Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
KCFC Teruskan Jalinan Kerjasama Bersama LSC, Tandatangani MoU Selaku Penaja Rasmi Pakaian |
KUCHING: Kuching City FC (KCFC) meneruskan jalinan kerjasama bersama Lea Sport Centre dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) selama lima tahun sebagai penaja rasmi dan kelengkapan pasukan. Majlis menandatangani MoU ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC Iswandi Ali Hassan dan Pengarah Urusan LSC Raymond Sim dalam satu majlis ringkas pada Ahad. Hadir sama menyaksikan MoU tersebut, Pengerusi KCFC Dato Fazzrudin Abdul Rahman. Ketika ditemui media, Dato Fazzrudin memberitahu, LSC akan terus jadi pembekal rasmi jersi dan pakaian pasukan KCFC untuk semua kejohanan dan acara rasmi sekali gus meneruskan kerjasama kukuh yang terjalin sejak 2017. "Sejak ditubuhkan KCFC 10 tahun lalu yang dikenali sebagai Kuching FA, kita merupakan satu pasukan baharu dan kita memerlukan sokongan kukuh dan salah satunya adalah LSC. Justeru saya merakamkan penghargaan kepada LSC kerana telah bersama kami sejak hari pertama lagi bergerak lebih kuat setiap tahun dan membantu kami dalam banyak cara yang kami tidak bayangkan," katanya. Beliau yang juga Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak menjelaskan, MoU ini akan melanjutkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak untuk lima tahun yang akan datang sehingga 2030. Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, seramai 29 pemain telah berjaya didaftarkan bagi mengharungi saingan tahun ini. Tambahnya, pihak pengurusan KCFC akan melihat kepada penambahan pemain pada pertengahan musim kelak setelah jendela perpindahan dibuka sekiranya penambahan pemain diperlukan. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
砂拉越-汶莱共享文化价值观 |
斯里巴加湾市讯:首度在汶莱举办的“2025年砂拉越-婆罗洲美食与文化联结”活动,成为展示砂拉越与汶莱文化魅力的重要平台。 砂拉越副总理拿督阿玛阿旺登雅表示,砂拉越与汶莱共享丰富的文化遗产,从传统美食、服饰、艺术到家庭价值观,皆有许多共通之处。 他说,这项由砂拉越驻汶莱贸易与旅游办事处(STATOB)主办的活动,对促进婆罗洲区域和谐与团结精神具有重要意义。 “文化能团结人民,跨越国界。在当今充满挑战的世界里,类似的活动尤为关键,有助于推广和谐与区域团结。我们有许多相似之处值得共同庆祝。在饮食文化方面,我们拥有共同的传统美食,例如西米糕(Ambuyat)、糯米糕(Kelupis)、炒饭(Nasi Aruk)、硕莪糊(Linut)、生鱼片(Umai)、竹筒鸡(Manok Pansoh)以及各式糕点。在本次活动中,来自砂拉越的主厨现场烹饪并呈现了哥罗面、爪哇面、干盘面、砂拉越叻沙、林梦煎蕊、老越风味塔海酱等多样美食,供现场民众品尝。 他周六在汶莱哈桑纳尔博尔基亚国家体育场停车场举行的“2025年砂拉越-汶莱风味与文化连结”活动开幕仪式上致词时,这么说。 该活动由汶莱首相署部长兼第二财政及经济部长拿督刘光明主持开幕。 拿督阿玛阿旺登雅补充,该活动也期望能进一步巩固两地机构与中小企业(PKS)之间的合作。 “中小企业在开拓新市场方面扮演重要角色,无论是砂拉越企业走向汶莱,或汶莱商家拓展至砂拉越,特别是在食品与手工艺领域。” 出席活动的还有拿督阿玛阿旺登雅的夫人拿督达央莫莉雅、砂青年、体育与企业家发展部副部长拿督里宾拉玛、砂国际贸易、工业与投资部顾问拿督斯里莫哈末纳鲁丁、STATOB首席执行员沙末朱奈以及多位嘉宾。 “2025年砂拉越-汶莱美食与文化联结”活动于8月2日至3日举行,共有来自砂拉越的20个展商与来自汶莱的18个展商参与。 除了美食、手工艺及本地产品展览外,现场也呈现了砂拉越与汶莱各族群的传统文化表演,展现多元民族风采。-UKAS刊 |
View |
|
news |
“营商便利化”试点计划在诗巫推行,简化商业执照申请流程 |
诗巫:砂拉越政府目前在诗巫推行“营商便利化”(Ease of Doing Business)试点计划,旨在精简与简化商业注册和执照申请的流程。 砂拉越副政府秘书(行动)兼“营商便利化”项目顾问拿督许赞麒表示,该计划致力于协助公众和商业社群,将原本需前往3个不同地点的申请程序,整合为只需到一个地点即可完成的便利服务,即砂拉越服务中心或城市转型中心(UTC)。 “以前若要开设一家小型企业,申请人需要先到县公署登记商号,再到财政局申请商业执照,最后还要到地方政府(PBT)申请营业执照。现在,所有手续都可以在一个地点完成,即砂拉越服务中心或城市转型中心。他们只需填写一份表格,仅需前往两次,第一次提交申请并缴费,第二次领取执照。” 他周五巡视诗巫城市转型中心后,接受媒体访问时,如是表示。 拿督许赞麒补充,若申请只涉及商号登记和商业执照,预计将在5个工作日内获得批准。 他说,至于涉及地方议会所颁发营业执照的申请,则将依据营业场所的风险等级,在14个工作日内完成审批。 他续称,对于高风险行业如卡拉OK中心、娱乐场所、补习中心和石油储存仓库等,因涉及警方、消拯局及教育局等机构的核查与视察,审批时间将延长至30个工作日。 他也指出,该系统目前仅在诗巫与加拿逸推行为期6个月的试点计划,在完成试行与评估后,才会进行相关法律修订,使地方议会具备成为“一站式中心”的法定地位。 关于营业时间,拿督许赞麒则表示,执照申请的受理时间为周一至周五,早上8时至下午3时30分。 他表示,周末营业不涉及执照申请,因为收款系统仍然取决于银行营业时间。 拿督许赞麒希望诗巫的新企业能够借此机会更轻松、更快捷地注册,从而支持当地经济增长。 随行视察者还包括砂拉越转型与创新单位主任苏柏利阿旺赛益、诗巫县长黄德民、诗巫市议会主席丁永豪及诗巫乡区县议会秘书黄圣为。-UKAS刊 |
View |
|
news |
2025年泗里街嘉年华凝聚社区团结及遗产传承 |
泗里街:2025年泗里街嘉年华以“文化共融,传承共荣”( Unite in Culture, Rich in Heritage )为主题,彰显团结精神与多元文化的力量,作为推动人民与砂发展的核心支柱。 砂拉越旅游、创意产业与表演艺术部长拿督斯里阿都卡林表示,这场高规格嘉年华不仅是展示泗里街本土身份认同的战略平台,更有助于推动泗里街迈向现代农业枢纽及社区旅游目的地的宏愿。 “泗里街嘉年华前身为‘凤梨与水果节’,如今以全新面貌回归,内容更具包容性与影响力,全面强化本地艺术、文化、传统与创业活力。” 阿都卡林是于周六在2025年泗里街嘉年华开幕礼上致词时,如是说。由于他不克出席,所以其讲稿由天然资源与环境永续部副部长兼泗里街区国会议员拿督斯里范长锡代读。 他指出,今年主题蕴含深远讯息,呼吁社会珍视文化多样性,并持续强化社会团结,为迈向可持续未来奠定根基。 2025年泗里街嘉年华不仅带动地方经济成长,也为旅游与创业领域开辟了新的发展机遇。 为支持各项节目与活动的顺利举行,也宣布拨款2万令吉作为活动经费。 泗里街嘉年华自2025年7月25日揭幕,至8月3日圆满落幕。活动内容丰富多样,包括农业展览、本地产品博览会、文化表演、传统体育竞赛以及民间艺术演出等。 此常年盛会,持续迈向更高水平,已成为砂拉越最具代表性的社区节庆活动之一,助力泗里街在砂发展蓝图中占据更耀眼的位置。 当天活动出席者包括马拉端区立法议员拿督陈冠勋、美銮区立法议员罗兰杜雅朱宾、泗里街省长拿督麦可罗尼兰贡、政府机构代表、赞助商、非政府组织(NGO)、安全部队、志愿者和来自各地的上千名访客。-UKAS刊 |
View |
|
news |
会客日,直接向乡区人民提供服务 |
伦乐:砂拉越公关单位(UKAS)于周六在甘榜比亚瓦(Kampung Biawak)综合礼堂举办会客日活动,再次证明了砂拉越政府一直致力于直接向乡区人民提供服务和信息。 当天,超过800名甘榜比亚瓦居民踊跃参与此活动。现场设有多个政府机构摊位,提供各类服务,并为乡民与政府单位之间搭建直接交流的平台。 砂公关单位总监阿旺布特拉尤斯里在致词时强调,此类活动体现了砂拉越政府不分地理远近、努力确保全民均可获得权威资讯和优质服务的坚定承诺。 “甘榜比亚瓦目前有890名居民,214户家庭。该村是我们扩展砂政府发展政策覆盖范围时,重点关注的乡区社区之一。” 该活动由伦乐县长阿旺尤索夫代表欧巴区立法议员比利苏章主持开幕仪式。 阿旺尤索夫在致词时也赞赏砂公关单位将政府机构直接联系到乡区的做法。 “这样的项目加强了民众对政府政策的理解,并为他们提供了一个直接表达观点和需求的空间。” 他强调,砂公关单位在传递权威信息方面的重要战略角色,尤其是在假新闻泛滥的数码时代背景下。 本次活动共有14个政府机构参与,包括砂拉越农业局、砂拉越公共工程局、伦乐县议会、砂拉越安全与执法单位(UKPS)、砂拉越公共服务数码化单位、砂拉越卫生局、马来西亚皇家警察、国民登记局、砂社会福利局、可可研究与发展中心、社险机构(PERKESO)、雇员公积金局(KWSP)、i-CATS大学学院,以及砂公关单位。 活动现场也举办了一系列活动,包括儿童填色比赛、互动问答、以及让乡民能够直接向有关单位提出问题与建议的交流环节。 阿旺布特拉尤斯里呼吁乡区社区善加利用此类平台,作为与政府沟通与反馈的重要渠道。 “UKAS将持续走入民间,确保砂拉越政府的各项政策与愿景能被广泛理解与感受,不让任何一位生活在偏远地区的人民被忽略。” 该计划是砂公关单位外展倡议的一部分,旨在进一步巩固政府与人民之间的联系,体现砂拉越推动包容性发展(inclusive development)的宏愿。-UKAS刊 |
View |
|
news |
ICM Pacu Transformasi Undang-Undang Malaysia, Cetus Era Baharu Benchers Tempatan |
KUCHING: Inisiatif Inns Of Court Malaysia (ICM) yang berteraskan model di negara Britain dan Amerika Syarikat tetapi dengan sentuhan Malaysia mampu menjadi pemangkin kepada transformasi bidang undang-undang negara. Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ICM mendedahkan dan menggerakkan para profesional dari seluruh spektrum perundangan, terutamanya bagi pelajar dalam memupuk kemahiran profesional perundangan bertaraf tinggi "Tidak lama lagi, dengan ICM di barisan hadapan, kita akan melihat 'barristers' Malaysia yang dilahirkan di tanah air, walaupun bukan 'King’s Counsel', dilatih untuk menjadi pakar dan berwibawa dalam undang-undang, baik dari segi prosedur mahupun substantif "Ini juga membolehkan mereka memiliki keyakinan, keanggunan dan kemahiran sosial yang halus untuk berkembang maju dalam apa jua persekitaran dan akhirnya lebih ramai individu cemerlang Malaysia akan diiktiraf sebagai 'Benchers'," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam ICM bersempena Istiadat Penganugerahan 'Bencher' sulung Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang turut hadir pada Sabtu. Tambahnya, usaha ini akan memperkukuh lagi kedudukan Malaysia dalam membangunkan jurisprudens sendiri yang relevan dengan keadaan tempatan. Selain itu, Dato Sri Fadillah turut menegaskan tiada keperluan untuk pematuhan membuta tuli kepada duluan asing yang boleh menjejaskan keadilan serta memberi kesan buruk kepada pihak berperbicaraan. "Kita juga memiliki dinamika ekonomi, struktur sosial dan cabaran tempatan yang tersendiri yang memerlukan penyelesaian bersifat tempatan. "Biarlah jurisprudens Malaysia berkembang dengan yakin, berakar umbi pada identiti unik kita, agar suatu hari nanti ia akan menjadi rujukan yang dihormati di seluruh Komanwel," ujarnya. Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Penasihat ICM Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi, Presiden ICM Tun Ariffin Zakaria, Ketua Hakim Negara Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Yang Dipertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Edgard D. Kagan, Presiden Makhamah Rayuan Dato Abu Bakar Jais, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Hasnah Dato Mohammad Hashim, Ketua Hakim Sarawak Dan Sabah Datuk Azizah Nawawi serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Semangat Perjanjian Malaysia 1963 Perlu Dikekalkan |
KUCHING: Mengekalkan semangat asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) amat penting khususnya berkaitan keputusan mahkamah yang mampu mencabuli perjanjian tersebut. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengambil contoh terhadap peruntukan di bawah Akta Imigresen yang memberi kuasa kepada Kerajaan Sarawak untuk menghalang kemasukan individu ke Sarawak di mana mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada boleh dilaksanakan atau tidak. Jelasnya, tindakan tersebut sama sekali terus menjadi perkara yang mencabuli semangat MA63 di mana akan menimbulkan pelbagai isu daripada kuasa tersebut. "Sekiranya perkara ini berlaku, keseluruhan maksud Perjanjian Malaysia itu akan berubah sama sekali kerana semangat asal perjanjian tersebut akan diketepikan oleh doktrin struktur asas maka beberapa masalah telah timbul daripada isu ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam ICM bersempena Istiadat Penganugerahan 'Bencher' sulung Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada Sabtu. Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi menjelaskan, Perjanjian Malaysia 1963 walaupun bukan sebahagian daripada teks Perlembagaan Persekutuan secara langsung namun ia masih tetap memiliki nilai undang-undang dan politik yang signifikan dalam membentuk hubungan antara negeri dan Persekutuan. Ujarnya, keputusan mahkamah dalam menentukan hak yang terkandung dalam MA63 mempersoalkan sama ada ia dianggap sebagai satu syarat atau menjadi sebahagian daripada apa yang dipanggil sebagai doktrin struktur asas. "Jika tidak, maka hak yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah untuk menggunakan kuasa imigresen bagi menghalang kemasukan individu yang diterima sebagai sesuatu yang amat asas bagi rakyat Sarawak dan Sabah akan tertakluk kepada keputusan mahkamah," ujarnya. Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Penasihat ICM Tun Dato Seri Zaki Tun Azmi, Presiden ICM Tun Ariffin Zakaria, Ketua Hakim Negara Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Yang Dipertua Dewan Negara Dato Awang Bemee Awang Ali Basah, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Duta Besar Amerika Syarikat Ke Malaysia Edgard D. Kagan, Presiden Makhamah Rayuan Dato Abu Bakar Jais, Ketua Hakim Malaya Tan Sri Hasnah Dato Mohammad Hashim, Ketua Hakim Sarawak Dan Sabah Datuk Azizah Nawawi serta dif kenamaan lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Muzik Tempatan Pemangkin Nilai, Ilmu & Ekonomi Komuniti |
SIMUNJAN: Setiap penganjuran program komuniti harus dibina atas asas ilmu, kemahiran dan nilai murni agar mampu memberikan impak positif kepada pembangunan masyarakat serta merangsang ekonomi setempat. Penegasan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee ketika merasmikan Konsert Muzik Sarawak anjuran Persatuan Kebajikan Anak Jati Simunjan (PERKAJAS) yang berlangsung meriah di Padang Sentral Simunjan, pada Sabtu. Hadir sama menyerikan program tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, serta isteri beliau Napsiah Abang Kaderi. Menurut Rodiyah, kejayaan sesebuah program bukan datang dengan mudah, sebaliknya menuntut perancangan rapi, komitmen tinggi dan kerja berpasukan yang teliti dari peringkat awal sehingga tamat. “Namun, proses ini penting sebagai medan pembelajaran buat generasi muda dan masyarakat secara umum. Apa yang paling utama ialah setiap penganjuran mestilah menyemai nilai-nilai positif kepada semua pihak yang terlibat, termasuk artis, pemuzik, krew produksi dan juga para penonton,” katanya. Rodiyah turut melahirkan rasa bangga kerana konsert tersebut menjadikan muzik tempatan Sarawak sebagai tunjang persembahan, sekali gus memperkukuh jati diri budaya negeri. “Lagu-lagu berbahasa dialek tempatan dan rentak tradisional yang disesuaikan secara moden, inilah identiti muzik kita yang harus terus diketengahkan.” Menurut beliau, program seperti ini membuka ruang kepada pencipta lagu, penulis lirik, artis muda dari Simunjan dan luar daerah, di samping menjadi platform generasi baharu untuk mengenali serta menghargai warisan muzik Sarawak. Dalam perkembangan sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada PERKAJAS atas kejayaan memperoleh Geran Sokongan Sektor Pelancongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). “Ini membuktikan bahawa usaha komuniti anak jati Simunjan telah menepati piawaian nasional dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi,” tegasnya. Rodiyah turut menyeru agar lebih banyak NGO dan agensi tempatan mengambil peluang memohon pelbagai geran tahunan yang disediakan oleh kementerian dan jabatan kerajaan. “Geran-geran ini bukan sahaja membantu menjayakan aktiviti, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosial dan budaya secara berterusan di kawasan kita,” tambah beliau. Antara yang turut hadir memeriahkan program ialah Pegawai Daerah Simunjan, Sanuyah Mohamad; Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Sabli Razak serta Pengerusi PERKAJAS, Abdul Lattif Poli.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Meraikan Juara, Eratkan Ukhwah |
KOTA SAMARAHAN: Rumah Rehat Kerajaan Pejabat Daerah Samarahan diselubungi suasana meriah dan santai apabila Program Santai Bersama Kelab Bola Sepak KMKK Daerah Samarahan diadakan malam tadi bagi meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai Piala Sumbangsih SABERKAS DUN Muara Tuang. Selain menjadi wadah penghargaan kepada pemain dan jawatankuasa penganjur, majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti memanggang ayam, daging, ikan dan kambing yang membangkitkan selera dan mengukuhkan lagi suasana kekeluargaan dalam kalangan hadirin. Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razak dalam ucapannya berkata program ini bukan sekadar meraikan kejayaan malah menjadi medan untuk mengeratkan hubungan antara KMKK, Pejabat Daerah, dan rakan strategik seperti Pusat Marqas DUN Muara Tuang yang diketuai Kr Aziz Mohamad, juga Ahli Majlis MPKS. “Hubungan erat ini penting bagi memastikan urusan pentadbiran dan pengurusan di peringkat akar umbi berjalan lancar,” ujarnya. Beliau turut menyeru agar ahli KMKK baharu dan lama terus berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mentadbir kampung masing-masing. Majlis yang berlangsung santai itu turut diserikan dengan aktiviti karaoke, perbualan mesra dan semangat muafakat yang jelas terpancar sepanjang malam. Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Samarahan, Hayati Sahari, Ketua Marqas Operasi DUN Muara Tuang, Aziz Mohamad, Pengerusi Kelab KMKK Daerah Samarahan, Seraai Sajili serta Pengerusi Kelab KMKK DUN Muara Tuang, Elen Mustapha.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Program Hari Bersama Pelanggan, Sampaikan Perkhidmatan Terus Kepada Rakyat Luar Bandar |
LUNDU: Komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk menyampaikan perkhidmatan dan maklumat secara langsung kepada rakyat luar bandar sekali lagi dizahirkan menerusi penganjuran Program Hari Bersama Pelanggan anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Dewan Serbaguna Kampung Biawak pada Sabtu. Lebih 800 penduduk Kampung Biawak membanjiri program tersebut, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan agensi kerajaan serta platform libat urus antara masyarakat dan pihak berkuasa secara terus. Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie bin Awang Redzuan dalam ucapannya menegaskan bahawa inisiatif seperti ini mencerminkan usaha berterusan kerajaan Sarawak untuk memastikan rakyat, tanpa mengira lokasi geografi, mendapat akses kepada maklumat sahih dan perkhidmatan berkualiti. “Kampung Biawak yang mempunyai 890 penduduk dan 214 buah rumah ini merupakan sebahagian daripada komuniti luar bandar yang menjadi fokus kami dalam memperluas capaian dasar pembangunan negeri,” ujarnya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha mewakili ADUN Opar, Billy Sujang. Dalam ucapannya, beliau menyambut baik pendekatan UKAS yang membawa agensi kerajaan terus ke tengah masyarakat luar bandar. “Program sebegini memperkukuh kefahaman rakyat terhadap dasar kerajaan dan membuka ruang untuk mereka menyuarakan pandangan serta keperluan secara langsung,” katanya. Beliau turut menekankan peranan strategik UKAS dalam menyalurkan maklumat yang sahih dan berautoriti, khususnya dalam era digital yang sarat dengan penyebaran berita palsu. Sebanyak 13 agensi kerajaan turut serta dalam program ini termasuk Jabatan Pertanian Sarawak, Majlis Daerah Lundu, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Koko, PERKESO, KWSP, i-CATS serta UKAS sendiri. Program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak, kuiz interaktif serta sesi libat urus yang memberi peluang kepada penduduk mengemukakan pertanyaan dan cadangan secara langsung. Awang Putrayusrie menggesa masyarakat luar bandar agar terus memanfaatkan platform sebegini sebagai saluran maklum balas dan interaksi bersama agensi kerajaan. “UKAS akan terus mendekati rakyat demi memastikan setiap dasar dan aspirasi kerajaan Sarawak difahami serta dirasai kesannya oleh semua lapisan masyarakat, tanpa terkecuali mereka di kawasan pedalaman,” katanya. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif jangkauan luar UKAS untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat, sejajar dengan wawasan pembangunan inklusif Sarawak.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious411412413414415416417418419420NextLast |