Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Bilik Serbaguna RM100,000 Lengkap Fasiliti Pendidikan SK Sungai Buluh/Senangeh

SADONG JAYA: Bilik serbaguna Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buluh/Senangeh bernilai RM100,000 menjadi simbol kesungguhan kerajaan Sarawak dalam memastikan anak-anak di luar bandar menikmati persekitaran pembelajaran yang kondusif dan setanding dengan sekolah di kawasan bandar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, bilik serbaguna tersebut berfungsi sebagai ruang pelbagai guna bagi mesyuarat, kelas tambahan, aktiviti kokurikulum, latihan pelajar serta program rasmi sekolah, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif. “Dengan adanya bilik serbaguna ini, pihak sekolah akan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan kondusif. “Ia akan memberi ruang yang lebih baik untuk guru mengadakan aktiviti pendidikan, manakala murid pula dapat belajar dan beraktiviti dengan lebih selesa,” katanya ketika berucap dalam majlis penyerahan bilik tersebut pada Jumaat. Justeru, Awla menyeru warga sekolah agar memanfaatkan bilik serbaguna ini sebaik mungkin dan menjaganya demi kegunaan generasi akan datang. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas komitmen berterusan membantu menaik taraf sekolah luar bandar melalui peruntukan RTP, selain mengiktiraf peranan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, pihak kontraktor dan pihak sekolah yang memastikan projek siap mengikut spesifikasi. -EDISI UKAS  

View

news

UNIMAS Brings Vital Health Services To Remote Penan Community In Belaga

BELAGA: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), through its Faculty of Medicine and Health Sciences (FMHS), recently extended its commitment to community health by organising a multi-agency outreach programme to Kampung Lusong Laku, a remote Penan village in the interior of Belaga. In a statement, it said the programme, part of UNIMAS’s 30th anniversary celebration, was carried out in collaboration with the Sarawak Breast Cancer Support Group (SBCSG) and Klinik Kesihatan Lusong Laku. Over 100 villagers benefitted from health screenings, awareness talks, and interactive educational activities designed to promote healthier living. Dr. Melissa Lim Siaw Han, a lecturer at FMHS, led the initiative, which brought together academic staff, clinical experts, and volunteers in a collective effort to improve the health and wellbeing of the local community. One of the key highlights was the malaria awareness initiative led by the Malaria Research Centre (MRC). Associate Professors Dr. Paul Cliff Simon Divis and Dr. Rekaya Vincent Balang, together with their team, educated villagers about malaria prevention. Local women were trained as family health advisors to ensure health knowledge would continue to grow within the community. Schoolchildren at SK Lusong Laku also received a special donation, a malaria-themed gamification floor mat and mosquito repellents, aimed at sparking interest in science and encouraging proactive health habits from a young age. Women’s health was another important focus, with HPV screening and cervical cancer awareness sessions conducted by the Department of Obstetrics and Gynaecology. These were led by Associate Professor Dr. Tan Cheng Siang, Dr. Andy Bong, Noor Tini Sidik, and Qamariah Zainal Abidin, who provided essential education and preventive care for local women. Other healthcare services were also made available. The SBCSG conducted general health checks, including clinical breast examinations, while PMG Healthcare contributed over-the-counter medicines for distribution. Yakult Malaysia promoted gut health, and dental care was provided by Klinik Pergigian Belaga and the Dental Health Office from the Kapit Division. Dr. Melissa Lim described the outreach as a reflection of UNIMAS’s mission to bring academic expertise into real-world settings. “This outreach reflects UNIMAS’s holistic approach to healthcare, where academic knowledge meets real-life impact. It reaffirms our commitment to delivering sustainable health solutions to communities that need them most,” she said. Beyond healthcare delivery, the university also sees this initiative as an opportunity to inspire future generations. UNIMAS hopes students and alumni, especially those from the Faculty of Medicine and Health Sciences, will continue this legacy of service by actively participating in similar community efforts. Such experiences not only contribute to professional growth but also foster compassion, cultural awareness, and a strong sense of civic duty. The success of the programme was made possible with the generous support of the Million Dollar Round Table Foundation (MDRT), whose contribution helped turn this initiative into a meaningful reality for the people of Kampung Lusong Laku. -UKASnews  

View

news

Pendidikan Berteraskan STEM & TVET Jadi Fokus

SELANGAU: Kerajaan Sarawak komited memperkasa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai strategi utama membangunkan modal insan berkemahiran tinggi di negeri ini. Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Sri John Sikie Tayai berkata peperiksaan penilaian semula akan diperkenalkan kepada murid Tahun 6 bagi subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris sebagai langkah menilai prestasi akademik mereka. “Langkah ini sejajar dengan aspirasi Kerajaan Sarawak untuk menilai kemampuan dan pencapaian pelajar di peringkat awal. “Walaupun tiada lagi UPSR atau PMR, kita perlu satu kaedah untuk melihat keberkesanan sistem pendidikan kita, khususnya di luar bandar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kejohanan Sukan Tahunan SK Sungai Anak 2025 pada Khamis. Dalam pasa itu, beliau turut menyeru agar ibu bapa, guru-guru dan wakil rakyat memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan penilaian tersebut, demi masa depan pendidikan anak-anak Sarawak. Mengulas lebih lanjut, Dato Sri John Sikie berkata usaha memperkukuh bidang STEM dan TVET amat penting bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mahir, terutama di kawasan industri seperti Bintulu. Pada majlis sama, Dato Sri John Sikie mengumumkan peruntukan RM10,000 melalui dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Anak bagi menyokong program pendidikan dan pembangunan pelajar sekolah tersebut.-EDISI UKAS  

View

news

MACC Committed To Fighting Corruption, Improving Integrity In Sarawak

KUCHING: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) reaffirmed its commitment to fighting corruption and improving the integrity of state administration through close cooperation with the Sarawak Government. MACC Chief Commissioner, Tan Sri Azam Baki said that MACC greatly appreciates the strong support given by the state leadership, especially by Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg in ensuring that the integrity and the good governance agenda can be implemented without disruption. “The state government is very supportive of the Sarawak MACC, especially in our efforts to improve integrity and also combat corruption in Sarawak and I have seen many initiatives by the Sarawak Government in efforts to improve integrity, especially in the establishment of the Ombudsman in Sarawak. “This is an establishment that I personally support for the interests of the government and the people of Sarawak. “Other efforts have indeed received support and there has been no interference from the Sarawak Government in matters related to investigations and so on. “Therefore, among the things emphasised by the Sarawak Premier, he said that we must continue to conduct investigations against anyone, especially civil servants, who commit corruption and abuse of power in the state of Sarawak,” he said. He said this to the media after paying a courtesy call on the Sarawak Premier at the Satria Pertiwi Complex here on Friday. Tan Sri Azam added that among the cases often investigated in Sarawak involve abuse of power, accepting bribes related to projects, and false claims that lead to an outflow of state finances which affect the well-being of the people. He explained that this outflow occurs when projects are not completed, not implemented at all, or do not meet standards and ultimately the people bear the consequences, including the risk of accidents or infrastructure losses. He further emphasised that the MACC is now focusing on high-profile investigations and the return of illegally acquired assets, including in Sarawak. Commenting on the Sarawak Ombudsman, Tan Sri Azam said he personally fully supports the establishment of the body, which is the only one in Malaysia and has the role of monitoring compliance with governance and government administration. He also described the level of corruption cases in Sarawak as not worrying, with the state leadership having the political will to ensure that all trusts can be implemented effectively. Also present were Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Sarawak MACC Director, Hasbillah Mohamad Salleh and other senior MACC officers. -UKASnews  

View

news

SPRM Komited Perangi Rasuah, Tingkatkan Integriti Di Sarawak

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus memperkukuh komitmen dalam memerangi rasuah serta mempertingkatkan integriti pentadbiran negeri menerusi kerjasama erat bersama Kerajaan Sarawak. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya amat menghargai sokongan padu yang diberikan oleh kepimpinan negeri, khususnya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam memastikan agenda integriti dan tadbir urus baik dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan. “Kerajaan negeri amat memberi sokongan kepada SPRM Sarawak terutama sekali dalam usaha kita untuk meningkatkan integriti dan juga membanteras rasuah di Sarawak dan saya lihat pun banyak inisiatif oleh Kerajaan Sarawak dalam usaha untuk meningkatkan integriti terutama sekali dalam penubuhan Ombudsman di Sarawak ini. “Ini merupakan satu penubuhan yang memang saya secara peribadi menyokong tentang penubuhan ini bagi kepentingan kerajaan dan juga rakyat Sarawak. “Usaha-usaha lain memang mendapat sokongan dan tidak ada sebarang gangguan daripada Kerajaan Sarawak dalam hal-hal berkaitan dengan siasatan dan sebagainya. “Sebab itu, antara perkara yang ditekankan oleh Premier Sarawak, beliau katakan kita terus menjalankan siasatan terhadap mana-mana terutama sekali penjawat awam yang melakukan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa di negeri Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi di sini pada Jumaat. Tan Sri Azam menambah, antara kes yang sering disiasat di Sarawak melibatkan penyalahgunaan kuasa, penerimaan rasuah berkaitan projek serta tuntutan palsu yang membawa kepada ketirisan kewangan negeri dan menjejaskan kesejahteraan rakyat. Jelasnya, ketirisan ini berlaku apabila projek tidak disiapkan, tidak dilaksanakan langsung, atau tidak menepati piawaian dan akhirnya kesan ditanggung rakyat, termasuk risiko kemalangan atau kerugian infrastruktur. Beliau turut menekankan bahawa SPRM kini memberi tumpuan terhadap siasatan berprofil tinggi dan pengembalian aset yang diperoleh secara tidak sah termasuk di Sarawak. Mengulas mengenai Ombudsman Sarawak, Tan Sri Azam berkata beliau secara peribadi menyokong penuh penubuhan badan itu yang merupakan satu-satunya di Malaysia dan berperanan memantau kepatuhan terhadap tatakelola dan urus tadbir kerajaan. Beliau turut menyifatkan tahap kes rasuah di Sarawak sebagai tidak membimbangkan, dengan kepimpinan negeri yang memiliki kehendak politik untuk memastikan segala amanah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah SPRM Sarawak Hasbillah Mohamad Salleh serta pegawai-pegawai kanan SPRM yang lain-EDISI UKAS  

View

news

反贪会致力肃贪,全力提升砂拉越廉正水平

古晋:马来西亚反贪污委员会(SPRM)持续展现肃贪决心,并透过与砂拉越政府的紧密合作,致力加强砂内廉正建设及完善治理体系。 大马反贪污委员会主席丹斯里阿占巴基指出,砂拉越政府,尤其是砂拉越总理拿督巴丁宜丹斯里阿邦佐哈里博士一直坚定支持国家廉正议程,并确保良好治理措施得以无阻落实。 “砂拉越政府非常支持反贪会特别是在提升廉正水平与打击贪污方面,我也观察到砂政府推出了许多相关举措,特别是砂拉越监察员机构的成立。这项机构的设立,我个人是非常支持的,因为它对政府和砂拉越人民来说都是一项重要举措。此外,砂拉越政府也从未干预与调查相关的事务,反而积极配合。正如砂总理所强调的,我们必须持续调查任何涉及贪污或滥权的公务员,无论他们身处哪个层级。” 他今日前往祖国英雄大厦礼貌拜会砂总理后,接受记者访问时,这么表示。 丹斯里阿占巴基补充,反贪会在砂拉越调查的案件大多涉及滥权、收受贿赂以换取工程项目,以及虚假申报等问题,这些行为不仅造成州财政的流失,也严重影响人民的福祉。 他解释,财政流失的后果可见于项目未能如期完工、根本没有动工,或完成品质不达标。最终,承担后果的还是人民,包括面对安全事故或基础设施损毁带来的风险。 他也强调,反贪会目前也将重点放在调查高影响力个案,并追回在砂拉越透过非法手段获取的资产。 谈及砂拉越监察员机构时,丹斯里阿占巴基再次表达高度认同,并称该机构是全马唯一设立的同类单位,负责监督政府是否遵守良好治理和行政标准。 他也认为,砂拉越的贪污问题目前处于不令人担忧的水平,这乃归功于砂政府拥有明确的政治意愿,致力确保公共资源得到妥善管理与执行。 出席拜会活动者还包括砂拉越政府秘书拿督阿玛莫哈末阿布巴卡马祖基、砂反贪会主席哈斯比拉以及多名反贪会高级官员。-UKAS刊

View

news

Billy Sujang Ngabas Projek RTP Di Opar

LUNDU: Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Opar, Billy Sujang ngabas sekeda projek ari baruh Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) ke benung dipejalai di Kampung Bokah, Kampung Senibong enggau Kampung Titiakar, kena Hari Empat tu tadi. Tuju pejalai nya dikena meresa kepenudi status pejalai projek RTP ti benung dipejalaika Opis Entali Ai enggau Parit (JPS) Bagi Menua Kuching. Sekeda ari projek diabas baka Projek Ngaga Baru Jalai Kebun Punggu Penoak di Kampung Bokah beungkus RM150,000, ti dipelaba deka ngemuntangka jalai komuniti pekebun ngagai kebun sereta nambah asil betanam betupi sida. Kelimpah ari nya, Billy mega ngabas Projek Ngerawang Sistem Parit di Kampung Senibong beungkus RM150,000 enggau Kampung Titiakar beungkus RM50,000. Ku Billy, projek tu dikearap ulih mutar isu parit sereta ngurangka isu bah ti seruran ditapi peranak menua maya musim pengujan. Nya alai, ku iya, pengawa matau chukup beguna dikena nentuka tetiap projek mujur dipejalai lalu meri pemaik ngagai rayat. “Nyadi pengari rayat, aku deka terus matau pejalai projek pemansang ngambi nadai pengelaun sereta semua belanja ti diberi dikena manah ungkup pengelantang rayat ba kandang menua pesisri,” ku iya lebuh dirandau pengudah ngabas projek nya. -EDISI UKAS  

View

news

Dato Sri Fatimah Ngabas Pejalai Projek Pemansang di Dalat

DALAT: Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah udah ngabas sekeda taba projek pemansang ba sitak Dalat, kena Hari Empat tu tadi. Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Dalat nya ngepun ke pejalai ngelawa Kampus Palan Penyulut Teknikal Sarawak (CENTEXS) Dalat, ti disadang nyadi hab latih teknikal enggau vokasional besai ba kandang menua pesisir lebih agi dikena nambah peluang pelajar enggau pengelandik ba raban nembiak. Nangkan nya, Dato Sri Fatimah ngabas pejalai projek Palan Ngaga Sum Organik Dalat (Teparok), ti nyadi sebagi ari inisiatif meransang pengawa betanam betupi meruan lalu deka ngena teda betanam betupi menua nya ngaga sum organik ke bisi kualiti, lalu nyaup nambah produktiviti betanam betupi meruan. Pejalai nya diterus ngagai sekeda projek ari baruh Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) ti benung chakah dipejalai ti ngemanah infrastruktur pemun enggau pengelikun mensia mayuh dikena ngangkatka tikas pemanah pengidup peranak menua. Sekeda ari projek ti diabas, nyengkaum pengawa ngaga sapat di Sekula Primari Kut Tengah, ti diperambu dikena mutar penanggul ampuh bah ke seruran nyadi ti ngeruga pengelikun nembiak sereta staf sekula. Kelimpah ari nya, Dato Sri Fatimah bela ngabas palan projek ngaga sapat ba Nanga Sungai Ud Renggat Keterubah, alai projek tu deka meri empas positif ngagai pengelantang rayat, lebih agi maya musim pengujan enggau ai pasang raya. Sama datai, Sapit Sekretari Perintah Sarawak (Administrasyen) Datu Buckland Bangik, Residen Bagi Menua Mukah Datu Kueh Lei Poh enggau Pegawai Pelilih Dalat, Mathew Hubert.-EDISI UKAS  

View

news

46 Pelajar Cemerlang SMK Lundu Terima Insentif

SEMATAN: Seramai 46 pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lundu menerima insentif penghargaan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel pada Khamis. Majlis Penyerahan Insentif PIBG Kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM Tahun 2024 itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang yang turut dihadiri Pengetua SMK Lundu, Mohd Azizan Madihi dan Yang Dipertua PIBG SMK Lundu, Mohd Azim Abdullah. Daripada jumlah tersebut, 30 pelajar memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), manakala 16 pelajar mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dalam ucapannya, Billy menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang para pelajar SMK Lundu dan mengucapkan tahniah kepada semua penerima serta para guru yang telah banyak berkorban dan berusaha memastikan kejayaan sekolah. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar tidak mudah berputus asa dan terus berusaha mengejar kecemerlangan demi masa depan diri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara. “Gunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak untuk meningkatkan lagi pencapaian anda. “Pilihlah kursus yang bersesuaian apabila melanjutkan pelajaran ke universiti agar lebih mudah mendapat pekerjaan kelak,” ujarnya. Selain itu, Billy turut mengingatkan pelajar agar bijak memanfaatkan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dengan sebaik mungkin dalam proses pembelajaran dan tidak menyalahgunakan teknologi tersebut. Beliau turut berharap agar anak-anak muda cemerlang yang dilahirkan dari SMK Lundu akan menjadi aset penting dan menyumbang khidmat bakti yang terbaik kepada negara pada masa akan datang. -EDISI UKAS  

View

news

Billy Sujang Tinjau Projek RTP Di Opar

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang turun padang meninjau beberapa projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang sedang dilaksanakan di Kampung Bokah, Kampung Senibong dan Kampung Titiakar pada Khamis. Lawatan ini bertujuan bagi melakukan pemeriksaan akhir terhadap status pelaksanaan projek-projek RTP yang sedang giat dijalankan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Kuching. Antara projek yang dilawati termasuk Projek Bina Baru Jalan Pertanian Punggu Penoak di Kampung Bokah bernilai RM150,000, yang dijangka memudahkan akses komuniti petani ke kawasan pertanian serta meningkatkan hasil pengeluaran mereka. Selain itu, Billy turut meninjau Projek Naik Taraf Sistem Perparitan di Kampung Senibong dan Kampung Titiakar, masing-masing bernilai RM150,000 dan RM50,000. Menurut Billy, projek ini diharap dapat menyelesaikan masalah perparitan serta mengurangkan risiko banjir yang sering dihadapi penduduk ketika musim hujan. Justeru katanya, pemantauan secara berterusan adalah penting bagi memastikan setiap projek dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat terus kepada rakyat. “Sebagai wakil rakyat, saya akan terus memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan supaya tiada kelewatan dan setiap sen peruntukan digunakan sebaik mungkin demi kesejahteraan masyarakat di kawasan luar bandar,” katanya ketika ditemui semasa lawatan tersebut. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious491492493494495496497498499500NextLast