Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Bangunan Arkib Sarawak Simpan Dokumen Bersejarah

KUCHING: Sarawak bakal memiliki bangunan arkib moden yang dilengkapi sistem kawalan kelembapan dan suhu bagi menyimpan dokumen serta artifak bersejarah penting termasuk salinan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dokumen kolonial sebelum pembentukan Malaysia. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, projek pembinaan bangunan arkib tersebut diputuskan dua tahun lalu sebagai langkah strategik untuk memastikan semua dokumen penting disimpan dalam keadaan optimum dan selamat. “Bangunan ini akan menjadi pusat simpanan dokumen bersejarah, buku dan perjanjian penting. “Kita juga sedang bekerjasama dengan pihak Muzium London untuk mendapatkan salinan sah dokumen yang tiada dalam simpanan kita. "Jika tiada yang asal, kita akan menyimpan salinan diperakui sah oleh pihak berkuasa British,” jelasnya selepas mengadakan lawatan tapak projek itu di Petra Jaya, pada Rabu. Premier Sarawak menambah, antara bahan penting yang akan dibawa pulang termasuk dokumen berkaitan Wallace dan peranan pembantunya, Ali dalam pengumpulan spesimen untuk teori evolusi Darwin, selain naskhah “Sarawak Law” dan artifak unik seperti “Simunjan Butterfly”. Beliau menambah, bangunan arkib itu dibina mengikut spesifikasi canggih setaraf kemudahan arkib moden di Malaysia. “Walaupun tidak diklasifikasikan sepenuhnya sebagai bangunan hijau akibat perubahan spesifikasi semasa pandemik COVID-19, ia tetap mengaplikasikan ciri mesra alam seperti sistem tadahan air hujan dan kaedah pengurangan suhu persekitaran,” ujarnya lagi. Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak memaklumkan pejabat beliau yang berpindah ke Kompleks Sateria Pertiwi itu turut menempatkan sekretariat kabinet dan untuk mengadakan mesyuarat kabinet negeri. Dalam majlis sama, Premeir Sarawak turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian di antara Knowledge Research Group (KRG) dan Universiti Teknologi Sarawak serta Pertukaran Perjanjian di antara Pustaka dan UCTS Consultancy Services Sdn Bhd (UCSSB). Selain itu, turut diadakan ialah Penyerahan 12 Kit Latihan Librarian in Every Home sebagai simbolik pra pelancaran 50 Pusat Komuniti Digital (DCC). Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Professor Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Sarawak) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengerusi Lembaga Pengurusan, Pustaka Negeri Sarawak Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris serta tetamu jemputan lain.-EDISI UKAS

View

news

Pelawan Assemblyman Urges Immediate Action Following Tragedy Of Child Falling Into Manhole

SIBU: The tragedy involving a two-year-old boy who died after falling into an open manhole in Jalan Wong Soon Kai on Tuesday is looked upon seriously by the Deputy Minister of Public Health, Housing and Local Government, Datuk Michael Tiang Ming Tee. In a press conference held at the Pelawan Service Centre on Wednesday, Datuk Michael Tiang expressed his condolences and sympathy to the victim's family and described the incident as a very sorrowful tragedy that should not have happened. "This tragedy highlights a long-standing public safety issue. Whether this infrastructure is under the jurisdiction of the local authority or a federal agency such as the Public Works Department (JKR), proactive action must be taken immediately," he stressed. Datuk Michael Tiang urged the Sibu Municipal Council (MPS), Sibu Divisional Public Works and the Sibu Irrigation and Drainage Department (JPS) to immediately conduct a comprehensive survey in their respective areas to identify and replace any missing or damaged manhole covers. According to him, he had contacted the MPS Chairman, Sibu Divisional Public Works Engineer, and Sibu DID engineers to request immediate attention and collaborative action to address the issue. The Pelawan Assemblyman also urged the Royal Malaysia Police (PDRM) to take strict action against individuals involved in the theft and illegal trade of scrap metal, including manhole covers. “This irresponsible action endangers the lives of the public and must be stopped immediately,” he stressed. In his statement, he also stressed that the safety of urban and town areas is the responsibility of all parties, especially in efforts to protect children. “We must use this incident as a starting point to strengthen precautionary measures and increase cooperation between all parties to prevent a tragedy like this from happening again,” he said. This incident serves as a reminder to all parties to be more responsive to public safety aspects and the urgent need to monitor and maintain basic infrastructure in public hotspots. -UKASnews

View

news

Risk Management As Core Of Continuous Improvement In The MS ISO 9001:2015 Quality System

MIRI: Risk management is considered an important element in ensuring the effectiveness of the quality management system in an organisation, in line with the requirements of MS ISO 9001:2015 which emphasises a risk-based approach to ensure continuous improvement in the delivery of public services in Sarawak. According to a statement, the Sarawak Transformation and Innovation Unit (STIU) in collaboration with SIRIM Academy Sdn. Bhd. recognised its importance and organised the MS ISO 9001:2015 Risk Management Understanding and Implementation Workshop on 5 to 6 August 2025 at the Meritz Hotel, involving 32 officers from units in the Sarawak Premier's Department (JPS). “This workshop focused on understanding the basics of risk management, risk assessment methods, and the application of the principle of risk-based thinking in existing work systems. “Through interactive sessions and practical training, participants were exposed to various techniques for identifying risks, analysing impacts, and planning effective mitigation actions,” it said on Wednesday. It also stated that risk management is not just a compliance requirement but a proactive and resilient work culture. This approach not only reduces uncertainty in the work process, but also opens up opportunities for strategic improvements in line with the agency's quality goals. -UKASnews

View

news

Brunei Sahkan Penyertaan Rasmi ke Regatta Lingga 2025

BANDAR SERI BEGAWAN: Delegasi Jawatankuasa Induk Regatta Lingga yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKIBAR) di Stadium Hassanal Bolkiah, pada Rabu. Kunjungan ini bertujuan untuk menjemput secara rasmi pasukan lumba perahu Brunei menyertai Regatta Lingga 2025 yang dijadual berlangsung dari 27 hingga 30 November 2025. Taklimat penganjuran turut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk, Mohd. Hamzan Yahya, yang memaklumkan tentang acara baharu dan peningkatan hadiah wang tunai termasuk acara utama “Battle of Titan”. PERKIBAR menyambut baik pelawaan tersebut dan mengesahkan penyertaan satu pasukan rasmi mewakili Brunei. Dalam perkembangan lain, pihak penganjur turut memeterai kerjasama media yang bakal menyaksikan liputan langsung Regatta Lingga melalui Radio Brunei, Harmoni FM dengan kehadiran pengulas rasmi dari Brunei. Perbincangan dua hala juga membuka ruang pertukaran pandangan serta pengalaman penganjuran acara serantau, dengan PERKIBAR berkongsi input berharga dalam aspek pengurusan perlumbaan dan pembangunan sukan perahu tradisional. ADUN Lingga menyatakan harapan agar kerjasama ini menjadi asas kukuh dalam mempererat hubungan dua hala antara Sarawak dan Brunei, khususnya dalam memperkasa sukan warisan dan kebudayaan maritim rantau ini.-EDISI UKAS

View

news

Sarawak Takes Center Stage As Proud Host Of NATSUM 2025

KUCHING: The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Sarawak Branch – Young Engineers Section proudly concluded NATSUM 2025, held from 31 July to 3 August, as a landmark gathering that further positions Sarawak at the heart of Malaysia’s engineering transformation. According to a statement, as the host, Sarawak delivered the summit’s resounding theme, ‘Empowering Minds, Building Legacies’, symbolising Sarawak’s unwavering commitment to shaping Malaysia’s next generation of engineering leaders. “With 128 registered participants from branches across Malaysia, the event showcased Sarawak’s ability to convene, educate, and inspire the nation’s brightest young engineers. “Participants experienced Sarawak’s engineering progress firsthand through technical visits to the Sejingkat Power Plant, Sarawak Metro, and Sejingkat Bridge, symbols of Sarawak as a national leader and innovation hub in engineering. “The programme also integrated cultural enrichment at the Sarawak Cultural Village, where delegates engaged in team-building activities rooted in local heritage,” it said. The closing dinner, held in New City Restaurant & Ballroom at The Theatre Hotel, was graced by Sarawak Deputy Minister for Infrastructure and Port Development, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, who commended the role of young engineers as drivers of innovation and nation‑building. “Engineers are at the heart of progress. The passion and commitment of young engineers we see here today will shape the infrastructure, technology, and sustainability of tomorrow. “Sarawak is proud to host such a gathering that nurtures talent and strengthens our engineering fraternity,” he said. Meanwhile in her closing remarks, Chairlady of IEM Sarawak Branch, Ir. Dr. Angelia Liew San Chuin expressed pride in hosting the event and in witnessing the energy of the next generation of engineers. “This summit has shown us that engineering is not just about solving problems—it is about building legacies. I believe each of you will carry something meaningful from your time in Sarawak, whether it’s a new friendship, a fresh perspective, or the confidence to take your next step forward,” she said. She added that hosting NATSUM 2025 in Kuching, nearly a decade since it was last held here, reflects Sarawak’s growing leadership in shaping the national engineering landscape. A proud moment for Sarawak came with the announcement that the IEM-SAFE UNIMAS Student Section, IEM Swinburne Sarawak Student Section, IEM Curtin University Student Section won the prestigious Outstanding Student Section Awards, highlighting Sarawak’s commitment to nurturing engineering excellence from the university level. Another highlight of the night is the official launching of the fourth student section under IEM Sarawak Branch – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Student Section by Datuk Ir. Aidel, further signifying IEM Sarawak Branch’s commitment to engage and nurture the next generation of young engineers and engineering technologists. The success of NATSUM 2025 affirms Sarawak’s position as a centre for engineering excellence, sustainability, and innovation, and sets a high bar for future summits to follow. -UKASnews

View

news

KMKK Digesa Jadi Barisan Hadapan Kesiapsiagaan Bencana Di Lingga

LINGGA: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) disaran memainkan peranan lebih proaktif dalam kesiapsiagaan dan pengurusan risiko bencana di peringkat komuniti. Saranan itu disuarakan Pegawai Daerah Lingga, Frank Lani, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan Wabak Daerah Bil.1/2025 yang berlangsung di sini, pada Rabu. Menurut Frank, KMKK perlu menjadi penghubung utama antara agensi kerajaan dan penduduk kampung dengan menyampaikan maklumat sahih, memberi peringatan mengenai larangan pembakaran terbuka serta menyelaras tindakan awal semasa kecemasan. Beliau turut menekankan bahawa KMKK bertanggungjawab memastikan laporan berkaitan bencana disalurkan secara tepat kepada pihak berkuasa. Mesyuarat itu turut disertai oleh agensi teknikal seperti JBPM, APM, JBALB dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman, membincangkan isu seperti gelombang haba, jerebu, dan pelan tindakan sempena Monsun Barat Daya. Isu tekanan air di beberapa kampung turut dibangkitkan, dengan cadangan agar JBALB menilai semula kapasiti sistem bekalan sedia ada. Cadangan penubuhan Pasukan Bomba Sukarela bagi kawasan pedalaman turut mendapat perhatian, memandangkan jarak balai bomba sedia ada yang jauh menyukarkan tindak balas kecemasan. KMKK juga digesa menyemak semula lokasi pili bomba dan menggalakkan penyediaan alat pemadam api di rumah panjang serta premis awam. Frank turut menekankan keperluan latihan kesiapsiagaan kepada KMKK, belia dan sukarelawan agar komuniti lebih bersedia menghadapi bencana dari segi mental, fizikal dan logistik.-EDISI UKAS

View

news

Denmark-Sarawak Sasar Perkukuh Kerjasama Strategik Dalam Teknologi Tenaga Hijau, Pendidikan dan Teknologi Tinggi

KUCHING: Denmark melihat Sarawak sebagai rakan kerjasama berpotensi besar dalam pelbagai sektor, terutama sejajar dengan komitmen negeri ini terhadap agenda peralihan tenaga dan pembangunan mampan. Duta Besar Denmark ke Malaysia, Kirstine Vangkilde Berner, berkata pihaknya amat teruja untuk meneroka dan memperkukuh lagi kerjasama dua hala antara Denmark dan Sarawak, khususnya dalam bidang teknologi hijau. “Kami mempunyai kehadiran kukuh di Denmark melalui syarikat-syarikat kami yang berpengalaman luas dan mempunyai tradisi lama dalam teknologi hijau daripada hidrogen hijau, bahan api penerbangan mampan (SAF) hinggalah ke teknologi penangkapan karbon. “Kami memahami keseluruhan rantaian nilai dalam industri ini dan percaya terdapat potensi besar untuk dimanfaatkan bersama. Maka, kami sangat teruja dapat berada di sini dan berharap kerjasama ini dapat dilanjutkan serta diperkukuh,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Khamis. Kirstine menambah, pendidikan turut menjadi antara bidang utama yang dibincangkan, dengan Denmark menyatakan kesediaan menyokong aspirasi dan pelan pendidikan Sarawak. Beliau turut memaklumkan bahawa Denmark juga berminat untuk meneroka peluang dalam bidang aeroangkasa dan kecerdasan buatan (AI) yang kini menjadi pemacu utama pembangunan ekonomi global. Dalam pertemuan itu, Kirstine turut menyampaikan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak untuk melawat Denmark, sebagai satu lagi langkah memperkukuh hubungan dua hala dan memantapkan lagi potensi kerjasama yang telah dikenal pasti. Turut hadir mengiringi ialah Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak di Kementerian Luar Negeri Fenny Nuli.-EDISI UKAS

View

news

Pengurusan Risiko Diperkasa Sebagai Budaya Kerja Proaktif di JPS

MIRI: Pengurusan risiko kini semakin ditekankan sebagai budaya kerja proaktif dalam kalangan penjawat awam Jabatan Premier Sarawak (JPS) selaras dengan kehendak MS ISO 9001:2015 yang menekankan pendekatan berasaskan risiko demi penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam. Sehubungan itu, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) dengan kerjasama SIRIM Academy Sdn. Bhd. telah menganjurkan Bengkel Pemahaman dan Pelaksanaan Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 pada 5 hingga 6 Ogos 2025, bertempat di Hotel Meritz, Miri. Seramai 32 orang pegawai dari Unit-Unit di bawah JPS telah menyertai bengkel ini yang memberi fokus kepada pemahaman asas pengurusan risiko, kaedah penilaian serta pengaplikasian prinsip ‘risk-based thinking’ dalam sistem kerja harian. Melalui sesi interaktif dan latihan praktikal, peserta dilatih mengenal pasti potensi risiko, menganalisis impak dan merancang tindakan mitigasi yang berkesan bukan hanya sebagai keperluan pematuhan, tetapi sebagai amalan kerja berdaya tahan. Pendekatan ini dijangka dapat mengurangkan ketidakpastian dalam pelaksanaan tugas, di samping membuka ruang kepada penambahbaikan strategik dalam sistem pengurusan kualiti di JPS.–EDISI UKAS

View

news

Karnival Jaku Inggeris Negap Pengelandik Tumu Nembiak Sekula Primari

DEBAK: Pengelandik Jaku Inggeris ba raban nembiak sekula primari majak ditegap nengah pengawa ngatur Karnival Jaku Inggeris Renggat Sitak Betong ti diatur di Dewan Millennia Debak. Sapit Menteri Pemansang Pengelantang Komuniti Sarawak ke mega Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam bejadika karnival nya, kena Hari Tiga tu tadi. Karnival ti diatur begulai enggau raban pengajar enggau nembiak tu sebagi ari inisiatif besai dikena ngenegap pengelandik Jaku Inggeris ba raban nembiak sekula, bepun ari renggat primari agi. Maya nya mega bela diatur pengawa nyua setipikit basa ngagai bala pengajar ti chakah ngadu program sereta pengawa nyua perais ngagai bala nembiak ti nyulut ba macham pekit ti dipejalaika sepemanjai karnival. Bela datai, Pegawai Tadbir Menguasa, Opis Pelilih Mit Debak Mohd Khairurani Mohd Ibrahim, pengari Pegawai Pelajar Pelilih Betong, Kepala Pengajar Sekula Primari (SK) Debak Jelani Suhaili, Prinsipal Sekula Sekondari (SMK) Saribas Nur Liana Lim Abdullah sereta raban pengajar ari sekula semak Sitak Betong.-EDISI UKAS

View

news

Ibu Pertiwi Flag Raising Ceremony Held On 10 August

KUCHING: The monthly Ibu Pertiwi Flag Raising Ceremony will be officiated by Sarawak Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki on 10 August 2025 at Dataran Pertiwi. As the symbol of the pride of the homeland, the Ibu Pertiwi flag as one of the most iconic landmarks in this city, will be raised with full custom and order. The giant flag measuring 25-metres long and 12.4-metres wide will be hoisted on a pole 99.4 metres high, symbolising the spirit of identity and unity of the city's citizens that has never faded. The ceremony will begin with a Guard of Honour consisting of members of the Kuching North City Hall (DBKU). Next, the ceremony will continue with the singing of the Sarawak state anthem, ‘Ibu Pertiwi’ and to further enliven the atmosphere and showcase the state's cultural richness, this ceremony will also be graced with a special performance featuring elements of local heritage art, reflecting the harmony of various races in the state. The Ibu Pertiwi Flag Raising Ceremony is among the efforts to strengthen the spirit of patriotism and unity among the people of Sarawak. Since July 2024, the Ibu Pertiwi Flag Raising Ceremony has been performed by the Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg and made a monthly ceremony. DBKU remains committed to its vision and establishes this monthly ceremony as a platform to express love for the homeland through the majestic symbol of the Ibu Pertiwi flag hoisted at the main landmark of Kuching city. In addition, it also serves to strengthen the spirit of identity and patriotism among the city's citizens, in line with the aspirations of the state leadership, as well as strengthens racial unity and encourages active participation of the community in cultural and national events. DBKU expressed its gratitude for the guidance and encouragement of the Sarawak Premier who has always fostered upstanding values among the people of Sarawak, and is committed to continuing this tradition as a symbol of harmony and pride of the state. The public is invited to attend the flag-raising ceremony for the Ibu Pertiwi. -UKASnews

View
FirstPrevious451452453454455456457458459460NextLast