Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Kerajaan Terus Komited Perkasa PKS Melalui Program Mikro Kredit dan Pembangunan Infrastruktur |
KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmennya untuk meneruskan pelbagai inisiatif dan program sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk dari segi bantuan kewangan, pembangunan infrastruktur, dan perluasan peluang keusahawanan di seluruh negeri. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, antara program utama yang akan diteruskan ialah Skim Kredit Mikro Sarawak, Skim Pinjaman Industri Kecil Dan Sederhana (SPIKS), Usahawan Teknikal Dan Vokasional (USTEV), Graduan Ke Aarah Keusahawan (GERAK), Go Digital, program keusahawan asas, teknikal dan digital yang berperanan penting dalam membantu penyesuaian dan pembangunan usahawan tempatan. “Peruntukan untuk program-program ini akan kita teruskan. Ia dilaksanakan melalui kementerian kita dan fokus kepada PKS serta industri kecil yang menjadi tulang belakang ekonomi tempatan,” katanya demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sarawak Entrepreneur Development Coordination Committee (SEDCC) Bilangan 1 Tahun 2025 di sini pada Rabu. Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Sarawak itu memberitahu, Kerajaan Sarawak turut memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur melalui projek seperti Anjung Usahawan dan pembangunan estet industri di beberapa lokasi strategik. Jelasnya, projek ini bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan yang lebih sistematik, malah menyokong peningkatan pendapatan pengusaha kecil. “Infrastruktur adalah asas penting. Kita sedang dan akan terus melaksanakan projek industri estate yang memberi manfaat terus kepada pengusaha kecil, sama ada di peringkat bahagian mahupun daerah,” katanya. Beliau turut menggesa pihak kerajaan persekutuan agar turut menyalurkan peruntukan yang mencukupi bagi pelaksanaan projek-projek ini demi kepentingan bersama dalam mengembangkan lagi penglibatan PKS dan bidang keusahawanan. Hadir sama, Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat; Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri Dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), Dzulkornain Masron; Penasihat MINTRED, Dato Sri Naroden Majais serta pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan dan Negeri yang hadir. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Deka Ngubah Ordinan Biodiversiti Sarawak, Meransang Pengawa Mansik & Komersial Asil Pansik |
KUCHING: Perintah Sarawak deka ngubah Ordinan Biodiversiti Sarawak dikena bejalaika pansik enggau ngaga asil pansik biodiversiti nyadi komersial. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, ubah nya beguna bendar dikena nentuka pengulih komersial kereban biodiversiti mulaika penguntung, nyengkaum nengah kerejasama enggau sida ke bekaul. “Nengah Ordinan ke diatu, Palan Macham Biologi Sarawak (SBC) enda dikemendar bejalaika pengawa komersial. “Aku udah mutuska ordinan nya diubah ngambi ke pansik enggau pengawa komersial ulih dipejalaika, lalu asil iya ulih dikunsi enggau dunya,” ku iya maya Bejadi Vision With Action For Biodiversity: Policy And Plan di Imperial Hotel ditu, Hari Dua tu tadi. Nambah ke jaku iya, Premier Sarawak madah, siti ari pengawa mansik ke ulih digaga nyadi komersial iya nya pansik ba lumut ti ulih nyadi kereban api bio, nyengkaum Sustainable Aviation Fuel (SAF) Ku iya, nyema Palan Macham Biologi Sarawak (SBC) enda dikemendarka bekerejasama enggau chara komersial, Sarawak tau lenyau peluang besai ba industri gadung. “Enti lumut tu ulih ngasilka kereban api bio, lalu nyadi SAF, kitai ulih ngurangka pemansut karbon ari bilun,” ku iya Kelimpah ari nya, Datuk Patinggi Abang Zohari madah, diatu bisi bansa kayu baru, iya nya Kalapaya ke manah agi ari Akasia ti ulih digaga nyadi biojisim, dikena ngasilka kuasa hibrid ti ngena champur biojisim, gas enggau hidrogen. Sama datai ba pengerami nya, Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Penau Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Sekretari Perintah Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Sapit Menteri Perambu Mengeri, Atur Tanah enggau Rampa Menua Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Sekretari Mendam Opis Menteri Pengeraja Asal enggau Pemansang Mengeri Sarawak, Datu Abdullah Julaihi sereta Pengari Residen UNDP ke Malaysia, Singapura enggau Brunei Darussalam, Edward Vrkíc.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Premier Sarawak Nerima Penemuai Basa Deligit Komiti Parlimen EFTA |
KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg nerima penemuai basa deligit Komiti Parlimen Gerempung Dagang Ngatika Diri Eropah (EFTA) di Wisma Bapa Malaysia, Hari Dua. Penemuai basa nya sebagi ari pejalai kereja sepengelama seminggu ke Malaysia ba pengawa ngenegapka kaul entara parlimen, ngulihka penerang enggau penemu, sereta bulih sukung politik ungkup Sempekat Bekunsi Ekonomi Malaysia-EFTA (Malaysia Economic Partnership Agreement – MEEPA) ke udah diputus kena 11 April 2025. Penemuai basa nya betuai ke Chairman Komiti Parlimen EFTA & Tuai Deligit Iceland, Grimur Grimsson. Sama datai, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Perambu Ekonomi enggau Pemansang) Dato Sri Muhammad Abdullah Zaidel, Tuai Deligit Norway Trine Lise Sundnes, Tuai Deligit Switzerland Thomas Aeschi enggau Tuai Deligit Liechenstein Sebastian Gassner sereta temuai dipebasa ke bukai. Ba aum media, Grimur madah, penemuai basa ngagai Datuk Patinggi Abang Zohari dikena berandauka senentang industri kuasa gadung. "Kami benung berandauka senentang pemansang enggau pengeluar kuasa lebih agi ba kuasa gadung. "Pemeruan enggau kuasa gadung pugu pekara tu nyengkaum meresi karbon," ku iya. Berebak enggau nya, Trine Lise Sundnes madah, Norway bela rindu ati enggau industri alga ke dipejalaika di Sarawak lebih agi ke diguna ba kuasa gadung. Ku iya, Norway bisi pengeluar alga ke besai ba konteks bekal pemakai. "Tang di Sarawak, maya kami ngelawa palan biodiversiti, kami mega meda teknologi ke maju agi bekaul pekara nya, nyadi nya narit ati," ku iya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Ngena Manah Penau Indu Ba Pemansang Nengeri |
KUCHING: Penau enggau pengulih indu ba pengawa ngenegap pemansang nengeri patut dikena manah kelebih agi ngisi penuduk nyadi tuai sereta nyungkak sektor strategik. Chairman Palan Direktor Korporat Malaysia (ICDM), Tan Sri Dato Zarinah Anwar madah, pengawa ngenegap orang indu nengah pemansang kapasiti enggau nambah pengelandik nentuka orang indu dikaul sama bela enggau orang lelaki ba renggat organisasyen baik ba sektor perintah tauka kompeni. “Batang tuju dikena ngenegap penau orang indu, mantu sida napi pemar nempa pemujur dalam pengawa. "Kitai deka ngerandang mayuh peluang ungkup orang indu mangku pengawa nyadi tuai," ku iya. Iya madah munyi nya maya dirandau media pengudah penemuai basa ngagai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia, Hari Dua. Nambah ke nya, iya madah, statistik mandangka lebih 60 peratus graduet universiti di Malaysia orang indu, tang mangku pengawa besai enggau nyadi tuai agi dikuasa sida ke lelaki. Gaya tu begunaka perati besai ngambi ke penau orang indu enda dibasau ngapa, ku iya. “Endang besai reti semua organisasyen, nyengkaum perintah nengeri, beambi ulih enggau pengelandik - baik lelaki tauka indu- ngambi ulih ngasilka pemutus pemadu manah," ku iya nambah ke jaku. Ditanya senentang timbal ke diberi Datuk Patinggi Abang Zohari, Tan Sri Zarinah madahka Premier Sarawak meri sukung penuh enggau inisiatif pemansang kapasiti orang indu ke dipeda setipak enggau visyen perintah. Ku iya nerang, Datuk Patinggi Abang Zohari amat ngemeratka pemansang pengereja lalu meda kerejasama begulai enggau SCOPE nyadi pelasar besai dikena ngenegap kapasiti enggau pengelandik pengereja Sarawak. Sama datai ba penemuai basa nya, Sekretari Perintah Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Luyar Besai Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Tuai Pegawai Eksekutif SCOPE Joseph Lim Jit Sek enggau Mandal Chanselor enggau Tuai Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Iring tuai Indu Asia Prof Dr Sushila Khrisnaswamy-Chang. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Sembang Santai: Promosi Kuih Tradisional Pelihara Warisan Kulinari Tempatan |
KAPIT: Program Sembang Santai: Promosi Kuih Tradisional anjuran Jabatan Penerangan dilihat berpotensi besar sebagai medium efektif dalam memperkenal serta memelihara warisan kulinari tempatan, khususnya kuih-muih tradisional masyarakat Iban. Program diadakan di Rumah Manok Manchal, Lubok Mawang, Sungai Yong, Kapit pada Selasa ini melibatkan penyertaan ahli Komuniti MADANI (KM) Lubok Mawang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Ia menjadi platform interaktif dalam memperkenalkan teknik penyediaan kuih tradisional seperti sarang semut dan penyaram — hidangan yang lazim dihidangkan sempena musim perayaan seperti Hari Gawai. Para peserta berpeluang menyaksikan demonstrasi penyediaan dan memasak kuih-kuih tersebut secara langsung oleh Gansau Bungkong, 55, seorang suri rumah merangkap ahli jawatankuasa KM Lubok Mawang. Pengerusi KM, Mary Jalak, 55, turut berkongsi resipi turun-temurunnya dalam pembuatan kuih tradisional lain seperti cuan (kuih ros), kuih sepit serta pelbagai jenis kuih-muih yang mendapat permintaan tinggi menjelang musim perayaan. Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan boleh menghubungi beliau lebih awal di talian 014-208 7704. Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Kapit, Mohd Said Kalihing menyatakan bahawa program Sembang Santai bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat semasa, sebaliknya turut berperanan sebagai saluran penting untuk mendengar suara komuniti akar umbi, khususnya penduduk rumah panjang di kawasan tersebut. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sesi Raptai Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis Daerah Simunjan Berlangsung Lancar |
SIMUNJAN: Sesi raptai penuh bagi Majlis Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Simunjan (MDS) berlangsung dengan lancar di Dewan Mesra Simunjan, pada Selasa. Raptai tersebut diadakan sebagai persiapan akhir menjelang majlis rasmi angkat sumpah yang dijadualkan berlangsung pada Rabu. Ia melibatkan kesemua 31 individu yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis bagi penggal perkhidmatan dari 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028. Sesi raptai ini bertujuan memastikan kelancaran dan kesempurnaan perjalanan majlis rasmi termasuk susunan protokol, tatacara majlis serta persediaan logistik dan teknikal. Majlis angkat sumpah yang akan disempurnakan esok dijangka disaksikan oleh Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak (Kerajaan Tempatan), Datuk Dr. Penguang Manggil dan akan turut dihadiri oleh ADUN Simunjan. Hadir semasa sesi raptai itu ialah Pegawai Daerah Simunjan merangkap Pengerusi Majlis Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad, Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sabli Razak dan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Simunjan, Mohammad Zaini Morshidi.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kontraktor Penyelamat Akan Dilantik Sambung Pembinaan SK Kampung Penibong |
TANJONG MANIS: Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Penibong yang terbengkalai lebih enam tahun dijangka akan disambung semula apabila kontraktor penyelamat dilantik dalam masa terdekat. Ahli Parlimen Tanjung Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab telah bertanyakan perkembangan projek tersebut kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan mendapat maklum balas bahawa kerja-kerja pembinaan akan disambung sebaik sahaja kontraktor penyelamat dilantik. “Apa yang dimaklumkan oleh pihak JKR, kontraktor penyelamat kini dalam proses lantikan untuk sambung kerja-kerja membina sekolah itu. Itu yang kita dimaklumkan,” jelasnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri baru-baru ini. Ir Yusuf turut menyatakan harapannya agar proses lantikan kontraktor dapat dipercepatkan agar pembinaan sekolah yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung itu dapat diteruskan. Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila tiga projek pembinaan masjid di kawasan Parlimen Tanjong Manis juga masih belum dilaksanakan walaupun beberapa siri perbincangan dan lawatan tapak telah dijalankan. “Yang sangat penting dan menjadi isu kepada diri saya sendiri dan pengerusi masjid ialah projek pembinaan Masjid Kampung Paloh, Semop dan Penibong. "Walaupun banyak kali dibuat lawatan tapak dan perbincangan dengan pihak State Planning Authority (SPA), projek masih belum dilaksanakan,” katanya. Majlis yang diadakan pada Selasa lalu berlangsung di empat buah kampung iaitu Kampung Salah Kecil, Betanak, Penibong dan Penuai, dan turut dihadiri Ketua-Ketua Kaum serta penduduk setempat. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Komitmen Bersama Perkasa Pendidikan Di Sarawak |
SIBU: Kerajaan Sarawak akan terus komited memberi sokongan yang padu terhadap Sekolah Menengah Persendirian Cina, dengan mengiktiraf peranan penting mereka dalam sistem pendidikan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, sumbangan sekolah-sekolah ini dalam melahirkan pelajar berkualiti tinggi yang menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara tidak boleh dinafikan. “Kita mungkin datang dari latar belakang dan sistem persekolahan yang berbeza, namun kita berkongsi matlamat yang sama untuk meningkatkan mutu pendidikan di Sarawak, tanpa mengira bahasa pengantar atau sistem persekolahan,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa Mesyuarat Town Hall Meeting Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina di Sekolah Menengah Wong Nai Siong, Sibu pada Selasa. Jelasnya, kerajaan negeri tidak pernah menganggap sekolah persendirian Cina sebagai entiti asing dalam sistem pendidikan negeri, sebaliknya mengiktiraf mereka sebagai komponen penting dalam ekosistem pendidikan Sarawak. Beliau turut memberi jaminan bahawa isu-isu yang dibangkitkan seperti kelestarian kewangan, latihan guru, dan kurikulum sedang diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri. Meskipun hal-hal pendidikan berada di bawah bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak tetap komited untuk memperjuangkan dasar yang inklusif serta kerjasama yang bersifat menyeluruh, selaras dengan konteks dan keperluan pendidikan unik di negeri ini. "Kami sedar akan cabaran yang dihadapi oleh sekolah-sekolah persendirian Cina. Oleh itu, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat akan terus meneroka ruang kerjasama dan sokongan yang berkesan, agar kita dapat berfungsi sebagai satu keluarga besar dalam memajukan pendidikan anak-anak Sarawak. "Apabila kita mengukuhkan satu bahagian sistem, kita memperkukuh keseluruhannya. Melabur dalam pendidikan bererti melabur dalam masa depan negeri,” tambahnya. Tambahnya, Kerajaan Sarawak juga telah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC), iaitu kelayakan akademik tertinggi bagi pendidikan Cina persendirian, sejak tahun 2014. Dalam sesi dialog itu juga, pihak sekolah turut menyuarakan harapan agar kerajaan negeri mempertimbangkan penyaluran dana tambahan, khususnya bagi menaik taraf kemudahan seperti makmal STEM. Dato Sri Roland menjawab, permohonan ini seharusnya dikemukakan oleh Lembaga Sekolah Menengah Cina Persendirian kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan sewajarnya. Turut serta dalam sesi townhall adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr. Annuar Rapa'ee; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II, Datuk Francis Harden Hollis; Setiausaha Tetap, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak, Adana Jed; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Les Met dan Temenggong Vincent Lau Lee Ming. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Akan Pinda Ordinan Biodiversiti Sarawak, Galak Penyelidikan & Komersial Hasil Kajian |
KUCHING: Kerajaan Sarawak akan meminda Ordinan Biodiversiti Sarawak bagi menjalankan penyelidikan serta mengkomersialkan hasil kajian biodiversiti di wilayah ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, pindaan ordinan itu penting bagi membolehkan potensi komersial bahan biodiversiti dimanfaatkan secara optimum, termasuk melalui kerjasama strategik dengan pihak berkuasa yang sah. “Di bawah ordinan sedia ada, Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC) tidak dibenarkan menjalankan aktiviti komersial. “Saya telah memutuskan supaya ordinan tersebut dipinda agar penyelidikan dan komersialisasi boleh dilaksanakan, dan hasilnya dapat dikongsi bersama dunia,” katanya semasa Majlis Pelancaran Vision With Action For Biodiversity: Policy And Plan di Imperial Hotel, pada Selasa. Premier Sarawak menambah, antara contoh penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan adalah kajian terhadap alga yang berkemungkinan menghasilkan bahan api bio, termasuk Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF). Jelas beliau, jika SBC tidak dibenarkan bekerjasama secara komersial, Sarawak akan kehilangan peluang besar dalam industri tenaga hijau. “Jika alga ini mampu hasilkan bahan api bio, dan menjadi SAF maka kita turut menyumbang kepada industri penerbangan dengan bahan api yang mesra alam di mana ia akan mengurangkan pelepasan karbon daripada pesawat,” jelasnya. Tambah beliau, langkah ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 12, iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab, dan mencerminkan pendekatan berasaskan alam semula jadi dalam pembangunan ekonomi. Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari turut berkongsi penemuan baharu mengenai sejenis pokok asli yang dikenali sebagai Kalapaya, yang memiliki pertumbuhan pesat serta tekstur kayu lebih baik berbanding akasia. Pokok ini katanya, berpotensi digunakan dalam penghasilan biojisim untuk penjanaan kuasa hibrid menggunakan campuran biojisim, gas dan hidrogen. “Malah, dengan campuran hidrogen dan karbon, kita boleh hasilkan gas sintetik. Semua ini perlukan dasar yang sesuai, dan ia penting untuk Sarawak mencapai piawaian ESG (Environmental, Social, Governance),” tambah beliau. Beliau menegaskan bahawa pelan dan tindakan biodiversiti Sarawak harus merangkumi aspek ekonomi, kemakmuran, keterangkuman, serta kelestarian alam sekitar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datu Abdullah Julaihi serta Wakil Residen UNDP ke Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Edward Vrkíc.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
453 IRSDA Projects Completed As Of First Quarter Of 2025 |
KOTA SAMARAHAN: A total of 453 out of 660 projects have been successfully implemented under the Integrated Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) as of the first quarter of 2025. The Chairman of IRSDA Steering Committee who is also the Minister of Tourism, Creative Industry and Performing Arts, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah said that apart from that, 46 projects are still in the implementation stage. Meanwhile, another 134 projects are in the planning stage and 27 projects have been cancelled due to overlapping with other IRSDA project lines and falling into the 'KIV' category. "Congratulations to the implementing agencies and the IRSDA Sub-Committee who have worked hard in completing IRSDA projects and contributing to positive progress in terms of implementation compared to other Regional Development Agencies," he said. He explained this when chairing the IRSDA Steering Committee Meeting No. 1 of 2025 which was held at the Sarawak Farmers' Association (PPNS) Hall, here, on Tuesday. According to him, to ensure the continuity of development in the Samarahan Division, implementing agencies and IRSDA Sub-Committees are encouraged to start formulating their respective directions ahead of the implementation of the 13th Malaysia Plan (13MP) which will start from 2026 to 2030. “Implementing agencies are also encouraged to apply for project allocations through the 13MP and not just rely on IRSDA funds alone, given that 83 percent or RM1.245 billion of the existing IRSDA allocation has been committed to projects that have been completed and are being implemented,” he explained. Dato Sri Abdul Karim also urged that all projects that are still in the planning phase be implemented immediately to ensure that the benefits can be fully felt by the local community. “The implementing agencies and other IRSDA Sub-Committees are requested to expedite the implementation process of projects that are still in the planning stage and have not yet started so that the benefits of development can be immediately enjoyed by the entire community in the Samarahan Division,” he said. Also present at the meeting were Deputy Minister of Rural and Regional Development and Kota Samarahan Member of Parliament, Datuk Rubiah Wang; Deputy Minister of Infrastructure and Port Development of Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo; Batang Sadong Member of Parliament, Rodiyah Sapiee; Simunjan Assemblyman, Awla Dris; Samarahan Division Resident, Mohamad Irwan Bahari Bujang and Special Administrative Officer of IRSDA, Anuar Da'an. -UKASnews |
View |
| FirstPrevious711712713714715716717718719720NextLast |