BEKENU: Acara air ikonik, Regatta Subis kembali menemui warga Subis hujung bulan ini bertempat di Esplanade Bekenu dengan pelbagai aktiviti menarik berlangsung.
Antara aktiviti dirancang seperti berkayuh, pam bot, gerai jualan dan Pentas Rakyat yang menampilkan persembahan nyanyian, poco-poco, serta artis terkenal pada malam 30 November.
Majlis perasmian akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus pada 30 November.
Manakala majlis penutupan pada 1 Disember depan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni.
Bagi memeriahkan lagi acara, baju edisi khas regatta turut dijual untuk melayakkan pembeli menyertai cabutan bertuah. - EDISI UKAS