Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
11 Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Dilantik Semula |
KUCHING: Seramai 11 individu telah mengangkat sumpah bagi pelantikan semula sebagai Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin. Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Pelantikan semula ini merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan dan peranan penting mereka dalam menyokong kepimpinan Premier Sarawak serta memperkukuh jentera politik dan pentadbiran kerajaan negeri di peringkat akar umbi. Mereka yang dilantik semula ialah Abang Abdul Aziz Abang Draup, Roseline Mapong Sabai, Bell Aggan @ Bell Bernard Aggan dan Paulus Dandee Banyan, masing-masing daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Empat lagi dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Kho Teck Wan, Kua Jack Seng, Angellie Stephen Raja dan William Anut. Manakala dua lagi dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) iaitu Rosaline Neging dan Pandang Semat dan Sam Laya dari Parti Demokratik Progresif (PDP). Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berperanan sebagai penghubung penting antara kerajaan dan rakyat, khususnya dalam menyampaikan dasar, menjelaskan inisiatif pembangunan negeri, serta memastikan penyertaan aktif masyarakat dalam agenda transformasi Sarawak. Pelantikan ini dijangka dapat terus memperkukuh komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemajuan berterusan menjelang visi Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai. Hadir sama Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Negeri Datuk Majang Renggi, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
SK Hijrah Badong Raikan Perpindahan Warga Pendidik Dalam Suasana Penuh Mesra |
SIBU: Majlis Budi Bertaut Amanah Bersambut dan Makan Malam anjuran Sekolah Kebangsaan Hijrah Badong, Daro berlangsung meriah di RH Hotel pada Sabtu, menghimpunkan lebih 200 tetamu bagi meraikan perpindahan warga pendidik yang telah mencurah bakti kepada sekolah tersebut. Majlis penuh simbolik itu disempurnakan oleh Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang turut menyampaikan penghargaan kepada para guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) atas khidmat cemerlang mereka kepada komuniti pendidikan luar bandar. Dalam ucapannya, Ahmad Johnie menyifatkan perpindahan sebagai satu bentuk hijrah yang membawa makna mendalam. “Perpindahan itu adalah satu hijrah. Dan salah satu perit dalam hijrah itu adalah perpisahan. Namun, setiap hijrah membawa harapan baharu, peluang lebih luas dan pengalaman yang mematangkan,” ujarnya. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik dan PPM yang tidak pernah lelah dalam memartabatkan pendidikan di kawasan luar bandar, khususnya di Daro. “Peranan guru dan PPM sangat penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak kita – bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi sebagai pembentuk sahsiah dan insan yang seimbang,” tambah beliau. Majlis tersebut turut meraikan Cikgu Borhanudin, seorang guru berpengalaman yang akan berpindah ke sekolah baharu selepas menabur bakti selama bertahun di SK Hijrah Badong. Turut diraikan ialah sembilan orang PPM yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi harian sekolah. Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan warga sekolah, penyampaian cenderamata kenangan serta jamuan makan malam yang memperkukuh semangat kekeluargaan dan penghargaan dalam komuniti pendidikan setempat.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
2025年砂议会(议员结构)法案获通过 |
古晋:砂拉越立法议会(DUN)今日通过了2025年砂立法议会(议员结构)法案,将砂议会议席从82席增至99席。 砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚在获得砂议会多数议员支持后,宣布这项法案获得通过。 该法案在被通过前,获得29名执政党议员和2名反对党议员的讨论。 此前,砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林表示,大多数议员对法案的支持,证明砂拉越人民代表希望推动改变,以增进人民福祉。 “砂议会必须持续保持活力,积极回应人口变化与更公平代表制的需求,使砂议会能够持续真实反映全体砂拉越人民的声音与期望。” 他周一在砂拉越议会特别会议期间对砂拉越议会(议员结构)法案进行三读时;作此表示。 拿督斯里阿都卡林强调,此次增加议席并非仅仅是重新划分选区,而是确保来自砂拉越各地人民的声音通过各自的砂立法议员传达到砂拉越立法议会,并根据他们的需求进一步规划和实施发展。 在这方面,他驳斥了民主行动党(DAP)两名立法议员的指控,他们指责此次增加议席旨在加强砂盟(GPS)在砂拉越治理中的影响力。 “砂盟或砂政府无权确定17个新议席的选区边界,因为此事完全属于选举委员会(SPR)的权限。” -UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
Tambahan Kerusi DUN Bukan Kepentingan Politik Semata-mata |
KUCHING: Penambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 82 kepada 99 bukanlah semata-mata demi kepentingan politik, sebaliknya satu langkah berlandaskan peruntukan undang-undang dan keperluan semasa negeri. Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, proses persempadanan semula terakhir telah dibuat pada tahun 2014, dan mengikut peraturan boleh dilakukan semula selepas lapan tahun. Tambahnya, jika satu kawasan yang sangat luas hanya diwakili seorang ADUN, peruntukan pembangunan akan tertumpu kepada kawasan yang besar, sekali gus menyukarkan penyampaian pembangunan secara menyeluruh. “Tetapi jika kawasan itu dibahagikan kepada dua, maka dua peruntukan dapat disalurkan kepada kawasan yang lebih kecil. Jelas sekali, langkah ini akan memberi manfaat kepada kawasan DUN berkenaan. “Janganlah kita hanya melihat jumlah penduduk yang sedikit di sesuatu kawasan kerana selagi kita tidak membangunkan kawasan tersebut, maka sampai bila-bilalah kawasannya tidak akan berkembang dari segi populasi. “Sebab itulah kita perlu membangunkan sesuatu kawasan terlebih dahulu, barulah populasinya akan berkembang maka penting untuk kita mengambil kira keluasan sesuatu kawasan, dan hujah ini adalah juga ditujukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (DUN) (Komposisi Keanggotaan) 2025 sempena Mesyuarat Khas di DUN Sarawak, pada Isnin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu turut menafikan tuduhan ADUN daripada Pending dan Padungan yang mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya mahu menambah kerusi demi kepentingan politik parti itu. Jelasnya, fokus RUU hanyalah untuk menentukan sama ada diluluskan atau tidak di mana penambahan kerusi DUN tersebut yang menjadi skop perbahasan. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penuduk DUN Ditambah, Ngerapit Seraka Pemansang Menua Pesisir & Mengeri |
KUCHING: Pengawa nambah penuduk Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak sebagi ari pengeransing ngerapitka seraka pemansang menua pesisir enggau mengeri. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan madah, menua pesisir diatu benung napi pemansang deras baka infrastruktur nyengkaum jalai alun, sekula, hospital enggau pemansang bukai, ngujung ke nyau majak kompleks lalu begunaka perati lebih agi. Nya alai, iya madah, pengawa ngatur ti manah agi ulih digaga enti sema kandang endur ke dipegai mit agi. “Penuduk baru tu ulih nyaup pemansang alai bajet pemansang diungkup enggau pengelurus dikena nyemela ke pemansang menua pesisir enggau mengeri. “Tu ulih nyadi nyata laban pengari rayat ke dipilih deka nyaga sitak ke mit agi enggau populasyen ke muntang agi diatur, lalu ngurangka penanggul enda dikeibuh,” ku iya. Iya madah munyi nya maya bejuraika Rang Undang-Undang (RUU) Kunsil Nengeri (DUN) (Komposisi Keanggotaan) 2025 serimbai Aum Khas di DUN Sarawak, Hari Satu. Nitih ku iya, enti enda digaga ke entara baru sereta nambah penuduk, mayuh kandang menua ulu ti besai enggau jauh betakah ari pangan diri deka majak tinggal laban tating pengawa ti besai disan siku pengari rayat aja. Berebak enggau nya, Lidam nyemetak madah, nyema pekara tu enda diputar diatu, pengari ke dipilih engka ngari ke mayuh peranak menua ti dibanding ba sitak ke bukai, lalu ngujung ke pemansang enda sebela sereta bechiping. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penambahan Kerusi DUN Sarawak Satu Langkah Demi Keadilan & Suara Rakyat |
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin membidas dakwaan ADUN Padungan, Chong Chieng Jen dan ADUN Pending, Violet Yong Wui Wui yang menganggap usul penambahan kerusi sebagai helah politik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Tegasnya, penambahan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bukan soal kelebihan politik, sebaliknya satu keperluan asas dalam memastikan sistem demokrasi yang adil dan berfungsi demi keadilan dan suara rakyat. “Perwakilan bukan satu kemewahan, ia adalah tiang seri demokrasi kerana apabila saiz kawasan terlalu besar, suara rakyat tenggelam dan apabila kawasan bandar tidak diwakili secukupnya, kekecewaan rakyat memuncak, bukan kerana politik, tetapi kerana mereka rasa tidak didengar dan tidak diambil peduli,” tegas beliau. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (DUN) (Komposisi Keanggotaan) 2025 di DUN Sarawak pada Isnin. ADUN Kota Sentosa itu turut menyelar dakwaan Ahli Parlimen Stampin, yang mengatakan Ahli Parlimen Sarawak gagal membawa isu penambahan kerusi Parlimen ke Dewan Rakyat meskipun kononnya memperjuangkan representasi yang lebih adil untuk negeri ini. “Bagaimana mahu tambah kerusi Parlimen jika kita enggan memperluas dan menstruktur semula kerusi DUN yang menjadi asasnya? “Beliau (ADUN Pending) mahu tambah kerusi Parlimen tetapi menolak penambahan kerusi negeri, ini satu percanggahan nyata,” jelasnya lagi. Wilfred Yap menambah, dengan 99 kerusi DUN, Sarawak mempunyai asas kukuh untuk menuntut peningkatan perwakilan di peringkat Parlimen, berdasarkan prinsip dua kerusi DUN bagi setiap satu kerusi Parlimen. Ini katanya boleh membuka jalan kepada Sarawak memperoleh sehingga 49 kerusi Parlimen, berbanding hanya 31 ketika ini. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
RUU DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 Diluluskan |
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025, bagi menambah jumlah kerusi DUN daripada 82 kepada 99 kerusi. Kelulusan ini diumumkan oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar selepas menerima sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ia turut dibahaskan oleh 29 ADUN dari blok kerajaan dan dua dari blok pembangkang sebelum diluluskan. Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, suara majoriti yang menyokong kelulusan RUU ini membuktikan wakil rakyat di Sarawak inginkan perubahan demi kesejahteraan rakyat. “DUN ini mesti kekal dinamik, sentiasa responsif terhadap perubahan demografi dan peningkatan permintaan untuk perwakilan yang lebih saksama di Dewan yang mulia ini kerana ini adalah bagi memastikan ia terus mencerminkan suara serta aspirasi semua rakyat Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian semasa bacaan kali ketiga RUU tersebut sempena Mesyuarat Khas di DUN Sarawak, pada Isnin. Dato Sri Abdul Karim menegaskan RUU ini bukan sekadar penyempadanan semula kawasan pilihan raya, sebaliknya memastikan suara rakyat dari seluruh Sarawak dibawa ke DUN menerusi ADUN masing-masing, seterusnya merancang serta menjalankan pembangunan mengikut keperluan mereka. Sehubungan itu, beliau menolak dakwaan dua orang ADUN daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menuduh RUU ini bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh Parti Gabungan Sarawak (GPS) dalam pemerintahan di Sarawak. “GPS atau kerajaan negeri ini tidak mempunyai sebarang kuasa dalam menentukan lokasi penyempadanan bagi 17 kerusi baharu tersebut kerana perkara itu terletak sepenuhnya di bawah prerogatif Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” tegas beliau lagi. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Gedong Menuju Transformasi Pesat, Pembangunan Strategik Mula Dijalankan |
KUCHING: Kawasan Gedong bakal menyaksikan perubahan landskap yang ketara dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang susulan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan strategik di bawah inisiatif Kerajaan Sarawak. Wakil Khas Premier Sarawak di Gedong, Dato Sri Naroden Majais berkata, pembangunan tersebut melibatkan pelaksanaan berfasa yang merangkumi pembinaan masjid baharu, Pusat Pentadbiran Bersepadu dan pusat komuniti yang bakal dibangunkan di seberang Gedong. “Kita jangka dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang, bangunan-bangunan ini akan mula kelihatan. “Buat masa ini, yang nampak hanyalah kerja-kerja awal seperti peluasan tapak dan penimbunan pasir. Tetapi selepas ini, masjid, pusat pentadbiran dan pusat komuniti akan mula naik satu demi satu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada Isnin. Turut hadir, Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, bersama lebih 50 orang delegasi terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Gedong serta wakil-wakil parti dari sayap wanita, pemuda dan bapa. Dato Sri Naroden menambah, terdapat beberapa pakej pembangunan lain yang juga akan turut mengubah Gedong. “Selain itu, kita juga akan menyaksikan perubahan dari segi pembinaan lebuhraya dari Serian melalui Munggu Kupi terus ke Isthmus, dan dari Isthmus ke Goebilt melalui Tanjung Embang – empat lorong berserta satu laluan khas untuk Transit Aliran Autonomi (ART). Itu semua kini dalam proses pembinaan, baru bermula. “Pakej ketiga ialah dari Isthmus ke Samarahan melalui jalan lama – penaiktarafan jalan sedia ada serta pakej keempat, dari Isthmus ke Simunjan,” katanya. Tambah beliau, Isthmus akan menjadi pusat pertumbuhan baharu yang strategik dan memberi manfaat langsung kepada Gedong. Dalam perkembangan berkaitan, Premier Sarawak turut berkongsi perancangan untuk mewujudkan perkhidmatan kargo udara terus dari Kuching ke Singapura, bagi memperluaskan akses pasaran antarabangsa bagi produk tempatan. “Langkah ini bakal membuka peluang besar kepada usahawan tani dan pemain industri kecil untuk mengeksport hasil mereka ke luar negara secara lebih efisien,” ujar Dato Sri Naroden. Menurut beliau, kunjungan itu turut bertujuan menyampaikan ucapan takziah kepada Premier Sarawak atas pemergian isteri beliau, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang yang meninggal dunia pada 23 Jun lalu. “Ramai dalam kalangan kami tidak berkesempatan menghadiri pengebumian dan majlis tahlil Allahyarhamah. Maka hari ini kami diberi ruang untuk hadir secara bersemuka bagi menyampaikan ucapan takziah kepada Premier Sarawak,” katanya.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
RUU DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 Dikemendarka |
KUCHING: Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak sehari tu ngemendarka Rang Undang-Undang (RUU) DUN (Komposisi Keanggotaan) 2025 dikena nambah pemayuh penuduk DUN ari 82 nyadi 99 iti. Pemutus nya dipadahka Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar sepengudah nerima sukung majoriti Kaban Kunsil Nengeri (ADUN). RUU nya bela dipejuraika 29 ADUN ari perintah enggau dua ari penyakal. Dulu ari nya Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah madah, pemayuh nyukung RUU nya mandangka pengari rayat Sarawak deka meda ubah pengelantang pengidup rayat. “DUN tu meseti semampai dinamik, semampai responsif enggau ubah demografi sereta pematut nambah penuduk ti nentuka iya seruran bepelasarka peminta enggau pengingin rayat," ku iya madah. Iya madah munyi nya maya macha RUU nya ketiga kali ba Aum Khas di DUN Sarawak, Hari Satu. Dato Sri Abdul Karim mega madah, RUU nya ukai semina dikena ngaga entara baru endur pengawa bepilih tang mega deka nentuka semua penemu rayat selampur Sarawak dibai datai ba DUN nengah ADUN sebedau ngaga langgur nitih pematut. Iya enggau nya ngenggaika penemu dua iku ADUN ari Parti Tindakan Demokratik (DAP) ti madah ke RUU nya semina ngeringka agi Parti Gabungan Sarawak (GPS). “GPS tauka perintah nengeri tu nadai kuasa nentuka dini endur 17 iti penuduk baru nya laban tu bepanggai ba Komiti Pengawa Bepilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ku iya terang madah. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Penambahan Kerusi DUN Tepat Masanya: Datuk Abdullah Saidol |
KUCHING: Cadangan untuk menambah bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak merupakan langkah yang tepat pada masanya. Langkah ini sekali gus membolehkan para wakil rakyat terus memberi tumpuan lebih khusus terhadap kawasan luar bandar yang luas dan mencabar. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, keluasan geografi Sarawak yang setara dengan Semenanjung Malaysia dengan lebih 50 peratus daripadanya terdiri daripada kawasan pedalaman dan luar bandar memerlukan struktur pentadbiran yang lebih efisien serta representasi politik yang bersifat fokus dan setempat. “Ramai wakil rakyat di Sarawak mewakili kawasan yang saiznya menyamai sebuah negeri di Semenanjung. “Meskipun kerajaan telah membina banyak jaringan jalan raya dan jambatan, penempatan yang berselerak di kawasan pedalaman tetap memerlukan lebih banyak perhatian dan masa daripada wakil rakyat,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (DUN) (Komposisi Keanggotaan) 2025, pada Isnin. Datuk Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah, terdapat kawasan yang masih perlu diakses menggunakan pengangkutan sungai, menggambarkan kesukaran cabaran logistik yang dihadapi oleh wakil rakyat dalam menyantuni masyarakat akar umbi. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan bahawa penambahan kerusi DUN akan membolehkan tumpuan pembangunan lebih tersusun dan efektif, khususnya ketika kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan di kawasan luar bandar. “Penambahan kerusi di Dewan Undangan Sarawak adalah tepat pada masanya, ketika kerajaan GPS sedang fokus membangunkan kawasan penempatan yang berselerak, terutamanya di kawasan pedalaman yang sangat luas,” ujarnya. Terdahulu, DUN Sarawak meluluskan RUU berkenaan, melibatkan pertambahan 17 kerusi DUN daripada 82 kerusi kepada 99 kerusi selepas bacaan ketiga oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mendapat suara majoriti wakil rakyat. Langkah ini juga selari dengan matlamat Sarawak untuk memastikan tiada komuniti yang tercicir, sekaligus menjamin pembangunan yang lebih seimbang dan menyeluruh di seluruh wilayah. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1121112211231124112511261127112811291130SeterusnyaTerakhir |