Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Kerajaan Sarawak Rancang Bina Sekolah Berpusat Di Luar Bandar

BETONG: Kerajaan Sarawak merancang untuk membina sekolah berpusat di kawasan luar bandar setelah isu penurunan jumlah pelajar yang memberi impak kepada beberapa status sekolah rendah yang berada dalam kategori sekolah kurang murid. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, faktor penduduk yang berhijrah ke bandar akibat keperluan pekerjaan dan desakan ekonomi turut memberi impak kepada penurunan jumlah pelajar di kawasan luar bandar. “Sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut kerajaan merancang untuk mewujudkan sekolah berpusat yang dilengkapi dengan kemudahan asrama. “Dengan adanya sekolah berpusat ini, kita akan dapat merancang pembangunan pendidikan dengan lebih sistematik dan terancang. “Ini akan membantu memfokuskan pendidikan dan memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan yang berkualiti,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Apresiasi Dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar SK Serembang 2024/2025 di Dewan SK Serembang, Spaoh baru-baru ini. Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, kelas Tabika SK Tanjung Assam terpaksa ditutup akibat ketiadaan pelajar dan terpaksa melaksanakan sesi kelas bercantum atau kelas digabungkan akibat kekurangan murid. Ujarnya, situasi ini amat membimbangkan rakyat yang tinggal di luar bandar di Saribas kerana mungkin ada sekolah yang terpaksa ditutup sekiranya keadaan ini berlarutan. Dalam hal berkaitan permohonan penambahbaikan infrastuktur sekolah, Datuk Mohammad Razi memberi jaminan bahawa beliau akan berusaha untuk membantu SK Serembang dalam usaha mereka untuk memohon penambahbaikan kemudahan dan keperluan sekolah. Pada kemuncak majlis, beliau menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta memberikan penghargaan kepada pihak sekolah dan warga pendidik yang telah memberikan sokongan padu kepada kejayaan pelajar-pelajar SK Serembang. -EDISI UKAS

View

news

Orang Ramai Perlu Berwaspada Dengan Cuaca Tidak Menentu

MUKAH: Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine berkata, tindak balas dan makluman segera daripada ketua-ketua kaum dan masyarakat juga penting terhadap situasi semasa yang berlaku di kawasan masing-masing. “Kerjasama penduduk yang turut memberi maklumat dan membantu apa yang perlu semasa banjir ini berlaku, amatlah diperlukan dan dihargai. "Sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi keadaan sekarang cuaca yang tidak menentu, akan keadaan kita di rumah dan kawasan,” katanya ditemui semasa meninjau keadaan banjir pada Ahad. Sebelum itu, beliau telah turun padang meninjau beberapa kawasan yang ditenggelami air disebabkan pertembungan air pasang besar dan hujan berterusan pada malam Sabtu. Beliau sangat berpuas hati dengan tindak balas Jawatakuasa Bencana Daerah dan Bahagian Mukah yang dalam terhadap bencana kali ini. Katanya, jawatankuasa juga telah mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi Bencana dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Kem Belia Mukah bermula jam 12 tengah hari Selain itu, beliau turut ke kawasan Skim Penempatan Semula Kuala Lama, Kampung Petanak Ulu, Kampung Tellian Ulu dan Bandar Mukah. -EDISI UKAS

View

news

ADUN Tellian Tinjau Urusan Pendaftaran Sarawak ID dan S PAY Global

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkesempatan meninjau lokasi bagi Program Pendaftaran Sarawak ID dan S PAY Global di Dewan Petanak pada Ahad. Ketika ditemui, beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Daerah Mukah kerana memberi komitmen yang tinggi walaupun berdepan dengan masalah banjir di kawasan bandar Mukah dan kampung sekitarnya. Ujarnya, ramai yang masih tidak membuat pendaftaran telah berbuat demikian dan akan dibantu oleh petugas dari Pejabat Daerah Mukah dan sukarelawan yang telah ditugaskan dengan rata-rata yang hadir daripada golongan veteran yang mengalami kesukaran untuk mendaftarkannya. “Cara begini sangat praktikal, demi memastikan bantuan untuk membeli keperluan rumah ini dapat sampai kepada rakyat. “Syabas dan tahniah kepada Pejabat Daerah Mukah dan Sukarelawan yang bertugas untuk mendaftarkan penerima bantuan yang berdepan masalah tidak dapat mendaftar Sarawak ID,” katanya. Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir Pejabat Daerah Mukah membuka kaunter yang tamat pada jam 5 petang untuk membantu penerima SKAS mendaftar Sarawak ID dan SPAY Global. -EDISI UKAS

View

news

8,135 Penerima Terima Sumbangan Program Sejambak Kasih Sempena TBC 2025

SARIKEI: Seramai 8,135 orang atau 14 peratus daripada jumlah penerima bantuan di Sarawak akan menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina 2025 yang keseluruhannya berjumlah RM813,500 melalui Program Sejambak Kasih. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Program Sejambak Kasih sempena musim perayaan merupakan program Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak dengan melaksanakan pemberian wang sumbangan sebanyak RM100 dan hamper perayaan berjumlah RM80 kepada penerima bantuan sejak lebih daripada 20 tahun lalu. “Penyampaian sumbangan hari ini berupa wang untuk menceriakan penerima bantuan kebajikan bulanan yang melibatkan pelbagai skim, manakala untuk penerima bantuan berbangsa cina yang lain, sumbangan tambahan ini akan dikreditkan ke dalam akaun masing- masing,” ujarnya.. Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sejambak Kasih sempena Tahun Baru Cina 2025 di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada Isnin. Jelasnya, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei telah merekodkan seramai 546 penerima bantuan bulanan kebajikan yang berbangsa Cina telah dikenal pasti bagi Bahagian Sarikei. Namun katanya, majlis pada hari ini berdasarkan kemampuan fizikal dan mobiliti penerima hanya dapat dijemput adalah seramai 100 orang penerima berbangsa Cina. “Manakala yang selebihnya akan disalurkan melalui akaun bank untuk membantu sedikit sebanyak beban dan menggembirakan klien tibanya musim perayaan utama bangsa Cina dengan jumlah sebanyak RM20,705,” ujarnya. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei Dato' Sri Huang Tiong Sii turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM50 kepada setiap 100 orang penerima yang hadir yang diwakili Pemanca Chan Phan Chan. Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noorhayati Abdul Rahman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sarikei Uwieng Gimos, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK). -EDISI UKAS  

View

news

Projek Ngaga Replika Kubu Rentap di Bukit Sadok Berengkah Taun 2025

BETONG: Projek ngaga replika kubu Rentap, bujang berani tebilang Iban deka berengkah taun 2025. Sapit Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas madah, projek diatu benung nganti pemendar ari agensi perintah ngambi ulih berengkah digaga. “Kitai diatu bisi agih belanja penyampau RM16 juta ungkup pengawa ngaga kubu sereta infrastruktur bukai ba palan asal di Bukit Sadok," ku iya. Iya mansutka jaku nya ba 'Malam Penghargaan Majlis Daerah Betong' di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan ditu, kena Hari Minggu. Datuk Amar Douglas Uggah nandu, dagang temuai antara sebengkah sektor ti keran dikemansang ba Pelilih Betong kelimpah ari pengawa betanam betupi moden. “Betong bisi mayuh palan ti tau matak temuai datai, kitai meseti nyendia pelin pemansang kelimpah ransing ngelaku palan tu ngagai orang luar. “Agensi Pemansang Pelilih Betong (BDDA) enggau Opis Residen sereta Opis Pelilih Betong meseti megai tanggung pengawa begulai enggau raban orang tauka agensi ti bekaul enggau industri. “Sida meseti ngadu kerejasama ba atur ngemansang sereta nambah pemanah palan pematak temuai baka rumah panjai lama ke beumur beratus taun, main asal sereta pemanah rampa menua, " ku iya. Iya madah, Betong diatu muntang dilawa nengah Jalai Besai Pan Borneo, lalu pengudah Jalai Tebing Tasik sereta STOLport di Spaoh tembu, penyampau temuai ke Betong disadang nambah. “Rayat ti diau ngelingi nyengkaum orang bumai, orang ti nyendia program nyemilik, sida ke nyual asil pengelandik jari enggau pemakai meseti nguna awak tu. “Ketegal nya, semua kitai meseti nentuka Betong, Spaoh, Debak sereta kandang endur bukai seruran andal sereta siruka bala temuai, " ku iya. Bela datai Kaban Parlimen Betong Datuk Dr Richard Rapu enggau Residen Betong Richard Micheal Abunawas. -EDISI UKAS

View

news

Perintah Sarawak Merambu Numbuhka Sekula Gempuru Di Menua Pesisir

BETONG: Perintah Sarawak merambu numbuhka sekula gempuru di menua pesisir dikena mutar isu sekula mimit nembiak. Sapit Menteri Pemansang Orang Indu Enggau Pengelantang Komuniti Datuk Mohammad Razi Sitam madah, ketegal mayuh peranak menua pesisir mindah ngagai kandang mengeri, penyampau nembiak sekula ba menua pesisir majak kurang. “Dikena mutarka penanggul tu, perintah merambu numbuhka sekula begempuru ti bisi digaga buding. “Enti bisi sekula baka tu, kitai ulih ngatur pelin pemansang pelajar sistematik agi. “Chara tu ulih nentuka nembiak diberi pelajar ti bekualiti, " ku iya ba Pengerami Apresiasyen enggau Anugerah Nyulut Pelajar SK Serembang 2024/2025' di Spaoh, empai lama tu tadi. Iya ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Saribas nandu, kelas Tabika SK Tanjung Assam udah ditutup ketegal enda chukup nembiak. Ku iya, pekara nya balat ngasuh rayat ba kandang ngelingi Saribas irau ketegal dipelaba mayuh agi sekula deka ditutup enti majak nadai nembiak. Ba pengerami nya, Datuk Mohammad Razi meri jamin deka mantu SK Serembang ba pekara infrastruktur sekula enggau peminta bukai. -EDISI UKAS  

View

news

PKWPS Teruskan Usaha Kumpul Salasilah Keturunan Di Sarawak

KUCHING: Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS) kini meneruskan usaha mengumpul sebanyak mungkin salasilah keluarga Pengiran, Wan, Awang, Dayang, dan keturunan-keturunan lain yang berasal dari Sarawak. Pengerusinya, Awang Magerib Awang Anie berkata, usaha ini bertujuan untuk memastikan setiap individu dalam keturunan tersebut diberikan pengiktirafan yang sewajarnya, dan warisan mereka dihargai serta diteruskan kepada generasi akan datang. "Setakat ini, keahlian yang telah terkumpul hampir mencecah 400 orang, dan kami juga sedang aktif memperluaskan keahlian dengan memberi tumpuan kepada penyertaan wanita dan belia, demi memperkukuh dan memajukan pertubuhan ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi di Astana Negeri Sarawak, di sini pada Isnin. Menerusi kunjungan itu, Awang Magerib mengungkapkan rasa syukur atas sokongan penuh Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi, yang telah mencadangkan agar pihaknya bekerjasama dengan pakar-pakar berpengalaman dan berilmu dalam bidang sejarah. Kerjasama ini, menurutnya, bertujuan untuk mendokumentasikan hasil kajian dan pencarian berkaitan keturunan mereka dalam sebuah buku, sebagai rujukan sejarah yang akan memastikan warisan tersebut tidak hilang ditelan zaman. "Kami menyokong penuh hasrat Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi untuk mengembalikan nostalgia yang ada di Sarawak. Jadi, kami giat mengatur strategi dalam aspek pentadbiran, organisasi, dan tatakelola bagi memperkukuh kedudukan sebagai sebuah pertubuhan yang berperanan melestarikan warisan serta sejarah keturunan. "Di samping itu, kami juga sedang menunggu pengiktirafan rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya kami boleh melaksanakan pelbagai program berkaitan warisan atau mengesahkan kelahiran ahli baharu dalam keturunan yang mungkin sebelum ini kurang diberi perhatian," ujarnya lagi. Turut serta dalam kunjungan itu ialah Penasihat PKWPS Awang Indra Awang Mostapha dan Dr. Awang Nip Zuhairi Awang Ahmad, Timbalan Pengerusi PKWPS Awang Khalik Awang Yusuf, serta beberapa ahli PKWPS.-EDISI UKAS

View

news

配合农历新年,共有8135名 “Sejambak Kasih‘关怀活动受惠者

泗里街:在2025年农历新年来临之际,砂拉越共有8135人或占14%将通过“Sejambak Kasih‘关怀活动获得总额为81万3500令吉的援助金。 砂拉越妇女、儿童及社区和谐发展部长拿督斯里花蒂玛阿都拉表示,配合佳节,砂拉越社会福利局推行“Sejambak Kasih‘关怀活动,为受惠者提供100令吉现金和值80令吉节日礼篮,并维持二十多年了。 “今天的捐款将以现金形式发放,以鼓励那些领取每月福利援助的人,而至于华裔受惠者,这笔额外的援助金将存入他们各自的账户。” 她于周一在泗里街创新中心 (SIC) 举行的2025年农历新年“Sejambak Kasih‘关怀活动开幕礼上致词时,这么说。 她解释说,泗里街省社会福利局办公室的记录显示,泗里街省已确定了546名每月福利援助金的华裔受惠者。 不过她表示,由于根据受惠者的身体和行动能力,所以此次只能邀请100名华裔受惠者到场领取。 “其余款项将通过银行账户转入,总额达2万0705令吉,以帮助减轻负担,并让受惠者在农历新年节日到来时感到高兴。” 与此同时,天然资源及环境可持续发展部副部长兼泗里街区国会议员拿督斯里范长锡也分发50令吉给在场的100名受惠者,并由本曼查陈鹏祯代表发放。 出席活动的还有总理署副部长(法律、1063年大马建国契约、砂及联邦关系)拿督莎莉花哈茜达、砂社会福利局副主任诺哈雅蒂、泗里街省社会福利局官员乌维恩、各部门负责人,社区领袖及村长。-UKAS刊

View

news

共享农历新年的喜庆气氛

古晋:农历新年是与所有砂拉越人民分享喜悦和祝福的庆祝活动。 古晋南市市政局(MBKS)市长拿督黄鸿圣表示,南市市政局关爱社区计划旨在减轻有需要群体的负担并传播欢乐。 “今天的举措证实了我们致力于在古晋南市建设一个充满关爱和包容社区的决心。” 他于周一在七层楼人民组屋(KMC Flats)举行的2025年农历新年庆祝活动暨古晋南市市政局关爱社区计划上致词时,这么表示。 在活动中,拿督黄鸿圣也向受惠者(人民组屋居民)分发了由CCK Consolidated控股公司及永升超市所赞助的基本食品援助。 他希望此次捐献能让受惠者在新春佳节带来欢乐。 “让我们继续发扬团结精神,互相支持,满怀新的希望与决心迈入新的一年。” -UKAS刊  

View

news

PBPM Mohon Inisiatif Penyediaan Perumahan Khas Untuk Bekas Polis

KUCHING: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang diketuai Presidennya, Dato' (Dr.) Mokhtar Omar, telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, di sini pada Isnin Kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan mengenai permohonan inisiatif penyediaan perumahan khas untuk bekas anggota polis di wilayah ini. Bercakap kepada media, Dato' (Dr.) Mokhtar mengetengahkan keperluan mendesak dan usaha-usaha yang sedang dijalankan untuk memastikan bekas anggota polis memiliki tempat tinggal yang selesa, berpatutan dan mampu milik selepas bersara. "Terdapat segelintir bekas polis yang menghadapi kesukaran dalam memiliki kediaman selepas bersara. "Oleh itu, penyediaan perumahan khusus untuk golongan ini adalah satu langkah strategik untuk menghargai jasa mereka dan memastikan kebajikan mereka terjamin,"katanya selepas selesai kunjungan hormat tersebut. Menerusi perbincangan sama, Dato' (Dr.) Mokhtar memberitahu, pihaknya memohon sokongan kerajaan Sarawak untuk merealisasikan projek berkenaan yang diharap dapat meningkatkan kualiti hidup bekas polis yang telah lama berkhidmat demi keamanan negara. Hadir sama ialah Setiausaha Agung Pusat PBPM Mohamed Lokman Mahmud, wakil AMT Pusat PBPM Dato Dr Basant Singh Harcharan Singh, Yang Dipertua PBPM Han Hipeni, Naib Presiden PBPM Mohd Speri Abd Karim, Setiausaha PBPM Zakaria Haron serta beberapa ahli PBPM yang lain Untuk rekod, Ahli PBPM bukan sahaja terdiri daripada pesara-pesara Polis dan bekas-bekas Polis, malah juga daripada bekas Anggota Polis Bantuan (AP) termasuk Pasukan Kawalan Kampung / Home Guard, Anggota Polis Khas (SC) dan lain-lain unit yang ditubuhkan di bawah akta Polis dan telah berkhidmat ketika zaman darurat iaitu sekitar 1948. -EDISI UKAS

View
FirstPrevious1881188218831884188518861887188818891890NextLast