Misi Penyerahan Sumbangan Di Kawasan Pantu

Disiarkan pada 31 Jan 2025
Sumber Berita: UKAS


SRI AMAN: Satu misi penyerahan sumbangan dan lawatan rasmi telah dijalankan oleh Pegawai Daerah Pejabat Daerah Pantu, Raca Mulong bersama Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, ke beberapa kampung yang terjejas di kawasan Pantu pada Jumaat.

Selain menyampaikan bantuan, lawatan ini juga memberi ruang untuk mengenal pasti sebarang isu yang memerlukan tindakan segera dan memastikan keperluan penduduk dipenuhi.

Lawatan bermula di Kampung Jenggok, yang mana bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disalurkan kepada penduduk setempat, sebelum bergerak ke Kampung Muding dan Kampung Tuba.

Turut dilawati adalah Kampung Mentu dan Jaong Sebemban, bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di kawasan itu.

Menurut Raca Mulong, inisiatif seumpamanya akan diteruskan bagi memastikan kesejahteraan penduduk luar bandar terus terjaga dan isu-isu komuniti dapat ditangani dengan segera.-EDISI UKAS