said when officiating the Jiwa@Komuniti Madani*Programme organised by the Pakan District Information Department at Rumah Janang, Sungai Wong on Wednesday. He also stressed the importance of collaboration between the Madani Community, longhouse chiefs, and government agencies in implementing effective community development programmes. Earlier, the programme commenced with a special briefing by the Information Department on the growing threat of online scams, including preventive measures that communities can adopt. “Online scams have become increasingly alarming. Members of the Madani Community must be at the frontline in raising awareness among villagers about the deceptive tactics used by scammers,” he emphasised. The Jiwa@Komuniti Madani initiative serves as a crucial platform to empower rural communities, enhance their understanding of current issues, and promote the dissemination of accurate information through official government channels. Also present were Pakan District Information Officer, Thomas Mandanh, Pakan J-Kom Officer, Jenifer Empiang and several local community leaders. -UKASnews

View
FirstPrevious1191119211931194119511961197119811991200NextLast