MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkesempatan meninjau lokasi bagi Program Pendaftaran Sarawak ID dan S PAY Global di Dewan Petanak pada Ahad.
Ketika ditemui, beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada Pejabat Daerah Mukah kerana memberi komitmen yang tinggi walaupun berdepan dengan masalah banjir di kawasan bandar Mukah dan kampung sekitarnya.
Ujarnya, ramai yang masih tidak membuat pendaftaran telah berbuat demikian dan akan dibantu oleh petugas dari Pejabat Daerah Mukah dan sukarelawan yang telah ditugaskan dengan rata-rata yang hadir daripada golongan veteran yang mengalami kesukaran untuk mendaftarkannya.
“Cara begini sangat praktikal, demi memastikan bantuan untuk membeli keperluan rumah ini dapat sampai kepada rakyat.
“Syabas dan tahniah kepada Pejabat Daerah Mukah dan Sukarelawan yang bertugas untuk mendaftarkan penerima bantuan yang berdepan masalah tidak dapat mendaftar Sarawak ID,” katanya.
Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir Pejabat Daerah Mukah membuka kaunter yang tamat pada jam 5 petang untuk membantu penerima SKAS mendaftar Sarawak ID dan SPAY Global. -EDISI UKAS