Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Jambatan Batang Seterap Terjejas, Lebih 40 Rumah Panjang Terputus Hubungan |
SRI AMAN: Keadaan banjir yang melanda kawasan Pantu telah menyebabkan Jambatan Batang Seterap, salah satu laluan utama penduduk, terjejas dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan. Peningkatan paras air mengakibatkan lebih 40 rumah panjang di seberang jambatan tersebut terputus hubungan. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan berkata, masalah ini juga menyulitkan akses kepada kemudahan asas dan perkhidmatan kecemasan, menjadikan penduduk terpaksa menghadapi kekangan dalam mendapatkan bantuan serta keperluan harian. "Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Pantu bersama pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia menyalurkan bantuan makanan dan bekalan asas kepada penduduk terjejas sebaik sahaja keadaan mengizinkan,"katanya ketika meninjau keadaan banjir di sekitar jambatan itu, pada Jumaat. Turut serta ialah Pegawai Daerah Pantu Raca Mulong, kakitangan Pejabat Daerah Pantu Stanley Randy, Patat Governor, Franklin Regu dan Tom Desmond, serta Kapitan Lee Khin Onn. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Nyerungkai Potensyel Kuasa Nuklear, Fokus Ba Hidrogen Nyadi Alternatif |
MIRI: Sarawak beratika kuasa nuklear siti chara alternatif ba landskap kuasa jemah ila, tajapan pengeraja asal ti mayuh di nengeri tu nyendia peluang ngagai kuasa bukai. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madah, reaktor nuklear modular berpotensyel nyadi kuasa besai, tang pemar ngulihka uranium ngujungka kuasa nya enda praktikal di Sarawak. “Nuklear begunaka uranium, alai uranium ukai sebengkah pengeraja asil ti muntang digiga. Tang Sarawak bisi pengelebih alai kitai bisi mayuh hidrogen, ukai aja ari metane, tang ari ai, " ku iya. Iya mansutka jaku nya ba Pengerami Taun Baru China 2025 SUPP Pelilih Miri, Hari Lima. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari nandu, hidrogen ulih dichampur enggau karbon dikena mansutka kuasa sintetik ti ngembuan potensyel nganti kuasa nuklear. Diatu ku iya, Sarawak ngatur kerejasama enggau Jepun ba pengawa mansutka ammonia ti disadang nyadi kuasa ke diguna ba industri marin. “Menteri Besai Jepun, Shigeru Ishiba bisi ngundang aku betemu enggau iya ngambi ulih berandauka pengawa mansutka ammonia sebagai ‘fuel of the marine industry’,” ku iya. Bela datai Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian enggau Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri PengangkutSarawak Dato Sri Lee Kim Shin sereta Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen Dato Sri Julaihi Narawi.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Jematan Batang Seterap ampuh, Lebih 40 Rumah Panjai Putus Atur Penyambung |
SRI AMAN: Penusah ampuh bah di kandang menua Pantu bela ngujungka Jematan Batang Seterap ampuh lalu enda ulih ditengah perengka pengangkut. Sapit Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif Enggau Seni Pemerindang Sarawak Datuk Snowdan Lawan madah, penusah nya mega ngujungka rayat tusah ngulihka barang ke diguna bukai nyengkaum servis maya betapi enggau penusah ngenyit. Ku iya ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Balai Ringin pengawa agensi perintah ti nganjung bantu pemakai mega bela tejanggal. "Opis Pengintu Pengelantang Pendiau(JKM), Opis Pelilih Pantu begulai enggau Opis Bomba sedia nganjung bantu pemakai enggau bantu bukai pengudah penanggul ti diputar," ku iya maya ngabas jematan nya Hari Lima. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sukarelawan Sarawak Bersatu Bantu Mangsa Banjir Di Bekenu |
BEKENU: Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Sarawak baru-baru ini telah menyebabkan banjir di beberapa kawasan, termasuk Bekenu. Dalam menghadapi bencana ini, solidariti rakyat Sarawak terserlah melalui usaha sukarelawan yang giat membantu mangsa banjir. Persatuan Belia Miri dan Persatuan Belia Kristian Rhema telah mengambil inisiatif dengan menyediakan lima buah bot untuk mengagihkan bantuan di sekitar Bekenu, di samping membantu menghantar bekalan air minuman dan biskut ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu. Pengerusi Persatuan Belia Miri, Matassan Rohani, menyatakan bahawa sukarelawan telah digerakkan untuk menyalurkan bantuan makanan kedua, memandangkan anggaran seramai 300 mangsa banjir berada di PPS tersebut, dengan kemungkinan jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa. "Persatuan Belia Miri sangat prihatin dengan keadaan bencana yang melanda, bukan sahaja di SMK Bekenu ini, malah sebelum ini di kawasan lain seperti Lereng Bukit dan Pujut Adong," kata Matassan. Beliau turut menyeru penduduk di kawasan Miri dan Bekenu untuk bersama-sama memberikan sumbangan melalui Persatuan Belia Miri bagi membantu mangsa-mangsa bencana di kawasan yang terjejas. Selain itu, beliau memaklumkan bahawa seramai 30 hingga 40 sukarelawan dari Persatuan Belia Miri akan membantu di PPS SMK Bekenu. Usaha murni ini mencerminkan semangat kesukarelawanan dan solidariti rakyat Sarawak dalam menghadapi bencana, memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan dengan pantas dan berkesan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Banjir Subis: Pekan Bekenu Lumpuh, Operasi Penyelamat Diteruskan |
SUBIS: Bencana banjir di Daerah Subis semakin kritikal apabila Pekan Bekenu ditenggelami air sejak dua hari lalu, menyebabkan laluan kenderaan terputus sepenuhnya. Beberapa kampung dan rumah panjang turut mengalami banjir teruk, memaksa pasukan penyelamat bekerja tanpa henti untuk mengesan dan memindahkan mangsa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terdekat. Malangnya, Bilik Operasi Bencana Subis turut lumpuh akibat terputus hubungan, menyebabkan petugas terkandas. Bantuan menggunakan bot penyelamat dihantar hari ini untuk membawa mereka keluar, dengan kerjasama Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni, yang turut turun padang membantu. Keadaan banjir kali ini memerlukan jumlah anggota dan peralatan penyelamat yang mencukupi, memandangkan keluasan kawasan Subis dan jarak antara lokasi terjejas yang agak jauh. Setakat pemantauan petang tadi, paras air di kawasan terjejas masih berada pada tahap membimbangkan dan belum menunjukkan tanda-tanda surut. Pasukan penyelamat masih giat memindahkan mangsa ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bekenu sehingga malam tadi. Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Mereka juga diingatkan untuk mengutamakan keselamatan diri dan keluarga serta mengelakkan daripada melalui kawasan banjir yang berbahaya. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Misi Penyerahan Sumbangan Di Kawasan Pantu |
SRI AMAN: Satu misi penyerahan sumbangan dan lawatan rasmi telah dijalankan oleh Pegawai Daerah Pejabat Daerah Pantu, Raca Mulong bersama Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, ke beberapa kampung yang terjejas di kawasan Pantu pada Jumaat. Selain menyampaikan bantuan, lawatan ini juga memberi ruang untuk mengenal pasti sebarang isu yang memerlukan tindakan segera dan memastikan keperluan penduduk dipenuhi. Lawatan bermula di Kampung Jenggok, yang mana bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disalurkan kepada penduduk setempat, sebelum bergerak ke Kampung Muding dan Kampung Tuba. Turut dilawati adalah Kampung Mentu dan Jaong Sebemban, bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di kawasan itu. Menurut Raca Mulong, inisiatif seumpamanya akan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar terus terjaga dan isu-isu komuniti dapat ditangani dengan segera.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂公用事业及通讯部高度戒备,恢复洪灾影响地区服务 |
古晋:由于严重洪水持续影响砂拉越多个地区,砂拉越公用事业与通讯部(MUT)及其相关机构已进入高度戒备状态,迅速应对并恢复服务。 为解决服务中断问题,砂拉越公用事业及通讯部旗下机构,包括砂拉越能源公司(SEB)、供水机构、马来西亚通讯及多媒体委员会(MCMC)、砂拉越数字经济机构(SDEC)及其他电信供应商,已派遣技术团队前往受灾地区。 该部门部长拿督斯里朱莱希诺拉威向公众保证,尽管部分变电站和滤水站(WTP)因洪水暂时关闭,但电力和供水仍保持稳定。 据了解,砂拉越能源公司已在严重受灾地区关闭部分变电站,以防止电力安全隐患。 目前,受灾最严重的地区包括北部地区的美里和民都鲁,中部地区的诗巫、实兰沟、加帛、沐胶和泗里街,以及南部地区的古晋、三马拉汉和西连。 此外,由于取水口水位过高,多个滤水站被迫暂时关闭,其中包括实兰沟滤水站、恩瑟古奥(Ng. Sekuau)滤水站和拉邦(Labang)滤水站。 美里、民都鲁、马鲁帝、沐胶、实兰沟和西连等地区的通讯网络也受到影响中断。 尽管面临诸多挑战,不过砂公用事业及通讯部旗下各机构正与相关部门紧密合作,加快恢复工作,尽快恢复各项服务。 该部门呼吁公众在这段困难时期保持耐心并配合相关单位,同时将持续更新灾情进展。 当局也提醒居民保持警惕,并遵循地方政府发布的安全指南。-UKAS刊 |
View |
|
news |
砂拉越元首和元首后向拿督刘清永贺年 |
古晋:砂拉越元首敦丕显斯里旺朱乃迪博士及砂拉越元首后杜潘拿督巴丁宜弗兹雅继续2025年新春贺年行程,向砂拉越网球协会会长拿督刘清永贺年。 他和妻子是在年初三下午4时50分前往贺年,获得拿督刘清永吉家人热烈欢迎。 陪同他到访的还有砂拉越青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林。 在进行具有象征意义的“捞生”之前,他们也获得舞狮表演的迎接。 嘉宾们共度了大约 40 分钟时光,随后敦丕显斯里旺朱乃迪博士及妻子与下午5时40分启程回家。 与此同时,拿督刘清永接受媒体访问时,对砂拉越元首到访表示感谢,自敦丕显斯里旺朱乃迪博士担任警察以来,他与砂拉越元首一直是好朋友,相识近40年。 他也深受敦丕显斯里旺朱乃迪博士的性格所感动,尽管他已成为砂拉越元首,却依然保持谦逊的态度。 “我们很久以前就是老朋友,他后来成为一名律师,然后是一名政治家,成为联邦部长,现在是砂拉越元首。然而,他的性格还是一样,非常友好,非常谦逊。所以,你可以想象,对于我们这些来自小家庭的人来说,作为老朋友,他仍然会来访问我们。我认为这是真正触动人心的。” -UKAS刊 |
View |
|
news |
砂拉越探索核能潜力,聚焦氢能作为替代品 |
美里:尽管砂拉越拥有丰富的氢资源为更多可持续和可再生替代品提供空间,不过,砂拉越仍将核能视为未来能源发展的一种选择。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士表示,虽然模块化核反应堆有可能成为主要能源,但是获取铀的限制使其对砂拉越来说可行性较低。 “核能需要铀,而铀是一种不易获得的资源。 但砂拉越本身拥有优势,拥有丰富的氢资源,不仅来自甲烷,还来自水(H₂O)。” 他于周五在美里举行的人联党美里-实务地国会联委会举办的2025年农历新年晚宴上,发表上述讲话。 他指出,氢可以与碳混合,产生合成能源,有潜力取代核能,使砂拉越成为绿色能源的领导者。 事实上,他表示,砂拉越目前正在与日本合作生产氨,预计氨将成为海洋工业的主要燃料。 “日本首相石破茂邀请我会面,讨论生产氨作为‘海洋工业燃料’的努力。” 此前,砂拉越总理也感谢联邦政府对砂拉越的信任,允许砂拉越管理天然气产业,这将为砂拉越在能源和石化领域带来更多机会。 出席仪式的有砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生和拿督阿玛阿旺登雅、砂交通部长拿督斯里李景胜、砂公用事业及通讯部长拿督斯里朱莱希诺拉威、砂副政府秘书(经济规划及发展)拿督斯里莫哈末阿都拉再迪、砂旅游、创意产业及表演艺术部副部长 拿督陈超耀、砂拉越红新月会主席丹斯里陈康南及其他贵宾。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Kebajikan Mangsa Di PPS Terjamin, Bantuan Disalur Segera |
SERIAN: Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa kebajikan mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri akan terus diberi perhatian sepenuhnya oleh agensi berkaitan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menegaskan bahawa segala keperluan asas termasuk makanan, tempat tidur, dan perkhidmatan kesihatan telah disediakan di setiap PPS bagi memastikan keselesaan mangsa. “Keperluan seperti tilam, selimut, bantal serta makanan telah tersedia sepenuhnya. Malah, perkhidmatan kesihatan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan. “Pagi ini, pegawai kesihatan melaporkan terdapat dua warga emas yang sakit di PPS Dewan Ranchan dan mereka telah menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan bertugas,” katanya ketika ditemui selepas meninjau keadaan mangsa di PPS berkenaan pada Sabtu. Dalam pada itu, Datuk Amar Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, pihaknya turut menyalurkan bantuan ke kampung-kampung yang terputus hubungan akibat banjir. “Kampung Merakai, misalnya, berada jauh dari PPS ini dan terputus hubungan akibat banjir. Hari ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan menghantar bekalan makanan kepada penduduk di sana. “Kita akan terus memantau situasi di kampung-kampung lain, dan jika keadaan bertambah buruk, arahan pemindahan akan dikeluarkan demi keselamatan mereka,” ujarnya. Selepas meninjau keadaan di PPS Dewan Ranchan, Datuk Amar Douglas meneruskan lawatan ke PPS Kampung Melayu di Balai Ringin bagi melihat sendiri keperluan mangsa di sana. Setakat ini, jumlah mangsa banjir yang direkodkan di kedua-dua PPS kekal sama, dengan seramai 220 mangsa daripada 59 keluarga berlindung di PPS Dewan Ranchan, manakala PPS Kampung Melayu menempatkan 28 keluarga dengan jumlah keseluruhan seramai 100 orang. Kerajaan negeri terus komited memastikan kebajikan mangsa banjir terjaga, dengan bantuan berterusan diberikan sehingga keadaan kembali pulih. Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Buckland Bangik, Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph serta pegawai kerajaan lain yang terlibat. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious2041204220432044204520462047204820492050NextLast |