Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
New Kampung Bungin Mosque Construction To Begin On February 25 |
SARIBAS: The construction of the new Kampung Bungin Mosque, funded with RM5 million allocation from the Sarawak Government, will begin on February 25. According to Deputy Minister for Women, Early Childhood, and Community Wellbeing Development, Datuk Mohammad Razi Sitam, the tender for the mosque construction was reopened for the second time after improvements were made to the initial tender. "Alhamdulillah, we have now appointed a qualified contractor, Crest Engineering Sdn. Bhd., which will commence construction work on February 25, 2025. "This project is a crucial step in providing a more comfortable place of worship for the Kampung Bungin community, and I sincerely thank the Sarawak Government for their support," he said. He made these remarks during a meeting held at the N.35 Saribas Service Centre Meeting Room on Wednesday. Datuk Mohammad Razi added that the project is expected to be completed within 16 months, with a target completion date of June 25, 2026. "I hope this project proceeds smoothly without any issues, and I am confident that the appointed contractor will carry out the work responsibly and complete it according to the set timeline," he added. Additionally, a total of RM400,000 in donations has been collected through community contributions. These funds will be used to support the construction of the new mosque, which is expected to provide significant benefits to the local community. Also present at the meeting were Acting Deputy Resident of Betong Division, Hamdan Katang, representatives from the Sarawak Islamic Department (JAIS), the contractor Crest Engineering Sdn. Bhd., and others. – UKASnews |
Lihat |
|
news |
Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS Bantu Staf Terjejas Akibat Banjir |
MIRI: Seramai lima kakitangan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang merupakan mangsa bencana banjir di Bintulu dan Miri baru-baru ini menerima bantuan sumbangan Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS. Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan semasa Majlis Perjumpaan Pegawai Lapangan (Zon Utara & Zon Selatan) Siri 1 Bil. 1/2025 bertempat di salah sebuah hotel terkemuka di Miri pada Rabu. Dalam ucapan ringkasnya, Awang Putrayusrie berkata sumbangan kecil tersebut bagi meringankan serba sedikit beban ditanggung kelima-lima kakitangan yang terjejas itu. Beliau juga berharap kesemua penerima bantuan bersabar dalam menempuh musibah akibat bencana alam tersebut. - EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Dato Sri John Sikie Nyua Bantu Orang Tasah Angus di Balingian |
MUKAH: Menteri Ba Opis Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai ngenataika penyinu ngagai orang tasah angus di Rumah Nyawin Radin, Sungai Duan, Balingian, kena malam 18 Februari 2025. Penusah ke nyadi urung jam 7.10 malam ngujungka rumah panjai lapan pintu nya angus 80 peratus. Dato Sri John Sikie kena Hari Tiga datai ngabas sida ke tasah seraya nyuaka bantu RM1,000 ungkup tiap pintu. Iya bisi berandau enggau bala orang tasah sepengelama sejam.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
OCI Holdings Negapka Operasyen Kilang Polisilikon Di Taman Perindustrian Samalaju |
KUCHING: OCI Holdings, sebengkah kompeni kuasa enggau kimia ari Korea Selatan keran ngambi bala landik nengeri tu gawa ba kilang polisilikon di Taman Perindustrian Samalaju, Bintulu. Chairman OCI Holdings, Lee Woo Hyun madah, atur nya deka ngangkatka pemanah operasyen kilang nya lalu majak negapka Sarawak nyadi hab besai ngeluar barang semikonduktor. "Kami deka ngadu kerejasama enggau bala landik ditu ngambi bisi sukung teknikal sereta nyendia latih ngagai orang gawa kelebih agi bala injinia enggau saintis. "Ditu, kitai begunaka mayuh bala ti bisi kualiti sereta pengelandik tinggi, ketegal proses tu begunaka timpuh enggau pemandai," ku iya. Iya mansutka jaku nya ngagai pemberita pengudah nemuai basa ngagai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, di Wisma Bapa Malaysia, Hari Tiga. Bela datai Tuai Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad l, Datuk Sharbini Suhaili enggau Tuai Pegawai Eksekutif OCI Malaysia Sdn Bhd (OCIM), Dato’ Dr. Anas Alam Faizli. Ku Lee, tuju penemuai basa diatur minta sukung ari Datuk Patinggi Abang Zohari, kelebih agi ba atur ngenegap kerejasama antara OCI Holdings enggau Perintah Sarawak. "Tu keterubah iya kompeni Korea (OCI Holdings) enggau Jepun (Tokuyama Corporation) begulai nirika kilang polisilikon di Malaysia, kelebih agi di Sarawak. "Pemujur tu mai reti ti besai, alai Premier Sarawak udah meri sukung kenyau kami datai ba Sarawak lapan taun ke udah. "Iya mega besemaya deka meri sukung ngambi ulih nentuka pengawa beranakka puku tu mujur sereta mai pemaik ngagai ekonomi Sarawak," ku iya.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
TBS Perkenal Pembayaran Zakat Fitrah Melalui Kod QR |
KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran Zakat Fitrah melalui Kod QR sebagai alternatif kepada pembayaran tunai. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan akan mula digunakan oleh Amil Zakat Fitrah di Bahagian Kuching sebelum diperluaskan ke seluruh Sarawak pada tahun 2026. Menurut Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, kaedah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah dengan lebih selamat dan terkawal. “Kita membuat satu perubahan dalam kaedah pembayaran melalui aplikasi QR Code oleh pihak Bank Islam. Ini sudah menjadi kebiasaan pada masa kini. Contohnya, di restoran atau kafe, pesanan dibuat menerusi QR code tanpa perlu mengambil pesanan secara manual,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Taklimat Amil dan Pelancaran Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah melalui QR Code BIMB, di sini pada Rabu. Tambah Datu Abang Shibli, pelaksanaan sistem ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan kutipan zakat serta mengurangkan risiko kehilangan resit fizikal. Setakat ini, Sarawak mempunyai seramai 776 amil Zakat Fitrah yang bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat di seluruh negeri. Penggunaan sistem Kod QR ini akan diperluaskan secara berperingkat bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya. Dalam majlis yang sama, TBS turut menerima bayaran Zakat Perniagaan daripada TM Technology Services berjumlah RM509,262 yang diserahkan oleh Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahman Taha kepada Datu Abang Mohd Shibli. Turut hadir Timbalan Pengurus Besar TBS Bolhassan Iskandar Taibi, Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran TBS Sulaiman Mahili, Pengarah Wilayah Malaysia Timur BIMB Kameri Edi dan Ketua Unit Pelaksanaan, Saluran Pengurusan Tunai BIMB Jasarudin Sahak.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Dato Sri John Sikie Zahir Simpati, Salur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran di Balingian |
MUKAH: Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai menzahirkan rasa simpati kepada semua mangsa kebakaran dalam insiden di Rumah Nyawin Radin, Sungai Duan, Balingian pada malam 18 Februari 2025. Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.10 malam itu telah memusnahkan hampir 70 hingga 80 peratus struktur rumah panjang yang mempunyai lapan pintu itu. Sejurus menerima berita mengenai insiden berkenaan, Dato Sri John Sikie turun padang pada Rabu, bagi meninjau keadaan mangsa dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 bagi setiap pintu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM8,000. Beliau turut menasihatkan agar mangsa yang terjejas segera membuat laporan penuh kepada Pejabat Daerah Mukah, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan lebih sistematik. Lawatan selama kira-kira sejam itu dimanfaatkan oleh Dato Sri John Sikie untuk mendengar keluhan mangsa serta menzahirkan sokongan moral kepada mereka yang terjejas. Hadir sama dalam lawatan itu ialah wakil Pejabat Daerah Mukah Penghulu Jeffery Irut, Penghulu Nelson Chuat serta Ketua Cawangan PBB Kakus Nelson Mujah Girie.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pengarah UKAS Lawat Lokasi, Santuni Mangsa Tanah Runtuh Di Miri |
MIRI: Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan bersama Ketua Penolong Pengarah UKAS, Anwar Hanafi Ardimansyah mengadakan lawatan ke lokasi kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, yang telah meragut lima nyawa pada Rabu. Dalam lawatan tersebut, beliau turut bertemu dengan salah seorang mangsa yang terselamat, Arabi Samsudin, yang berkongsi pengalaman ngeri semasa kejadian. Tragedi yang berlaku pada awal pagi 29 Januari lepas, telah melibatkan 12 orang mangsa, dengan lima daripadanya terkorban, dua cedera, sementara lima yang lain terselamat termasuk empat yang sempat melarikan diri. Terdahulu Awang Putrayusrie turut menyampaikan sumbangan daripada Kelab Kebajikan Kakitangan UKAS kepada lima kakitangan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha UKAS untuk membantu meringankan beban mereka yang ditimpa musibah. Pihak UKAS berharap agar semua pihak yang terkesan diberikan kekuatan menghadapi ujian ini dan menyeru agar langkah-langkah keselamatan terus diperkukuh bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang pada masa hadapan. Turut hadir sama Ketua Kampung Lereng Bukit KK Aminudin Morshidi.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek Naik Taraf Jalan, Perparitan Opar Dapat Perhatian ADUN |
LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menyaksikan penyerahan projek Projek Transformasi Persekutuan (RTP) yang telah siap dilaksanakan serta melawat dua tapak projek lain di kawasan tersebut dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur dan menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku. Projek RTP yang telah siap dilaksanakan adalah menaik taraf jalan pertanian di Kampung Sebigo Cina menuju ke Empangan Graviti. Manakala itu, dua lagi projek yang dilawat melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Kampung Titiakar dan Kampung Judin, yang kesemuanya bernilai RM210,000. Semasa lawatan pada Rabu itu, Billy menekankan bahawa terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan terutama bagi projek menaik taraf sistem perparitan di Kampung Judin. Selain itu, beliau juga menggesa agar projek perparitan di Kampung Titiakar dilaksanakan segera untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut. Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Kuching serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan terlibat. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Projek RM1 Juta Menaik Taraf Bekalan Elektrik, Rangsang Pelancongan di Pusat Kebudayaan Bung Bratak |
BAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menghadiri sesi taklimat bersama pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) Daerah Bau mengenai projek menaik taraf Sistem Bekalan Elektrik di Pusat Kebudayaan Bung Bratak pada petang Rabu yang lalu. Projek dianggarkan bernilai RM1 juta ini bertujuan untuk menggantikan sistem bekalan elektrik sedia ada yang bergantung kepada set generator dengan sistem bekalan elektrik yang lebih stabil dan efisien. Billy menyatakan bahawa projek ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan kemudahan di Pusat Kebudayaan Bung Bratak, seterusnya merancakkan aktiviti pelancongan di kawasan tersebut, khususnya di bawah kepimpinan baharu Persatuan Kebudayaan Bung Bratak. Turut hadir dalam sesi taklimat dan lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA), Jurutera Daerah SEB Wellington Albert, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Bung Bratak Rayan Narong dan Pengurus Pusat Kebudayaan Bung Bratak Brenda. Projek ini diharapkan dapat meningkatkan daya tarikan pelancong serta memberi manfaat kepada masyarakat sekitar dengan memperbaiki infrastruktur elektrik yang akan menyokong pelbagai aktiviti kebudayaan dan pelancongan di Bung Bratak. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Rotary Club of Kuching Central Bantu Mangsa Banjir Serian |
SERIAN: Keprihatinan terhadap mangsa banjir terus disemarakkan apabila Rotary Club of Kuching Central tampil menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian pada Rabu. Rombongan yang diketuai Presidennya, Roland Phang disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus serta Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Serian. Menurut Roland Phang, inisiatif ini bertujuan meringankan beban mangsa banjir di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian. Bagi Serian sahaja, persatuan berkenaan telah menyumbangkan 512 unit tilam dan 1,032 unit bantal kepada keluarga yang terjejas, khususnya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Serian. Caroline dalam pada itu turut menghargai usaha berkenaan serta 15 penderma lain, termasuk individu, syarikat swasta, badan korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah memberikan bantuan keperluan asas dan makanan kepada mangsa banjir, baik ketika bencana berlaku mahupun dalam fasa pemulihan. Beliau berharap agar usaha tanggungjawab sosial korporat seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meringankan beban kerajaan serta masyarakat yang memerlukan. Hadir sama Pegawai Daerah Serian Inting Nyami. -EDISI UKAS |
Lihat |
| PertamaSebelumnya1721172217231724172517261727172817291730SeterusnyaTerakhir |