Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
新古晋国际机场项目将配备最新技术 |
古晋:新的古晋国际机场发展项目将配备最新技术,每年可容纳 1500万名旅客人次。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,这是一项长期计划,将提供更顺畅的旅行体验。 “新机场将会很大,基础设施也很顺畅。乘客只需办理一次登机手续,所有其他事务都将以数字化方式完成。” 他是星期五在第9届砂拉越肯雅兰旅游奖(SHTA)颁奖典礼致词时,这么说。 砂总理也补充,尽管该项目的建设成本可能很高,但砂拉越政府将确保这是一项值得的投资。 拿督巴丁宜阿邦佐哈里也将砂拉越的发展与迪拜在过去25至30年发生的巨大变化进行比较。 “过去,迪拜只是一片沙漠,但凭借他们建立阿联酋航空和吸引游客的智慧,迪拜已成为一个蓬勃发展的国际枢纽。砂拉越拥有天然财富、团结的社会和多种语言能力的优势。如果迪拜能做到,我相信砂拉越也能做到。” 活动中,拿督巴丁宜阿邦佐哈里也颁发终身成就特别奖给拿督阿罗苏修。 他对砂拉越旅游业的巨大贡献获得认可,在建立砂拉越旅游局和砂拉越标志性活动世界雨林音乐节方面,发挥关键作用。 出席者包括砂旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林、旅游、创意产业及表演艺术部副部长 拿督陈超耀、青年、体育及企业家发展部副部长拿督杰拉德和其他嘉宾。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
砂拉越代表队距离2024年第21届大马残运会总冠军仅剩一步之遥 |
古晋:尽管赛事尚未结束,但砂拉越代表队已确定可拿下2024年第21届大马残运会总冠军杯。 截至星期五傍晚6时30分,东道主队伍以82枚金牌、51枚银牌和72枚铜牌的成绩位居榜首。 这也将寻求卫冕冠军的沙巴队远远抛在后头,即以62金、42银及31铜排列第二。 排名第三的是柔佛州,以33金、34银和29铜牌成绩。 今日比赛仅剩下草地滚球,将产生12枚金牌。 从计算法上看,即使沙巴队横扫所有12枚金牌,亦无法超越砂拉越队。 然而,砂拉越未提前庆祝成功,因为仍努力达到83枚金牌目标。 对此,今日比赛焦点将在砂草地滚球馆,视东道主能否再夺一枚金牌,完成83枚金牌的目标。 与此同时,砂拉越举重运动员昨天下午在砂体育馆举行的最后一天赛事中再夺2枚金牌。 男子59公斤级的莫哈末福阿德夺得金牌,他在第3次尝举中表现最佳,举出108公斤,总重量为313公斤。 此外,保龄球队也在3人组别中,再为砂拉越添1仅,运动员是由卡立拉末、Wong Kee Soon和Marcos Chang Hao Hong组成,代表TPB8、TPB9和TPB10组别。 硬地滚球3人组达利阿德力、安洁莉娜及Tay Bon Seng出乎意料击败槟城的Lim Chun Tian、Ooi Wan Chean 和莫哈末艾曼夺得金牌。 而Sun Wan Ting则以10-8击败队友哈泽尔斯冈,在女子单打B1组R组项目中夺得金牌。-UKAS刊 |
Lihat |
|
news |
Wife Of Former Sarawak Deputy Chief Minister Honoured For Advocacy Work |
KUCHING: Tan Sri Dato’ Sri Empiang Jabu, wife of the former Sarawak Deputy Chief Minister, has been honoured for her pioneering advocacy in women’s rights and social welfare, especially in rural areas. A dedicated advocate, Tan Sri Empiang has spent her life working to uplift the underprivileged, focusing particularly on improving the lives of rural communities. Her contributions were celebrated during the Life Begins at 50 Seniors Festival, which took place at Tropicana Gardens Mall, in Selangor on Friday. The festival, which features numerous events, including the Talent Quest Finals and the Walk-A-Breakfast-thon, reached a high point with the prestigious Timeless Inspiration Awards ceremony. At the launch of the festival, five outstanding seniors were recognised for their lifetime achievements and contributions to society. Tan Sri Empiang was one of the honorees for her long-standing efforts to promote women’s rights and social welfare in Sarawak and beyond. The other four award recipients were, Dato’ Abdul Rahim Mohd Razali (Rahim Razali) – a celebrated actor, screenwriter, and sports commentator, Datuk Marina Chin – a former national athlete and coach, Datin Linda Ngiam – a renowned philanthropist and Chairperson of Make-A-Wish Malaysia and Ramlah Md Jalee – a dedicated educator born with a congenital lower limb deficiency. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Skuad Para Badminton Sarawak Capai Sasaran Raih Tiga Emas |
KUCHING: Chef de Mission (CDM) Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, Datuk Mohamad Razi Sitam mengucapkan tahniah kepada skuad Para Badminton Sarawak kerana berjaya mencapai sasaran dengan meraih tiga pingat emas. Semasa ditemui media, beliau menzahirkan rasa bangga melihat kesungguhan dan ketabahan para atlet yang mencerminkan nilai sebenar dalam sukan, iaitu tidak pernah menyerah. "Sebenarnya kita mampu mencapai lebih daripada itu, tetapi ada di antara atlet kita yang mengalami kecederaan, dan belum sembuh sepenuhnya, kita memahami keadaan mereka. "Walaubagaimanapun kita sangat berbangga kerana pemain kita semuanya bersemangat sehingga ke saat akhir ini,"katanya semasa menyaksikan perlawanan akhir Para Badminton, di Dewan Persatuan Badminton Sarawak, di sini pada Jumaat. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew serta Timbalan CDM Para Sukma XXI Sarawak 2024 Safiee Ahmad dan Razaili Gapor. Pingat emas berjaya dirangkul Ashley Irenaeus Jeck, 24, dalam acara Perseorangan Lelaki (WH2) manakala Nurzammiezatul Syafiqqah Mohamad Zamberi, 23, dalam acara Perseorangan Wanita (SH6), diikuti Gregory Kanyan, 24, bersama Nursyazwani Shahrom, 33, dalam acara Beregu Campuran (SL3-SU5). Secara keseluruhan, skuad Para Badminton menyumbang tiga pingat emas, satu pingat perak dan empat pingat gangsa.-Edisi UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Kini Sah Pemegang Saham Terbesar AFFIN Bank |
KUCHING: Kerajaan Sarawak kini sah sebagai pemegang saham terbesar AFFIN Bank dengan 31.25 peratus kepentingan selepas Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pegangan majoriti kerajaan Sarawak dalam institusi perbankan berkenaan. Perjanjian pembelian saham (SPA) itu dilakukan melalui anak syarikat milik kerajaan Sarawak iaitu SGAssetfin Holdings Sdn. Bhd. bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Berhad. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, idea untuk memperoleh pegangan saham yang besar dalam AFFIN bermula dengan rasa hormat dan pengiktirafan yang mendalam terhadap peranan penting industri perbankan dalam pembangunan ekonomi dan masyarakat. “Keputusan kerajaan Sarawak untuk melabur dalam AFFIN didorong oleh langkah strategik untuk mewujudkan platform kewangan dan sinergi dengan sebuah bank yang kukuh dan berwibawa, yang penting bagi Sarawak untuk meningkatkan potensi ekonominya yang besar,” jelas beliau. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara LTAT dan Boustead Holdings Berhad di sini pada Jumaat. Menjelas lanjut, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kerajaan Sarawak dalam usaha menyokong dan memenuhi agenda ekonomi yang mampan negeri ini. “Segmen masyarakat yang kurang mendapat perhatian sering menghadapi kesukaran untuk mengakses perkhidmatan perbankan formal disebabkan oleh pelbagai halangan. “Menyedari cabaran ini, AFFIN boleh melaksanakan strategi untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan perbankan, penyelesaian pembiayaan mikro, dan program literasi kewangan,” jelas beliau lagi. Sebelum ini, kerajaan Sarawak hanya memegang 4.81 peratus kepentingannya dalam AFFIN Bank. Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri-Menteri Sarawak dan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak dan Persekutuan, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Peguam Besar Sarawak Datu Saferi Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank Berhad Datuk Wan Razly Abdullah serta tetamu kenamaan yang lain. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Two Longhouses In Sarikei Secure HDC Loans |
SARIKEI: Two longhouses in Sarikei have successfully received approval for the Longhouse Loan Scheme through the Housing Development Corporation (HDC). The longhouses benefiting from this scheme are Lingga Anak Ujang Longhouse, located at Sungai Selangan, which is the largest in Sarikei with 74 doors, and Jessica Anak Patrick Longhouse, situated in the Sebangkoi area, comprising 15 doors. Deputy Minister of Natural Resources and Sustainability, Dato' Sri Huang Tiong Sii, played a key role in securing approval for these loans. According to him, Lingga Anak Ujang Longhouse was granted a loan of RM2,220,000, with each door receiving RM30,000. Meanwhile, Jessica Anak Patrick Longhouse obtained a loan of RM750,000, allocating RM50,000 per door. “I encourage older longhouses to seek government assistance for reconstruction and to apply for the Longhouse Loan Scheme through the Housing Development Corporation (HDC),” he said during a visit to the reconstruction sites at Lingga Anak Ujang and Jessica Anak Patrick longhouses on Thursday. Dato' Sri Huang also highlighted that the government has set aside significant funds for basic infrastructure development in Sarikei and Meradong, with the aim of improving the standard of living and ensuring the well-being of the local community. -UKASnews |
Lihat |
|
news |
Pingat Emas Milik Pasukan Boccia Campuran Sarawak |
KUCHING: Pasukan campuran boccia Sarawak berjaya meraih pingat emas dalam acara berpasukan campuran BC 1/BC 2 pada temasya Para Sukma XXI Sarawak 2024. Kemenangan ini dicapai oleh trio hebat Sarawak, Dale Adelric Teri, Angeline Melissa, dan Tay Bon Seng, yang menewaskan Pulau Pinang dengan skor 10:4. Pertarungan sengit yang berlangsung di Dewan Persatuan Bola Keranjang Sarawak menyaksikan aksi cemerlang Sarawak, memberikan tekanan konsisten sehingga pasukan Pulau Pinang, yang diwakili oleh Lim Chun Tian, Ooi Wan Chean, dan Muhammad Aiman Hakim Abdul Razak, terpaksa akur dengan kekalahan. Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu, yang menyaksikan kegigihan pasukan Sarawak dalam memburu kilauan emas. Dalam perlawanan lain, pasukan campuran boccia Sabah turut mencatat kemenangan tipis 5:4 menundukkan Terengganu.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Tutup Kempen Tenpin Boling Para SUKMA Dengan Kutipan 7 Emas |
KUCHING: Kontinjen Sarawak menamatkan kempen acara tenpin boling pada Para SUKMA XXI 2024 dengan kutipan tujuh pingat emas. Pada hari terakhir acara itu di Megalane Sarawak Batu Kawa pada Jumaat, Sarawak menambah satu lagi emas dalam kategori Trio Tenpin Bowling Terbuka yang melibatkan kategori TPB8, TPB9 dan TPB10. Sarawak dianggotai Julaihi Khalik Lamat, Wong Kee Soon dan Marcos Chang Hao Hong. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan Melaka yang terdiri daripada Mohd Amiruddin, Mohd Azrin, dan Mohd Mulhim. Manakala pingat gangsa diraih oleh pasukan Selangor melalui gandingan Ahmad Nazri, Nadia Syafika dan Amin Rashid. Ketua Kontinjen Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam dalam temubual bersama pemberita, menyatakan rasa syukur atas pencapaian pasukan setakat hari keenam kejohanan di mana Sarawak telah berjaya mengumpul 82 pingat emas, hampir mencapai sasaran 83 emas yang ditetapkan. “Kita masih ada satu lagi acara esok, iaitu lawn bowl, di mana kita menyasarkan tiga pingat emas untuk sukan tersebut. “Jika berjaya, sasaran kami untuk meraih 83 emas akan tercapai. Saya menyeru rakyat Sarawak, terutamanya penyokong setia, untuk hadir memberi sokongan kepada pasukan lawn bowl kita esok di arena lawn bowl Sarawak," ujarnya penuh harapan. Tambah beliau lagi, Sarawak kini mendahului Sabah dengan perbezaan 20 pingat emas, di mana Sabah telah mengumpul 62 pingat setakat ini. Bagaimanapun, beliau enggan membuat sebarang ramalan awal dan menyerahkan segala keputusan kepada aksi terakhir esok. “Kita doakan Sarawak muncul sebagai juara keseluruhan Para SUKMA kali ini,” kata Datuk Mohammad Razi lagi. Sementara itu, atlet Sarawak, Julaihi Khalik Lamat ketika ditemui pemberita selepas kemenangannya, menyatakan bahawa kejayaan kali ini didedikasikan kepada arwah Jimmy Siang, bekas atlet para SUKMA Sarawak yang banyak berjasa kepadanya. Menurut Julaihi, arwah merupakan individu penting yang telah membuka jalan baginya dalam sukan tenpin boling di peringkat Para SUKMA. "Ini adalah penyertaan saya dalam Para SUKMA yang keempat sejak tahun 2016, dan kini saya kembali ke Sarawak lagi. Namun, ini merupakan SUKMA terakhir saya. “Saya banyak berselawat, membaca doa, dan menenangkan diri sebelum masuk ke gelanggang. Sentiasa mengingatkan diri tentang kejayaan yang lepas membantu saya fokus," katanya dengan nada penuh emosi. Julaihi turut berkongsi bahawa pingat emas yang diraihnya kali ini khusus didedikasikan kepada mentornya, mendiang Jimmy Siang, yang merupakan insan pertama yang memperkenalkannya kepada sukan tenpin boling dalam Para SUKMA. Dengan baki satu hari lagi, harapan Sarawak untuk mencapai sasaran emas terakhir terletak pada kejayaan pasukan lawn bowl. Semua mata kini tertumpu kepada acara itu esok dalam usaha memastikan Sarawak merangkul kejuaraan keseluruhan kejohanan ini. Hadir sama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sarawak Hampiri Kejuaraan Para SUKMA XXI 2024 |
KUCHING: Kontinjen Sarawak sudah boleh mengesahkan kejuaraan Sukan Para SUKMA XXI 2024 meskipun acara masih belum berakhir. Setakat jam 6.30 petang Jumaat, tuan rumah masih unggul di kedudukan teratas dengan kutipan 82 pingat emas, 51 perak dan 72 gangsa. Ia jauh meninggalkan pencabar yang juga juara bertahan Sabah di kedudukan kedua dengan 62 emas, 42 perak dan 31 gangsa. Mengekori di kedukan ketiga adalah Johor dengan 33 emas, 34 perak dan 29 gangsa. Esok hanya acara lawn bowl masih berlangsung yang akan menawarkan 12 pingat emas. Secara matematik, pasukan Sabah tidak akan mampu memintas Sarawak jika memenangi kesemua 12 pingat emas yang ditawarkan itu. Sarawak bagaimanapun enggan meraikan dahulu kejayaan tersebut kerana perlu melunaskan sasaran 83 pingat emas. Justeru, Arena Lawn Bowl Sarawak akan menjadi tumpuan utama esok hari untuk menyaksikan samada kontinjen tuan rumah mampu meraih sebutir lagi emas bagi melengkapkan sasaran 83 pingat emas. Dalam pada itu, atlet para powerlifting Sarawak sekali lagi tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang dua lagi emas pada hari penutup acara berkenaan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak petang tadi. Emas disumbangkan oleh Mohamad Fuad Alen dalam kategori 59 kilogram (kg) lelaki yang melakukan angkatan terbaik menerusi percubaan ketiga seberat 108kg dan jumlah angkatan 313kg. Selain itu, acara tenpin boling juga cemerlang menambah satu emas dalam kategori Trio Tenpin Bowling Terbuka yang melibatkan kategori TPB8, TPB9 dan TPB10 yang diwakili Khalik Lamat, Wong Kee Soon dan Marcos Chang Hao Hong. Trio atlet boccia, Dale Adelric Teri, Angeline Melissa dan Tay Bon Seng pula melakar kejutan dengan berjaya menewaskan wakil Pulau Pinang, Lim Chun Tian, Ooi Wan Chean dan Muhammad Aiman Hakim Abdul Razak untuk pingat emas. Manakala Sun Wan Ting menceriakan kempen lawn bowl tuan rumah apabila memenangi pingat emas dalam kategori Perseorangan Wanita B1 Kumpulan R selepas menundukkan rakan sepasukan, Hazel Sigang Daud dengan mata 10-8. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Baharu Bakal Dilengkapi Teknologi Terkini |
KUCHING: Projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang baharu bakal dilengkapi dengan teknologi terkini yang mampu menampung kapasiti sehingga 15 juta penumpang setahun. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek ini merupakan pelan jangka panjang yang akan memberikan pengalaman perjalanan lebih lancar. "Lapangan terbang baharu ini akan besar, dengan infrastruktur yang lancar. Penumpang hanya perlu melakukan satu kali proses daftar masuk dan semua urusan lain akan selesai secara digital," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Anugerah Pelancongan Kenyalang Sarawak (SHTA) Ke-9 di sini pada Jumaat. Premier Sarawak menambah, walaupun kos pembinaan projek tersebut mungkin tinggi, tetapi Kerajaan Sarawak akan memastikan ia menjadi pelaburan yang berbaloi. Datuk Patinggi Abang Zohari turut membandingkan perkembangan Sarawak dengan Dubai yang telah berubah drastik dalam tempoh 25 hingga 30 tahun lalu. "Dahulu, Dubai hanyalah padang pasir, namun dengan kebijaksanaan mereka menubuhkan syarikat penerbangan Emirates dan menarik pelancong, Dubai telah menjadi hab antarabangsa yang maju. "Kita di Sarawak mempunyai kelebihan dengan kekayaan alam semula jadi, masyarakat yang bersatu padu dan kemampuan pelbagai bahasa. Jika Dubai boleh, saya yakin Sarawak juga mampu melakukannya,"ujar beliau. Pada majlis tersebut, Datuk Patinggi Abang Zohari turut menyampaikan Anugerah Special Award for Lifetime Achievement kepada Datu Aloysius J. Dris. Beliau diiktiraf atas sumbangan besarnya kepada industri pelancongan Sarawak yang memainkan peranan penting dalam menubuhkan Sarawak Tourism Board dan acara ikonik Sarawak, iaitu Festival Hutan Hujan Sedunia. Hadir sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu dan tetamu kenamaan yang lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya2551255225532554255525562557255825592560SeterusnyaTerakhir |