Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Replika Bendera Sarawak Daripada Botol Plastik Terpakai, Cerminkan Inovasi & Semangat Patriotik Komuniti UDLP

BELAGA: Inovatif, lestari dan sarat dengan semangat cinta akan negeri. Itulah nilai yang dizahirkan oleh komuniti Uma Daro Liling Padong (UDLP) apabila berjaya menghasilkan replika Bendera Sarawak menggunakan sebanyak 880 botol plastik terpakai, bersempena Sambutan Hari Sarawak 2025 dan penyertaan dalam Anugerah Desa Madani (ADM) 2025. Inisiatif kreatif ini yang digerakkan sepenuhnya oleh Biro Wanita UDLP bukan sahaja menyerlahkan kreativiti komuniti luar bandar, malah menyampaikan mesej jelas mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dan pengamalan gaya hidup mampan melalui aktiviti kitar semula. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Datuk Liwan Lagang berkata, usaha tersebut mencerminkan kecintaan mendalam penduduk terhadap negeri Sarawak di samping keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar. “Inovasi mereka dalam menghasilkan replika Bendera Sarawak amat mengagumkan dan mencerminkan rasa cinta serta kesetiaan terhadap negeri. “Usaha untuk menceriakan dan menjaga kebersihan persekitaran rumah panjang wajar diberi perhatian kerana ia mewujudkan suasana sihat selain menerapkan nilai kebersihan kepada generasi muda. “Pendidikan bermula di rumah bersama keluarga. Ini juga satu bentuk patriotisme. Tahniah dan syabas kepada ibu-ibu UDLP,” katanya. Sementara itu, Ketua Biro Wanita UDLP, Alice Laing memaklumkan bahawa proses penghasilan replika tersebut mengambil masa hampir seminggu, bermula dengan pengumpulan, pencucian dan pewarnaan botol mengikut warna rasmi Bendera Sarawak sebelum disusun membentuk struktur berskala besar. “Kami memilih untuk menggunakan botol plastik terpakai sebagai bahan utama bagi membuktikan bahawa barangan yang sering dianggap sebagai sisa sebenarnya mempunyai potensi besar jika dimanfaatkan secara kreatif. “Selain menyemarakkan sambutan Hari Sarawak, inisiatif ini turut menjadi medium pendidikan komuniti mengenai kepentingan amalan kitar semula,” jelasnya. Ujarnya lagi, usaha ini juga memberi nilai tambah kepada pendidikan tidak formal dalam kalangan penduduk, khususnya generasi muda, untuk lebih peka terhadap penjagaan alam sekitar serta menanam semangat cinta akan negeri. Dalam pada itu, Ketua Kampung atau Maren Uma Huvang Liah menyifatkan inisiatif tersebut sebagai pencetus kesedaran dalam kalangan penduduk kampung untuk lebih prihatin terhadap pemuliharaan alam sekitar. “Penggunaan botol terpakai bagi menghasilkan bendera ini memberikan mesej jelas kepada komuniti tentang kepentingan kitar semula dalam kehidupan seharian. “Ia turut mengurangkan pembaziran bahan dan membuktikan bahawa dengan sedikit kreativiti, bahan buangan boleh diberikan nafas baharu. “Di samping itu, ia melambangkan semangat patriotik dalam menyambut Hari Sarawak pada 22 Julai serta kesiapsiagaan komuniti menghadapi penilaian ADM tidak lama lagi,” katanya. –EDISI UKAS

View

news

RM11 Juta Diperuntuk Bina Semula Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Debak

DEBAK: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasa sistem kesihatan luar bandar apabila memperuntukkan sebanyak RM11 juta bagi pembinaan semula Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Debak. Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam, semasa merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Warisan Sarawak 2025 anjuran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di Rumah Panjang Jembat, Ulu Dit, pada Jumaat. Menurut beliau, bangunan klinik sedia ada yang dibina pada tahun 1973 kini berada dalam keadaan uzur dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan jangka panjang. “Bangunan asal hampir 99 peratus diperbuat daripada kayu. “Sekarang tiba masanya kita sediakan kemudahan kesihatan yang lebih selamat, selesa dan moden, sejajar dengan matlamat pembangunan Sarawak menjelang 2030,” katanya. Beliau menegaskan bahawa pembinaan semula fasiliti ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat, malah turut meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk luar bandar. Datuk Mohammad Razi menyatakan harapan agar peruntukan tersebut akan disalurkan secara efisien melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan projek pembinaan dapat dilaksanakan secepat mungkin dengan reka bentuk bangunan yang sesuai dan praktikal. Dalam majlis tersebut, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ILKKM dan seluruh warga kesihatan yang menjayakan penganjuran karnival secara inklusif melibatkan penyertaan jururawat, pembantu perubatan serta pelajar kesihatan dari pelbagai kaum dan latar belakang termasuk dari Semenanjung Malaysia yang bermalam di rumah panjang bersama penduduk. “Program seperti ini adalah bentuk “pendekatan mesra rakyat” yang bertepatan dengan misi kerajaan negeri melalui pelaksanaan program outreach, yang memfokuskan kepada penglibatan komuniti secara langsung dalam soal kesihatan dan kesejahteraan hidup. “Sarawak sentiasa mengambil berat soal kesihatan masyarakat. Pembangunan infrastruktur tidak akan bermakna jika rakyat kita sakit dan tidak berdaya. Sebab itu kerajaan negeri sangat serius dalam hal ini,” ujar beliau lagi. Karnival Gaya Hidup Sihat Warisan Sarawak 2025 turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah kesihatan awam, pameran interaktif dan demonstrasi kecemasan, yang memberi manfaat langsung kepada penduduk sekitar Ulu Dit. Kehadiran masyarakat pelbagai kaum termasuk Iban, Melayu dan Cina menyerlahkan semangat perpaduan dan keterbukaan dalam menjayakan agenda kesihatan bersama. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Betong Dato Dr. Richard Rapu, Pengarah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Kuching Musaropah Sapihis, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Semawi Mohamad, Penolong Tadbir Menguasa, Pejabat Daerah Kecil Debak Mohamad Khairurani Mohamad Ibrahim, dan Tuai Rumah Jembat Meramat.-EDISI UKAS

View

news

Karnival Kesihatan Dekatkan Perkhidmatan Kepada Komuniti Rumah Panjang

DEBAK: Karnival Kesihatan: Gaya Hidup Sihat, Warisan Sarawak yang diadakan di Rumah Panjang Jembat, Dit Ulu, Debak merupakan bukti nyata pendekatan kerajaan dalam memperluas capaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat luar bandar. Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu, berkata karnival tersebut bukan sekadar program kesihatan biasa, malah mencerminkan transformasi dasar kesihatan luar bandar apabila pelbagai perkhidmatan utama seperti saringan kesihatan, rawatan pergigian, vaksinasi, senamrobik dan ceramah pemakanan dibawa terus ke halaman rumah panjang. “Pendekatan sebegini adalah simbol komitmen kerajaan untuk memastikan tiada rakyat luar bandar yang terpinggir daripada maklumat dan akses kesihatan. “Kita mahu rakyat Sarawak, walau di mana mereka berada, menerima perkhidmatan setara dengan di bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis perasmian karnival yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam, di sini pada Jumaat. Dato Dr. Richard turut menekankan kepentingan intervensi awal dan promosi gaya hidup sihat, berbanding hanya merawat apabila sakit, agar masyarakat luar bandar dapat membina daya tahan kesihatan fizikal, mental dan rohani yang kukuh. Katanya lagi, pemilihan Rumah Panjang Jembat sebagai lokasi program membawa simbolik yang kuat terhadap usaha kerajaan mendekati rakyat hingga ke peringkat akar umbi. Karnival ini juga melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan institusi termasuk Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, RELA, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelatih Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Primer, yang bertindak sebagai penggerak utama program. Menariknya, tema karnival “Gaya Hidup Sihat: Warisan Sarawak” turut mengangkat nilai budaya masyarakat Iban seperti semangat kekeluargaan, amalan gotong-royong dan pemakanan tradisional yang sihat — selari dengan objektif mempromosikan kesihatan dalam konteks tempatan. Karnival ini membuktikan bahawa kesihatan bukan lagi hak eksklusif masyarakat bandar, sebaliknya kini dibawa terus ke pangkuan komuniti luar bandar menerusi kerjasama bersepadu pelbagai pihak, sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak dalam membina negeri yang sihat, sejahtera dan inklusif menjelang 2030.-EDISI UKAS

View

news

RM11 Million Allocated To Rebuild Maternal & Child Health Clinic In Debak

DEBAK: The Sarawak Government remains steadfast in strengthening rural healthcare services with a funding allocation of RM11 million for the complete reconstruction of the Maternal and Child Health Clinic in Debak. The announcement was made by Deputy Minister for Community Wellbeing Development and Saribas Assemblyman, Datuk Mohammad Razi Sitam, during the launch of the Sarawak Heritage Healthy Lifestyle Carnival 2025. The event was organised by the Ministry of Health Malaysia’s Training Institute (ILKKM), in collaboration with the Ministry of Health (MoH), and held at Rumah Jembat, Ulu Dit, on Friday. According to Datuk Razi, the current clinic building, constructed in 1973, is in a dilapidated condition and no longer suitable for long-term use. “The original building is made almost entirely of timber—about 99 per cent. “It is now time we provide a safer, more comfortable, and modern healthcare facility, in line with Sarawak’s development vision towards 2030,” he said. He emphasised that rebuilding the facility would not only benefit the local community but also enhance the efficiency of healthcare service delivery for rural populations. Datuk Razi expressed his hope that the funds would be channelled efficiently through the Betong Division Development Agency (BDDA), and that the construction project could begin as soon as possible with a building design that is both suitable and practical. During the event, he also extended his appreciation to ILKKM and the healthcare personnel involved in organising the inclusive carnival, which brought together nurses, medical assistants, and healthcare students from diverse backgrounds, including those from Peninsular Malaysia, who stayed overnight in the longhouse with the local residents. “Programmes like this reflect a ‘people-friendly approach’, perfectly aligned with the state government’s outreach initiatives, which prioritise direct community engagement in matters of health and wellbeing. “Sarawak places great importance on the health of its people. Infrastructure development is meaningless if our people are unwell and unable to thrive. That is why the state government takes this matter very seriously,” he added. The Sarawak Heritage Healthy Lifestyle Carnival 2025 featured a variety of activities including free health screenings, public health talks, interactive exhibitions, and emergency response demonstrations—offering tangible benefits to the residents of Ulu Dit. The participation of various communities including the Iban, Malay, and Chinese further underscored the spirit of unity and inclusivity in advancing shared public health goals. Also present were Betong Member of Parliament, Dato Dr Richard Rapu, Director of ILKKM Kuching, Musaropah Sapihis, Director of the Sarawak Social Welfare Department, Semawi Mohamad, Assistant Administrative Officer from the Debak Sub-District Office, Mohamad Khairurani Mohamad Ibrahim and Tuai Rumah Jembat Meramat. -UKASnews

View

news

Sarawak Flag Replica Made From Recycled Plastic Bottles Showcases UDLP Community’s Innovation & Patriotism

BELAGA: Innovative, sustainable, and filled with heartfelt love for the state, these are the values reflected by the community of Uma Daro Liling Padong (UDLP), who successfully created a replica of the Sarawak Flag using 880 used plastic bottles. The project was carried out in conjunction with the Sarawak Day 2025 celebration and the community’s participation in the Anugerah Desa Madani (ADM) 2025. This creative initiative, fully led by the UDLP Women’s Bureau, not only highlights the ingenuity of a rural community but also delivers a clear message on the importance of environmental sustainability and practising a greener lifestyle through recycling. Deputy Minister for Utility and Telecommunication, who is also the Belaga Assemblyman, Datuk Liwan Lagang, praised the effort, saying it reflects the community’s deep love for Sarawak and their concern for environmental preservation. “Their innovative work in producing this replica of the Sarawak Flag is truly impressive and reflects their love and loyalty for the state. “The effort to beautify and maintain the cleanliness of the longhouse environment deserves recognition, as it creates a healthy atmosphere and instils the value of cleanliness in the younger generation. “Education begins at home with the family. This too is a form of patriotism. Congratulations and well done to the mothers of UDLP,” he said. Meanwhile, UDLP Women’s Bureau Chairperson Alice Laing shared that the process of creating the replica took nearly a week. It began with collecting, cleaning, and painting the bottles in the official colours of the Sarawak Flag before arranging them into a large-scale structure. “We chose to use recycled plastic bottles as the main material to demonstrate that what is often considered waste can actually have great potential when creatively repurposed. “Beyond enlivening the Sarawak Day celebration, this initiative also serves as a platform for community education on the importance of recycling practices,” she explained. She added that the project also contributes to informal education among residents, particularly the younger generation, by nurturing environmental awareness and cultivating a love for the state. At the same time, Village Chief (Maren Uma) Huvang Liah described the initiative as a catalyst for raising awareness among villagers about the importance of environmental conservation. “Using discarded bottles to create this flag sends a clear message to the community about the role of recycling in daily life. “It also helps reduce material waste and shows that with a little creativity, discarded items can be given a new lease of life. “Furthermore, it symbolises the community’s patriotic spirit in celebrating Sarawak Day on 22 July, while demonstrating their readiness ahead of the ADM evaluations,” he added. -UKASnews

View

news

Tambah Penuduk DUN Sarawak Ngaul ADUN Dulu

KUCHING: Pengawa nambah ke penuduk ti deka dibantai di baruh  Rang Undang-Undang (RUU) Kunsil Nengeri (DUN) (Komposisi Keanggotaan) 2025 ba Aum DUN Sarawak, Hari Satu tu deka ngaul Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) dulu.   Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah madah, pengawa nambah penuduk ADUN patut digaga diatu pemgudah kepenudi diadu 11 taun ti udah.   Taja empai digaga ba renggat Parlimen kandang diatu, iya nerangka pengawa nya deka ngerandang jalai ngagai Komiti Besai Pengawa Bepilih (SPR) nentuka sitak adan menua ungkup penuduk Parlimen ti baru.   “Sekali tu ukai nambah penuduk Parlimen, tang nambah ba renggat  Sarawak lalu lebuh DUN Sarawak udah ngemendarka nya, ba penemu aku, nitih pematut, Parlimen mega patut ngemendarka nya.   “Tu bepanggai ba SPR nentuka dini penuduk tu patut ditambah lalu baka ni ngadu adan nya laban aku pechaya SPR udah bejalaika tungkap sida pengudah Pengawa Bepilih Besai Nengeri (PRN) nyin tadi," terang iya.   Iya nerang pekara nya lebuh dirandau pemberita pengudah ngulu Aum Pre-Council serimbai Aum Khas DUN Sarawak, di Indu Opis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, ditu, kena Hari Enam.   Tambah Tuai Pemadah PBB Sarawak nya, penyampau pengundi ti nambah ngenyit kenyau 2018 ngasuh perambu nambah penuduk DUN patut diadu ti udah lama dilanjar.   Ngenang engka jurai nya dibai ke Parlimen tumu dalam Ogos, iy nerangka nya agi peragam aja tang nyemetak madah ke perambu nya nipak ke pengawa Sarawak nagih pulai hak ba Sempekat Malaysia 1963 (MA63), nyengkaum nambah penuduk Parlimen.   “Aku ngasai ke pekara tu agi peragam jam ke diatu, tang kitai mega udah lama minta penyampau penuduk Parlimen ditambah.   “Kitai mega nagih hak kitai ba MA63 diberi pulai lalu pekara tu (tambah penuduk ADUN) engka deperati nyadi siti ari pengawa nuju pengawa nya, laban dikena nambah penuduk Parlimen, tu mega patut nengah pengawa nambah penyampau penuduk ba renggat nengeri," ku iya nyemetak-EDISI UKAS    

View

news

Waspada Penipuan Guna Nama Jabatan Pertanian Sarawak

KUCHING: Jabatan Pertanian Sarawak menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meminta sebarang bayaran atau maklumat peribadi melalui pihak ketiga mahupun komunikasi peribadi. Pengarahnya, Dominic Chunggat berkata, semua urusan rasmi jabatan hanya dijalankan melalui saluran yang sah dan diiktiraf. Menurutnya, jabatan tersebut telah menerima aduan berkaitan penyalahgunaan nama dan identiti jabatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan. “Pihak yang tidak bertanggungjawab ini dilaporkan menggunakan nama, logo, rasmi dan dokumen yang menyerupai Jabatan Pertanian Sarawak bagi tujuan memancing mangsa untuk menyerahkan maklumat peribadi, membuat pembayaran, atau terlibat dalam urusan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Sehubungan itu, Dominic menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon, mesej atau surat yang mencurigakan dan sentiasa membuat pengesahan melalui pejabat Jabatan Pertanian Sarawak berhampiran atau saluran rasmi jabatan sebelum membuat sebarang urusan. Beliau turut menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang percubaan penipuan kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau terus kepada pihak jabatan. “Pihak kami memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani isu penipuan dan melindungi kepentingan orang awam,” ujarnya lagi. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan menerusi talian 082-441000, e-mel ke webmaster@doa.sarawak.gov.my atau layari doa.sarawak.gov.my.-EDISI UKAS

View

news

Penyiapan Dewan Kampung Lunying Lambang Komitmen Kerajaan Perkasa Luar Bandar

SEBUYAU: Penduduk Kampung Lunying di sini kini menikmati kemudahan serba baharu dengan perasmian rasmi dewan kampung yang telah siap dinaik taraf, sekali gus menjadi mercu tanda pembangunan komuniti setempat. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, projek menaik taraf dewan tersebut menelan kos sebanyak RM400,000 bertujuan menyediakan ruang serbaguna bagi pelbagai kegunaan masyarakat termasuk mesyuarat, program sosial, aktiviti pendidikan dan acara kebudayaan. Beliau menjelaskan pembangunan infrastruktur seperti ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan kawasan luar bandar. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Dewan Kampung Lunying, di sini, pada Khamis. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu menambah usaha ini juga selaras dengan matlamat untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memperkukuh kesejahteraan komuniti. “Dewan ini bukan sahaja simbol kemajuan fizikal, tetapi juga ruang penyatuan masyarakat untuk terus maju bersama,” katanya. Hadir sama, wakil Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an, Pegawai Daerah Sebuyau Ayuradiman Bujang, Tuai Rumah Kampung Lunying Gindi Achang serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS  

View

news

Enam Ketua Kaum Terima Watikah Pelantikan Bagi Kawasan DUN Simanggang

SRI AMAN: Seramai enam Ketua Kaum baharu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang menerima watikah pelantikan rasmi dalam majlis ringkas diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, di sini, pada Khamis. Hadir menyempurnakan majlis penyerahan berkenaan ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis. Enam Ketua Kaum yang dilantik adalah Tr Jackson Michael Jein bagi Kampung Sungai Putong, Tr Fenner Baily bagi Kampung Sengelau, Tr Thomas Ade bagi Kampung Resak, Tr John Jimbun bagi Kampung Entawa Ili, Tr Peter Bunya bagi Kampung Empadi Batu Anchau dan Tr Glinie Michelle Daylie bagi Kampung Liu C. Datuk Francis Harden yang juga ADUN Simanggang dalam amanat menegaskan bahawa pelantikan ini mencerminkan kepercayaan Kerajaan Sarawak terhadap Ketua Kaum sebagai pemimpin akar umbi. Beliau menekankan bahawa mereka harus menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat dengan kerajaan. “Ketua Kaum perlu sentiasa bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan kepimpinan masyarakat seperti Penghulu, Pemanca dan Temenggong untuk memastikan tadbir urus di rumah panjang dan kampung berjalan lancar,” ujar beliau. Sementara itu, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang mengingatkan bahawa Ketua Kaum memainkan peranan penting dalam menyelesaikan pertikaian adat, membantu pendaftaran kelahiran dan kematian, mengetuai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta menyokong pelaksanaan program pembangunan dan kebajikan kerajaan. Hadir sama, wakil Residen Bahagian Sri Aman Mohamad Hafiz Kipli, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sri Aman Joshua Martin Jantan, Penolong Pegawai Tadbir Sandin Ajah dan Ketua Masyarakat Iban Daerah Sri Aman Pemanca Denneil Saweng. -EDISI UKAS  

View

news

Kuching Mayors Pay Courtesy Call To Malaysian Ambassador In Vienna

AUSTRIA: Mayor of Kuching South City Council, Dato Wee Hong Seng together with Mayor of Kuching North City Hall, Dato Hilmy Othman, paid a courtesy call to Ambassador and Permanent Representative of Malaysia to the United Nations and International Organisations in Vienna, Ikram Mohammad Ibrahim. According to a statement, the meeting took place in conjunction with their participation in the World Cities Summit (WCS) Mayors Forum held in Vienna, Austria. “During the courtesy call, both Mayors exchanged views with Ambassador Ikram on enhancing bilateral cooperation between Sarawak and Austria, particularly in the areas of sustainable urban development and economic partnership. “The discussion centred on exploring opportunities for knowledge-sharing and collaboration, especially in areas where Vienna has demonstrated global leadership,” it said on Thursday. In the statement, one of the key highlights of the meeting was Vienna's exemplary flood mitigation system, which underscores the importance of long-term investment in infrastructure and preparedness to address climate change-related risks. “Both Mayors expressed their interest in studying how such best practices could be adapted to Kuching’s local context to strengthen urban resilience. “Also discussed was Vienna’s success in turning municipal waste into energy through advanced incineration facilities, which currently supply power to approximately 50,000 Viennese households. “The initiative exemplifies how innovative waste management can contribute to clean energy goals and circular economy efforts—an approach both Mayors are keen to explore in shaping Kuching into a greener and more sustainable city,” the statement said. Both Mayors expressed their appreciation to the Ambassador for the insightful engagement and reaffirmed the commitment of both city councils to strengthen ties with international partners in pursuit of sustainable and inclusive urban transformation. -UKASnews  

View
FirstPrevious1101110211031104110511061107110811091110NextLast