Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Pendekatan Outreach Bawa Perkhidmatan Sosial Terus Kepada Rakyat |
SERIAN: Program Outreach atau jangkauan komuniti Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWKK) Bersama Rakan Strategik bukan sekadar aktiviti tahunan, tetapi merupakan pendekatan turun padang yang membawa perkhidmatan sosial terus kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar. Timbalan Menterinya, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, pendekatan ini dilaksanakan dengan penuh empati bagi memastikan masyarakat luar bandar bukan sahaja mendapat bantuan material, tetapi juga akses kepada maklumat, peluang dan hubungan langsung dengan agensi kerajaan. “Objektif utama program ini adalah untuk memastikan rakyat di seluruh Sarawak mendapat akses kepada inisiatif dan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. “Di samping itu, ia turut bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti melalui pendekatan yang inklusif dan mesra rakyat,” katanya ketika merasmikan majlis penangguhan program tersebut di Dewan Panglima Damu/Panjang, Kampung Merian Bedup di sini pada Jumaat. Tambahnya, Program Outreach ini berperanan menyantuni komuniti secara langsung, meningkatkan kesedaran tentang perkhidmatan sosial yang disediakan kerajaan, memperkukuh kolaborasi rentas agensi dan memupuk solidariti komuniti. Datuk Mohammad Razi turut mengumumkan nilai bantuan kebajikan yang disalurkan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian mencecah lebih RM4.68 juta, melibatkan pelbagai skim bantuan termasuk Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak dan Elaun Pekerja OKU. “Ini jelas menunjukkan usaha dan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya. Justeru, beliau berharap penduduk memanfaatkan segala ilmu, maklumat dan peluang yang disediakan kerana kesejahteraan komuniti juga bergantung kepada keterlibatan aktif masyarakat itu sendiri dan bukan tanggungjawab kerajaan sahaja. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Garnishee Proceedings Improves Assessment Tax Arrears Collection |
MIRI: A proposed initiative to adopt Garnishee Proceedings aims to enhance the collection of annual assessment tax arrears for local authorities across Sarawak. Developed by the Innovative and Creative Circle (KIK) group, SIRIUS PRIME of the Miri City Council (MBM), the project titled ‘Kesukaran Mengutip Cukai Taksiran Tahunan Tertunggak’ emerged as the top winner of the Sarawak Civil Service Sustainability Innovation Award (SCS-NEXT) 2024. The proposal introduces Garnishee Proceedings to replace the conventional method of tax recovery, reducing the process duration from 9 months and 4 weeks to just 3 months and 2 weeks. According to team leader, Ahsleen Atma Joshua, the method managed to cut down on manpower and operational costs while improving productivity. Meanwhile, Acting City Secretary of Miri City Council, Abdul Rahman Taupek said the project has already drawn interest from other local councils who are in the process of implementing the method within their respective jurisdictions. He added that the KIK project was also successfully replicated by local councils such as the Kuching South City Council (MBKS), Padawan Municipal Council (MPP), and Sibu Municipal Council (MPS). In this regard, Abdul Rahman expressed hope that more agencies will participate in the KIK Convention, noting how innovation-driven and out-of-the-box solutions like this reflect the capability of civil servants to address administrative challenges. Director of the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU), Superi Awang Said commended MBM’s forward-thinking project and highlighted the importance of harmonising such initiatives across government agencies to ensure effectiveness and sustainability in public service delivery. “The ability of this project to be effectively replicated proves that innovation in the public sector is not merely an internal solution, but a catalyst for systemic improvement across agencies. “STIU views this success as evidence that investing in creative thinking and strategic implementation can accelerate the achievement of the Sarawak Civil Service transformation agenda,” he said. -UKASnews |
View |
|
news |
MPHLG Cadang Semua Tempat Awam Dilengkapi AED |
KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) bercadang supaya semua tempat awam di negeri ini dilengkapi dengan peranti Automated External Defibrillator (AED) sebagai salah satu usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan berkaitan serangan jantung. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, berkata pindaan terhadap Ordinan Bangunan sedang diusahakan bagi memasukkan peraturan baharu, termasuk keperluan pemasangan AED di lokasi awam. “Kita telah meminda Ordinan Bangunan dan sedang menunggu semakan oleh Peguam Besar Sarawak dengan harapan ia dapat dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri akan datang. Salah satu peraturan baharu yang tepat pada masanya ialah keperluan AED di tempat awam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian AED antara UNIFOR dan Bulan Sabit Merah Daerah Kuching, di sini pada Jumaat. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menambah, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Sarawak dan sering kali orang awam menyaksikan kejadian individu rebah secara tiba-tiba. Katanya, dalam situasi ini,,kehadiran AED yang berdekatan boleh menyelamatkan nyawa. Namun begitu, beliau menegaskan bahawa pemasangan AED sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan rakyat untuk menggunakannya. “Kita perlu pastikan rakyat tahu melakukan CPR dan mengendalikan AED. Sebab itu latihan melalui agensi seperti Bulan Sabit Merah Malaysia, UNIMAS dan St. John Ambulans Malaysia sangat penting,” jelas beliau. Selain itu, MPHLG juga mengambil peluang untuk mengemas kini pelbagai peraturan berkaitan bangunan termasuk memperkenalkan “green index” selaras dengan visi Premier Sarawak ke arah pembangunan mampan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pendaftaran Safari Perahu Padawan 2025 Kini Dibuka, Acara Berlangsung 5 Oktober Ini |
PADAWAN: Pendaftaran bagi acara tahunan Safari Perahu Padawan 2025 kini dibuka secara rasmi menawarkan pengalaman unik menyusuri Sungai Sarawak Kiri menggunakan perahu buluh tradisional dan kayak pada 5 Oktober ini. Perlumbaan berkonsepkan sukan air berteraskan alam semula jadi ini akan bermula dari beberapa perkampungan ikonik termasuk Kampung Annah Rais, Kampung Timurang, Kampung Danu dan Kampung Semadang, sebelum berakhir di Kampung Git. Acara ini dijangka menarik penyertaan ramai peminat sukan air serta pencinta ekopelancongan dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh Padawan sebagai destinasi pelancongan berasaskan komuniti. Safari Perahu Padawan bukan sekadar perlumbaan air, malah merupakan platform mengetengahkan budaya tradisional, keindahan landskap semula jadi serta gaya hidup luar bandar masyarakat Bidayuh di kawasan Padawan. Peserta juga berpeluang menginap di homestay kendalian komuniti tempatan, selain menikmati aktiviti riadah seperti berkelah di kawasan air terjun, yang secara langsung menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi setempat. Safari Perahu Padawan 2025 dijangka bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal peserta, malah memperkukuh nilai budaya dan identiti ekopelancongan Sarawak di peringkat antarabangsa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini serta melakukan pendaftaran melalui laman web rasmi www.borneoraftsafari.com atau mengikuti halaman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Padawan dan Grit Event Management.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
JAS Sarawak Larang Pembakaran Terbuka, Pesalah Boleh Didenda Sehingga RM1 Juta |
KUCHING: Rakyat Sarawak dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang sah. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak berkata, langkah tersebut penting terutamanya ketika negara sedang mengalami musim panas dan cuaca kering yang boleh meningkatkan risiko berlakunya kebakaran tidak terkawal serta jerebu. “Pembakaran terbuka termasuklah pembakaran apa-apa sisa pertanian, semak samun atau belukar, pembakaran apa-apa jenis buangan seperti sampah domestik atau buangan binaan, pembakaran di tapak pelupusan atau kawasan tanah gambut, dan pembakaran secara terkawal tanpa kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa,” kata JAS Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat. JAS Sarawak turut memaklumkan bahawa individu yang melakukan pembakaran terbuka tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). “Sebagai makluman, di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana orang yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM 25,000 dan tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. “Selain itu, denda tambahan juga boleh dikenakan tidak melebihi RM 5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas diberikan notis untuk menghentikan aktiviti tersebut. “Orang yang bersalah boleh juga dikenakan kompaun maksima tidak lebih 50 peratus dari kadar denda maksima,” jelas JAS Sarawak. Dalam masa sama, JAS Sarawak menyeru kerjasama orang ramai dalam memerangi sebarang bentuk pencemaran alam sekitar dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam, atau menerusi e-mel ke aduan_k@doe.gov.my, ataupun portal e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my. Tambah kenyataan itu lagi, larangan pembakaran terbuka perlu dipatuhi bagi mencegah pencemaran udara yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan awam dan keseimbangan alam sekitar. Katanya, antara kesan terhadap kesihatan awam ialah peningkatan kes asma, batuk, bronkitis, masalah pernafasan dan jantung, terutama dalam kalangan bayi, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit kronik. Ia juga boleh menyebabkan iritasi pada mata, tekak dan hidung serta menjejaskan kualiti hidup penduduk. Sementara itu, ujarnya, kesan kepada alam sekitar pula termasuk pencemaran udara dan jerebu, kemerosotan kualiti tanah dan air, kemusnahan flora, fauna serta ekosistem, dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global.-EDISI UKAS Foto Janaan AI |
View |
|
news |
Citarasa & Tautan Budaya 2025 Kukuhkan Hubungan Dua Hala Sarawak-Brunei |
BANDAR SERI BEGAWAN: Semangat kebudayaan dan keakraban serantau bakal disemarakkan menerusi Program Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Brunei 2025 yang akan berlangsung pada 2 dan 3 Ogos ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, di sini dari jam 9 pagi hingga 10 malam. Program anjuran Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei Darussalam (STATOB) ini bertujuan memperkukuh hubungan dua hala antara Sarawak dan Brunei Darussalam melalui pertukaran budaya, warisan dan kulinari. Lebih daripada sekadar sebuah pameran, ia menjadi platform strategik kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengetengahkan produk tempatan serta memperluas rangkaian perniagaan rentas sempadan. Antara pengisian menarik yang menanti para pengunjung termasuk pameran kraftangan dan hasil seni tempatan, demonstrasi masakan tradisional dan moden, persembahan kebudayaan pelbagai etnik, segmen pertunjukan budaya serta rangkaian perniagaan dan sesi interaksi komuniti. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr. Awang Mohd Amin Liew Abdullah. Turut dijangka hadir menyerikan majlis ialah Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Festival Sarikei 2025 Cerminan Aspirasi Baharu Daerah Pertanian, Pelancongan & Budaya |
SARlKEI: Acara tahunan ikonik Pesta Nanas dan Buah-Buahan Sarikei dijenamakan semula sebagai Sarikei Festival 2025, menandakan anjakan baharu dalam usaha menjadikan Sarikei sebagai destinasi pertanian, pelancongan dan budaya bertaraf tinggi. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, penjenamaan semula itu adalah langkah strategik memperluas potensi daerah ini bukan sahaja dalam sektor pertanian, tetapi juga pelancongan, inovasi dan kemasyarakatan. “Pesta ini telah melangkah secara tersendiri apabila mencecah edisi ke-18, satu pencapaian membanggakan yang turut memperkukuhkan kedudukan Sarikei sebagai destinasi pelancongan tempatan yang semakin mendapat perhatian. “Namun kita sedar bahawa dalam dunia yang semakin moden, dinamik dan berdaya saing ini, perubahan bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan yang mendesak. “Tahun 2025 bakal menyaksikan satu anjakan beaar dan sejarah penganjuran pesta ini melalui penjenamaan semula yang membawa nafas baharu dan lebih segar iaitu Festival Sarikei, satu penjenamaan semula yang mencerminkan aspirasi baharu potensi lebih luas dan keterangkuman semua lapisan masyarakat,” katanya semasa berucap pada majlis pra pelancaran Festival Sarikei 2025 di Dewan Suarah Sarikei pada Jumaat. Menurut beliau, festival tahun ini membawa tema 'Unite in Culture, Rich in Heritage' yang melambangkan iltizam kolektif untuk memastikan budaya dan warisan tidak hanya dikenang sebagai peninggalan masa lalu, tetapi diangkat sebagai aset berharga dalam membina masa depan yang lebih gemilang. Sehubungan itu, Dato’ Sri Huang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok menyeru seluruh masyarakat Sarikei dan rakyat Sarawak agar hadir memeriahkan festival tersebut sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan daerah serta semangat perpaduan yang utuh. Festival Sarikei 2025 telah bermula pada 25 Julai lalu dan bakal melabuhkan tirai pada 3 Ogos 2025, dengan pelbagai pengisian menarik seperti pameran pertanian, karnival budaya, pertandingan kreatif, jualan produk tempatan dan penyertaan aktif komuniti setempat. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Residen Bahagian Sarikei merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sarikei Festival 2025 Datu Michael Ronnie Langgong, Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei Kennedy Kedo, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei Superintendent Awan Amal dan Pengerusi Majlis Daerah Sarikei Kaunselor Stephen Wong Kie Yong.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Jalan Di Igan Telan Belanja RM37.8 Juta Kini Bermula |
MATU: Projek pembinaan Jalan Igan, Kampung Bahru, Kampung Sungai Kebuaw (Jalan Kampung Sah, Sungai Ilas) kini bermula secara rasmi dengan penyerahan tapak kepada kontraktor pelaksana. Majlis penyerahan tapak tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Dato’ Murshid DiRaja Dr. Juanda Jaya di sini pada Jumaat. Projek berimpak tinggi yang dilaksanakan di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak ini menelan kos RM37.8 juta dan dijadualkan siap dalam tempoh 30 bulan, bermula 18 Julai 2025 hingga 17 Januari 2028. Projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan meningkatkan akses jalan raya dan mempercepat pembangunan infrastruktur luar bandar yang lain di kawasan ini. Sejurus selepas majlis itu, beliau turut meneruskan lawatan kerja ke beberapa lokasi lain bagi meninjau kemajuan projek-projek infrastruktur yang sedang berjalan di kawasan sekitar Matu. Antaranya termasuk Projek Rakyat Cadangan Jalan Kampung Kebuaw / Telok Deloh / Bungan Kecil yang kini giat dilaksanakan. Projek ini dijangka memberi impak positif kepada jaringan perhubungan luar bandar serta membantu merangsang ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. Seterusnya, beliau melawat ke Projek Cadangan Pembinaan dan Penyiapan Jalan dari Kampung Jemoreng ke Sungai Passin, Matu sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan pihak kerajaan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut spesifikasi. Lawatan berakhir di Projek Pembinaan Jalan Raya Kampung Seberang Bawang, melibatkan Kampung Hilir Bawang dan Kampung Hulu Bawang, Matu. Pemantauan lapangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan projek-projek infrastruktur luar bandar dilaksanakan secara telus, teratur dan berkualiti, demi kesejahteraan rakyat di kawasan pedalaman.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
马当路拓宽工程达62.2%进度 |
古晋:马当路拓宽工程目前已完成62.2%的施工进度,预料将提前于明年8月完工,为每日通行该路段的数以千计民众带来便利。 砂拉越基础设施与港口发展部副部长拿督艾登拉里伍表示,这个过程需要时间,因为它涉及与公用事业部门的协调工作。 不过,他表示,其他工作进展顺利,一些区域已经完工,只待铺上最后一层沥青。 “整体而言,我们对能在原定时间前,即明年8月完成工程充满信心。” 他周五前往马当路施工现场进行巡视后,向记者这么表示。 与此同时,砂总理政治秘书拿督法兹鲁丁也出席视察,并呼吁加快施工进度,最好能在明年1月至2月之间完工,以应对当前的交通压力。 也是杜邦区立法议员的他提议开辟一条从玛丽哈路口直通FAC的新路。 “我也请求砂拉越政府,特别是砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯和拿督艾登考虑这项建议。此外,我还建议修建一条从玛丽哈通往帕罗(Paroh)再到盐柴港(Sungai Maong)的道路,以减少马当路(Jalan Matang)的交通流量,并为居民提供其他路线选择。至少,马当路的居民可以选择几条路线前往市场,例如经由通往FAC的道路,或者从马丽哈路口前往帕罗。但前往帕罗的路线可能需要修建一座新桥,这将增加成本。”-UKAS刊 |
View |
|
news |
UKAS Terima Kunjungan Hormat Howden Insurance Brokers |
KUCHING: Syarikat Howden Insurance Brokers Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan bagi merintis kerjasama dua hala antara kedua pihak. Kunjungan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UKAS pada Khamis dengan delegasi Howden Insurance Brokers diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Ismam Shahrin Ismail. Turut hadir Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali dan barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP) yang lain. Antara lain, kunjungan delegasi Howden Insurance Brokers itu bertujuan berkongsi pelbagai pelan insuran yang sesuai untuk melindungi kakitangan mahupun aset UKAS. Awang Putra dalam pada itu menyambut baik pelan insuran yang dibentangkan oleh pihak Howden Insurance Brokers sambil menekankan kepentingan perlindungan keselamatan kakitangan UKAS khususnya yang sering bertugas di lapangan dalam situasi mencabar berisiko. Pada masa sama katanya, pelan perlindungan juga penting untuk melindungi aset-aset UKAS yang bernilai tinggi. - EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious371372373374375376377378379380NextLast |