Service Sarawak Kuching - Sesi Perkongsian bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA)
24 September 2024, Kuching - Service Sarawak Kuching telah dijemput untuk membentangkan mengenai perkhidmatan kerajaan sarawak (Sarawak ID dan Service sarawak) anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.
Antara pengisian yang telah dijalankan semasa program berlangsung adalah ceramah perkongsian dan demonstrasi/ praktikal cara menggunakan aplikasi/ portal Service Sarawak, membuat langganan bil, dan memberi pendedahan mengenai inisiatif yang terdapat di dalam portal atau aplikasi Service Sarawak.