28.02.2025 Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah mengadakan UNIFOR Digital Day yang telah dirasmikan oleh Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah UNIFOR.
Program diadakan bertujuan untuk meningkatkan lagi digital competency dalam kalangan staff UNIFOR selaras dengan sasaran dalam Sarawak Digital Economy Blueprint 2030 bagi mencapai 100% digitally literate civil servants menjelang 2027.
Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak (SCSDU) serta penceramah jemputan dan dihadiri oleh staff UNIFOR.