Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Pelihara Warisan & Kebudayaan Kaum Bugis |
SADONG JAYA: Warisan dan kebudayaan kaum Bugis di Sarawak harus dipelihara agar tidak dilupakan oleh generasi baharu. Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo memberitahu, pelaksanaan program Wisata Budaya Bugis pada November tahun lepas merupakan salah satu kejayaan kepada Pertubuhan Warisan dan Kebudayaan Bugis. “Dengan pelaksanaan program tersebut bersama pihak daripada Kalimantan Barat sedikit sebanyak dapat membuka mata dan pandangan masyarakat kita amnya dan komuniti Bugis itu sendiri khasnya tentang adat dan budaya leluhur terdahulu,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pertubuhan Warisan dan Kebudayaan Bugis Bersama Pemimpin di Sadong Jaya pada Sabtu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua ahli kerana bekerja keras dan dengan giat sekali untuk memperkenalkan warisan dan kebudayaan Bugis kepada masyarakat sehingga dikenali di peringkat nasional. Menurutnya, keahlian persatuan juga merangkumi Sadong Jaya, Simunjan, Pantong, Sungai Apin, Selangking, Samarahan dan Kuching. Datuk Ir Aidel juga berharap supaya perhimpunan tersebut juga akan mengeratkan tali silaturahim antara ahli dan juga masyarakat setempat. Dalam majlis sama, beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada rumah Komuniti Bugis dan sebanyak RM20,000 kepada Pertubuhan Komuniti Warisan dan Kebudayaan Bugis. Turut hadir ialah ADUN Simunjan Awla Dris, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya Abdullah Sam Yusup dan Pengerusi Persatuan Warisan dan Kebudayaan Bugis, Abdul Syahid Abdul Rahman. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
RM300,000 Diluluskan Naik Taraf Dewan Masyarakat Kampung Terasi Ulu |
SADONG JAYA: Sebanyak RM300,000 telah diluluskan bagi projek naik taraf Dewan Kampung Terasi Ulu di Sadong Jaya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, projek tersebut di bawah projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2023. Katanya, projek itu akan dilaksanakan pada tahun ini kerana proses cabutan undi untuk projek tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat. “Projek naik taraf dewan ini adalah diperlukan agar masyarakat setempat boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan dalam keadaan selesa dan selamat malah boleh dijadikan tempat penduduk di sini mengadakan kenduri kahwin,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penangguhan Sukaneka Tahunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Terasi Ulu di Sadong Jaya pada Ahad. Dalam pada itu, Ketua Kaum Kampung Terasi Ulu Hamzah Samsawi memaklumkan sebanyak 16 acara sukaneka telah dipertandingkan sepanjang dua hari sukaneka itu diadakan. Katanya, penganjuran program sukaneka oleh JKKK Kampung Terasi Ulu bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga malah dapat merapatkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat. Turut hadir ialah Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya Abdullah Sam Yusup dan Ketua PBB Zon 4 Rangawan Rafendy Ariffen. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
HIKMAH将设伊斯兰科技学院 |
古晋:HIKMAH(Harakah Islamiah)将设立HIKMAH伊斯兰科技学院 (HiTec),这是一所让宗教学生继续升学到更高阶段的高等教育机构。 砂总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士指出,该伊斯兰科技学院将提供以科技为主的课程,包括文凭级别的数字化、多媒体和外太空相关课程。 “我们正在为Tahfiz宗教小学建造一座新大楼,之后他们可以继续在Tahfiz宗教中学继续升学,而随着伊斯兰科技学院的落实,他们可以继续接受高等教育,主修与信息技术和科技相关的学科。” 他说,这意味着,Tahfiz宗教学校的学生除了专研可兰经以外,也将在对人类有用的科技领域展开研究。 他星期日在古晋出席2023年至2026年第21届HIKMAH三年一次会员代表大会后,接受媒体访问时,这么说。 拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士补充,建设Tahfiz宗教小学耗资约 4000 万令吉,而伊斯兰科技学院的建设成本预计更高。 “该宗教小学耗资4000万令吉,因此相信伊斯兰科技学院所需成本将更好。” 他强调,HIKMAH拥有经济来源,不依赖政府的资助。 据了解,本次会员大会预计获得来自古晋、三马拉汉、西连、斯里阿曼、木中、泗里街、诗巫、加帛、沐胶、民都鲁、美里、林梦和联邦直辖区等13个分会的200名代表和观察员出席。 本次活动也是代表和观察员传达想法、建议和提议的最佳论坛,以塑造 HIKMAH 的行动和方向,以便继续在穆斯林发展中发挥作用。 其他出席嘉宾包括砂总理夫人潘斯里拿督阿玛祖玛安妮、HIKMAH主席拿督阿玛丹斯里阿都阿兹、砂总理署副部长(廉正与监察)拿督祖安达再也、HIKMAH副主席拿督米斯努、HIKMAH荣誉秘书长拿督阿邦莫哈末希比利等。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Persatuan Powerlifting Sarawak Lakar Sejarah Muncul Johan Kejohanan Powerlifting Kebangsaan |
SUBANG JAYA: Persatuan Powerlifting Sarawak (SPA) melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara dalam Kejohanan Powerlifting Kebangsaan SBD X Hansu 2024. Kejayaan itu sekali gus merekodkan momentum cemerlang bagi sukan itu di rantau ini khususnya membabitkan pasukan Sarawak. Presiden SPA Nasrul Faiz dalam kenyataannya menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet Sarawak dalam semua kategori. “Pencapaian yang membanggakan ini bukan sahaja sebagai seorang Presiden SPA tetapi juga sebagai jurulatih, pengadil, atlet dan sukarelawan. “Perjalanan kejayaan ini disebabkan oleh dedikasi, kerja keras, serta pendekatan strategik untuk pembangunan bakat,” katanya demikian dalam satu kenyataan media baru-baru ini. Dalam pada itu, Timbalan Presiden SPA Abdul Aziz Abdul Wahed menyifatkan kemenangan bersejarah itu hasil usaha keras yang dilakukan ketika menyelusuri cabaran perjalanan dua tahun lalu. Tambahnya, kejayaan itu juga didorong oleh usaha bersepadu untuk memupuk bakat muda, khususnya di bahagian Sub Junior dan Juniors. Naib Presiden SPA Daryl Albright juga sependapat dengan menekankan kebangkitan atlet muda sebagai pertumbuhan positif dalam sukan itu terutamanya kategori ‘Junior’ dan ‘Sub Juniors’. “Kemenangan Sarawak adalah bukti usaha kolektif para atlet, jurulatih, dan penyokong yang telah mendedikasikan diri mereka untuk kemajuan sukan di rantau ini. “Ketika Sarawak meraikan pencapaian bersejarah ini, tumpuan kini beralih kepada mengekalkan momentum ini dan terus meningkatkan standard powerlifting di negeri ini,” tegasnya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Jalan Sibu – Dalat Bakal Rancakkan Ekonomi, Pembangunan Di Tiga DUN |
DALAT: Jajaran Sibu - Dalat dijangka akan merancakkan ekonomi dan pembangunan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN iaitu N.44 Jemoreng, N.53 Bawang Assan dan N.56 Dalat. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata perkara itu dimaklumkan beliau kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof semasa pertemuan mereka baru-baru ini. “Kita berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, YB Dato Fadillah dan telah memaklumkan kepada beliau bahawa projek ini memberi manfaat N.56 Dalat, N.44 Jemoreng, Dan kawasan Bawang Assan. “Jajaran Kut Muara ke Bungan ini diluluskan RMK-12 dalam senarai no.4 di bawah KKDW, 9 kilometer panjangnya telah diluluskan RM130 juta. “Dari segi statusnya sekarang, penilaian sedang dilakukan dalam bulan Julai, perlantikan konsultan bersama JKR Persekutuan, pada bulan September,” katanya semasa berucap pada Penutupan Kaul Sg. Kut Muara di Dewan Serbaguna Kut Muara Seberang, Dalat pada Ahad. Menurut beliau, projek tersebut dijangka bermula pada Januari 2026 sebaik ‘alignment’ dan hal-hal berkaitan siap sepenuhnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu menambah, beliau telah memohon kepada kerajaan Sarawak sebuah jalan yang menghubungkan Sibu ke Mukah melalui Sungai Pinang, Bungan Besar, Bungan Kecil, ke Sg. Kut Muara, Kekan Seberang dan Medong Seberang. Katanya, jambatan juga akan dibina bagi melengkapkan jajaran jalan tersebut. “Kekan Seberang ke Medong Seberang, juga telah diluluskan oleh kerajaan Sarawak. Panjangnya 14 kilometer (KM) dengan kosnya RM140 juta. “Siap jalan tersebut, masa yang diambil hanya 1 jam sahaja dari Sibu ke Dalat. “Dengan terbinanya jalan akan melonjakkan pembangunan Sungai Kut Muara ini, sebab berada di jajaran utama. Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.” Beliau menambah, pembangunan di Kut Muara akan dirancakkan menerusi pembinaan tebingan Sungai Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang turut dilengkapi dengan tandas awam dan tempat letak kereta. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memeriahkan Pesta Kaul yang berlangsung dari 27 hingga 31 Mei 2024. Antaranya pertandingan bola jaring riuh sekampung, pertandingan cilik ceria tema magical fantasy, pertandingan karaoke, pertandingan sepak takraw, pertandingan fashion show dan pertandingan ‘besaug’. Pada majlis sama, Dato Sri Fatimah turut menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) ADUN N56 Dalat Fasa 3 Tahun 2024 berjumlah RM2,800 untuk PIBG SK ST. Jude, Kampung Kekan sempena penyertaan pertandingan tarian sekolah-sekolah Malaysia peringkat Negeri Sarawak tahun 2024. – EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Bertemakan Kebudayaan Tepat Untuk Generasi Muda |
MARUDI: Penganjuran program yang bertemakan kebudayaan amat tepat untuk meningkatkan minat daripada generasi muda. Pengerusi Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Marudi Kaunselor Yanti Nyanggau berkata, ini membolehkan masyarakat memelihara budaya terutamanya kaum Dayak di kawasan ini. Tambahnya, pihak SIDS Unit Rh Ridab Sungai Pasir yang menganjurkan Malam Segulai Sejalai Hari Gawai 2024 menyaksikan pelbagai program diadakan yang bertujuan untuk menampilkan kebudayaan kaum Dayak. “Pada malam ini kita menyaksikan Pertandingan Kumang dan Kelung Gawai 2024, Pertandingan Kumang dan Keling bagi anak-anak kecil, Persembahan Tarian Kebudayaan, persembahan mainan alat tradisional dan Pertandingan Ibu Anggun. “Penganjuran program ini penting agar masyrakat memelihara budaya, adat resam dan pakaian tradisional supaya ia tidak hilang ditelan zaman,” katanya ketika berucap dalam majlis tersebut pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau juga mahu penduduk di kawasan Marudi memanfaatkan cuti Gawai untuk merapatkan silaturahim antara kaum dan agama yang lain. Jelasnya, ia memberi peluang kepada bukan sahaja masyarakat Dayak merayakan Hari Gawai malah semua kaum di negeri ini bagi bersama-sama meraikan dan merasakan kehangatan perayaan tersebut. Turut hadir Tuai Rumah Ridab Slat serta Pengerusi SIDS Unit Rh Ridab Jaqualine Gau. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sibu-Dalat Road To Boost Economy And Development In Three DUN Areas |
DALAT: The Sibu-Dalat route is expected to stimulate the economy and development in three State Legislative Assembly (DUN) areas: N.44 Jemoreng, N.53 Bawang Assan, and N.56 Dalat. Sarawak Minister for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development, Dato Sri Fatimah Abdullah, stated that she informed Deputy Prime Minister Dato Sri Fadillah Yusof about this project during their recent meeting. "We met with the Deputy Prime Minister, YB Dato Fadillah, and informed him that this project benefits N.56 Dalat, N.44 Jemoreng, and the Bawang Assan area. "The Kut Muara to Bungan route, listed as number 4 under KKDW in RMK-12, spans 9 kilometers and has been approved with a budget of RM130 million. "As of now, assessments are being conducted in July, and a consultant will be appointed in collaboration with the Federal JKR in September," she said during the closing ceremony of Kaul Sg. Kut Muara at the Kut Muara Seberang Multipurpose Hall in Dalat on Sunday. She mentioned that the project is expected to start in January 2026 once the alignment and related matters are fully completed. The Dalat Assemblywoman added that she had requested the Sarawak government to build a road connecting Sibu to Mukah via Sungai Pinang, Bungan Besar, Bungan Kecil, Sg. Kut Muara, Kekan Seberang, and Medong Seberang. She stated that a bridge will also be constructed to complete the road alignment. "The Kekan Seberang to Medong Seberang section has also been approved by the Sarawak government. It is 14 kilometers long with a cost of RM140 million. "Once completed, the journey from Sibu to Dalat will only take 1 hour. "The construction of this road will boost the development of Sungai Kut Muara, as it lies along the main route. We are grateful to the Federal and Sarawak governments." She added that development in Kut Muara will be accelerated through the construction of riverfront phases 1, 2, and 3, which will include public toilets and parking facilities. Meanwhile, various activities were held to enliven the Kaul Festival from May 27 to 31, 2024. These activities included a village-wide netball competition, a cheerful children’s contest with a magical fantasy theme, a karaoke competition, a sepak takraw competition, a fashion show competition, and a 'besaug' competition. At the same event, Dato Sri Fatimah also presented a Phase 3 2024 Minor Rural Project (MRP) cheque worth RM2,800 to the SK ST. Jude Parents-Teachers Association, Kampung Kekan, in conjunction with the participation of schools in the Sarawak state level Malaysian school dance competition 2024.-UKASnews |
View |
|
news |
Pesta Suntong Bako Diangkat Pesta Tahunan Dalam Kalendar Pelancongan Wilayah Sarawak |
KUCHING: Pesta Suntong Bako akan diangkat sebagai salah satu pesta tahunan di dalam kalendar pelancongan Wilayah Sarawak. Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi berkata, peluang ini digunakan untuk mempromosi Perkampungan Bako yang merupakan kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang kaya dengan khazanah dan warisan alam semulajadi. “Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan industri pelancongan kawasan ini serta memberi nilai tambah kepada aktiviti ekonomi komuniti setempat. “Secara langsung, membuka peluang untuk penduduk setempat memperkenalkan budaya dan cara hidup tempatan melalui pelbagai aktiviti dan persembahan sepanjang pesta selain mempamer dan menjual hasil laut yang segar kepada pengunjung yang berkunjung di pesta ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Suntong Bako di Terminal Penumpang Bako pada Isnin. Pesta ini melibatkan enam buah kampung yang terletak di kawasan Demak Laut iaitu Kampung Bako Hilir, Kampung Bako Tengah, Kampung Bako Hulu, Kampung Bako Lot, Kampung Bako Hijrah dan Kampung Bako Mesra. Tambahnya lagi, pihaknya akan mengelola lebih banyak projek dan aktiviti pelancongan DTTG sekitar Daerah Kuching, Bau dan Lundu dalam usaha dan inisiatif membantu Kerajaan Sarawak mempelbagaikan warisan budaya dan produk pelancongan. “Ia membawa impak yang positif kepada masyarakat melalui agenda pembangunan pelancongan seperti yang termaktub dalam Pelan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030. “Selain itu, pesta tersebut turut mendapat sambutan hangat dan menggalakkan oleh komuniti Bako khasnya dan pengunjung setempat,” tambah beliau. Jawatankuasa Induk Pesta Suntong juga mengelola satu Pertandingan Mencandat Suntong yang terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Suntong Terpanjang dan Kategori Berat Terkumpul dengan seramai 35 peserta yang mengambil bahagian. Dalam pada itu, beliau berharap agar penganjuran pesta ini dilihat sebagai wadah penyuburan ukhuwah dan mahabbah sesama masyarakat selain meningkatkan aktiviti pelancongan serta memastikan kelestarian alam sekitar serta perlindungan kepada kepelbagaian biodiversiti dan warisan geologi di kawasan Bako. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Kolej I-Systems Kuching Beri Jaminan Pekerjaan Untuk Anak Sarawak |
KUCHING: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) khususnya dari Sarawak berpeluang mendapat jaminan pekerjaan di pelbagai hospital di negeri ini melalui program Diploma Kejururawatan yang ditawarkan oleh Kolej I-Systems Kuching. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Sri Nancy Shukri berkata, kolej tersebut tidak hanya menyediakan program pendidikan, tetapi juga pembiayaan penuh dan elaun kepada pelajar untuk memastikan mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pencapaian akademik dan pembangunan profesional. Menurut beliau, ini adalah langkah positif dalam menyediakan peluang pekerjaan yang stabil kepada golongan muda, sambil menyokong pembangunan tenaga kerja dalam sektor kesihatan. "Kita boleh meramalkan bahawa keperluan untuk sektor kejururawatan adalah sangat tinggi. "Pelajar kejururawatan yang menamatkan diploma mereka akan menjadi aset penting dalam industri,"katanya dalam satu sidang media yang diadakan bersama pihak Kolej I-Systems Kuching di sini pada Isnin. Menyentuh tentang industri penjagaan, Dato' Sri Nancy menambah, inisiatif di bawah kementeriannya juga turut menyediakan latihan bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga teori. Sehubungan itu, jelas beliau, Kolej I-Systems Kuching akan bekerjasama dalam menggabungkan kemahiran yang ada ke arah memastikan segala latihan yang disediakan dalam sektor kesihatan adalah komprehensif dan berkualiti. "Pengasuh dan penjaga di institusi kita memang telah menerima latihan, tetapi pada tahap asas. "Kita perlu mengambil kira keperluan negara yang mana sekarang, bukan sahaja latihan fizikal yang diperlukan, tetapi juga teori. Itulah sebabnya kita memerlukan lebih ramai orang yang betul-betul terlatih,"tambahnya. Kolej I-Systems Kuching telah ditubuhkan selama lebih 22 tahun dan menawarkan khusus dalam program Sains Kesihatan merangkumi Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Penjagaan Kesihatan serta Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan termasuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program-program ini telah menerima pengiktirafan penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Jururawat Malaysia (LIM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE). -Edisi UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Tidak Ambil Hak PETRONAS, Laksana Hak Industri Gas & Minyak Ikut Undang-Undang |
KUCHING: Kerajaan Sarawak menegaskan bahawa tiada pengambilan hak Petroliam Malaysia (PETRONAS) dalam industri gas dan minyak di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, PETRONAS kekal sebagai rakan kongsi Sarawak secara keseluruhan dengan jalinan kerjasama kukuh melalui Petroleum Sarawak (PETROS) dalam industri gas dan minyak mengikut undang-undang. “Apabila saya melakukan bahagian saya dalam industri minyak dan gas, saya juga melihat hak yang kita ada dalam undang-undang kita. "Kami perlu beroperasi mengikut parameter undang-undang dan PETRONAS memahami perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pelancaran Kemudahan Pemasangan dan Pengedaran Elektroliser Sarawak (SEA-DF) di Taman Perindustrian Demak Laut di sini pada Khamis. Premier Sarawak menambah, sinergi antara Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Petronas melalui penubuhan bersama fasiliti kilang Kemudahan Pemasangan dan Pengedaran Elektrolizer Sarawak (SEA-DF) juga menunjukkan keberkesanan kerjasama mereka. Jelasnya, beliau percaya kerjasama ini akan menghasilkan bakat, pengalaman dan kepakaran teknikal daripada kedua-dua pihak memastikan kemajuan yang mampan dalam perniagaan hidrogen. “Ia juga berfungsi sebagai tempat latihan untuk rakyat Sarawak tempatan, dengan lapan individu kini dilatih untuk menjadi jurutera dalam fasiliti ini," ujarnya lagi. Pada kemuncak majlis, Datuk Patinggi Abang Zohari itu turut menyaksikan pertukaran beberapa dokumen berkaitan pembangunan tenaga baharu di Sarawak dan Malaysia amnya. Ia melibatkan memorandum persefahaman (MoU) antara SEDC Energy dan UOB Malaysia untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Sarawak yang mampan, MOU antara SEDC Energy dan ILS untuk penyepaduan trak sel bahan api hidrogen SEDC Energy ke dalam operasi logistik ILS, dan perjanjian bekalan antara SEDC Energy dan Hydrexia untuk bekalan hidrogen hijau untuk eksport dan pasaran domestik. Dokumen lain termasuk surat aku janji untuk membekalkan electrolyser antara Hydrexia, LHSB dan Peric, letter of intent (LOI) untuk potensi kerjasama untuk Solar PV dan teknologi pengeluaran hidrogen antara SEDC Energy, LHSB dan Solarvest, serta semua LOI untuk potensi kerjasama untuk pembangunan keupayaan kimpalan dan latihan industri antara LHSB dan Awisar. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious2071207220732074207520762077207820792080NextLast |