Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Hari Wanita 2025 Meriah di Meradong, Raikan Peranan dan Pencapaian Kaum Wanita

BINTANGOR: Sambutan Hari Wanita Tahun 2025 Peringkat Daerah Meradong berlangsung meriah di Dewan Pejabat Daerah Meradong pada Sabtu. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, Sambutan Hari Wanita disambut di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian program bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang. Beliau berkata, di peringkat antarabangsa, kebanyakan negara terutamanya negara-negara maju menyambut Hari Wanita pada 8 Mac setiap tahun dengan tema-tema khas bagi mengangkat kepentingan untuk memberikan pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan kaum wanita di seluruh dunia. “Kita menyambut Hari Wanita dengan pelbagai pengisian program untuk meraikan kejayaan dan pencapaian wanita, serta memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan wanita dalam kemajuan masyarakat dan negara,” katanya semasa berucap. Beliau turut menekankan bahawa sambutan ini bertujuan mengiktiraf dan menghargai peranan wanita dalam pembangunan negara, mendaya upaya peranan semua pihak dalam memperkasa wanita serta menyebarluaskan maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat mengenai peluang, isu semasa dan cabaran yang dihadapi wanita masa kini. Sambutan peringkat daerah kali ini dimulakan dengan sesi senamrobik bersama lebih 100 orang wanita. Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan pembukaan enam gerai jualan usahawan wanita, sebagai salah satu inisiatif mempromosikan keusahawanan wanita tempatan dan membantu memperluas pasaran produk mereka. Hadir sama, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang dan Pengerusi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Daerah Meradong, Ting Ling Ling serta Penghulu Hashim Abang Solhi.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Lawatan Muhibah KMKK Sibu ke Daro Perkukuh Jalinan Akar Umbi dan Semangat Perpaduan

DARO: Kunjungan 27 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dari Bahagian Sibu ke Daerah Daro bukan sahaja menjadi platform silaturahim, malah mencerminkan usaha memperkukuh perpaduan, perkongsian pengalaman dan semangat kekitaan dalam kalangan pemimpin akar umbi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, menegaskan bahawa pembangunan dan kemajuan tidak boleh dicapai tanpa wujudnya hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai latar belakang. “Dalam konteks Malaysia yang berbilang kaum dan budaya, hanya dengan adanya semangat muhibah, saling memahami dan toleransi yang tinggi barulah kita mampu menjayakan pembangunan secara inklusif,” katanya ketika berucap dalam majlis ramah mesra dan jamuan tengah hari di Masjid Al-Muhsiniin, Daro pada Jumaat. Beliau turut menyambut baik inisiatif lawatan ini yang bukan sahaja menjalin hubungan mesra antara KMKK Sibu dan Daro, malah membuka ruang kolaborasi strategik demi kesejahteraan masyarakat luar bandar. “KMKK adalah tunjang kestabilan komuniti di peringkat akar umbi. “Kegiatan seumpama ini mampu menyemarakkan nilai perpaduan dan perkongsian pengalaman yang amat berharga dalam pengurusan masyarakat,” tambah beliau. Ahmad Johnie turut berharap agar program seumpama ini dapat diperluas dan diteruskan pada masa akan datang agar dapat merapatkan jurang komunikasi antara komuniti, serta memperkukuh hubungan antara pemimpin di peringkat akar umbi. Acara diserikan dengan pertukaran cenderamata sebagai simbol penghargaan dan komitmen terhadap nilai muhibah yang dikongsi bersama, serta sesi interaksi santai yang memperkukuh semangat kekitaan antara pemimpin tempatan.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak-Brunei Darussalam Perkukuh Kerjasama Serantau

BANDAR SERI BEGAWAN: Kerjasama erat antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Sarawak terus diperkukuhkan menerusi penganjuran program Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Borneo 2025 oleh Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak, Brunei (STATOB). Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr Awang Amin Liew Abdullah, penganjuran program itu memperlihatkan komitmen Sarawak dalam mengukuhkan kerjasama bilateral bersama Brunei Darussalam dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelancongan, pertukaran sosiobudaya dan pembangunan ekonomi mampan. Katanya, program itu menjadi platform terbaik untuk menyokong perkembangan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam industri makanan, minuman dan kraftangan. “Program hari ini melambangkan komitmen nyata untuk mengukuhkan hubungan bilateral antara Brunei Darussalam dan Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelancongan, perkongsian sosiobudaya serta pembangunan ekonomi mampan. “Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Borneo 2025 menyokong perkembangan usahawan tempatan dalam industri makanan, kreatif dan kraftangan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap merasikan program itu di Ruang Letak Kereta Stadium Negara Hassanal Bolkiah pada Sabtu. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Dato Dayang Morliah Awang Daud, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais, Ketua Pegawai Eksekutif STATOB Samat Junai dan kenamaan lain. Katanya, Kerajaan Brunei Darussalam melihat Sarawak bukan sahaja sebagai jiran se-Borneo, sebaliknya rakan strategik yang bersama-sama mewujudkan komuniti ekonomi berpandangan jauh serta berdaya tahan. Jelasnya lagi, program itu sangat signifikan kerana penganjurannya serentak dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah yang ke-79. “Justeru, kita memuji STATOB atas usaha mereka membawa program Citarasa dan Tautan Budaya Sarawak-Borneo ini di sini. “Kita sangat tertarik mendengar cadangan untuk menjadikan program ini acara tahunan dengan lebih ramai penyertaan di masa akan datang,” tambah beliau. Seramai 20 pempamer dari Sarawak dan 18 dari Brunei Darussalam mengambil bahagian dalam program dianjurkan dari 2 hingga 3 Ogos ini. Selain pameran makanan, kraftangan dan produk tempatan, pengunjung juga disajikan dengan persembahan kebudayaan pelbagai etnik di Sarawak dan Brunei Darussalam. - EDISI UKAS

Lihat

news

Ayahanda Timbalan Menteri Kesihatan Kembali ke Rahmatullah

MIRI: Ayahanda kepada Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dato Lukanisman Awang Sauni, iaitu Allahyarham Awang Sauni Pengiran Anis, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.42 pagi di kediaman beliau di Jalan Sim Kheng Hong, off Jalan Bakam pada Sabtu. Jenazah allahyarham dibawa ke Masjid Darul Istiqamah, Kampung Luak sekitar jam 7.43 pagi bagi urusan solat dan pengkebumian sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Beluboh. Arwah berusia 73 tahun dan meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak, termasuk Dato Lukanisman yang merupakan anak kedua. Sanak saudara, kenalan dan rakan-rakan allahyarham mulai berkumpul di masjid seawal jam 7.30 pagi diiringi seramai 48 pelajar lelaki dari SMK Agama Miri turut hadir dan mengalunkan bacaan surah Yasin. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, serta Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah bersama rombongan mereka. Allahyarham dikenang sebagai seorang insan yang disegani dalam kalangan komuniti setempat dan pemergiannya merupakan kehilangan besar buat keluarga serta masyarakat.-EDISI UKAS Foto kredit : TVS

Lihat

news

人民应珍惜国家和平

古晋:马来西亚人民应珍惜国家,尤其是砂拉越的和平与安宁。 砂拉越总理署副部长(企业事务、资讯及公关组)拿督阿都拉赛多表示,尽管存在缺陷和“风波”,但我国仍然和平安宁,并能够生活在一个多元团结的社会中。 “我常常告诉别人,甚至我的孩子,不要轻易丢弃国家现有的和平氛围,因为如果你在国外,你不一定能享受到这种和平与安宁的氛围。” 他于周六在砂督体育馆举行的国庆月启动仪式暨2025年砂拉越辉煌条纹悬挂仪式及2025年砂拉越昌明嘉年华活动上致词时,如是说。 他说,在砂拉越,团结是最独特的东西,多元种族、多元宗教的人民,能够作为砂拉越子民及马来西亚之子,生活在同一个屋檐下。 同时,他也提到,一些人倒挂“辉煌条纹”的行为,认为这种行为可能会引起仇恨和诽谤,尤其是在年轻人中。 “因为国旗就是我们的脸面,象征着我们国家的精神和主权。” 在仪式的高潮环节中,拿督阿都拉为2025年砂拉越级“辉煌条纹”独立车队主持挥旗仪式。 出席者包括古晋北市市长拿督希尔米、砂拉越总理政治秘书阿都沙末甘尼代表杜邦区立法议员、古晋南市副市长拿督再迪苏海利、马来西亚新闻局通讯服务及社区发展部主任莫哈末纳兹米、砂拉越公关单位总监阿旺布特拉尤斯里阿旺·雷端、各部门主管及其他嘉宾。 - UKAS 刊  

Lihat

news

设立 D2EI 特别单位,赋能女性领导力

古晋:砂拉越妇女及家庭局(JWKS)设立多元化、平等、公平和包容性(D2EI)特别单位,旨在通过战略性和主动性的举措,赋能女性领导力,并打造更具包容性的职场环境。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这项倡议是马来西亚首创,其目标明确,即全面赋能女性。 “如果这项倡议得以实施,我相信这将是马来西亚的首例。这个单位的目标非常明确,那就是赋能女性,并提升她们在各个领域的作用。” 他周六在砂拉越立法议会(DUN)大厦主持2025年砂拉越妇女日(HW25)庆典活动上,做此表示。 他进一步指出,今年的妇女日以“多元化、平等、公平和包容性”作为2025年砂拉越妇女日庆典主题,与砂拉越通过2030年后冠病疫情发展战略(PCDS)所确定的发展方向相一致。 “在砂拉越,女性在2030年后冠病疫情发展战略所列出的各领域都发挥着非常重要的作用,包括政府行政、教育、卫生、科技、法律、现代农业、创业、数字化和创新。” 活动上,砂拉越总理拿督巴丁宜阿邦佐哈里还表示支持“多元化、平等、公平和包容性”(D2EI)下的几项重要举措,包括资助3名学生攻读亚洲女性领导力大学学院(AWLUC)的领导力发展文学硕士课程、开发“多元化、平等、公平和包容性”(D2EI)信息仪表板以及设立砂拉越女性领导力讲座教授席(SWLC)。 与此同时,砂拉越妇女、儿童及社区和谐部长拿督斯里花蒂玛阿都拉表示,“多元化、平等、公平和包容性”特别单位的成立,也得到与联合国人口基金(UNFPA)、30% Club和亚洲女性领导力大学学院等国际伙伴的战略合作的支持。 她表示,此次合作旨在以全面且高效的方式制定“多元化、平等、公平和包容性”倡议的方向、框架和实施方案。 对此,她正在寻求砂拉越政府批准拨出10万5000令吉,以资助3名亚洲女性领导力大学学员(每人3万5000令吉)就读课程,作为一项投资,用于培养砂拉越的下一代女性领导者。 “这项投资将增强本地女性在领导力领域的人才,并进而促进砂拉越的整体发展。” 2025年砂拉越妇女日庆典也颁发多个奖项,包括砂拉越总理青年女性领袖奖,获奖者为Dayang Nur Aleesya Dayana、砂拉越总理杰出非政府组织奖,获奖者为砂拉越乳癌支援协会、砂拉越能源有司荣获砂拉越总理2025年D2EI响应组织特别奖、砂拉越总理女性社会活动家,获奖者为拿督Jacqueline Fong、砂拉越总理女性企业家奖,获奖者为Mastika Jamali,以及砂拉越总理女性领袖奖,获奖者为拿汀斯里Catherine Kelo Isa@Dato Catherine Gramong。 出席仪式的还有砂拉越总理女儿达央诺兹函、砂拉越副总理拿督阿玛道格拉斯及夫人拿督多琳玛央、拿督阿玛沈桂贤医生及夫人拿督王淑燕、砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚、砂拉越旅游、创意产业和表演艺术部长拿督斯里阿都卡林、砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基及夫人拿汀阿玛巴杜雅等政要。- UKAS 刊  

Lihat

news

JAS Sarawak Larang Pembakaran Terbuka, Pesalah Boleh Didenda Sehingga RM1 Juta

KUCHING: Rakyat Sarawak dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa yang sah. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak berkata, langkah tersebut penting terutamanya ketika negara sedang mengalami musim panas dan cuaca kering yang boleh meningkatkan risiko berlakunya kebakaran tidak terkawal serta jerebu. “Pembakaran terbuka termasuklah pembakaran apa-apa sisa pertanian, semak samun atau belukar, pembakaran apa-apa jenis buangan seperti sampah domestik atau buangan binaan, pembakaran di tapak pelupusan atau kawasan tanah gambut, dan pembakaran secara terkawal tanpa kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa,” kata JAS Sarawak dalam kenyataan pada Jumaat. JAS Sarawak turut memaklumkan bahawa individu yang melakukan pembakaran terbuka tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024). “Sebagai makluman, di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mana-mana orang yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM 25,000 dan tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. “Selain itu, denda tambahan juga boleh dikenakan tidak melebihi RM 5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas diberikan notis untuk menghentikan aktiviti tersebut. “Orang yang bersalah boleh juga dikenakan kompaun maksima tidak lebih 50 peratus dari kadar denda maksima,” jelas JAS Sarawak. Dalam masa sama, JAS Sarawak menyeru kerjasama orang ramai dalam memerangi sebarang bentuk pencemaran alam sekitar dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam, atau menerusi e-mel ke aduan_k@doe.gov.my, ataupun portal e-aduan di https://eaduan.doe.gov.my. Tambah kenyataan itu lagi, larangan pembakaran terbuka perlu dipatuhi bagi mencegah pencemaran udara yang boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan awam dan keseimbangan alam sekitar. Katanya, antara kesan terhadap kesihatan awam ialah peningkatan kes asma, batuk, bronkitis, masalah pernafasan dan jantung, terutama dalam kalangan bayi, warga emas serta mereka yang menghidap penyakit kronik. Ia juga boleh menyebabkan iritasi pada mata, tekak dan hidung serta menjejaskan kualiti hidup penduduk. Sementara itu, ujarnya, kesan kepada alam sekitar pula termasuk pencemaran udara dan jerebu, kemerosotan kualiti tanah dan air, kemusnahan flora, fauna serta ekosistem, dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global.-EDISI UKAS Foto Janaan AI  

Lihat

news

古晋南市市政局举办首届市长杯匹克球锦标赛

古晋:古晋南市市政局 (MBKS)在古晋Picklepro举办首届 2025 年市长杯匹克球锦标赛,这项赛事为古晋市带来了活力和健康风潮。 活动由古晋南市市长拿督黄鸿圣主持,吸引各行各业的参与者,展现匹克球不仅仅是一项运动,更是一场全民参与的健康运动。 第一次听说匹克球?别被它的名字误导,它并非一道美食,而是一项融合羽球、网球和乒乓球的趣味运动,节奏快、易上手,适合所有年龄层,无论是青少年到老年人都能轻松上场。 “无论你是15岁还是65岁,这都是一项任何人都可以参与的运动。” 拿督黄鸿圣大力支持这项运动,并呼吁年轻人放下手机,走进球场。 本次锦标赛也支持联合国可持续发展目标3,即良好健康与福祉,体现了古晋南市市政局致力于建设一个更健康、更互联互通的古晋的决心。 而这仅仅是个起点。随着匹克球在全球范围内的蓬勃发展,古晋南市市政局希望古晋成为这项运动的下一个热点城市。 拿督黄鸿圣希望,这项锦标赛能够发展成为一项年度体育盛事,并得到当地社区、志愿者、合作伙伴以及充满热情的古晋匹克球协会的大力支持。 “古晋,是时候挥拍上场,打破常规、团结一致,为改善健康状况和加强社区凝聚力而努力了。” - UKAS 刊  

Lihat

news

砂拉越与汶莱探讨多项合作机会

斯里巴加湾市:砂拉越政府希望与汶莱在多个领域开展更多战略性合作。 砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅表示,通过长期的贸易关系,到2024年,砂拉越与汶莱的贸易总额将达到约33亿9000万令吉。 他说,与汶莱接壤,使砂拉越在与该国政府、包括商界和人民建立密切关系方面具有优势。 “根据2030年后冠病疫情发展战略(PCDS 2030),砂拉越的目标是通过包容性、可持续性和基于创新的增长,成为发达经济体。砂拉越和汶莱可共同探索许多合作机会,包括在绿色能源和氢能、通讯、农业和清真食品、物流和边境基础设施、生物经济、研发以及教育和人才发展等领域的潜在合作。” 他于周六在汶莱哈桑纳尔博尔基亚国家体育场举行的2025年砂拉越-婆罗洲美食与文化联结活动开幕仪式上致词时,如是说。 该项目由砂拉越驻汶莱贸易与旅游办事处(STATOB)主办,汶莱首相署部长兼第二财政及经济部长拿督刘光明主持开幕。 也是砂拉越国际贸易、工业和投资部部长的拿督阿玛阿旺登雅表示,汶莱具备完善的监管体系,而砂拉越拥有丰富的生物多样性,为双方合作提供更多潜力,尤其是在草药和保健产品领域。 事实上,他表示,砂拉越也致力于保护森林覆盖率,并共同探索碳交易行业。 对此,他表示,STATOB 将继续发挥积极作用,不仅作为推动单位,更成为砂拉越和汶莱区域合作的战略桥梁和推动者。 “砂拉越将继续与汶莱合作,推广联合旅游项目,并将婆罗洲定位为旅游目的地,借助汶莱国际机场作为区域枢纽。” “STATOB 由来自两地官员组成,为商贸、投资者和旅游业者提供咨询服务。它为汶莱进口商、砂拉越出口商以及希望利用汶莱在东南亚战略位置的投资者提供帮助。” 出席仪式的嘉宾还包括拿督阿玛阿旺登雅的夫人拿督达央莫丽雅、砂拉越青年、体育及企业家发展部副部长拿督里宾拉玛、砂拉越国际贸易、工业及投资部顾问拿督斯里莫哈末纳鲁丁、STATOB 首席执行员沙末祖乃以及其他贵宾。— UKAS 刊  

Lihat

news

Sarawak-Brunei Darussalam Negap Kerejasama Serantau

BANDAR SERI BEGAWAN: Kerejasama rat entara Perintah Brunei Darussalam enggau Sarawak terus ditegap nengah pengawa ngatur program Citarasa enggau Tautan Budaya Sarawak-Borneo 2025 diatur Opis Dagang enggau Dagang Temuai Sarawak, Brunei (STATOB).   Menteri ba Opis Menteri Besai Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Dr Awang Amin Liew Abdullah madah, program nya mandangka pengeransing Sarawak negapka kerejasama bilateral begulai enggau Brunei Darussalam ba mayuh pengawa nyengkaum dagang, dagang temuai, besilih sosiobudaya enggau pemansang ekonomi meruan.   Ku iya, program nya nyadi pelasar pemadu manah nyukung pengerembai Dagang Mit enggau Jelan Pemesai (PKS) ba industri pemakai, ai irup enggau krafjari.   “Program sehari tu mandangka pengeran nyata negapka kaul bilateral entara Brunei Darussalam enggau Sarawak ba mayuh pengawa nyengkaum dagang, dagang temuai, besilih sosiobudaya sereta pemansang ekonomi meruan.   “Citarasa enggau Tautan Budaya Sarawak-Borneo 2025 nyukung orang dagang lokal ngerembai ba industri pemakai, kreatif enggau krafjari,” ku iya.   Iya bejaku munyi nya lebuh bejadika program nya ba Palan Entepan Entukar Stadium Negara Hassanal Bolkiah kena Hari Enam. Sama datai, Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan enggau bini, Dato Dayang Morliah Awang Daud, Sapit Menteri Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat enggau Penyanding Penemu Opis Menteri Dagang  Antarabansa, Industri enggau Meranak Puku Sarawak (MINTRED) Dato Sri Mohd Naroden Majais, Tuai Pegawai Eksekutif STATOB Samat Junai enggau pemesai bukai.   Ku iya, Perintah Brunei Darussalam meda Sarawak ukai semina sama menua ba Tanah Borneo aja, tang bakih strategik ti sama nempa komuniti ekonomi jauh tinjau enggau beretan.   Iya mega nerang, program nya engkeman endar laban diatur seretai enggau Ngintu Hari Pengada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan enggau Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah ti ke-79.   “Nya alai, kitai muji STATOB ba pengeransing sida ngatur program Citarasa enggau Tautan Budaya Sarawak-Borneo tu ditu.   “Kitai chukup tekait ati ninga perambu ngangkatka program nya nyadi program ninting taun enggau marit mayuh agi penyereta dudi hari,” ku iya.   Bisi 20 pemandang ari Sarawak enggau 18 ari Brunei Darussalam ngambi bagi ba program diatur ari 2 nyentuk 3 Ogos tu.   Kelimpah ari pemandang pemakai, krafjari enggau produk lokal, pengusung mega diperindang enggau main asal pupu etnik ba Sarawak enggau Brunei Darussalam. - EDISI UKAS    

Lihat
PertamaSebelumnya341342343344345346347348349350SeterusnyaTerakhir