Menunjukkan hasil carian:
| Halaman | Tajuk | Isi | Tindakan |
|---|---|---|---|
|
news |
Perginya "Pak Lah", Bapa Pembangunan Modal Insan Negara |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia hari ini adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini, sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Allahyarham, 85, yang mesra dipanggil “Pak Lah” merupakan pelopor kepada satu konsep gagasan pemikiran yang menekankan aspek modal insan sebagai landasan kecemerlangan generasi masa hadapan. Bekas perdana menteri itu yang membawa imej pemimpin Islam sederhana itu, amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sepanjang enam tahun mengemudi kerajaan bermula 31 Okt 2003, Abdullah antara lain menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari. Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Sekolah Menengah Daeratul Maarifil Al-Wataniah dan Sekolah Lelaki Methodist Pulau Pinang.-BERNAMA |
Lihat |
|
news |
Tun Abdullah Meninggal Dunia 7.10 Malam Ini |
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam ini. Perkara itu disahkan menantunya Khairy Jamaluddin melalui hantaran di Instagram hari ini. “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan roh orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. Allahyarham berusia 85 tahun. Dilahirkan pada 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Abdullah menjadi Perdana Menteri dari 31 Okt 2003 hingga 3 April 2009, berikutan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.-BERNAMA |
Lihat |
|
news |
Latih Generasi Muda Untuk Elak Sarawak Berdepan Krisis Populasi |
BINTULU: Masa depan negeri ini boleh terjejas sekiranya generasi muda tidak diberikan latihan dan bimbingan secukupnya. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Professor Dr. Sim Kui Hian, jika tiada tindakan segera diambil, Sarawak berisiko mengalami situasi di mana kadar kematian rakyat melebihi kelahiran. “Kita perlu melatih dan membentuk generasi muda agar menjadi aset kepada negeri. “Jika kita gagal, bukan sahaja pembangunan tergendala, malah kita mungkin melihat bilangan kematian melebihi kelahiran – satu situasi yang membimbangkan untuk masa depan Sarawak,” tegas beliau. Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelantikan Ahli Majlis Kanak-Kanak Bintulu 2025/2026 yang berlangsung di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sini, pada Isnin. Beliau turut menekankan cabaran baharu seperti penderaan dalam talian dan kesihatan mental, yang memerlukan perhatian semua pihak. Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan sokongan terhadap pelaksanaan Child Friendly City Initiative (CFCI) oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang telah mula diterapkan di beberapa bandar di Sarawak. Program ini katanya, bertujuan melahirkan bandar yang mesra kanak-kanak melalui pelbagai inisiatif termasuk perancangan bandar, kursus kepimpinan, dan kempen kesedaran komuniti. Seramai 21 kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun telah dilantik menyertai Majlis Kanak-Kanak Bintulu bagi memperkukuh penyertaan generasi muda dalam pembangunan komuniti. Inisiatif hasil kerjasama BDA dan UNICEF Malaysia ini bertujuan menjadikan Bintulu lebih inklusif dan mesra kanak-kanak. Ahli majlis akan terlibat dalam isu berkaitan hak, pendidikan, keselamatan dan kebajikan kanak-kanak. BDA turut menyediakan bengkel kepimpinan, projek komuniti dan sesi libat urus untuk memperkasa ahli majlis dengan kemahiran komunikasi dan advokasi. Menurut Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, usaha ini bukan sahaja membina masa depan anak-anak, malah menyokong pembangunan bandar yang mampan dan harmoni. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu Johnny Pang Leong Ming serta tetamu lain.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
PETRONAS Laksanakan Penyelenggaraan Besar-Besaran di BIF, MLNG & ABF |
BINTULU: PETRONAS Bintulu akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan berkala secara besar-besaran melibatkan operasi PETRONAS Carigali Sdn Bhd - Bintulu Integrated Facilities (BIF), Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) dan Asean Bintulu Fertiliser (ABF) melalui pelan penutupan berjadual yang dikenali sebagai ‘Turnaround’. Program penyelenggaraan ini dijadualkan bermula dari 30 April sehingga 29 Mei 2025. Penyelenggaraan yang dilaksanakan secara berperingkat ini adalah selaras dengan usaha PETRONAS untuk memastikan paip dan mesin-mesin di loji BIF, MLNG & ABF beroperasi dengan selamat dan efisien. Menurut Pengurus Kanan MLNG Sdn Bhd, Fauzi Md Nordin, aktiviti penyelenggaraan kali ini dijangka melibatkan lebih daripada 5,000 tenaga kerja, termasuk pekerja luar dan kontraktor yang akan tertumpu di kawasan Tanjung Kidurong sepanjang tempoh 30 hari tersebut. “Impak operasi ‘turnaround’ ini dijangka meningkatkan pergerakan kenderaan masuk dan keluar dari loji, sekaligus berkemungkinan menyebabkan kesesakan di sekitar kawasan Tanjung Kidurong,” katanya. Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus Turnaround Bersepadu PETRONAS 2025 bersama Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (Bintulu) di Fairfield by Marriott, Bintulu Paragon pada Isnin. Bagi mengurangkan gangguan kepada komuniti setempat, PETRONAS telah menyediakan beberapa inisiatif termasuk penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi, pengalihan lalu lintas serta pembahagian laluan khas untuk memudahkan akses ke loji. Sesi libat urus bersama pemegang taruh akan diadakan sebagai usaha untuk memastikan kelancaran operasi serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. PETRONAS turut menyeru kerjasama dari semua pihak agar proses penyelenggaraan dijalankan dengan lancar dan selamat demi kepentingan bersama. Orang ramai yang tinggal atau merancang perjalanan melalui kawasan Tanjung Kidurong digalakkan merancang perjalanan lebih awal dan mengambil kira kemungkinan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut. Hadir sama Pengurus Besar (Kejuruteraan) MLNG Sdn Bhd, Nazman Rusli dan wakil Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Baithy Tini Nikey.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
砂拉越准备主办2025年婆罗洲运动会,重振区域体育赛事 |
古晋:砂拉越已正式提出主办 2025 年婆罗洲运动会的意愿,以重振相关体育赛事。 砂拉越青年、体育及企业家发展部长拿督斯里阿都卡林表示,婆罗洲运动会是一项重要的传统赛事,应该获得复兴。 “这项运动于 1955 年首次举办,2013 年在纳闽举办了最后一届,长期以来一直是婆罗洲各地区团结、体育精神和文化联系的象征。” 他周一在砂拉越立法议会大厦(DUN)出席汶莱文化、青年及体育部长拿督斯里阿旺纳兹米礼节拜会砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士后,向记者做此表示。 “砂拉越州总理已表示砂拉越政府已做好准备并全力支持举办新一届婆罗洲运动会。” 他表示,事实上,2024年第21届砂拉越大马运动会(SUKMA)官方晚宴上也已表达这一愿望。 他表示,举办此次比赛的主要目的是培养婆罗洲青少年的体育精神和友谊,推动砂拉越成为首屈一指的体育旅游目的地,并加强相关地区之间的外交、文化和社会关系。 为确保运动会管理的连续性和有效性,他还提议成立婆罗洲体育最高委员会,该委员会是一个官方机构,由汶莱、砂拉越、沙巴、纳闽联邦直辖区、东加里曼丹和西加里曼丹6个地区的部长和体育部门负责人组成。 “举办这样的体育赛事,也能给我们的经济和旅游业带来一些效益和影响,而且我们当地的手工艺品等艺术产品也能增加销量,因为其中一些工艺品可以用作纪念品。” 谈到比赛场地,他表示,选择古晋是因为其在物流、住宿和媒体宣传方面的战略位置。 此前,他与来自各个地区的代表举行了有关 2025 年婆罗洲运动会的会议,然后前往砂拉越总理办公室进行礼节拜访。 出席会议的还有汶莱文化、青年和体育部长拿督斯里阿旺纳兹米、东加里曼丹省青年和体育部部长阿古斯、印尼驻古晋总领事拉登西吉、汶莱驻砂拉越总领事拿督巴杜卡赛阿都戈尼、砂拉越青年、体育和企业家发展部副部长拿督杰拉德和拿督里宾拉玛,以及砂拉越青年、体育和企业家发展部常务秘书慕西迪。- UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
培养年轻一代,防止砂拉越面临人口危机 |
民都鲁:一旦年轻一代没有得到足够的培训和指导,砂拉越的未来可能会受到影响。 砂拉越副总理拿督阿玛沈桂贤医生表示,如果不立即采取行动,砂拉越将面临死亡率超过出生率的局面。 “我们需要培养和塑造年轻一代,让他们成为砂拉越的财富。如果我们失败了,不仅发展受到阻碍,我们还可能看到死亡人数超过出生人数——这对砂拉越的未来而言是一个令人担忧的情况。” 他于周一在民都鲁发展局(BDA)礼堂举行的 2025/2026 年度民都鲁儿童理事会成员委任仪式上,发表上述讲话。 他还强调,网络暴力、心理健康等新挑战,需要各方关注。 同时,他也表示,支持联合国儿童基金会(UNICEF)推行的儿童友好城市倡议(CFCI),该倡议目前已开始在砂拉越多个城市实施。 他说,该计划旨在通过城市规划、领导力课程和社区意识活动等各种举措,创建一个儿童友好型城市。 总共有21名年龄介于10至15岁的儿童被委任加入民都鲁儿童理事会,以加强年轻一代对社区发展的参与。 这项计划是民都鲁发展局与马来西亚联合国儿童基金会合作的成果,旨在让民都鲁变得更加包容和适合儿童。 理事会成员将参与与儿童权利、教育、安全和福利相关的问题。 民都鲁发展局还提供领导力研讨会、社区项目和参与会议,以提高理事会成员的沟通和宣传技能。 民都鲁发展局总经理拿督莫哈末亚谷表示,这一努力不仅为孩子们的未来做出贡献,也支持可持续、和谐的城市发展。 出席者还有丹绒峇都区立法议员潘隆铭和其他嘉宾。 - UKAS 刊 |
Lihat |
|
news |
Kejohanan Bola Baling MSSB 2025 Himpun Bakat Muda Bahagian Betong |
BETONG: Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Betong 2025 yang berlangsung baru-baru ini berjaya menghimpunkan bakat-bakat muda dari seluruh bahagian Betong dalam suasana penuh semangat kesukanan, perpaduan dan integriti. Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu berkata, sukan seperti bola baling bukan sekadar aktiviti fizikal semata-mata, malah menjadi medium penting dalam membentuk jati diri, memupuk semangat perpaduan serta membina budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar. Menurut beliau, penganjuran kejohanan seumpama ini wajar diperluaskan kerana bukan sahaja mencungkil bakat baharu, malah turut mengeratkan hubungan antara sekolah, pelajar dan komuniti setempat. “Sukan menjadi medan melatih disiplin, semangat berpasukan dan nilai murni. Kemenangan tanpa integriti tidak membawa makna. Jika kalah, terimalah dengan hati terbuka dan hormatilah pasukan lawan,” katanya semasa menyempurnakan majlis penutupan kejohanan berkenaan. Dalam ucapan sama, Dato Dr. Richard turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM5,000 bagi menyokong pasukan MSSB Betong yang akan mewakili bahagian dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Sarawak akan datang. Penganjuran kali ini dikendalikan secara bersama oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Augustine bagi peringkat menengah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau bagi kategori sekolah rendah. Secara keseluruhan, sebanyak sembilan pasukan sekolah menengah dan lapan pasukan sekolah rendah (mengikut zon) telah mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Turut hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Betong, Empari Tom; Penolong Kanan Kokurikulum SMK St. Augustine, Dara Saing; Guru Besar SK Nanga Ajau, James Ali; serta Pengerusi Zon Betong (Sekolah Rendah), Mohamad Nizam Semail Abdullah. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
PMR Dilaksana Di Lakis Entawa, Akses Ke Sungai Dipertingkat |
DEBAK: Penduduk Rumah Panjang Lakis Entawa bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan Projek Mesra Rakyat (PMR) melibatkan pembinaan jalan ke sungai, hasil peruntukan Ahli Parlimen Betong, Dato Dr. Richard Rapu. Projek yang dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (Zon Sri Aman) ini melibatkan kos sebanyak RM50,000 dan akan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan, Saujana Hasnah Enterprise dalam tempoh 16 minggu. Majlis penyerahan tapak telah diadakan di Rumah Jumat Bakit, baru-baru ini dengan disaksikan oleh Dato Dr. Richard sendiri, bersama wakil agensi pelaksana, kontraktor serta komuniti setempat. Dalam ucapan ringkas, Dato Dr. Richard menzahirkan harapan agar kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan segera dan disiapkan sebelum sambutan Hari Gawai pada 1 Jun depan, demi kemudahan penduduk yang bergantung kepada laluan ke sungai bagi pelbagai urusan harian. “Kerajaan komited memastikan kemudahan asas luar bandar terus dipertingkatkan. Saya harap projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada komuniti,” ujar beliau. Turut hadir ialah Penolong Jurutera Awam Pejabat Pembangunan Sarawak (Zon Sri Aman) Shamhimi Jotem, Pegawai UKAS Bahagian Betong Tony Malang Chabu, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Betong Alister Awan, Tuai Rumah Panjang Entawa Jumat Bakit dan Pengurus Saujana Hasnah Enterprise. -EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Sektor Pertanian Sarawak Perlu Anjakan Moden |
KUCHING: Sarawak perlu melakukan transformasi menyeluruh dalam sektor pertanian, khususnya dalam meningkatkan tahap sara diri makanan (SSL) dan menjadikan pertanian sebagai sebuah perusahaan moden, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom. Beliau berkata, salah satu tumpuan utama kerajaan negeri adalah untuk memperkukuh sektor padi menerusi penubuhan Paddy Board yang akan memacu usaha meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 450,000 tan setahun – cukup bagi memenuhi keperluan penduduk Sarawak. “SSL kita masih rendah, sekitar 13 peratus. Sasaran kita adalah untuk meningkatkan angka ini kepada sekurang-kurangnya 25 peratus menjelang 2030,” katanya ketika ditemui media di Majlis Perasmian Pejabat & Pelancaran Logo Baharu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak di DCCI Tower pada Isnin. Tambah beliau, pemerkasaan sektor ini memerlukan pendekatan baharu yang melibatkan teknologi moden, termasuk penggunaan pertanian pintar dan Internet of Things (IoT). Justeru katanya, kerajaan negeri sedang merancang untuk menubuhkan Jabatan Perikanan baharu serta membangunkan Agro Park dan rumah hijau bagi menyokong usaha ini. “Satu contoh kejayaan yang boleh dijadikan ikon ialah seorang pengajar mekanik di Bintulu yang hanya memiliki setengah hektar tanah tetapi mampu memperoleh pendapatan RM9,000 sebulan hasil penggunaan teknologi pertanian moden,” jelasnya. Beliau juga menegaskan perlunya pertanian tidak lagi dilihat sebagai kerja fizikal yang membebankan, terutama dalam menarik minat golongan muda. Sebaliknya, ia perlu didayakan melalui teknologi bagi menjadikannya satu kerjaya yang berdaya saing dan menguntungkan. “Tanah bukan masalah. Kualiti dan nilai pulangan dari apa yang kita usahakan jauh lebih penting. Dengan teknologi, walaupun hanya lima hektar, ia sudah mencukupi,” katanya. Dalam pada itu, Dr. Rundi berkata, pengukuhan rantaian bekalan juga menjadi keutamaan bagi memastikan hasil pertanian dapat diproses dan dipasarkan secara berkesan. Beliau menggariskan keperluan untuk membangunkan industri hiliran bagi produk bermusim dan perenial agar petani tidak terus bergantung kepada harga pasaran yang tidak menentu. “Kita harus ada sistem yang menyeluruh, dari pengeluaran hingga pemprosesan. Tanpa itu, pasaran akan terus menjadi cabaran,” katanya sambil menyebut kejayaan model industri kelapa sawit sebagai contoh. Mengulas mengenai agensi baharu berkaitan jaminan makanan, Dr. Rundi menjelaskan bahawa ia masih dalam proses pemuktamadan dan akan dibawa ke peringkat Kabinet untuk kelulusan. Katanya, Sarawak turut melihat kepada pendekatan yang dilaksanakan oleh Sabah sebagai rujukan dalam menstruktur agensi tersebut. Inisiatif ini tegasnya adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk memperkasakan pengurusan sumber asli Sarawak dengan acuan sendiri, tanpa terlalu bergantung kepada sistem sedia ada di peringkat persekutuan.-EDISI UKAS |
Lihat |
|
news |
Pemidang Pak Lah, Apai Pemansang Modal Mensia Malaysia |
KUALA LUMPUR: Pemidang ex-Menteri Besai kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pengelenyau ke chukup berega ti udah mai mayuh pemansang modal mensia di menua tu nyentuk diberi gela Apai Pemansang Modal Mensia. Niang, 85, suah agi dikangau enggau nama Pak Lah, tebilang enggau pengulih nengkebang siti konsep berunding ti ngemeranka pekara modal mensia ke nyadi pelasar pemujur rebak dudi hari. Niang mai imej tuai Islam endang ditemu ngembuan penemu deka meda rayat disikap enggau ulah manah nyengkaum bepelajar ti nentuka pemujur pemansang menua tebilang. Enam taun megai menua tu berengkah ari 31 Oktober 2003, niang mega numbuh lima batang pekara ba perintah iya nya Misi Nasional, Pelin Integriti Nasional, Pemansang Koridor Ekonomi, Pemansang Modal Mensia enggau konsep Islam Hadhari. Ada kena 26 Nov 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, niang keterubah belajar ba Sekula Melayu Permatang Bertam, Pulau Pinang sebedau nampung pelajar sekondri ba Sekula Tinggi Bukit Mertajam, Sekula Sekondri Daeratul Maarifil Al-Wataniah enggau Sekula Lelaki Methodist Pulau Pinang.-BERNAMA |
Lihat |
| PertamaSebelumnya961962963964965966967968969970SeterusnyaTerakhir |