KUCHING: Seramai 35 orang penjawat awam Sarawak telah menyertai sesi pemurnian bengkel pengukuran prestasi SCS Scorecard.
Sesi tersebut diadakan pada 25 November lepas dan melibatkan pegawai pentadbiran daripada setiap bahagian di Sarawak.
Ia bertujuan memperincikan pengukuran yang dicadangkan semasa bengkel pada Oktober agar selaras dengan keperluan sistem penyampaian perkhidmatan di pentadbiran Bahagian Sarawak.
Turut hadir ialah Ketua Bahagian Pengurusan Transformasi, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) Datin Siti-Ramah Shariff. -EDISI UKAS