SUKMA 2024: Hospitaliti Terbaik Diberikan Sarawak

Disiarkan pada 14 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS






BINTULU: Sarawak selaku tuan runah bagi Sukan Malaysia (SUKMA) edisi kali ini telah memberikan hospitaliti yang terbaik kepada para kontinjen yang akan berentap di negeri ini.

Demikian pujian yang diluahkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi ketika ditemui oleh wartawan UKAS semasa menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Melaka dan Pulau Pinang.

"Kami berterima kasih kepada hos iaitu Sarawak kerana telah menyediakan kawasan pertandingan dan hospitaliti yang terbaik dalam acara SUKMA XXI Sarawak 2024," jelasnya.

Usai perlawanan, Daniel Gooi juga berkesempatan melawat Pusat Media SUKMA XXI Sarawak 2024 di Stadium Muhibbah di sini.

Daniel amat berpuas hati dengan persediaan dan fasiliti yang ada di Pusat Media di samping meluangkan masa selama 20 minit dengan petugas media.-EDISI UKAS