Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Regatta Subis Kembali Hujung Bulan Ini

BEKENU: Acara air ikonik, Regatta Subis kembali menemui warga Subis hujung bulan ini bertempat di Esplanade Bekenu dengan pelbagai aktiviti menarik berlangsung. Antara aktiviti dirancang seperti berkayuh, pam bot, gerai jualan dan Pentas Rakyat yang menampilkan persembahan nyanyian, poco-poco, serta artis terkenal pada malam 30 November. Majlis perasmian akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus pada 30 November. Manakala majlis penutupan pada 1 Disember depan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni. Bagi memeriahkan lagi acara, baju edisi khas regatta turut dijual untuk melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah. - EDISI UKAS  

View

news

Dadah Bernilai RM35 Juta Dirampas Di Sarawak

KUCHING: Sebanyak 552.49 kilogram dadah mampat dan 42,894 pil terlarang berjaya dirampas sepanjang operasi penguatkuasaan Januari hingga Oktober 2024 oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Kastam Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, berdasarkan statistik rampasan ini dianggarkan bernilai RM35 juta. Tambah beliau, tindakan tegas ini mampu menyekat sehingga 199,471 kali penggunaan dadah serta menyelamatkan kira-kira 24,933 individu dalam tempoh sebulan. “Ini sangat penting bagi agensi penguatkuasaan kita serta rampasan yang telah dilakukan. Dengan ini, kita dapat mengurangkan dari segi bekalan, permintaan, rawatan, dan advokasi yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sehenti (One-Stop Committee) untuk menangani isu dadah dan substans,” katanya. Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas Mesyuarat One Stop Committee (OSC) Bagi Menangani Isu Dadah Dan Substance Bil. 2/2024 di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis. Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah turut mendedahkan kedudukan Sarawak dalam usaha membanteras dadah berada di tahap yang baik. “Ahli jawatankuasa dan JSJN telah melaporkan bahawa dari segi ranking, Sarawak berada di kedudukan nombor 11 daripada 40,” kata beliau.-EDISI UKAS  

View

news

Pembinaan Projek Jalan Matang Kini 13 Peratus Awal Daripada Jadual

KUCHING: Pembinaan projek jalan dari Matang Jaya ke Jalan Matang dan Jalan Batu Kawa-Matang kini berjalan lancar dengan mencapai 13 peratus lebih awal daripada jadual asal. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berharap, jalan raya sepanjang 4.4 kilometer (km) itu dapat disiapkan secepat mungkin memandangkan kawasan tersebut sentiasa sesak dan sensitif. Jelasnya, sebahagian jalan raya baharu iaitu sepanjang 2 km itu akan disiapkan dalam tempoh satu bulan lagi dan akan digunakan bagi memberi ruang untuk menaik taraf jalan raya yang lama. "Tidak lama lagi mereka akan menaik taraf kawasan ini, dan apabila ini dinaik taraf dalam masa sebulan di mana jalan ini akan digunakan agar mereka boleh memperbaiki jalan sedia ada tersebut. "Jadi, itu strategi mereka, mereka mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan sumber yang mencukupi. Kami yakin mereka mampu melaksanakannya. "Cuma kita doakan musim monsun jangan datang terlalu cepat dan hujan tidak terlalu lebat," katanya ketika ditemui media semasa melakukan lawatan ke tapak projek tersebut pada Khamis. Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak itu berharap angka persiapan ini meningkat kepada 20 hingga 30 peratus nanti agar disiapkan segera disebabkan kawasan yang padat dan sensitif. Selain itu jelasnya, pengalihan utiliti juga akan dilaksanakan yang akan memakan kos sebanyak RM20 juta. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Dato Fazzrudin Abdul Rahman menjelaskan, sebahagian Jalan Matang Baru Fasa 2 dijangka dapat diakses pada bulan Disember sepanjang 2 km sebelum jalan sedia ada dinaik taraf. Ujarnya, setelah siap naik taraf kedua-dua jalan tersebut ujarnya, prosedur yang sama akan dijalankan bagi lebihan jalan sepanjang 2.4 km. Difahamkan, projek naik taraf jalan Matang akan siap sepenuhnya pada Julai 2025. Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo. -EDISI UKAS  

View

news

Kedudukan Kewangan SABERKAS Kukuh

KUCHING: Kedudukan kewangan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) masih kukuh hasil daripada bayaran balik dividen pelaburan dan sewa aset pertubuhan berkenaan. Presiden SABERKAS yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kedudukan kewangan kukuh ini membolehkan SABERKAS memperuntukkan RM1.7 juta dari dana pertubuhan sendiri kepada semua cawangan SABERKAS seluruh Sarawak. “SABERKAS pusat sebelum ini telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM21,000 untuk setiap cawangan SABERKAS untuk mereka menjalankan aktiviti. “Duit tersebut adalah hasil daripada usaha SABERKAS sendiri iaitu hasil sewa aset dan juga daripada dividen yang kita dapat daripada pelaburan kita,” jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Negeri Sarawak Ke-58 di sini pada Sabtu. Dato Sri Abdul Karim menambah, SABERKAS kini telah mempunyai sebanyak 82 cawangan di seluruh Sarawak, peningkatan daripada lebih 40 cawangan sahaja sebelum ini. Selain daripada dana RM1.7 juta hasil usaha pertubuhan ini sendiri, SABERKAS turut menerima suntikan sebanyak RM650,000 daripada Kerajaan Sarawak. Dalam pada itu, beliau memberitahu, pertubuhan berkenaan telah berjaya menganjurkan 272 program melibatkan penganjuran di peringkat unit, cawangan dan peringkat negeri. “Daripada jumlah ini, 208 program adalah anjuran SABERKAS sendiri dan 64 lagi merupakan anjuran bersama dengan rakan strategik seperti Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Belia Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi perbankan dan banyak lagi,” jelasnya lagi. Sehingga hari ini, SABERKAS mempunyai seramai 55,694 orang ahli di seluruh Sarawak. Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri) merangkap Naib Presiden SABERKAS Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Setiausaha Agung SABERKAS Safiee Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi SABERKAS. -EDISI UKAS  

View

news

Jalan Baru Hubungkan Persimpangan Lampu Isyarat Stapok Utama Ke Kawasan Perumahan Ensing Kini Boleh Diakses

KUCHING: Jalan akses baharu yang menghubungkan persimpangan lampu isyarat Stapok Utama ke kawasan perumahan Taman Ensing kini dibuka untuk lalu lintas. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr. Sim Kui Hian ketika merasmikan jalan tersebut, menekankan komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menangani kesesakan lalu lintas dalam memacu pembangunan tempatan. "Saya gembira kerana projek ini berjalan lancar dari perancangan, sebutharga, pembinaan sehingga ia siap. "Kontraktor menunjukkan tanggungjawab yang besar, yang sememangnya menjadi matlamat Kerajaan Sarawak iaitu menjamin penghantaran projek tepat pada masa dan meminimumkan kesulitan kepada orang awam," kata Dr. Sim. Datuk Amar Dr. Sim mengakui bahawa kesesakan lalu lintas adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan akibat pembangunan pesat di kawasan tersebut. Namun, beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan akan terus berusaha membina jalan alternatif bagi mengurangkan kesesakan. "Pelan pembangunan seperti ini yang Sarawak dilaksanakan oleh Kerajaan GPS Sarawak, termasuk jalan alternatif yang serupa di Taman Khong Thiong dan Jalan Datuk Stephen Yong, telah memberikan hasil yang signifikan," katanya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa itu juga mendedahkan beberapa projek yang akan datang, termasuk Jambatan Kedua Batu Kawa dan laluan tambahan lain di bawah pelan pembangunan infrastruktur Kerajaan Sarawak, yang bertujuan untuk menyediakan sambungan jalan raya dan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat Sarawak. Untuk makluman, jalan baharu Stapok Utama - Ensing Garden ini sejauh 285 meter dibina dengan kos sebanyak RM2,023,919 di bawah pelan pembangunan Kerajaan Sarawak yang akan mengurangkan aliran trafik yang padat di kawasan tersebut. -EDISI UKAS  

View

news

Ensure PBB Members Have Good Knowledge Of Latest Government Aid Programmes

SIMANGGANG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) leaders at branch and sub-branch levels must ensure that their members are well briefed on new aid programmes as recently announced by Sarawak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg when presenting the State Budget 2025. Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas said the many programmes formulated are to benefit every Sarawakian residing in the state. He said this after officiating at PBB's Bukit Begunan and Engkilili Branches' Triennial Meeting at a hotel here. "I would like to advise all these grassroot leaders to ensure all their members have very good knowledge of these programmes to allow them to benefit from it. "It is absolutely important that members are not only aware of it, but know them very well. "They are for everyone and no one should be left behind. "The philosopy behind is that there is always food on the table for them," Datuk Amar Douglas Uggah said. He cited the Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) as an example whereby a sum of RM450 million had been set aside. This programme, he added, is for the low income group. "It provides financial assistance ranging from RM250 to RM800 annually to all Sarawakians residing in the state. "It is expected to benefit at least 850,000 individuals. Datuk Amar Douglas Uggah said this programme would compliment the federal financial assistance under the Rahmah Cash Contribution (STR). He added there were other programmes such as the Post Natal Assistance whereby RM14 million had been set aside. "Then, there is the RM55 million for various welfare aid including general assistance, disaster assistance and medical assistance." He said the people should be made aware that a sum of RM15 million had been allocated as death compassionate assistance to ease the financial burden of families of deceased Kenyalang Gold Card holders. "There is also the Senior Citizen Health Benefits programme with an allocation of RM50 million. "These are some of the more relevant assistances. "There are others like pocket money for Sarawakian students in higher learning institution" Datuk Amar Douglas Uggah called for seminars or talks to publicise these programmes and inform the people on the ways to apply for the aid programmes. "Hold them as early as possible or the latest, by end of coming January." Meanwhile both branches in their resolutions had proposed for the Premier who is also party president to return unopposed in the party convention in February next year. The Engkilili branch is under the chairmanship of Senator Susan Chemerai Anding who will make way for Betong Member of Parliament Datuk Dr Richard Rapu to take over for the 2024/ 2027 session. The Bukit Begunan branch is led by Cr Anthony Abell Chendan.-UKASnews  

View

news

New Road Connecting Stapok Utama & Ensing Residential Area Now Open

KUCHING: The newly constructed access road connecting Stapok Utama Road Traffic Light Junction (near Chung Hua Primary School No. 6) to Ensing Residential Area (Stapok Badminton Court) is now officially open to traffic. Sarawak Deputy Premier and Batu Kawa Assemblyman, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, officiated the opening on Saturday. He highlighted that the Sarawak GPS Government prioritises local development and remains committed to addressing traffic congestion issues arising from rapid urban growth. “I'm happy that this project has progressed smoothly from planning to tender, construction, and completion. "The contractor demonstrated great responsibility, which is exactly what the Sarawak GPS Government strives for—ensuring timely project delivery and minimising public inconvenience,” Datuk Amar Dr. Sim stated. He acknowledged that heavy traffic is an inevitable challenge due to the area’s rapid development. However, he assured the public that the Sarawak GPS Government remains committed to building alternative roads to alleviate congestion. Such development plans implemented by Sarawak GPS government included earlier's similar soothing route at Khong Thiong Garden, Datuk Stephen Yong road have shown significant results. He also mentioned upcoming projects, including the planned Batu Kawa Second Bridge and additional routes under the Sarawak GPS Government’s infrastructure development plans, aimed at providing Sarawakians with better road connectivity and infrastructure. The new road's distance is 285 meters and costs RM2,023,919 under Sarawak GPS government's development plan. The new road able to ease the heavy traffic flow there. Previously, Datuk Amar Dr Sim had on various occasions listened to local residents' feedback and suggestion, and applied fund allocation for this project to realise this new route to ease residents' access to the main road.-UKASnews  

View

news

Lebih 100 Orang Gawa Dirami Ba Majlis Apresiasi Program Bebatang Sarawak 2024

KUCHING: Lebih 100 orang gawa ari agensi Perintah Sarawak, Perintah Besai nyengkaum peribit dirami dalam Majlis Apresiasi Program Bebatang Sarawak 2024 ti diatur di sebuah hotel tebilang ditu kena Hari Lima. Pengerami ngena gaya gari denim enggau burak nya richah enggau penatai Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Operasyen) Datu Hii Chang Kee. Bejaku ba mua mayuh rambau pengerami nya, Datu Hii madah, iya ngari ke Perintah Sarawak meri terima kasih ngagai semua orang gawa ti udah kiruh nentuka Porgam Bebatang Sarawak sepanjai taun tu bejalai lanchar. “Tabi puji enggau terima kasih sekali agi diberi ngagai semua, nya alai taun baru kitai mega deka gawa bebendar agi ngatur program bebatang ti sebaka,” terang iya. Ba pengerami ke sama, iya mega bisi nyuaka plak ngagai semua tuai agensi perintah nengeri, perintah besai enggau peribit kelai ngenang pemanah pengawa sida nya. Sama datai ba pengerami nya Direktor Unit Protokol, Istiadat enggau Pengatur Program Sarawak, Datu Hamdan Sharbini, Direktor Unit Komunikasi Awam Sarawak, Samuel Simon sereta bala temuai dipebasa ke bukai.-EDISI UKAS  

View

news

Miring Ngampun Programme Held Following Crocodile Capture In Tatau

TATAU: The Miring Ngampun Programme was held on Friday following the capture of two crocodiles in Nanga Sungai Sapndan and Nanga Sungai Annau, Tatau, on 27 September. Present during the ceremony was Minister in the Sarawak Premier's Department, Dato Sri John Sikie Tayai. The Crocodile Capture Operation was conducted by the Sarawak Forestry Corporation (SFC) with the assistance of Crocodile Hunter, Indet Senabong, after a child, Cecilia Julan Intik, 6, was believed to have been attacked by a crocodile while bathing in Batang Anap River on 18 September. The ceremony was attended by 100 people, including department heads, community leaders, village chiefs (KMKK) members of Tatau District, and local residents. -UKASnews  

View

news

Kontraktor Penyelamat Dilantik Selamatkan Projek 'Sakit' Jambatan Rambungan

KUCHING: Pembinaan Jambatan Rambungan yang dikategorikan projek ‘sakit’ akan disambung semula oleh kontraktor penyelamat. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kontraktor Titanium Project Management telah dilantik berkuatkuasa pada 19 November lepas dengan 43 peratus akan disiapkan oleh kontraktor tersebut. Menurutnya, projek ini dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi iaitu pada 18 Mei 2027 namun dijangka siap lebih awal. "Kalau diikutkan kontrak yang diberikan memang diletakkan 30 bulan, tetapi mereka telah mengesyorkan yang mereka mampu siapkan dalam masa dua tahun, kalau boleh dalam masa 18 bulan. "Hal ini kerana projek ini telah lama 'sakit' di mana penduduk dan wakil rakyat setempat telah lama melahirkan keresahan terhadap siapnya projek ini, sedangkan projek besar seperti Jambatan Batang Lupar berjalan lancar," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa lawatan beliau ke tapak projek tersebut di sini pada Khamis. Sementara itu, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak itu turut melawat projek Jambatan Sejingkat yang memakan kos RM365.7 juta. Ketika ditemui, Datuk Amar Douglas memberitahu, projek ini dijangka siap pada Disember 2025 biarpun suku pertama tahun 2026 merupakan anggaran akhir projek tersebut siap. Jelasnya, projek tersebut kini hanya mempunyai pertukaran reka bentuk menyebabkan sedikit kelewatan terutamanya untuk menyiapkan 'pylon' jambatan tersebut. "Namun kita telah bersetuju (dengan pihak kontraktor) untuk mengatasi masalah yang ada. Kita menyasarkan Disember 2025 akan siap sepenuhnya. "Saya juga akan turun padang lagi pada Januari 2025 untuk melihat kemajuan fizikal bagi 'pylon' tersebut yang difahamkan ada 37 meter lagi untuk dipasang. "Penghujung Februari, saya akan datang lagi ke sini untuk melihat 'pylon' tersebut siap sepenuhnya dan saya akan berdiri di puncak 'pylon' tersebut," jelasnya. Turut hadir, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious891892893894895896897898899900NextLast