Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

PBB Kekal Stabil dan Bersatu, Fokus Ke Arah Pembangunan Sarawak

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak terus mengekalkan kestabilan dan kesatuan dalam menghadapi cabaran politik semasa, sekali gus memperkukuhkan peranannya sebagai tunjang kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala menegaskan bahawa PBB akan terus memainkan peranan penting dalam kerajaan negeri, dengan memastikan dasar serta program pembangunan ekonomi dan sosial dilaksanakan dengan berkesan. “Saya yakin PBB akan memainkan peranan penting dalam kerajaan negeri. Dalam konteks ini, pengaruh PBB terhadap rakyat akan terus kukuh kerana parti ini merupakan komponen utama dalam GPS, yang berperanan dalam struktur pemerintahan yang lebih besar. “Oleh itu, PBB akan terus memberi impak dalam pentadbiran negara, khususnya dalam merangka dasar serta melaksanakan program yang memberi manfaat kepada rakyat, termasuk dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial,” katanya ketika ditemubual pemberita di pejabatnya, di Baitulmakmur I di sini, pada Khamis. Dalam aspek pembangunan bakat dan pendidikan, beliau menjelaskan kerajaan negeri menerusi kementerian berkaitan telah memperkenalkan pelbagai program bagi memastikan tenaga kerja Sarawak bersedia menghadapi persaingan global. “Fokus utama kita adalah memastikan generasi muda mendapat pendidikan dan latihan yang sesuai untuk menyertai pelbagai projek pembangunan ekonomi yang telah dirancang,” jelasnya. Mengenai cabaran politik pula, beliau menegaskan bahawa kekuatan PBB terletak pada perpaduan dalam kalangan ahlinya yang mana parti itu telah membuktikan kestabilannya selama bertahun-tahun, dan ia akan terus menjadi asas utama dalam politik Sarawak. “Keutamaan PBB adalah memastikan perpaduan dalam parti terus terpelihara. Sepanjang bertahun-tahun, PBB telah membuktikan dirinya sebagai sebuah parti yang kukuh, stabil dan bersatu. “Atas dasar itu, PBB berjaya memainkan peranan sebagai faktor kestabilan, bukan sahaja di peringkat negeri tetapi juga dalam landskap politik semasa. "Oleh itu, matlamat utama parti adalah untuk mengekalkan kesatuan ini, menyatukan semua ahli sebagai satu pasukan, serta memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan tertinggi parti, yang kini diterajui oleh Yang Di-Pertua Parti merangkap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg. “Kesatuan yang telah lama menjadi tunjang kekuatan PBB akan terus dikekalkan untuk memastikan kestabilan politik dan pemerintahan negeri pada masa hadapan,” tambahnya lagi. Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa proses pemilihan kepimpinan parti adalah perkara biasa dalam mana-mana organisasi politik yang matang, dan ia dijangka berlangsung dalam suasana harmoni serta penuh semangat setiakawan. PBB dijangka terus memainkan peranan utama dalam membentuk dasar-dasar negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak terjamin, ujarnya menutup temubual. -EDISI UKAS

View

news

AirBorneo 致力于经济发展

古晋:砂拉越全新的航空公司——婆罗洲航空(AirBorneo),不会单纯追求盈利,而是致力于推动经济增长,并为砂拉越人民及外国游客提供便捷的交通服务。   砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部长拿督斯里阿都卡林表示,婆罗洲航空不仅是一个提供额外交通选择并且票价合理的航空公司,更是推动砂旅游业发展的催化剂。   “我们已经强调,我们会公平对待各方。如果在前五年内,我们能够保持收支平衡,不盈利但也不亏损,那已经足够了。” 他于星期四在古晋希尔顿酒店举行的砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部2025年廉正日开幕礼后,接受媒体访问时,如是说。   拿督斯里阿都卡林也强调,拥有自己的航空公司意味着砂拉越能够自主决定航线规划和市场推广策略,而无需再依赖其他航空公司。   他对婆罗洲航空的未来发展充满信心,并认为这将促进游客进入砂拉越,从而带动砂旅游业的发展。同时,砂拉越旅游局(STB)及其他相关措施也将提供支持,共同推动这一目标的实现。 “过去,我们没有权利决定自己的航线和市场营销策略。然而,有了婆罗洲航空后,我们现在就可以自主决定。目前,我们仍然维持现有的目的地,如飞翼航空(MASwings)所运营的航线,但从长远来看,我们将进行改进并开辟新航线。”   当询及外界认为婆罗洲航空会对现有航空公司构成威胁一事的看法时,拿督斯里阿都卡林则予以否认,并强调这家航空公司的成立将促成本地航空业的良性竞争。   “我并不认为这是竞争,相反,各方正携手合作,共同推动旅游业和航空业的发展。随着更多航空公司投入运营,乘客将受益,他们将享有更优质的服务和更具竞争力的票价。”   他进一步指出,婆罗洲航空将作为一家稳固的本土航空公司运营,并获得砂拉越政府的财政支持,就像其他国家的航空公司模式,例如卡塔尔航空(Qatar Airways)、土耳其航空(Turkish Airlines)和阿联酋航空(Emirates)。   “AirBorneo由财政稳健的砂拉越政府支持,因此它的目标不仅仅是盈利,而是更全面地推动航空业的发展。” 此外,他补充道,古晋将成为婆罗洲航空主要航空枢纽,并创造大量就业机会,涵盖航空工程、飞机维护及其他相关服务领域。 他表示,该枢纽的经济溢出效应将是巨大的,同时也将需要更多的航空业技术熟练和专业工人。 出席活动的还有砂拉越旅游、创意产业及表演艺术部副部长拿督陈超耀和拿督史诺丹拉旺、常务秘书拿督瑟琳娜、砂旅游局首席执行员莎扎以及其他嘉宾。-UKAS刊

View

news

UKAS与JaPen加强战略合作,实现共同目标

古晋:作为砂拉越和联邦政府层面的传播催化剂机构,砂拉越公关单位(UKAS)和砂新闻局(JaPen)被敦促继续加强合作,特别是在向基层传递资讯方面。 砂公关单位总监阿旺普特拉尤斯里表示,现有的合作对于建设一个更先进和更具竞争力的地区至关重要。   “我们相信,通过知识分享、砂新闻局十多年的丰富经验以及建设性的见解,我们可以创造更广阔的空间来增强与社区的有效沟通。我希望这次会议可以为双方提供交流意见、经验和想法的空间,以提高砂拉越宣传工作的效率。” 他于周四率领砂公关单位代表团拜会砂拉越新闻局时,这么表示。 阿旺普特拉尤斯里在拜会期间也对砂拉越新闻局在2024年马运会及大马残运会举办过程中所给予的合作表示感谢。 同时,砂新闻局局长希尔米哈密表示,该局在砂拉越33个县公署随时准备协助推广和宣传,特别是传播与砂拉越政府举措相关的材料。 他解释说,双方还可以通过参与组织社区项目、课程或体育来开展合作。 出席活动的还有砂新闻局视觉传播和艺术部首席助理局长阿杰斯、国家政策出版部首席助理局长弗雷达、媒体和企业传播部首席助理局长斯里凯斯图里、紧张与问题管理部首席助理局长茜蒂、公关丹佛和网络媒体部代表莎莉娜。-UKAS刊

View

news

团结是砂拉越发展的核心

西连:砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,砂拉越的种族团结与人民和谐是砂快速进步和发展的主要关键。 他强调,在砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士的领导下,砂拉越的经济持续快速增长,收入也逐年增加。 “如果说砂拉越以前是最贫穷的地区,那么今天我们已经能够崛起,到了2030年,砂拉越一定会成为一个发达区。” 他于周四在西连中华总商会举办的2025年新春招待会上致词时,这么说。 拿督阿玛沈桂贤医生说,砂拉越人民必须继续维持至今享有的和谐与团结精神。 “就像今天,所有种族都聚集在一起庆祝2025年农历新年,因为在砂拉越,人们在这样的活动中一起生活、一起吃饭、坐在同一张桌子上,这是我们必须保持的精神。” 他还强调,随着经济的强劲增长,砂拉越政府已制定了各种举措来推动砂的发展。 随着团结精神的继续保持,砂拉越目前已走上取得更大进步的正确轨道。 出席活动的还有武吉瑟慕惹立法议员约翰伊鲁斯、打必禄立法议员西蒙、西连中华总商会会长赖招良、西连省长卡罗琳、打必禄县长杰拉德、西连县长亨利因丁、西连县议会秘书郑元发以及其他贵宾。-UKAS刊

View

news

YKN Tampil Bantu Mangsa Banjir Di Sarawak, Sumbang RM300,000

KUCHING: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) tampil untuk membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di Sarawak dengan sumbangan RM300,000 kepada Kerajaan Sarawak. Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Wisma Bapa Malaysia pada Khamis. Bercakap kepada media selepas majlis berkenaan, Dato Sri Nancy yang juga Pengerusi YKN itu memberitahu, sumbangan ini adalah hasil kerjasama erat dengan pihak korporat dan individu yang prihatin terhadap kebajikan mangsa bencana, sebagai tanda solidariti dan sokongan YKN kepada Kerajaan Sarawak serta mangsa banjir yang terjejas. “Bantuan ini akan disalurkan terus ke akaun JPBNS kerana kita percaya JPBNS lebih mengetahui bagaimana cara untuk menguruskan sumbangan ini nanti kerana kita memahami bahawa RM300,000 ini tidak mencukupi kalau kita melihat keadaan di Bintulu dan Miri serta tempat-tempat lain yang terjejas. “Oleh itu, dengan berbuat demikian, kita memberikan sumbangan melalui SDMC selaku wakil Kerajaan Sarawak, supaya mereka dapat mengatur kaedah pengurusannya kelak,” ujar beliau. Sementara itu, Datuk Amar Douglas Uggah dalam sidang media sama memberitahu, JPBNS setakat ini telah menerima RM12.8 juta daripada Pejabat Perdana Menteri, RM10 juta daripada Kerajaan Sarawak manakala RM2.45 juta pula disumbangkan oleh sektor swasta termasuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Buckland Bangik dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron. -EDISI UKAS  

View

news

Bantuan RM1,000 Kepada Mangsa Banjir Disalurkan Dalam Masa Terdekat

KUCHING: Bantuan sebanyak RM1,000 per Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas ekoran bencana banjir luar biasa yang melanda Sarawak yang lalu akan disalurkan dalam masa yang terdekat. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, bantuan ini nanti akan disalurkan melalui Pejabat Residen Daerah masing-masing yang mana melibatkan seramai 4,966 KIR seluruh Sarawak. “Bantuan ini akan disalurkan secepat yang mungkin kerana kita sudah menerima peruntukan, cuma kini kita masih menunggu senarai untuk disahkan. “Sebelum ini kita telah memutuskan bahawa setiap KIR yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan diberikan RM1,000 sepertimana yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, di mana peruntukan telahpun disalurkan kepada Kerajaan Sarawak sebanyak RM2.8 juta untuk diagihkan untuk tujuan berkenaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Banjir Sarawak 2025 daripada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Wisma Bapa Malaysia di sini pada Khamis. Hadir menyempurnakan penyerahan bantuan tersebut ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi YKN, Dato Sri Nancy Shukri. Mengulas mengenai penilaian kerosakan ekoran banjir pula, Datuk Amar Douglas memberitahu beliau akan membentangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. “Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah mengeluarkan arahan untuk saya membentangkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet yang akan datang. “Ini kemudiannya akan diusulkan ke Pejabat Perdana Menteri dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk memaklumkan, sejauh mana kerosakan yang terjejas akibat banjir. “Ini termasuklah sekolah, klinik, rumah, hospital, jalan-jalan raya dan sebagainya yang mengalami kerosakan akibat banjir yang lalu,” katanya lagi. Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS Datu Buckland Bangik dan Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron. -EDISI UKAS  

View

news

AirBorneo Fokus Pembangunan Ekonomi

KUCHING: Syarikat penerbangan baharu negeri ini, AirBorneo, tidak akan memberi tekanan kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan kemudahan perjalanan bagi penduduk Sarawak serta pelancong dari luar negara. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, AirBorneo bukan sekadar menyediakan pilihan pengangkutan tambahan dengan kadar tambang berpatutan, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan industri pelancongan negeri. “Kita sudah tekankan bahawa kita akan berlaku adil. Jika kita dapat mengekalkan keseimbangan dalam tempoh lima tahun pertama tidak untung, tidak juga rugi, itu sudah mencukupi,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Hari Integriti Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak 2025 di Hotel Hilton, Kuching pada Khamis. Dato Sri Abdul Karim turut menekankan bahawa dengan memiliki syarikat penerbangan sendiri, Sarawak kini mempunyai kuasa untuk menentukan laluan penerbangan dan strategi pemasaran tanpa bergantung kepada syarikat penerbangan lain. Beliau optimis bahawa AirBorneo akan meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke Sarawak, sekali gus merancakkan industri pelancongan negeri dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan pelbagai inisiatif lain. “Dahulu, kita tidak mempunyai keistimewaan untuk menentukan destinasi dan strategi pemasaran sendiri. “Namun, dengan adanya AirBorneo, kita boleh membuat keputusan sendiri. Buat masa ini, kita masih mengekalkan destinasi yang sedia ada seperti MASwings, tetapi dalam jangka masa panjang, kita akan menambah baik dan membuka laluan baharu,” ujarnya. Menolak tanggapan bahawa AirBorneo bakal menjadi ancaman kepada syarikat penerbangan sedia ada, Dato Sri Abdul Karim menegaskan bahawa kehadiran syarikat penerbangan ini akan mencetuskan persaingan sihat dalam industri penerbangan tempatan. “Saya tidak melihatnya sebagai satu persaingan, sebaliknya semua pihak sedang berganding bahu dalam meningkatkan industri pelancongan dan penerbangan. “Apabila lebih banyak syarikat penerbangan beroperasi, ia akan memberi manfaat kepada pengguna kerana mereka akan menikmati perkhidmatan yang lebih baik dan tambang yang lebih kompetitif,” jelasnya. Menurutnya, AirBorneo akan beroperasi sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional yang kukuh dengan sokongan kewangan daripada kerajaan negeri, sepertimana model penerbangan negara lain seperti Qatar Airways, Turkish Airlines dan Emirates. “AirBorneo disokong oleh kerajaan negeri yang berdaya maju dan mempunyai sumber kewangan yang kukuh. "Oleh itu, ia tidak hanya tertumpu kepada keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada pembangunan menyeluruh dalam sektor penerbangan,” katanya. Tambahnya, Kuching akan menjadi hab utama bagi AirBorneo, yang bakal membuka peluang pekerjaan luas dalam bidang kejuruteraan penerbangan, penyelenggaraan pesawat dan perkhidmatan berkaitan lain. Kesan limpahan ekonomi daripada hab ini akan menjadi sangat besar katanya sambil menambah, ia memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir dan profesional dalam sektor penerbangan. Hadir sama Timbalan-Timbalan Menteri MTCP, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Snowdan Lawan, Setiausaha Tetap MTCP Datu Sherinna Hussaini, Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor dan tetamu lain.-EDISI UKAS  

View

news

33 Kontinjen Berarak Sempena Chap Goh Mei Lundu, Lambang Perpaduan Kaum

LUNDU: Perarakan Chap Goh Mei 2025 di Lundu berlangsung meriah dengan penyertaan 33 kontinjen daripada pelbagai kaum, mencerminkan perpaduan erat antara masyarakat Cina, Dayak dan Melayu di kawasan itu. Acara yang telah menjadi tradisi sejak tahun 1940-an ini diteruskan lagi selepas terhenti semasa pandemik Covid-19. Ia bukan sekadar sambutan perayaan tetapi juga sebagai simbol doa bagi cuaca baik serta hasil tuaian yang melimpah sepanjang tahun. Timbalan Pengerusi Pengelola yang juga Pengerusi Persatuan Chung Hua Lundu, Kaunselor Goh Chin Seng, merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan atas sumbangan RM10,000 melalui Persatuan Chung Hua Lundu bagi menjayakan perayaan ini. “Kami berharap masyarakat di Tanjong Datu akan terus hidup dalam suasana harmoni, saling membantu, dan mengekalkan kestabilan politik, ekonomi, sosial, serta budaya untuk generasi akan datang,” katanya berucap pada Rabu. Majlis perarakan ini disempurnakan oleh Azizul dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua kontinjen di Tua Pek Kong Lundu malam berkenaan. Sambutan Chap Goh Mei di Lundu bukan sahaja menjadi perayaan kebudayaan tetapi juga bukti bahawa perpaduan dalam kepelbagaian terus subur dalam kalangan masyarakat tempatan. Turut hadir Setiausaha-Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abang Abdul Aziz Abang Draup dan Niponi Undek. -EDISI UKAS  

View

news

Bantu RM1,000 Diberi Ngagai Orang Tasah Bah Enda Lama Agi

KUCHING: Bantu RM1,000 ungkup siku Tuai Ruang Bilik (KIR) ti napi penusah ampuh bah empai lama tu tadi deka diberi enda lama agi. Sapit Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ke mega Chairman Komiti Pengatur Penusah Ngenyit Nengeri Sarawak (JPBNS) madah, bantu nya deka diberi nengah Opis Residen ti deka nyaup 4,966 KIR selampur Sarawak. "Bantu deka diberi enggau lengkas laban kitai udah nerima agih belanja nya, tang diatu agi nganti rintai nama penerima. "Sebedau tu kitai udah ngaga pemutus semua KIR ke dibai mindah ngagai Palan Ngenduh (PSS) deka diberi RM1,000 baka ke dipadah Sapit Menteri Besai Dato Sri Fadillah Yusof alai agih nya ke manggai RM2.8 juta udah disua ngagai Perintah Sarawak," ku iya madah. Iya nerangka pekara nya ba aum media sepengudah Pengawa Nyuaka Bantu Penusah Ampuh Bah Sarawak 2025 ari Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ditu, Hari Empat. Pengawa nya bela digulu Menteri Pemansang Indu, Ruang Bilik enggau Mensia Mayuh ke mega Chairperson YKN, Dato Sri Nancy Shukri. Bekaul pengawa ngira pengerugi ketegal bah, Datuk Amar Douglas madah ke iya deka mantaika pekara nya maya aum kabinet tu ila. "Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg udah minta aku mantaika pekara tu maya aum kabinet ke deka datai. "Nangkan nya tu deka dibai ngagai Opis Menteri Besai enggau Agensi Pengatur Penusah Ngenyit Menua (NADMA) dikena beratika pengerugi. "Tu nyengkaum sekula, klinik, rumah, hospital, jalai alun sereta ke bukai ti jai ketegal ampuh bah empai lama," ku iya madah baru. Bela datai maya nya Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Adminsytresyen) ke mega Sapit Chairman JPBNS Datu Buckland Bangik enggau Tuai Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron. -EDISI UKAS  

View

news

UKAS & JaPen Perkukuh Kerjasama Strategik Untuk Capai Objektif Bersama

KUCHING: Sebagai agensi pemangkin komunikasi di peringkat Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sarawak diseru untuk terus memperkukuhkan kolaborasi terutamanya penyampaian maklumat sehingga akar umbi. Pengarah UKAS Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, kerjasama sedia ada di antara kedua-dua pihak penting dalam membina negeri yang lebih maju dan berdaya saing. “Kami percaya bahawa melalui perkongsian ilmu, pengalaman yang luas daripada JaPen yang sudah berusia lebih 10 dekad, dan pandangan yang konstruktif, kita dapat mencipta ruang yang lebih luas untuk meningkatkan komunikasi yang berkesan dengan masyarakat. “Saya berharap pertemuan ini dapat membuka ruang untuk kedua-dua pihak agar saling bertukar pandangan, pengalaman, dan idea bagi meningkatkan keberkesanan kerja-kerja berkaitan penerangan di Sarawak, khususnya” katanya. Beliau berkata demikian ketika mengetuai rombongan kunjungan hormat UKAS ke JaPen Sarawak di sini pada Khamis. Dalam taklimat ringkas semasa kunjungan hormat tersebut, Awang Putrayusrie turut merakamkan penghargaan kepada Japen Sarawak atas kerjasama yang amat baik sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI 2024 yang lalu. Sementara itu, Pengarah JaPen Sarawak Helmy Hamid berkata, pihaknya yang memiliki pejabat di 33 daerah di Sarawak sentiasa bersedia untuk membantu dalam promosi dan publisiti terutamanya menyebarluas bahan-bahan berkaitan inisiatif Kerajaan Sarawak. Jelasnya, kolaborasi antara kedua-dua pihak juga boleh dimanfaatkan melalui penglibatan dalam penganjuran program komuniti, kursus atau bersukan. Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka JaPen Sarawak, Ajes Tuah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara JaPen Sarawak, Freda Mathew Manggi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sarawak, Sri Kestury Mohammed Zamhari, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu JaPen Sarawak, Siti Fairuz Ngatenan, Pegawai Perhubungan Awam JaPen Sarawak, Denver Bantok dan wakil Bahagian Media Siber JaPen Sarawak, Salina Salleh.-EDISI UKAS  

View
FirstPrevious1991199219931994199519961997199819992000NextLast