Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Karnival Sukan MYSED Dorong Amalan Gaya Hidup Sihat

KUCHING: Karnival Sukan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) menjadi platform kepada warga kerja kementerian mengamalkan gaya hidup sihat melalui penyertaan aktif dalam aktiviti sukan. Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penglibatan dalam karnival seperti ini bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan tubuh badan, malah memupuk budaya bersukan dalam kalangan penjawat awam. "Apabila kita bersukan, sama ada dari kementerian atau Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), secara langsung kita mengamalkan gaya hidup sihat. Untuk bertanding, mesti ada sesi latihan. "Dari situ, secara tidak langsung kita menjaga pemakanan dan berat badan seperti atlet,” katanya semasa Majlis Jamuan Hi-Tea sempena karnival berkenaan di Perkampungan Sukan Sarawak (SSV), di sini pada Ahad. Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak mencadangkan agar karnival ini diteruskan pada masa akan datang dan diperluas pelaksanaannya ke kawasan lain seperti Sibu, Bintulu dan Miri. Katanya, penganjuran di lokasi lain boleh dilaksanakan menerusi geran daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Dalam pada itu, pasukan Hornbill Xtroopers 13 yang diwakili agensi SSC dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MYSED 2024. Turut hadir, Timbalan Menteri MYSED, Datuk Dr Ripin Lamat, Setiausaha MYSED, Morshidi Frederick serta tetamu kehormat lain.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Alta Moda Musical Soirée 2 Angkat Kraf Tempatan ke Persada Antarabangsa

KUCHING: Gabungan seni, muzik klasik dan rekaan fesyen tempatan menyerlahkan keunikan Alta Moda Musical Soirée 2, yang berlangsung di Hotel Waterfront pada Ahad. Acara anjuran Prodigy dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) itu bukan sekadar pertunjukan seni, malah menjadi medan pendedahan kepada bakat muda tempatan dalam industri kasut berinspirasi couture. Melalui kerjasama strategik bersama Kursus Artisan Kasut CENTEXS dan Tradisi Busana PR Sdn Bhd, acara ini memperlihatkan bagaimana elemen ketukangan tempatan dipadukan dengan persembahan opera klasik seperti Aria Puccini dan fesyen couture, sekali gus mengetengahkan nilai estetika dan kelestarian dalam produk seni. Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Dato Syeed Wohd Hussien Wan Abdul Rahman berkata, aspirasi pihaknya bukan sahaja menjurus kepada teknologi moden seperti kecerdasan buatan dan robotik, malah merangkumi pemerkasaan industri kasut tempatan. “Menerusi pertemuan dengan Profesor Jimmy Choo pada 2022, tercetus idea penubuhan akademi kasut berinspirasikan couture yang pertama seumpamanya di dunia. “Hasilnya, kita telah menghantar hampir 40 pelajar ke luar negara termasuk ke Indonesia dan Itali bagi mendalami ilmu secara langsung dalam industri ini,” jelas beliau. Menurutnya, pengalaman sebenar di lapangan memberi impak lebih besar berbanding teori semata-mata, selari dengan pendekatan holistik CENTEXS dalam pembangunan bakat. Acara turut diserikan dengan penampilan istimewa penyanyi dan Miss World Talent 2014, Dewi Liana Seriestha serta Miss World Malaysia 2018, Larissa Ping, yang memperagakan koleksi kasut eksklusif rekaan Zamida Khadijah Abdul Wahed di bawah jenama Ida Hanicomb. Alta Moda Musical Soirée 2 membuktikan bahawa apabila seni dan latihan kemahiran digabungkan secara kreatif, ia mampu melahirkan produk bernilai tinggi yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.-EDISI UKAS  

Lihat

news

The Masterpiece Pamer Taring Dalam Liga Novis Megalanes Sarawak

KUCHING: Pasukan The Masterpiece melaungkan amaran awal kepada pencabar lain yang bersaing dalam Liga Novis Megalanes Sarawak apabila berjaya menduduki carta kedudukan tiga teratas. Dalam aksi minggu kedua di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa, pasukan diwakili Adrian Law, Kathleen Cherinie dan Timothy Umpi itu berjaya menjinakkan lawannya dengan kemenangan 20-0. Kemenangan bergaya ini membolehkan mereka memperoleh 36.50 mata Peterson, menjadikan jumlah mata keseluruhan dikumpul mereka setakat ini sebanyak 67.66. Strike Force dan Wonder Women pula masih mengekalkan kedudukan masing-masing di tempat pertama dan kedua selepas menewaskan lawan mereka. Namun begitu, kedudukan Strike Force kini terancam kerana Wonder Women hanya ketinggalan 0.88 mata Peterson di belakang mereka. Kamaludin Sibang dari Strike Force berjaya meraih kedudukan pertama dalam kategori Individual High Series (Scratch) dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 714. Sementara itu, rakan sepasukannya, Mohd Zulkifli Rahmad meraih kedudukan dalam kategori Best Senior (Handicap) dengan 641 jatuhan pin. Ini membawa pasukan mereka di kedudukan kedua dalam kategori Team High Series (Scratch) dengan 1916 jatuhan pin. Sementara itu, pasukan Wonder Women yang menampilkan persembahan hebat oleh Sarina Salleh, Lily Ubong Jalong dan Azean Arbi berjaya meraih kedudukan pertama dalam kedua-dua kategori Team High Game (Handicap) and Team High Series (Scratch), masing-masing dengan jatuhan 518 dan 1970 pin. Halina Ismawi dari pasukan D’Cops meraih kedudukan pertama dalam kategori Individual High Game (Handicap) dengan 208 jatuhan pin. Pasukan yang menduduki tempat keempat hingga ke-16 ialah PTBPNS 1, Rollin’ Strike, D’Cops, PTBPNS 2, Pinhead, Leadies Bowler III, Ahjin Guild, SSC X MYSED, Split Bowlers, SDO Mixed, Zero Strike, Panthers Bowlers dan Nyo Bowlers KRMK. - EDISI UKAS  

Lihat

news

DBKU Bulih Anugerah Rosa Sinensis 2025 Serimbai Hari Landskap Menua

JOHOR: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) nurai penyulut lebuh dipadu nyadi penerima Anugerah Rosa Sinensis 2025 serimbai Hari Landskap Menua, ti diatur ba Pasir Gudang, Johor kena Hari Enam.   DBKU ti keterubah ngambi bagi ba anugerah tebilang diatur Opis Landskap Menua (JLN) nya nempa pemujur lebuh Taman Botani Sarawak diaku entara lima penerima ba kategori taman mensia mayuh.   Ku penerang DBKU, dua taman udah dianjung bepekit iya nya Taman Perpaduan, Petra Jaya enggau Taman Botani Sarawak, Kuching, bela mandangka langkar landskap bisi guna, manah ke rampa menua enggau mandangka elemen lokal.   “Pemujur tu ukai semina mandangka pengeransing DBKU negapka pemansang landskap bisi kualiti aja, tang nyadi peransang ngerembaika agi pengawa nuju mengeri gadung, meruan enggau lantang nipakka juluk Malaysia Madani enggau Polisi Landskap Menua 2020–2030,” ku penerang nya.   Ari 25 penyereta ti diterima ari mayuh agensi enggau organisasyen ba selampur menua, semina lima aja dipilih nyadi penerima Anugerah Rosa Sinensis 2025, iya nya DBKU; Majlis Bandaraya Pasir Gudang; Majlis Daerah Maran; 101 Properties Sdn. Bhd. enggau Setia Frontainer Sdn. Bhd.   Pengawa nyua ke anugerah udah dipenyadika Sapit Sekretari Opis Menteri Pengawa Berumah enggau Perintah Lokal, Zulkeflee Sulaiman.   DBKU diari ke Direktor, Ramzi Abdillah, begulai enggau Pemangku Sapit Direktor Opis Servis Pemansang enggau Landskap, Maggie Tomeng; Tuai Unit Landskap, Mohamad Benjamin Julaihi Khan; enggau Pengatur Arkitek Landskap, Evie Izzati Bohari.   Anugerah Rosa Sinensis nya dikena Opis Landskap Menua ngaku penyulut ba pemansang, pengawa ngatur enggau ngintu landskap bisi kualiti ba Malaysia.   Anugerah nya mega nyadi pelasar meransang inovasyen langkar landskap, pengawa ngintu meruan sereta bekenaka elemen gadung lokal ba pemansang landskap menua.   Taman Botani Sarawak, ti diintu DBKU, diaku ketegal langkar landskap ti mandangka biodiversiti lokal, sistem ekologi meruan enggau ngena chara setipak enggau rampa menua asal, seraris agenda mengeri gadung enggau pemeruan rampa ngelingi.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam Tiba Di Kuching Untuk Lawatan Kerja Rasmi

KUCHING: Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Yusof, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada malam Ahad bagi rangka kerja rasmi di Kuching. Ketibaan beliau pada jam 8.50 malam Ahad disambut oleh Konsul Agung Negara Brunei Darussalam Sheikh Abdul Mahdani Datuk Paduka Sheikh Abdul Gani. Turut mengiringi beliau dalam lawatan ini ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Brunei Darussalam, Pengiran Datin Paduka Shazainah Pengiran Dato Paduka Shariffudin, bersama dua pegawai kementerian, Syamin Nabilah Daud dan Dayangku Nor Zaidah Pengiran Shahminan. Dalam atur cara lawatan kerja tersebut, Dato Seri Setia Erywan dijadual mengadakan pertemuan rasmi bersama Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Pertemuan ini dijangka membincangkan peluang kerjasama dua hala antara Sarawak dan Brunei Darussalam dalam bidang pelaburan, perdagangan rentas sempadan dan pembangunan ekonomi serantau. Lawatan ini mencerminkan hubungan diplomatik yang erat antara Brunei Darussalam dan Sarawak, sekali gus memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Sarawak Full Gospel Church Bintulu Terima RM250,000 Daripada UNIFOR

BINTULU: Sarawak Full Gospel Church Cawangan Bintulu hari ini menerima sumbangan sebanyak RM250,000 daripada Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dalam satu majlis penyerahan cek yang diadakan di gereja berkenaan, di sini pada Ahad. Penyerahan cek disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak gereja atas peranan yang dimainkan dalam memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat. "Sumbangan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyokong pembangunan institusi keagamaan bukan Islam di negeri ini,” katanya. Menurut beliau, kerajaan sentiasa memahami keperluan gereja dan badan keagamaan lain dalam usaha menambah baik kemudahan serta prasarana mereka. Beliau turut berharap agar peruntukan tersebut dapat dimanfaatkan untuk kerja-kerja penaiktarafan bangunan serta memperkasa peranan gereja dalam memenuhi keperluan rohani dan sosial masyarakat.-EDISI UKAS  

Lihat

news

Ngiling Bidai Daerah Gedong 2025 Cerminan Perpaduan dan Pemeliharaan Budaya

KUCHING: Majlis Ngiling Bidai sempena penutupan Sambutan Gawai Dayak Daerah Gedong Tahun 2025 yang diadakan di Hotel Raia Kuching pada Ahad, menjadi platform penting memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum serta memperkasakan usaha pemeliharaan budaya dan warisan etnik Dayak di Sarawak. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menegaskan bahawa majlis tersebut bukan sekadar acara penutup Gawai, tetapi mencerminkan nilai-nilai yang menjadi kekuatan kepada Sarawak. “Majlis ini bukan sekadar acara penutup Gawai, tetapi merupakan satu lambang penghargaan terhadap hasil tuaian, simbol kekeluargaan, dan kekuatan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Sarawak,” katanya dalam teks ucapan rasmi yang dibacakan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee semasa majlis tersebut. Menurut beliau, penganjuran majlis sedemikian mempunyai objektif yang jelas iaitu menyatakan penghargaan atas hasil tuaian dan menzahirkan rasa kesyukuran, memupuk semangat kekeluargaan dan perpaduan, memelihara serta memartabatkan adat dan budaya Dayak agar tidak lenyap ditelan zaman, selain menyokong agenda pembangunan luar bandar secara menyeluruh dan inklusif. Premier Sarawak menambah, penglibatan 55 buah kampung meliputi Zon Ulu, Zon Pangkor dan Zon Proper menunjukkan semangat kerjasama dan komitmen tinggi masyarakat dalam menjayakan majlis berkenaan. Di samping itu, beliau turut menyeru semua pihak untuk terus memupuk semangat toleransi, saling menghormati serta bekerjasama demi kemajuan negeri yang makmur dan sejahtera. Dalam majlis yang penuh warna-warni budaya itu, hadirin turut mengambil kesempatan menzahirkan doa dan penghormatan kepada isteri kepada Premier Sarawak, Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 Jun lalu. Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Ngiling Bidai Daerah Gedong 2025, Dato Sri Mohd. Naroden Majais; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris; Residen Bahagian Samarahan, Mohd Irwan Bahari Bujang; Pegawai Daerah Gedong, Tamida Da’adi serta barisan Temenggong Bahagian Samarahan iaitu Temenggong Mohad @ Geoffrey Mamat Kuchai (Iban), Temenggong Chek Bujang (Melayu) dan Temenggong Liew Shark Sen (Cina).-EDISI UKAS  

Lihat

news

DESKTOP ASSESSMENT AKPANS 2025 DIKENDALIKAN SECARA TELUS DAN BERSTRUKTUR

MIRI – Desktop Assessment bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 sedang dilaksanakan secara menyeluruh dan profesional, melibatkan seramai 39 panel penilai daripada pelbagai bidang kepakaran. Proses ini dikendalikan oleh Sekretariat AKPANS di bawah penyelarasan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Jabatan Premier Sarawak. Penilaian memberi tumpuan kepada pencapaian amalan terbaik agensi Kerajaan dalam aspek tadbir urus, keberkesanan perkhidmatan dan pelaksanaan inovasi. Bagi menjamin ketelusan, keseragaman dan kebolehpercayaan keputusan, proses rasionalisasi skor turut dilaksanakan sebagai mekanisme kawalan kualiti. Agensi yang mencapai tahap prestasi cemerlang akan disenarai pendek ke peringkat lawatan tapak iaitu fasa verifikasi terhadap pelaksanaan sebenar di lapangan. AKPANS terus menjadi platform strategik Kerajaan Sarawak dalam memperkasa budaya kecemerlangan, akauntabiliti dan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam.

Lihat

news

2025年日廊县卷席仪式展现团结与文化传承精神

古晋:2025年日廊县达雅节卷席闭幕仪式于周日在古晋Raia酒店举行,这项活动不仅是节日的闭幕仪式,更成为加强多元种族社会团结、推动砂拉越达雅族文化与遗产传承的重要平台。 砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士强调,这场活动不仅是达雅节的闭幕,更体现了砂拉越核心价值观的精神支柱。 “这项仪式不只是象征达雅节的结束,更是对丰收成果的感恩,对家庭纽带的珍视,以及多元社会团结力量的象征。” 拿督巴丁宜阿邦佐哈里昨晚在古晋Raia酒店举行的2025年日廊县达雅节卷席闭幕仪式上致词时,这么说。由于他不克出席,所以其讲稿由峇当砂隆区国会议员罗蒂雅代读。 他指出,举办此类仪式的目的明确,一是感恩丰收,表达谢意;二是培养家庭精神与族群团结;三是保护和弘扬达雅传统文化,让其不被时代淹没;同时也支持全面且包容的乡区发展议程。 砂总理补充说,此次活动也获得乌鲁区、邦格(Pangkor)区和普罗珀( Proper)区55个甘榜的参与,体现了社区的合作精神和对活动成功举办的高度承诺。 在这场充满文化色彩的庆典中,与会者也不忘为于6月23日逝世的砂拉越总理夫人已故潘斯里拿督阿玛祖玛安妮祈祷,并致以最高敬意。 出席活动的嘉宾还包括2025年日廊县卷席仪式筹委会主席拿督斯里莫哈末纳鲁丁、实文然区立法议员奥拉德里斯、三马拉汉省长莫哈末伊万、日廊县长塔米达,以及三马拉汉省伊班人社区最高领袖天猛公莫哈德@杰弗里马末、马来人社区最高领袖谢克布章及华人社区最高领袖天猛公刘石星。-UKAS刊

Lihat

news

MYSED体育嘉年华推动健康生活方式

古晋:砂拉越青年、体育与企业家发展部(MYSED)举办的体育嘉年华,成为该部公务员积极参与体育活动、实践健康生活方式的重要平台。 该部部长拿督斯里阿都卡林表示,参与此类嘉年华不仅有益身体健康,也有助于在公务员之间培育良好的体育文化。 “不论来自本部还是砂拉越体育机构(SSC),当我们参与体育活动时,就自然地在实践健康的生活方式。为了比赛,大家必然要进行训练,也因此更注意饮食与体重的管理,就像运动员一样。” 他周日在砂拉越体育村举行的体育嘉年华下午茶会上致词时,这么说。 也是砂拉越旅游、创意产业与表演艺术部长的他也建议,此项嘉年华今后应持续举办,并扩展至诗巫、民都鲁及美里等地,以惠及更多地区的公务员。 他补充说,这类活动的在地举办可通过砂旅游部所提供的拨款来落实。 在此次嘉年华中,由砂体育机构和砂拉越体育理事会组成的“Hornbill Xtroopers 13”荣获2024年砂拉越青年、体育与企业家发展部体育嘉年华总冠军。 出席活动的嘉宾还有砂拉越青年、体育与企业家发展部副部长拿督里宾拉玛和常务秘书莫西迪弗雷德里克。-UKAS刊

Lihat
PertamaSebelumnya1001100210031004100510061007100810091010SeterusnyaTerakhir