Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Datuk Rosey Santuni Atlet Acara Pelayaran SUKMA XXI Sarawak

MIRI: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Assistant Chief de Mission (ACDM) Sukan Pelayaran, Datuk Rosey Yunus meluangkan masa menyantuni atlet acara pelayaran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 pada Selasa.   Beliau bersama Residen Bahagian Miri Jamalie Busri telah melawat tapak acara pelayaran SUKMA XXI Sarawak 2024 di Marina Bay di sini bagi menyokong seramai 18 atlet Sarawak yang sedang mempersiapkan diri untuk kejohanan yang akan bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2024.   Datuk Rosey menzahirkan harapannya agar para atlet Sarawak dapat mencipta rekod baharu pada temasya SUKMA kali ini.   Beliau juga menekankan bahawa usaha gigih dan persediaan rapi adalah kunci kejayaan dalam mengharumkan nama Sarawak di arena sukan tanah air. -EDISI UKAS

Lihat

news

Siburan Bike Week 2024 Sasar 10,000 Pengunjung & 1,500 Peserta

KUCHING: Siburan Bike Week 2024 yang akan berlangsung buat julung kali menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung serta 1,500 peserta yang memiliki motosikal berkuasa tinggi. Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr. Jerip Susil berkata, penganjuran program berskala besar ini dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan ekonomi setempat dan mempromosikan daerah Siburan. "Siburan adalah sebuah daerah yang telah lengkap dari segi infrastruktur dan fasiliti, menjadikannya sesuai untuk penganjuran program ini. "Ini boleh menjadi asas untuk mengangkat Siburan sebagai destinasi pemotoran bertaraf antarabangsa," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media Siburan Bike Week 2024 di sini pada Selasa. Datuk Dr. Jerip turut berharap cadangan ini dapat dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Sarawak untuk dimasyhurkan dan beliau berhasrat untuk mengusulkannya kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak. Acara ini juga akan menampilkan penyertaan peserta dari seluruh Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Sabah, Labuan, serta dari negara jiran seperti Indonesia dan Brunei Darussalam. Siburan Bike Week 2024 akan berlangsung dari 1 hingga 3 November 2024 dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan pentas seperti Battle Of The Band, Ratu 'Ladies Bikers Style', dan lain-lain. -EDISI UKAS

Lihat

news

Atlet Muay Thai Sarawak Diharapkan Beri Prestasi Terbaik

BINTULU: Atlet Muay Thai Sarawak diharapkan memberi prestasi yang terbaik untuk Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming berkata, hal ini bagi membolehkan mereka meraih kemenangan dalam setiap acara dipertandingkan. "Apa yang penting ialah semangat kesukanan yang tinggi serta tahap keyakinan yang tinggi untuk menang akan menguatkan lagi semangat mereka bagi mengecapi kejayaan dalam acara itu nanti," katanya Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam ADUN Tanjung Batu Bersama Atlet Muay Thai Sarawak di sini pada Ahad. Sementara itu, beliau menyeru kepada semua rakyat di kawasan Bintulu untuk sama-sama hadir bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan Muay Thai Sarawak di setiap pertandingan yang diadakan nanti. Terdahulu, Ketua Jurulatih Muaythai Sarawak Muhammad Azan Mohd Nadzri berkata, Sarawak menyasarkan dua pingat emas dalam empat acara Muay Thai yang akan dipertandingkan dalam SUKMA XXI Sarawak 2024. Jelasnya, acara Muay Thai bakal menyaksikan kesemua 19 atlet yang merangkumi 14 Kategori Kombat dan lima lagi peserta bagi Kategori Seni sememangnya berpengalaman luas serta pernah mencapai kejayaan dalam beberapa suri kejohanan Muay Thai di Thailand. "Selaku ketua jurulatih pasukan Muay Thai Sarawak ini sememangnya menaruh harapan tinggi yang kesemua 19 atlet ini berupaya meraih kemenangan sekaligus mengharumkan nama Sarawak di persada nasional dan antarabangsa," jelasnya. -EDISI UKAS

Lihat

news

Aum CDM Mutar Isu Ditapi Kontinjen

KUCHING: Bisi berapa bengkah pekara udah dirandau ba Aum Tuai Kontinjen (CDM) keterubah beserimbai Lumba Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 ditu, kena Hari Tiga.   Aum nya udah betuaika Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Operasyen) ke mega Tuai Pegawai Eksekutif SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee. Sekeda ari isu ke bisi dipejuraika baka perengka pengangkut, palan bepekit, palan endur atlit diau, pemakai, servis berubat enggau isu ke bukai.  Dulu ari nya ba jaku iya, Datu Hii madahka deka ngatur isu ke bisi ditapi bala kontinjen dikena nentuka pemujur SUKMA ke sekali tu.  Iya bela madahka Menteri Raban Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah deka bejadika palan endur diau lumba di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kena Hari Empat tu. Sama bela datai maya nya CDM Kontinjen Sarawak Dato Gerald Rentap Jabu. - EDISI UKAS

Lihat

news

Geran MRP Tidak Boleh Diserah Secara Tunai

TATAU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) tidak boleh diserah secara tunai kepada penduduk rumah panjang. Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sikie Tayai berkata, sebaliknya MRP ini digunakan untuk pengelolaan aktiviti serta melaksanakan projek-projek kecil di rumah rumah panjang. Justeru, beliau berharap dana yang diberikan diuruskan secara telus melalui mesyuarat. "Dana MRP ini harus diurus dengan telus dan adakan mesyuarat terlebih dahulu di kalangan penduduk rumah panjang atau ahli-ahli persatuan dan sebagainya. "Semua perbelanjaan geran MRP ini harus direkodkan dalam minit mesyuarat," katanya ketika Majlis Penyerahan Cek MRP di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini pada Isnin. Sebanyak 62 cek MRP diserahkan kpada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Biro Wanita, serta pelbagai persatuan dengan nilai keseluruhan adalah berjumlah RM1,468,000. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus itu memberitahu, pihaknya telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan Pejabat Daerah kecil di Nanga Tau. Katanya, pihak berkaitan juga akan menambahbaik kemudahan infrastruktur seperti projek Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) di Nanga Tau, Tatau.-EDISI UKAS  

Lihat

news

SUKMA 2024: Hospitaliti Terbaik Diberikan Sarawak

BINTULU: Sarawak selaku tuan runah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) edisi kali ini telah memberikan hospitaliti yang terbaik kepada para kontinjen yang akan berentap di negeri ini. Demikian pujian yang diluahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi ketika ditemui oleh wartawan UKAS semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Melaka dan Pulau Pinang. "Kami berterima kasih kepada hos iaitu Sarawak kerana telah menyediakan kawasan pertandingan dan hospitaliti yang terbaik dalam acara SUKMA XXI Sarawak 2024," jelasnya. Usai perlawanan, Daniel Gooi juga berkesempatan melawat Pusat Media SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Muhibbah di sini. Daniel amat berpuas hati dengan persediaan dan fasiliti yang ada di Pusat Media di samping meluangkan masa selama 20 minit dengan petugas media.-EDISI UKAS

Lihat

news

Raptai Pengerami Bejadika SUKMA XXI 2024 Hari Kedua Diatur Enggau Mujur

KUCHING: Raptai ba hari kedua pengerami bejadika Lumba Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 diatur enggau mujur di Stadium Sarawak, kena malam Hari Dua tu tadi.  Raptai nya diatur berengkah pukul 8 malam bela digulu Menteri Raban Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang Dagang Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Sapit Menteri Raban Nembiak, Lumba enggau Orang Dagang Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat enggau Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Operasyen) ke mega Tuai Pegawai Eksekutif SUKMA Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee.  Penatai temuai dipebasa nya dikena nentuka pengerami nya diatur mujur sereta richah. Kena Hari Empat tu, raptai kepenudi pengerami nya disadang deka digulu Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Mensia mayuh ke bisi tikit tau berengkah tama ngagai Stadium Sarawak kena 17 Ogos tu ba semua 30,000 penuduk. Kelimpah ari nya 10,000 iti agi penuduk ungkup temuai dipebasa, atlit enggau pegawai ti nyempulang. - EDISI UKAS

Lihat

news

Bangunan Pantai Tusan Dibuka Semula

BEKENU: Penantian selama beberapa tahun kini berakhir apabila bangunan Pantai Tusan telah dibuka semula kepada orang awam. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus berkata, kemudahan utiliti seperti bekalan air dan elektrik telah disambung ke bangunan ini dengan rekabentuk serta fasiliti yang cukup baik dan selesa. Tambahnya, para peniaga yang terpilih telah mula memasuki lot gerai bangunan dan berniaga sejak 25 Jun lepas. "Para peniaga ini juga terdiri daripada Jawatankuasa Komuniti Pantai Tusan yang dipengerusikan oleh Mansor Antin dan bersama timbalannya Yussry Ali. "Jawatankuasa Komuniti Pantai Tusan ini memainkan peranan yang amat penting dalam usaha membantu dan bekerjasama dengan Majlis Daerah Subis dalam memastikan kelangsungan Pantai Tusan sebagai sebuah tempat yang dapat menarik perhatian dan ribuan pelancong ke daerah Subis," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Kemudahan Pelancongan Pantai Tusan di sini baru-baru ini. Dalam pada itu, Datuk Rosey juga mengumumkan RM6.6 juta bagi replika kepala kuda bagi menggantikan kepala kuda yang menjadi ikonik di pantai tersebut sebelum runtuh pada tahun 2020. Selain itu, peruntukan sebanyak RM4.945 juta dieprsetujui untuk mengatasi hakisan sementara tanah susur yang sering berlaku di kawasan tersebut. "Namun status terkini adalah pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) telah menyediakan plastik menutupi hakisan sementara," jelasnya. Turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni dan Pegawai Daerah Subis Norlila Ulis. -EDISI UKAS

Lihat

news

Sibu Bandar Sejarah Sedia Terima Kunjung Orang Ramai Sempena SUKMA XXI Sarawak 2024

SIBU: Sibu telah bersedia sepenuhnya bagi menyambut ketibaan orang ramai berkunjung ke bandar itu bersempena Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.   Sibu menjadi tuan rumah bagi penganjuran beberapa kategori sukan pada temasya itu kali ini.   Ini termasuk penganjuran Bola Sepak di Stadium Tun Ahmad Zaidi dan di Stadium Azman Hashim.   Bola Tampar akan diadakan di Dewan Bola Tampar, Rejang Park dan juga Badminton yang diadakan di Dewan Tertutup Sibu.   Terkenal dengan mercu tanda Angsa, Sibu menjadi destinasi wajib perlu dikunjungi terutamanya bagi pengunjung yang pertama kali menjejak kaki ke Bumi Kenyalang.   Bandar ini yang pada satu ketika dahulu dikenali sebagai Maling dan juga Sibau mempunyai tarikan tersendiri dengan kepelbagaian budaya, warisan, tempat bersejarah malah kaya dengan keunikan makanannya.   Terletak di wilayah tengah Sarawak dan di tebing Sungai Rajang, penduduk majoriti di Sibu adalah Cina, Iban, Melayu dan Melanau yang mengabungkan kepelbagaian menjadikan Sibu sebuah bandar harmoni.   Sebut sahaja Sibu, sudah pastinya bandar terbesar di sepanjang Sungai Rejang itu terkenal dengan masakan tradisionalnya seperti Kampua, Mee Sua dan juga Kompia.   Malah, ia juga menjadikan Sibu sebagai bandar istimewa terutamanya bagi rakyat Sarawak sendiri.   Sibu terdiri daripada daerah Sibu, Kanowit dan Selangau yang mempunyai keluasan 8,278.3 kilometer persegi.   Pada suatu ketika dahulu, sekitar tahun 60-an hingga 90-an Sibu terkenal dengan industri balak.   Sibu turut dikenali dengan industri pembinaan kapal. Kebanyakan limbungan kapalnya terletak di kawasan Perindustrian Perkapalan Rantau Panjang dan Sungai Bidut.   Disebalik kemajuan yang dilihat pada masa ini, Sibu mempunyai tempat, warisan dan sejarahnya tersendiri yang perlu dikongsi dan diteroka bersama orang luar.   Wong Nai Siong Memorial Park   Sejarah perkembangan Sibu bermula pada tahun 1901 apabila pemimpin revolusioner Cina dan pengajar dari wilayah Minqing di wilayah Fujian China dan pengikutnya yang berdialek 'Foochows' di bawah pimpinan Wong Nai Siong mula bertapak di Sibu.   Menurut sumber, sebelum Wong tiba di Sibu, beliau pernah mengunjungi Semenanjung Malaysia, Singapura, dan Sumatera.   Namun, kawasan tersebut tidak sesuai dijadikan tempat tinggal sehingga beliau datang ke Pulau Borneo. Wong mendapati tanah di tepi Sungai Rejang sangat subur dan sesuai untuk aktiviti pertanian.   Oleh itu, beliau Wong memilih Sibu sebagai lokasi baharu untuk penempatan mereka.   Wong kemudiannya segera berjumpa dengan Raja Muda Borneo, Charles Brooke, untuk membincangkan pendirian tapak pertanian di kawasan Sibu.   Perjanjian antara Raja Brooke dan Wong Nai Siong ditandatangani pada 9 Julai 1900 di Kuching.   Ini diikuti dengan beberapa siri penghijrahan imigran cina ke Sibu sebelum mereka mendirikan kawasan penempatan di Sungai Merah.   Sebagai memperingati sejarah penghijrahan ini, Wong Nai Siong Memorial Park telah dibina di Sungai Merah.       Tokong Tua Pek Kong   Satu lagi tempat menarik di bandar Sibu ialah Tokong Tua Pek Kong.   Tersergam indah di tebing Sungai Rajang, tokong dengan tujuh pagoda itu menjadi salah satu daripada mercu tanda bandar Sibu.   Pada mulanya tokong ini dibina dengan menggunakan kayu, namun dibina semula pada tahun 1897 berdasarkan reka bentuk Taoist bersama sebuah pagoda tujuh tingkat.   Tokong ini telah mengalami kerosakan akibat perang dunia kedua sekitar tahun 1942 namun dapat dibaiki.   Keunikan pada bangunan tokong yang tertua di bandar Sibu itu sering menarik perhatian pelancong untuk melihat lebih dekat seni budaya yang dimilikinya.   Pengunjung juga dibenarkan untuk menaiki tingkat atas pagoda dan menikmati pemandangan Sungai Rajang terutamanya semasa waktu matahari terbenam.   Tokong ini merupakan tapak bersejarah dan merupakan pusat aktiviti keagamaan dan kebudayaan penganut Buddha yang bukan sahaja sering dikunjungi penganut tempatan tetapi juga dari Sabah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur malah ada yang datang dari negara Brunei, Singapura dan Xiamen, China.   Bagi pencinta sejarah dan seni warisan, Tokong Tua Pek Kong adalah destinasi yang tepat untuk dikunjungi.   Tokong Naga Jade   Selain Tokong Tua Pek Kong, satu lagi tokong yang menjadi kebanggaan penduduk Sibu ialah ialah Tokong Naga Jade yang juga dikenali sebagai Yu Lung San Tien En Si dan yang terletak di Jalan Sibu-Bintulu.   Kompleks tokong itu dibina pada Oktober 2004 kebanyakannya menggunakan bahan diimport khas dari negara China.   Setiap bangunan dalam tokong mempunyai dewan besar yang menempatkan patung-patung Buddha dan dewa Cina.   Tokong ini juga dipercayai merupakan tokong yang terbesar, bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Asia Tenggara yang bukan sahaja menempatkan pusat keagamaan tetapi juga menjadi tarikan pelancong disebabkan seni binanya yang unik dan menarik.       Pasar Malam Sibu   Bagi pengemar makanan, Pasar Malam Sibu di Jalan Market merupakan destinasi tepat untuk mendapatkan pelbagai jenis makanan dan minuman.   Aroma lauk pauk memenuhi ruang pasar malam itu sudah pasti membangkitkan selera para pengunjung.   Dibuka pada setiap hari bermula jam 5 petang, pasar malam itu mempunyai lebih 100 buah gerai yang menjual aneka makanan, minuman malah ada juga pakaian, buah-buahan, aksesori wanita dan lelaki serta mainan kanak-kanak.   Suara peniaga memeriahkan lagi suasana pasar malam dengan masing-masing sibuk melayan pengunjung.   Di sini, pengunjung begitu mudah mendapatkan pelbagai jenis makanan. Mungkin ada diantaranya sukar didapati di tempat lain.   Kuih tradisional masyarakat Cina antara yang menjadi tarikan terutamanya kompia dan Sio Bee (Hokkien) atau Siu Muai (Foochow) yang dihasilkan menggunakan cara tradisional.     Terminal Penumpang Sibu   Pada satu ketika dulu, Terminal Penumpang Sibu antara tempat yang 'sibuk' di bandar Sibu terutamanya menjelang Gawai Dayak.   Warga kota yang bekerja mencari rezeki di bandar-bandar utama lain mula memenuhi terminal itu seawal 28 Mei setiap bulan untuk balik ke kampung dan rumah panjang di Kapit atau di Song menggunakan bot ekspres bagi merayakan Hari Gawai pada 1 Jun bersama keluarga.   Begitu juga sebaliknya, terminal itu kembali meriah dengan penumpang bot ekspres untuk balik semula ke tempat kerja.   Namun pada masa ini, Terminal Penumpang Sibu begitu 'sepi'. Tiada lagi kelihatan bot-bot ekspres yang menanti dan tiba.   Siapnya jalan dari Sibu ke Song dan Kapit menjadi faktor utama kepada perkhidmatan bot ekspres beransur tidak diperlukan sehingga perkhidmatan bot ekspres Sibu-Kapit yang terakhir adalah pada 14 Januari 2023.   Bagaimanapun terminal itu sentiasa menjadi kenangan bagi mereka yang pernah bergantung kepada perkhidmatan bot ekspres.   Kini Terminal Penumpang Sibu menjadi satu lagi lokasi sejarah bagi bandar Sibu.     Pasar Sentral Sibu   Tidak lengkap berkunjung ke Sibu jika tidak singgah di Pasar Sentral Sibu.   Pasar yang merupakan terbesar di negara ini dengan lebih 1,000 peniaga menjual pelbagai jenis produk tempatan termasuk kraftangan makanan dan minuman.   Dibina pada tahun 1996 dengan kos RM12 juta, pasar itu terus dinaik taraf bagi memudahkan para peniaga dan orang ramai yang berkunjung.   Pasar ini terkenal dengan buah Dabai yang dibawa dari Kapit dan Song dan sering menjadi 'buruan' bagi pengemar buah itu kerana isinya lunak dan dikatakan berbeza dengan Dabai dari bahagian lain di Sarawak.   Setiap kali musim buah-buahan tiba, pasar ini akan menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari luar dan bahagian lain di Sarawak untuk mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan bukan sahaja Dabai tetapi juga buah bermusim lain seperti 'Engkala', Durian, 'Isu', rambutan, 'Pakan' dan sebagainya.   Ada diantaranya sukar didapati di tempat lain.   Selain itu, ayam 'surat khabar' turut menjadi tarikan terutamanya bagi pengunjung luar yang berkunjung ke pasar ini.   Ia seolah-olah pelik bagi mereka yang pertama kali menjejak kaki ke bandar Sibu.   Namun bagi peniaga, ayam yang dibungkus menggunakan surat khabar bukan sahaja memudahkan urusan menjual tetapi jual menekankan konsep kebersihan.   Di aras dua, pengunjung boleh mendapati pelbagai aneka jenis lauk-pauk tempatan dan juga makanan laut yang sudah pastinya berpatutan malah lebih murah jika dibandingkan di tempat lain.   Selain itu, aras dua turut menempatkan kedai-kedai yang menjual pakaian, aksesori dan juga kraftangan.   Pasar ini juga pernah menjadi lokasi persinggahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam jelajah Kembara Kenali Borneo pada tahun 2023.   Baginda diiringi tiga putera baginda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.   Lima lokasi itu hanya sebahagian daripada destinasi yang perlu dilawati jika pertama kali berkunjung ke bandar Sibu.   Masih banyak lagi tapak-tapak sejarah dan tempat menarik yang terdapat di Sibu termasuklah keindahan di sepanjang Sungai Rajang.   Malah Sibu juga menyimpan 1001 peristiwa sejarah semasa era pemerintahan Barat.   Keberanian Rosli Dhoby yang merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British masih segar diingatan warga Sibu.   Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau di Sibu pada 3 Disember 1949.   Rosli akhirnya dihukum gantung pada 2 Mac 1950. Bersamanya, turut digantung adalah rakan seperjuangannya, Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin, dan Bujang Suntong.   Selain sejarahnya, Sibu juga dikenali sebagai pintu masuk wilayah tengah Sarawak.   Terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, Sibu menyaksikan keharmonian masyarakatnya dan kini terus membangun. -EDISI UKAS    

Lihat

news

Premier Sarawak Dikangau Bekunsika Penemu Kuasa Gadung Di Hong Kong

MUKAH: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg madahka iya bisi dikangau bekunsika penemu bekaul kuasa gadung di Hong Kong ti mandangka pengawa Sarawak ngemansangka sektor nya dibasa dunya.  Ku iya, pekara nya bela ngelai Sarawak majak dikelala mayuh.  “Aku berasai gaga laban udah nerima kangau ari Hong Kong meri penemu bekaul enggau chara baru ba pemansang kuasa gadung.  “Dunya diatu udah berengkah ngelala Sarawak nengah pengawa tu,” ku iya maya bejaku ba Pengerami Makai Lemai Pemesai Begulai Enggau Rayat ditu, kena Hari Dua tu tadi.  Kelimpah ari nya, ku Datuk Patinggi Abang Zohari, iya berasai temegah ati laban udah dikangau menua bukai bekunsika penemu Sarawak ngereja ekonomi baru nyengkaum kuasa gadung.  Menua bukai ti udah ngangauka iya bekunsika penemu baka Poland, Belanda, Thailand, Singapura lalu minggu tu iya mega disadang nemuai ngagai Sydney, Australia. “Basa tu nyengenda mandangka penyulut Sarawak nyadi pemungkal ba rantau tu bekaul kuasa gadung lalu ngenegapka agi penuduk Sarawak ba renggat antarabansa," ku iya madah baru. Sebedau pengerami lemai nya, Datuk Patinggi Abang Zohari dibai ngabas Tebing Sungai Balingian.  Ku iya, pemeras perintah nengeri ngemansangka endur nya tauka ngaga Waterfront Balingian nyadi palan ke ditapat temuai di pasar Balingian.   Sama bisi maya nya Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelajar, Inovasyen enggau Pemansang Pengelandik Dato Sri Roland Sagah Wee In, Menteri ba Opis ke mega Kaban Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, Sapit Menteri Utiliti enggau Telekomunikasyen (Telekomunikasyen) Datuk Liwan Lagang, Sapit Menteri Pemansang Mengeri, Pengatur Tanah enggau Pengeraja Asal Datuk Len Talif Salleh, Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Pekara Korporat, Pemadah enggau UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Sapit Menteri ba Opis Premier Sarawak (Undang-undang, Kaul Nengeri-Perintah Besai enggau MA63) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Sapit Menteri Ba Opis Premier Sarawak (Pekara Pengereja Pengawa, Imigresyen enggau Matau Projek) Datuk Gerawat Gala,Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Perambu Ekonomi Enggau Pemansang) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Adminstration) Datu Buckland Bangik, Tuai Sekretari Politik ngagai Premier Sarawak ke mega ADUN Tupong, Fazzruddin Abdul Rahman, ADUN Tellian, Royston Valentine, ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, ADUN Daro Safiee Ahmad, Residen Sitak Mukah Kueh Lei Poh sereta bala pemesai ke bukai.-EDISI UKAS

Lihat
PertamaSebelumnya1461146214631464146514661467146814691470SeterusnyaTerakhir