Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Pengamal Media Sebagai ‘Senjata’ Mencorak Pemikiran Kemerdekaan Negara

KUCHING: Pengamal media boleh dilihat sebagai ‘senjata’ penting dalam mencorak pemikiran rakyat dan mengekalkan kebebasan negara. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, berkata pemain-pemain media sama dari agensi kerajaan atau swasta berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat dalam membentuk minda masyarakat. "Warga media ini memainkan peranan penting dalam mencorak kemerdekaan dan kebebasan di mana menjadi 'jambatan' antara masyarakat serta kerajaan menjadi platform yang boleh dikatakan 'senjata' dalam menentukan pemikiran rakyat kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Komuniti Bersama UKAS di Tugu Pahlawan, di sini, pada Ahad. Dalam pada itu, beliau memberitahu, warga media turut memikul tanggungjawab besar untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara dan tidak mudah terjebak dengan kecenderungan mengejar perhatian sehingga lalai dalam mengendalikan isu sensitif. Beliau juga menyeru agensi-agensi media agar lebih berhati-hati dalam menyiarkan laporan yang menyentuh sensitiviti masyarakat. "Dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum, budaya, agama dan latar belakang sejarah, terdapat perkara-perkara tertentu yang kita perlu menjaga sensitiviti yang melibatkan isu kemanusiaan di mana terdapat komen yang tidak kena tempatnya," jelasnya. -EDISI UKAS

View

news

Bengkel Inovasi Bidar Lukut Tradisional 2025 Angkat Warisan Budaya Melanau

MUKAH: Bengkel Inovasi Bidar Lukut Tradisional 2025 yang julung kali diadakan di Dewan Sri PEKALA, Kuala Lama, Mukah mencatat sejarah apabila menghimpunkan institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat dalam usaha memartabatkan warisan budaya masyarakat Melanau. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine pada Sabtu yang menegaskan bahawa penganjuran bengkel ini bukan sekadar program akademik, sebaliknya satu usaha pelestarian identiti dan budaya komuniti. “Bidar Lukut adalah warisan unik masyarakat Melanau yang perlu terus diwarisi. “Ia bukan sahaja aktiviti santai, tetapi turut menguji kebijaksanaan, kreativiti dan ketangkasan. “Komuniti Mukah harus berbangga kerana sukan air ini berpotensi menjadi tarikan budaya dan pelancongan,” katanya. Beliau dalam ucapannya turut mengingatkan masyarakat bahawa kerjasama adalah kunci kejayaan, dengan mengumpamakan Bidar Lukut yang tidak dapat bergerak tanpa lukut dan tiupan angin sebagai simbol perpaduan dalam komuniti. Bengkel anjuran Pusat Penyelidikan Melanau Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan kerjasama Persatuan Melanau Mukah, Unit Saberkas Kampung Petanak (YUSAPET) dan Armada Generasi Warisan itu turut mendapat sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Program ini diharap menjadi pemangkin kepada minat generasi muda untuk mewarisi tradisi Bidar Lukut agar tidak hilang ditelan arus pemodenan.-EDISI UKAS  

View

news

Projek Tukun Fasa 2 Perkukuh Ekonomi Nelayan Mukah

MUKAH: Projek Rakyat Tukun Fasa 2 yang dilaksanakan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) diyakini mampu memperkukuh sektor perikanan sekali gus meningkatkan pendapatan nelayan di kawasan Mukah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, sektor perikanan merupakan salah satu tulang belakang ekonomi masyarakat Mukah, sama ada bagi nelayan sungai mahupun nelayan laut. “Sektor perikanan adalah salah satu sektor utama yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi penduduk di Mukah bermula dari nelayan sungai hinggalah kepada nelayan laut,” katanya ketika merasmikan Sesi Libat Urus SFC bersama pemegang taruh di Dewan CENTEXS Mukah, pada Sabtu. Royston turut menekankan bahawa Projek Reef Ball yang menjadi sebahagian daripada usaha pemuliharaan marin bukan sahaja melindungi ekosistem laut, malah telah membawa nama Sarawak ke peringkat antarabangsa. Menurutnya, pengiktirafan daripada Reef Ball Foundation USA terhadap Sarawak kerana berjaya membina terumbu karang buatan terpanjang di dunia merupakan bukti keberkesanan inisiatif ini. Program libat urus berkenaan menjadi platform penyelarasan pandangan antara SFC, komuniti nelayan, agensi teknikal dan pihak berkepentingan lain agar pelaksanaan projek berjalan lancar serta memberi manfaat optimum kepada rakyat.-EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Perkukuh Agenda Digital dan Perkenal KETEQ AI

SIBU: Sarawak terus mengorak langkah dalam transformasi digital dengan memperkenalkan KETEQ AI, peranti penukar kuasa pertama di dunia berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak yang juga Presiden SABERKAS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, AI kini menjadi teras penting dalam pembangunan teknologi kerana berupaya melengkapkan mesin dengan kemampuan untuk belajar serta meningkatkan prestasi melalui pembelajaran mesin. “AI kini diaplikasikan dalam pelbagai sektor termasuk pentadbiran, pertanian, kesihatan dan keselamatan siber. Antara aplikasinya ialah automasi tugasan rutin, chatbot interaktif, sistem maklum balas automatik serta pengesanan ancaman siber,” katanya. Beliau berucap demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Chieng Jin Ek sempena Majlis Penangguhan Program Celik Kecerdasan Buatan (AI) SABERKAS Zon Tengah yang berlangsung di Dewan Perpustakaan Awam Sibu pada Sabtu. Ia merupakan siri kedua selepas penganjuran di Zon Utara awal Ogos lalu. Tegas Dato Sri Abdul Karim, data merupakan intipati utama AI, justeru kerajaan negeri melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital memberi penekanan terhadap pembangunan ekosistem data yang mantap. “Tanpa data, AI tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Oleh itu, Sarawak memberi fokus kepada pembangunan ekosistem data yang kukuh sebagai asas transformasi digital negeri,” ujarnya. Selain itu, kerajaan katanya turut merancang menubuhkan Pusat AI Sarawak bagi memacu penyelidikan, pembangunan dan integrasi teknologi ke dalam infrastruktur digital. Antara inisiatif utama yang dirangka termasuk AI untuk Pertanian Pintar, analitik prediktif kesihatan, grid pintar tenaga serta penubuhan Unit AI dalam perkhidmatan awam. Jelas Dato Sri Abdul Karim lagi, pencapaian pembangunan KETEQ AI pula selaras dengan Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030, yang memperkukuh aspirasi negeri menjadi hab teknologi tinggi rantau ini. “Pencapaian ini membuktikan Sarawak bukan sahaja berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang teknologi, malah berhasrat muncul sebagai hab teknologi tinggi yang diiktiraf di peringkat global,” jelasnya. Dalam pada itu, beliau turut menyeru belia SABERKAS untuk memanfaatkan ilmu sepanjang program tersebut. “Sekiranya berkelapangan, kongsikanlah ilmu yang diperoleh dengan sahabat di luar sana supaya usaha kerajaan dan SABERKAS dalam membudayakan AI dalam kehidupan seharian dapat direalisasikan,” tambahnya. Program yang dihadiri kira-kira 90 peserta termasuk 70 peserta dari 23 kawasan DUN ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecil Sains, Teknologi dan Inovasi SABERKAS Sarawak dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Bukit Assek. -EDISI UKAS  

View

news

‘Cat, Coffee & Charity’ Semarak Nilai Kasih Sayang dan Kepedulian

MIRI: Program Cat, Coffee & Charity anjuran Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri bukan sahaja menyatukan peminat kucing, malah turut mengangkat budaya santai bersama kopi serta semangat kebajikan untuk membantu golongan memerlukan. Datuk Bandar Bandaraya Miri merangkap ADUN Pujut menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program yang dianggap unik dan kreatif. Menurutnya, penggabungan tiga elemen – kasih sayang terhadap haiwan, budaya kopi, dan kepedulian kebajikan – menjadikan program ini lebih dekat di hati masyarakat. “Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk peminat kucing berkumpul, malah membuka ruang untuk kita meningkatkan kesedaran tentang penjagaan haiwan peliharaan dengan penuh tanggungjawab,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Kaunselor Sean Huang pada majlis Cat, Coffee & Charity yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Bandaraya Miri di Moongrind Kingdom Cafe, di sini, pada Sabtu. Beliau menambah, aktiviti amal yang dijalankan turut memberi manfaat kepada komuniti, khususnya mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan. Usaha sedemikian, katanya lagi, selaras dengan nilai masyarakat penyayang yang wajar dipupuk demi kesejahteraan bersama. “Semoga dengan adanya program seperti ini, hubungan sesama manusia dan juga dengan haiwan peliharaan akan lebih erat, sejajar dengan semangat kasih sayang yang menyeluruh,” jelasnya. Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar terus menyokong program-program kebajikan dan kemasyarakatan demi melahirkan masyarakat yang maju serta sarat dengan nilai kemanusiaan. Turut hadir ialah Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri Roley Lagir, Timbalan Datuk Bandar Bandaraya Miri Kaunselor Ariffin Mohamad, dan Pengerusi penganjur Ahmad Al- Fakhrurradzie Ahmad Zaidi.-EDISI UKAS  

View

news

Kejohanan Bola Sepak Veteran Pacu Perpaduan Serantau di Lawas

LAWAS: Kejohanan Bola Sepak Mix Veteran Borneo Jemputan 8 Penjuru berlangsung meriah di Stadium Kompleks Sukan Lawas dengan penyertaan lapan pasukan veteran dari Sarawak, Sabah, Labuan dan Brunei. Penganjuran kejohanan oleh MeVec FC Lawas berjaya menghimpunkan pasukan bola sepak veteran ternama, sekali gus memperkukuh jalinan silaturahim dalam kalangan pemain berusia serta mempromosikan Lawas sebagai destinasi pelancongan berasaskan sukan di utara Sarawak. Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah MeVec FC (Lawas), Frenz FC (Lawas), SJ All Frenz FC (Brunei), SBKK FC (Beaufort, Sabah), Pearl Island FC (Labuan), Kerabat Legend, SVFT dan VLBL. Kejohanan ini turut menjadi platform persediaan awal menjelang penganjuran Kejohanan Bola Sepak Veteran Seborneo Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan yang bakal berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober 2025. Perlawanan akhir menyaksikan Pearl Island FC dari Labuan dinobatkan sebagai juara, manakala Frenz FC (Lawas) muncul naib juara. Tempat ketiga bersama pula dimenangi oleh MeVec FC (Lawas) dan SBKK FC (Beaufort, Sabah). Pengadil dari Sabah dan Sarawak diberi tanggungjawab mengendalikan perlawanan sepanjang kejohanan bagi memastikan perjalanan pertandingan berjalan lancar serta profesional. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lawas, Durahman Salleh selaku tetamu kehormat yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan. Turut hadir ialah Pengerusi Penganjur, Madun Nasip.-EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Strengthens Medical Research, Establishes Strategic Partnership With Fudan Hospital

BINTULU: The Sarawak government has established a strategic partnership with Fudan Hospital, China in an effort to strengthen the field of scientific research and the development of new medicine in the state. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said the move is in line with the government's aspiration to make Sarawak a health research hub in the region, thus increasing the state's preparedness to face the challenges of new diseases. "Now we are facing many new disease problems. "That is why the Sarawak government has invested RM300 million to develop a research laboratory with scientific expertise. "The collaboration with Fudan Hospital, which is exploring the trend of research medicine, will open up a big space for us," he said in a press conference after officiating the rebranding of Kemena Pacific Hospital here on Saturday. The Sarawak Premier added that the effort would not only enhance the state's ability to produce new medicines, but also improve the health care system, thus benefiting the people and foreign investors operating in Sarawak. Meanwhile, Datuk Patinggi Abang Zohari also congratulated Borneo Medical Centre (BMC) for taking over Columbia Hospital Bintulu and rebranding it as Kemena Pacific Hospital. He said the expansion of the private hospital's operations, which now has six branches in Kuching, Sibu, Miri and Bintulu, would further complete the health service network in the state. “This development proves that our private health system is growing rapidly. "With the combination of public and private hospitals, we can provide more efficient health services and can accommodate the needs of foreign investment, especially in Bintulu,” he said. Also present were Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, Minister of Tourism, Arts and Culture, Dato Sri Tiong King Sing, Sarawak Minister of Food Industry, Commodity and Regional Development, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Minister in the Sarawak Premier's Department, Dato Sri John Sikie Tayai, Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Project Coordinator for Regional Development Agencies, Kuching North City Hall and Islamic Affairs), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Bintulu Division Resident, Datu Nyurak Keti, General Manager of Borneo Medical Group, Dr. Peter Tang Ing Bing, Chief Medical Services Of Kemena Pacific Hospital, Dr. Thomas Lau Yun Guan and other guests. -UKASnews  

View

news

New Formulated Fertiliser To Increase Sago Productivity

BINTULU: CRAUN Research Sdn. Bhd. made history on Saturday with the launch of FERTARA, a balanced compound fertiliser specially formulated to support the early growth of sago trees (Metroxylon sago). The launch was officiated by the Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in conjunction with the Sarawak Agrofest 2025 which took place at the Old Airport Site, on Saturday. According to a statement from CRAUN, FERTARA is the result of 20 years of comprehensive research (2003–2023) led by Senior Research Officer, Fariza Zaini together with Peter Stanley Howell, with initial support from renowned agronomist, Prof. Zaharah Abdul Rahman from Universiti Putra Malaysia (UPM) and Tayeb Dolmat from the Malaysian Palm Oil Board (MPOB). CRAUN explained that field evaluations proved that FERTARA accelerated stem development compared to other compound fertilisers currently available on the market. “Large-scale field studies were conducted at the sago plantations owned by the Land Development and Conservation Authority (PELITA) in Mukah, the Sungai Talau Research Station in Dalat and sago plantations owned by smallholders. “This project is fully funded by the Sarawak Government as part of efforts to improve the productivity and quality of sago production which is a heritage and important economic resource for Sarawak,” the statement said. CRAUN stressed that the FERTARA formulation has been filed for patent protection with the Malaysian Intellectual Property Corporation (MyIPO). “This achievement demonstrates how CRAUN’s long-term Research and Development (R&D) has been translated into patented and commercialized products, in line with the vision of the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 which leverages data and innovation to drive economic growth,” it added. The fertiliser will be manufactured by Sarawak Fertiliser Sdn. Bhd., a local company with experience in producing high-quality fertilisers. It will be marketed to sago smallholders, development agencies and sago industry players throughout the state. At the same event, a symbolic ceremony was held to hand over FERTARA fertiliser from CRAUN to the Sarawak Sago and Nipah Development Board (SNDB). The handover was officiated by the Deputy Permanent Secretary of the Sarawak Ministry of Education, Innovation and Talent Development (MEITD), Anielia Siam representing CRAUN, while SNDB was represented by the General Manager, Zaidell Hussaini. The handover of FERTARA fertiliser reflects the strategic collaboration between CRAUN and SNDB in empowering smallholders and sago industry players. -UKASnews Photo: FACEBOOK CRAUN Research Sdn. Bhd.

View

news

MSNS Ngempu Semua Emas Pekit Tinju Besai Sarawak Kelas SUKMA

SRI AMAN: Kaunsil Lumba Nengeri Sarawak (MSNS) ngempu semua midul emas ba Pekit Tinju Besai Sarawak Edisyen Ke-4 ungkup kelas umur Lumba Malaysia (SUKMA).   Ba kategori flyweight (51kg) Mohamad Irfan Tom Frankie bisi pedis mimit ngalahka Sufi Irfan Mohd Idris ari Singapore Boxing Federation ngujungka seduai belaban ba idar ketiga sebedau pemutus referee nguing ngagai Mohamad Irfan Tom.   Seraya Sahil Masino ari KTS Sarawak bulih engkeraju.   Ba kategori lightweight (60kg), Khairil Hazami Sulam mujur ngalahka Norhirman Tahir Kelab Orthodox Boxing Sarawak ngujungka iya bulih emas kedua ungkup MSNS, seraya Wayne Kho Hqe Kai ari Knight Boxing Team Sarawak bulih midul engkeraju.   Nguing ngagai kategori light welterweight (63.5kg), Lam Wee Liang nambah pengaga MSNS enggau emas ketiga pengudah ngelaban petinju Singapore Boxing Federation, Sean Rafael Sanny seraya Alex Zender Xavier Anrew ari Kompleks Lumba Kanowit Sarawak ngempu engkeraju.   Penyulut nya mandangka petinju MSNS meri pengandal besai ngagai kem tinju Sarawak sebedau nurun  ke kelang SUKMA di Selangor ba taun baru. -EDISI UKAS    

View

news

砂拉越政府准备援助农民,提供农业机械

民都鲁:砂拉越政府已准备好提供农业机械来帮助农民,以现代科技推动农业发展。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这些农业机械已移交给砂拉越农民协会,旨在造福砂拉越农民。 “农民协会负责进行管理,并以合理的价格将其出租给农民,以帮助他们。这样我们的农民就可以使用机械,而不必再使用锄头了。” 他于星期六在民都鲁旧机场主持2025年砂拉越农业嘉年华开幕仪式上,发表上述谈话。 出席活动的嘉宾包括砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生、砂拉越立法议会议长丹斯里拿督阿玛阿斯菲亚、旅游艺术与文化部长拿督斯里张庆信、砂拉越食品工业、原产品及区域发展部长拿督斯里斯蒂芬伦迪医生其他贵宾。- UKAS 刊  

View
FirstPrevious301302303304305306307308309310NextLast