Projek Naik Taraf Jalan, Perparitan Opar Dapat Perhatian ADUN

Disiarkan pada 19 Feb 2025
Sumber Berita: UKAS


LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang telah menyaksikan penyerahan projek Projek Transformasi Persekutuan (RTP) yang telah siap dilaksanakan serta melawat dua tapak projek lain di kawasan tersebut dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur dan menangani masalah banjir kilat yang sering berlaku.

Projek RTP yang telah siap dilaksanakan adalah menaik taraf jalan pertanian di Kampung Sebigo Cina menuju ke Empangan Graviti.

Manakala itu, dua lagi projek yang dilawat melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di Kampung Titiakar dan Kampung Judin, yang kesemuanya bernilai RM210,000.

Semasa lawatan pada Rabu itu, Billy menekankan bahawa terdapat penambahbaikan yang perlu dilakukan terutama bagi projek menaik taraf sistem perparitan di Kampung Judin.

Selain itu, beliau juga menggesa agar projek perparitan di Kampung Titiakar dilaksanakan segera untuk mengatasi masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan tersebut.

Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek, wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Kuching serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan terlibat. -EDISI UKAS