Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
雪兰莪苏丹后东姑诺拉西京殿下抵晋 |
古晋:雪兰莪苏丹后东姑诺拉西京殿下周二抵达古晋国际机场,展开为期3天访问行程。 殿下于上午11时50分左右乘坐专机抵达古晋,并获得砂拉越议会议长丹斯里拿督阿玛莫哈末阿斯菲亚的夫人潘斯里拿汀阿玛花蒂玛莫哈末依斯干达的迎接。 东姑诺拉西京殿下按计划于星期三出席在古晋河景酒店举行的2024年婆罗洲工艺博览会和国际大会 (BCG2024)开幕仪式。 当天下午,殿下将参观实蒙谷野生动物中心。 在星期四,殿下计划陆续参观位于婆罗洲高原的马来金锦缎编织工业职业中心(PVI)以及Kek Lapis Warisan有限公司。 当天下午,殿下则展开私人行程,继续参观国际婆罗洲工艺博览会,而晚上则将出席2024年婆罗洲工艺博览会和国际大会晚宴。 东姑诺拉西京殿下将于星期五中午12时40分启程返回雪州。-UKAS刊 |
View |
|
news |
Selangor’s Tengku Permaisuri Arrives In Kuching For Three-Day Visit |
KUCHING: Her Royal Highness Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, safely arrived at Kuching International Airport (KIA) on Tuesday for a three-day visit. The royal arrival, via a special flight at approximately 11:50 a.m., was greeted by the wife of the Speaker of the Sarawak Legislative Assembly, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar. On Wednesday, Tengku Permaisuri Norashikin is scheduled to attend the Opening Ceremony of the Borneo Craft Expo and International Conference 2024 (BCG2024) at the Waterfront Hotel. Later that afternoon, Her Royal Highness is set to visit the Semenggoh Wildlife Centre. On Thursday, the itinerary includes a visit to the Sarapride Songket Industrial Vocational Centre (PVI) at Puncak Borneo Prison, followed by a tour of Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. In the afternoon, she will make a private visit to the Borneo Craft International Expo. In the evening, Her Royal Highness is expected to attend the BCG2024 Dinner. Tengku Permaisuri Norashikin is scheduled to depart on Friday at 12:40 p.m.—UKASnews |
View |
|
news |
MINTRED Laksana Pelbagai Inisiatif Perkukuh PKS dan Koperasi Sarawak |
KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) akan terus melaksanakan pelbagai program dan langkah sokongan bagi membantu perniagaan tempatan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi telah menyumbang 39.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun 2023, dengan RM29.7 bilion atau 17.9 peratus dalam ekonomi Sarawak pada tahun 2022. Justeru tegasnya, PKS dan koperasi perlu bersedia berdepan cabaran berterusan yang menghalang pertumbuhan dan daya saing mereka. “Kos perniagaan yang tinggi akibat kenaikan harga bahan mentah, buruh, dan sewa adalah antara halangan utama," katanya. Beliau berkata demikian melalui teks ucapannya yang dibacakan oleh Penasihat MINTRED, Dato Sri Mohd Naroden Majais semasa Majlis Perasmian Seminar Cabaran Ekonomi: Peluang Kelestarian Perniagaan untuk Koperasi di sini pada Selasa. Datuk Amar Awang Tengah menambah, cabaran tambahan termasuk kekurangan amalan kelestarian dalam aspek Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG), kekurangan hubungan dengan syarikat besar serta kemajuan perlahan dalam pendigitalan operasi perniagaan. “Kami akan terus melaksanakan program seperti Skim Kredit Mikro Sarawak (SKMS), Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS), Graduan Ke Arah Keusahawanan (GERAK), Usahawan Teknikal dan Vokasional (USTEV), serta Program Keusahawanan Digital seperti Go Digital,” jelasnya. Malah MINTRED katanya akan bekerjasama dengan TikTok Shop untuk inisiatif Sarawak Digital Mall, bersama-sama dengan latihan keusahawanan dan program promosi produk. Jelas beliau, sejak tahun 2021, kementerian ini telah meluluskan bantuan kewangan bernilai RM193 juta, memanfaatkan 8,900 usahawan. "Di samping itu, lebih 30,000 usahawan telah menerima sokongan bukan kewangan untuk memperkukuhkan perniagaan mereka melalui usaha pembinaan kapasiti dan promosi produk. "Selain usaha kementerian, agensi persekutuan dan negeri termasuk Bank SME, Amanah Ikhtiar Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MARA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, TEGAS, SDEC, dan STIDC turut menyumbang kepada pembangunan keusahawanan. “Inisiatif-inisiatif ini telah membantu lebih 177,000 usahawan Sarawak dengan jumlah bantuan bernilai RM2.6 bilion,” tambahnya. Turut hadir Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan yang mewakili Setiausaha Tetap MINTRED Connie Christopher Kesa, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Sarawak Norazlan Anuar dan tetamu lain.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Tengku Permaisuri Selangor Berangkat Tiba Di Kuching |
KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada Selasa untuk memulakan lawatan selama empat hari di sini. Keberangkatan tiba Baginda menggunakan pesawat khas kira-kira jam 11.50 pagi disambut oleh isteri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar. Tengku Permaisuri Norashikin dijadual berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Perasmian Ekspo Kraf Borneo dan Persidangan Antarabangsa 2024 (BCG2024) pada Rabu bertempat di Waterfront Hotel. Pada sebelah petang hari yang sama, Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh. Manakala pada Khamis, Baginda dijadualkan berangkat ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket Sarapride bertempat di Penjara Puncak Borneo sebelum meneruskan program ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. Pada sebelah petang pula, agenda kunjungan Baginda ke Kuching diteruskan dengan lawatan persendirian ke Ekspo Antarabangsa Kraf Borneo manakala pada sebelah malam, Baginda berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam BCG2024. Tengku Permaisuri Norashikin dijadualkan berangkat pulang pada Jumaat jam 12.40 tengah hari. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
35 Penjawat Awam Sarawak Sertai Bengkel SCS Scorecard |
KUCHING: Seramai 35 orang penjawat awam Sarawak telah menyertai sesi pemurnian bengkel pengukuran prestasi SCS Scorecard. Sesi tersebut diadakan pada 25 November lepas dan melibatkan pegawai pentadbiran daripada setiap bahagian di Sarawak. Ia bertujuan memperincikan pengukuran yang dicadangkan semasa bengkel pada Oktober agar selaras dengan keperluan sistem penyampaian perkhidmatan di pentadbiran Bahagian Sarawak. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pengurusan Transformasi, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) Datin Siti-Ramah Shariff. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
MINTRED Continues To Support Sarawak SMEs Amid Economic Challenges |
KUCHING: The Sarawak Ministry of International Trade, Industry and Investment (MINTRED) has pledged to continue implementing various programmes and supportive measures, both financial and non-financial, to aid local businesses. This commitment comes as Small and Medium Enterprises (SMEs) remain a critical driver of economic growth, contributing 39.1 percent to Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) in 2023, with a notable RM29.7 billion or 17.9 percent share in Sarawak’s economy in 2022. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, highlighted the ongoing challenges faced by SMEs and cooperatives, which limit their growth and competitiveness. “High business costs due to rising prices of raw materials, labour, and rental fees are among the main hurdles,” he said this through his speech read by his representative, Dato Sri Mohd Naroden Majais during the Official Opening Ceremony of the Economic Challenges Seminar: Business Sustainability Opportunities for Cooperatives on Tuesday. Additional challenges include limited sustainability practices in Environment, Social, and Governance (ESG) areas, a lack of connections with larger firms, and slow progress in digitalising business operations. To address these challenges, Dato Amar Awang Tengah announced a range of support initiatives under the Ministry’s purview. “We will continue to roll out programmes like the Sarawak Micro Credit Scheme (SKMS), Small and Medium Loan Scheme (SPIKS), Graduates Towards Entrepreneurship (GERAK), Technical and Vocational Entrepreneurs (USTEV), and Digital Entrepreneurship Programmes such as Go Digital,” he explained. The Ministry is also partnering with TikTok Shop for the Sarawak Digital Mall initiative, alongside entrepreneurial training and product promotion programmes. Since 2021, the Ministry has approved RM193 million in financial assistance, benefiting 8,900 entrepreneurs. Additionally, over 30,000 entrepreneurs have received non-financial support to strengthen their businesses through capacity-building and product promotion efforts. Beyond the Ministry’s efforts, federal and state agencies, including SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MARA, the Malaysian Cooperative Commission, TEGAS, SDEC, and STIDC, have contributed to entrepreneurial development. “These initiatives have assisted over 177,000 Sarawak entrepreneurs, with a total aid value of RM2.6 billion,” he noted. Also present were Head of the Entrepreneur Development Division, representing the Permanent Secretary, Ministry of International Trade, Industry and Investment (MINTRED) Sarawak, Connie Christopher Kesa, Deputy Director of Malaysian Cooperative Commission Sarawak Branch, Norazlan Anuar and other guests. -UKASnews |
View |
|
news |
Sokong Anak-Anak Masuk TVET |
KANOWIT: Ibu bapa diseru untuk menyokong anak-anak mereka masuk ke sektor pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, ini bagi menyokong pembangunan yang dibawakan oleh Kerajaan Sarawak sebagai hab kemahiran dan teknologi. "Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong anak-anak kita untuk mencapai potensi penuh mereka demi membina negeri Sarawak yang lebih makmur dan berdaya saing," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Hari Kerjaya dan Pendidikan Daerah Kanowit 2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yee Ting di sini pada Sabtu. Tambahnya, pelbagai institusi seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) menyediakan program yang relevan untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. Hal ini terutamanya dengan pendidikan percuma untuk pelajarnya di universiti milik Sarawak pada tahun 2026. Dalam pada itu, Anyi menambah, murid-murid harus mempersiapkan diri untuk merebut peluang dalam bidang yang dibawa oleh Kerajaan Sarawak. "Antaranya ialah sektor tenaga hijau seperti penjanaan tenaga solar dan hidrogen yang kini menjadi keutamaan kerajaan negeri," jelasnya. - EDISI UKAS |
View |
|
news |
Cawangan Perkhidmatan OKU Anjur Seminar Kanak-Kanak Berkeperluan Khas |
KUCHING: Cawangan Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah menganjurkan satu seminar iaitu Seminar Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Penganjuran seminar yang julung kalinya ini telah melabuhkan tirainya pada Jumaat. Objektif seminar ini diadakan bagi memupuk kesedaran orang awam, ibu bapa tentang kepentingan intervensi awal dengan memberikan perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak. Ia juga membolehkan ibu bapa mengetahui dan mengambil tindakan segera sebaik sahaja sesuatu kelewatan perkembangan dikesan atau dikenal pasti dalam proses pertumbuhan seorang kanak-kanak. Difahamkan, penganjuran sulung seminar ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan seramai 300 orang peserta dari kalangan penyelia, petugas-petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), ibu bapa anak-anak berkeperluan khas, guru-guru pendidikan khas dan juga murid-murid berkeperluan khas dari sekitar Kuching, Samarahan dan Serian. Turut diadakan sepanjang seminar ini ialah ceramah dan perkongsian yang diadakan dalam tempoh sehari semalam di samping 12 gerai yang mengambil bahagian dalam pelbagai pameran dan jualan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
JTS Tidak Iktiraf Transaksi Jual Beli Tanah Lot SPK, SPS |
SARIKEI: Jabatan Tanah Dan Survei (JTS) sama sekali tidak akan mengiktiraf mana-mana transaksi jual beli tanah lot Skim Pembesaran Kampung (SPK) ataupun Skim Penempatan Semula (SPS) yang telah diagihkan. Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata, Kerajaan Sarawak membelanjakan peruntukan sebanyak RM150,000 bagi setiap lot SPS dan SPK, meliputi pembangunan jalan berturap, parit konkrit, tembok lot serta bekalan air dan elektrik sejak 2018. "Kerajaan Sarawak telah mengeluarkan peruntukan yang besar bagi menjayakan skim-skim yang telah dirancang serta dilaksanakan di seluruh Sarawak.” Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) bagi Skim Pembesaran Kampung (SPK) Bukit Kinyau, Sarikei di Dewan Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei pada Ahad. Tambahnya, Kerajaan Sarawak amat komited dalam memastikan kesejahteraan rakyat dengan menyediakan lot-lot kediaman yang lebih teratur, selesa serta dilengkapi dengan kemudahan asas seperti jalan raya berturap, sistem perparitan, bekalan air dan elektrik. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu memberitahu, Kerajaan Sarawak juga turut mengekalkan kadar bayaran premium tanah yang rendah, tidak melebihi RM2,500 per lot, dengan pembayaran boleh dibuat secara ansuran tahunan selama 10 tahun. "Inisiatif ini jelas menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kualiti hidup rakyatnya, terutamanya dalam menyediakan kediaman yang lebih baik untuk golongan berpendapatan rendah," ujarnya lagi. Justeru, Datuk Len berharap semoga kemudahan-kemudahan ini dapat dirasai semua rakyat khususnya di kawasan luar bandar. Pada majlis tersebut, seramai 53 orang penerima dari Kampung Bukit Kinyau telah menerima Lesen TOL masing-masing manakala baki 60 lot akan diagihkan pada bila-bila masa. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Tengku Permaisuri Selangor Nemuai Ke Kuching |
KUCHING: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin udah datai ba Padang Bilun Antarabansa Kuching (LTAK) beserimbai program nemuai tiga hari ke Kuching, Hari Dua. Penatai Baginda ngena bilun khas urung 11.50 pagi disambut bini Speaker Kunsil Nengeri (DUN) Sarawak, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohamad Iskandar. Tengku Permaisuri Norashikin dipadahka deka ngulu Pengerami Bejadi Ekspo Kraf Borneo enggau Konferens Antarabansa 2024 (BCG2024) ba Waterfront Hotel ditu, Hari Tiga. Nangkan nya, Baginda deka nemuai ngagai Palan Jelu Siga Semenggoh. Kena Hari Empat, Baginda dipadahka deka nemuai ngagai Palan Vokasional Industri (PVI) Songket Sarapride ba Rumah Jil Kraf Borneo lalu ditangkan enggau program nemuai ngagai Kek Lapis Warisan Sdn Bhd. Ngalihka lemai, tusun pejalai Baginda deka nemuai baru ngagai Ekspo Antarabangsa Kraf Borneo lalu muakka lemai program diteruska enggau pengawa ngulu Pengerami Makai Lemai BCG2024. Tengku Permaisuri Norashikin dipadahka deka mulaika diri kena Hari Lima, pukul 12.40 ngalih hari. -EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1281128212831284128512861287128812891290NextLast |