Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Tragedi Kebakaran Kampung Tengah: Ahli Parlimen Batang Lupar Seru Semangat Kebersamaan Komuniti

SRI AMAN: Keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terjejas dalam insiden kebakaran di Kampung Tengah terus dizahirkan apabila Ahli Parlimen Batang Lupar, Shafizan Zahir turun padang menziarahi mangsa dan meninjau keadaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Sri Lemanak. Dalam kejadian yang berlaku pada lewat malam 28 Julai lalu, sebanyak lapan buah rumah telah terjejas, membabitkan seramai 32 orang penduduk daripada lapan keluarga. Shafizan hadir sejurus menyelesaikan urusan rasmi di Parlimen, menyatakan rasa dukacita atas musibah yang menimpa penduduk Kampung Tengah. “Kejadian ini amat menyayat hati. Dalam sekelip mata, kediaman dan kenangan musnah dijilat api. Namun, saya melihat cahaya harapan menerusi semangat kebersamaan dan sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh masyarakat setempat dan agensi-agensi penyelamat,” ujarnya pada Jumaat. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), serta Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sri Aman yang bertindak pantas sejak malam kejadian. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada para penyumbang dan Ketua Masyarakat serta Ketua Kaum (KMKK) yang memainkan peranan penting dalam menyelaras kebajikan mangsa, termasuk Ketua Kampung Tengah yang dikatakan sebagai antara individu terpenting dalam memastikan segala keperluan asas penduduk terjejas dapat disalurkan dengan segera. “Saya akan berusaha sebaik mungkin membantu meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa. Diharapkan mereka terus tabah dan cekal dalam menghadapi ujian ini,” tambah beliau. Setakat ini, bantuan awal berupa makanan, pakaian dan keperluan harian telah pun disalurkan kepada mangsa, manakala proses penilaian kerosakan serta sumbangan susulan sedang diuruskan oleh pihak berkuasa berkaitan. Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghubungi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah atau hadir terus ke PPS Dewan Sri Lemanak.-EDISI UKAS  

View

news

UKAS Terima Kunjungan Hormat Howden Insurance Brokers

KUCHING: Syarikat Howden Insurance Brokers Sdn Bhd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan bagi merintis kerjasama dua hala antara kedua pihak. Kunjungan tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama UKAS pada Khamis dengan delegasi Howden Insurance Brokers diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Ismam Shahrin Ismail. Turut hadir Timbalan Pengarah UKAS, Mohamed Faizal Shah Ali dan barisan Ketua Penolong Pengarah (KPP) yang lain. Antara lain, kunjungan delegasi Howden Insurance Brokers itu bertujuan berkongsi pelbagai pelan insuran yang sesuai untuk melindungi kakitangan mahupun aset UKAS. Awang Putra dalam pada itu menyambut baik pelan insuran yang dibentangkan oleh pihak Howden Insurance Brokers sambil menekankan kepentingan perlindungan keselamatan kakitangan UKAS khususnya yang sering bertugas di lapangan dalam situasi mencabar berisiko. Pada masa sama katanya, pelan perlindungan juga penting untuk melindungi aset-aset UKAS yang bernilai tinggi. - EDISI UKAS

View

news

MPHLG Proposes All Public Places To Be Equipped With AEDs

KUCHING: The Sarawak Ministry of Public Health, Housing and Local Government (MPHLG) proposes that all public places in Sarawak be equipped with Automated External Defibrillator (AED) devices as part of efforts to increase preparedness for emergencies related to heart attacks. Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, said amendments to the Building Ordinance are being worked on to include new regulations, such as the requirement to install AEDs in public locations. “We have amended the Building Ordinance and are awaiting review by the Sarawak Attorney General with the hope that it can be tabled in the next Sarawak Legislative Assembly sitting. One of the new regulations that is timely is the requirement for AEDs in public places,” he said. He said this to reporters after the AED Presentation Ceremony between UNIFOR and the Kuching District Red Crescent, here on Friday. Datuk Amar Dr. Sim, who is also the Minister of Housing and Local Government, added that heart disease is the number one killer in Sarawak and the public often witness incidents of individuals collapsing suddenly. He said, in this situation, the presence of an AED nearby can save lives. However, he stressed that installing an AED alone is not enough without the knowledge of the people to use it. “We need to ensure that the people know how to perform CPR and operate an AED. That is why training through agencies such as the Malaysian Red Crescent, UNIMAS and St. John Ambulance Malaysia is very important,” he explained. In addition, the MPHLG also took the opportunity to update various building regulations including introducing a “green index” in line with the Sarawak Premier’s vision towards sustainable development. -UKASnews  

View

news

UKAS Receives Courtesy Visit From Howden Insurance Brokers

KUCHING: Howden Insurance Brokers Sdn Bhd paid a courtesy call on the Director of the Sarawak Public Communications Unit (UKAS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan, to pioneer bilateral cooperation between the two parties. The visit was held at the UKAS Main Meeting Room on Thursday with a delegation from Howden Insurance Brokers led by its Chief Executive Officer Ismam Shahrin Ismail. Also present were UKAS Deputy Director, Mohamed Faizal Shah Ali and other Principal Assistant Directors (KPP). Among other things, the visit by the Howden Insurance Brokers delegation was aimed at sharing various insurance plans that are suitable to protect UKAS staff and assets. Awang Putra meanwhile welcomed the insurance plan presented by Howden Insurance Brokers while emphasizing the importance of protecting the safety of UKAS staff, especially those who often work in the field in challenging and risky situations. At the same time, he said, the protection plan is also important to protect UKAS's high-value assets. - UKASnews  

View

news

ProDR Empowers Rural Youth In Line With PCDS 2030

MUKAH: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) remains committed to empowering education and employment opportunities through the organisation of the “Project of Dream Realised” (ProDR) Roadshow Programme which is now entering its 10th edition. Balingian Assemblyman and TEGAS Trustee Board Member, Abdul Yaakub Arbi stressed that ProDR is in line with the Post-COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030 and supports the state government’s efforts to produce 500,000 highly skilled workers by 2030. “Programmes like ProDR are important in empowering rural youth with early exposure to education, technical training and skills that are relevant to future needs,” he said during his speech at the program’s opening ceremony at the Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, on Friday. He also congratulated TEGAS and all strategic partners who made this high-impact programme a success, and hoped that more similar initiatives would be expanded to the Mukah area and its surrounding areas. This edition of the ProDR programme involves a series of tours to 14 locations throughout Sarawak over a period of 31 days, with the participation of more than 31 educational institutions and government agencies, opening up opportunities for students and rural youth to learn about various career paths and skill areas. Also launched in this programme was the ‘Think & Tinker’ (T&T) Mini Lab at SMK Mukah and Sekolah Kebangsaan (SK) Parish Balingian, which is a STEM-based digital learning space that includes modules such as ‘MicroBit for Beginner Workshop’, ‘Arduino Basics 101’, ‘Drone Programming’, ‘Exploring mBot Robotics’ and many more. Also present were Mukah Division Deputy Resident, Shafrie Saili, Mukah District Officer, Peleadzman Ahip and TEGAS Chief Executive Officer, Udin Bujang. -UKASnews  

View

news

RM66,900 Disalur, Bukti Komitmen Kerajaan Ringankan Beban Mangsa Kebakaran Kampung Tengah, Simanggang

SIMANGGANG: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus menzahirkan komitmen tinggi dalam membantu mangsa bencana apabila menyalurkan bantuan berjumlah RM66,900 kepada mangsa kebakaran di Kampung Tengah, Simanggang menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bantuan tersebut meliputi pelbagai keperluan asas termasuk wang saku, pakaian, peralatan dapur, barangan persekolahan, bahan binaan serta barangan keperluan harian, sekali gus membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menangani impak awal pasca bencana secara menyeluruh. Selain itu, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) turut menghulurkan bantuan segera kepada setiap ketua isi rumah melalui Tabung Bantuan Segera berjumlah RM300, sebagai inisiatif awal untuk membantu mangsa memulakan semula kehidupan selepas kejadian. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut merakamkan penghargaan atas tindakan pantas dan koordinasi cekap oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Sri Aman yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sri Aman serta diselia oleh Residen Bahagian Sri Aman. “Pendekatan bersepadu dan penyelarasan pantas yang digerakkan oleh pelbagai agensi di bawah JPBD merupakan cerminan kecekapan sistem pengurusan bencana kita. "Usaha ini amat membanggakan dan perlu dijadikan penanda aras dalam pengurusan krisis di peringkat daerah,” ujar beliau semasa turun padang bagi meninjau keadaan mangsa kebakaran di Kampung Tengah Simanggang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Seri Lemanak, Jalan Stawang, malam tadi. Lawatan berkenaan turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor bagi memberikan sokongan moral kepada para mangsa. Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut menyampaikan sumbangan keseluruhan berjumlah RM11,500 kepada semua keluarga mangsa, hasil gabungan peruntukan khas ADUN dan sumbangan peribadi beliau sendiri. Secara keseluruhan, lapan buah rumah terjejas dalam insiden pada 30 Julai lepas, melibatkan 21 mangsa daripada lima keluarga yang kini berlindung di PPS berkenaan. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Nordina Haron, Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, Ketua Bahagian Pemulihan dan Perundangan JKM Sarawak, Mohd Ali Taib, Timbalan Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Neil Baginda, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman, Sharifah Mordiah Syed Ali serta wakil-wakil agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman.-EDISI UKAS  

View

news

Sarawak Perlu Autonomi Kesihatan, Wujudkan Pusat Trauma Menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu diberikan autonomi dalam sistem penjagaan kesihatan bagi membolehkannya membangunkan pusat trauma menyeluruh di seluruh negeri ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, pengurusan kes kecemasan seperti trauma otak, strok, tumor dan kecederaan tulang belakang memerlukan prasarana lengkap serta pasukan pakar pelbagai bidang, yang hanya dapat direalisasikan melalui perancangan dan pembiayaan berasaskan keperluan geografi, bukan populasi semata-mata. “Sarawak memerlukan pusat trauma di setiap zon utama. Jarak 800 kilometer terlalu jauh untuk menghantar pesakit ke satu-satunya pusat rawatan. “Kita perlukan kemudahan seperti imbasan CT, pakar bedah saraf, ortopedik, ICU dan pasukan sokongan lengkap di setiap lokasi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Neurosurgeri di Bangunan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), di sini pada Sabtu. Beliau turut memuji usaha Jabatan Neurosurgeri Sarawak yang berkembang pesat sejak 1998 dengan kini mempunyai 19 pakar, termasuk 15 yang masih berkhidmat dalam sektor awam. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa usaha Sarawak mendapatkan autonomi dalam bidang kesihatan merupakan sebahagian daripada tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi membolehkan negeri ini menentukan keutamaannya sendiri dalam merancang sistem penjagaan kesihatan. “Kita mahukan peralihan kuasa daripada kerajaan persekutuan, termasuk dalam aspek perancangan, pembiayaan dan perundangan, supaya kita dapat melaksanakan apa yang benar-benar diperlukan oleh rakyat Sarawak,” tegasnya. Dalam masa yang sama, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap trend penghijrahan doktor tempatan ke luar negara, selain menzahirkan keprihatinan terhadap kecenderungan sistem kesihatan negara ke arah budaya litigasi yang keterlaluan seperti di Amerika Syarikat, yang menurutnya boleh membebankan kos perubatan dan insurans. “Kita perlu pastikan sistem kesihatan kita kekal berperikemanusiaan dan tidak terperangkap dalam tekanan saman dan tuntutan insurans semata-mata. “Jika kerajaan boleh memainkan peranan sebagai ‘Good Samaritan’ iaitu membantu tanpa mengharapkan balasan, terutama dalam situasi kecemasan rakyat pasti akan lebih mempercayai dan menghargai sistem kesihatan kita,” katanya. Persidangan Neurosurgeri berkenaan menghimpunkan pakar-pakar perubatan dari dalam dan luar negara, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Sarawak untuk membangunkan bakat tempatan serta memperkukuh jaringan profesional dalam bidang neurosurgeri.-EDISI UKAS

View

news

Ijtimak JAIS Perkasa Peranan Amanah Agensi Islam Pacu Pembangunan Holistik Ummah

KOTA SAMARAHAN: Agensi dan penjawat awam Islam di Sarawak diseru agar tidak sekadar melihat peranan mereka sebagai pelaksana tugas pentadbiran, sebaliknya perlu memahami kedudukan sebagai pemegang amanah ummah yang bertanggungjawab memacu pembangunan masyarakat secara menyeluruh dan seimbang. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penglibatan aktif dalam program seperti Ijtimak Kecemerlangan JAIS 2025 merupakan satu manifestasi penting untuk menyemai ukhuwah, membina semangat kerja berpasukan dan membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan umat Islam. “Islam bukan hanya tertumpu pada ibadah ritual semata-mata, tetapi turut menzahirkan kegembiraan, semangat menyantuni sesama insan, serta kehidupan yang aktif dan bertenaga. “Peranan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) amat penting dalam membangunkan insan secara seimbang dari sudut akademik, akhlak, spiritual dan jasmani,” ujarnya ketika merasmikan program berkenaan yang berlangsung di Stadium UNIMAS, di sini, pada Sabtu. Beliau menambah, pelaksanaan program seumpama ini seiring dengan matlamat Pelan Pembangunan Pasca-COVID 2030 dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) serta SDG 11 (Bandar dan Komuniti Mampan) yang menekankan kepentingan gaya hidup sihat dan masyarakat harmoni. Program dimulakan dengan acara Larian Mesra Ummah yang melibatkan lebih 300 peserta dari pelbagai agensi dan komuniti, merangkumi laluan tiga dan lima kilometer mengelilingi kawasan kampus UNIMAS. Acara seawal jam 5 pagi dimulakan dengan sesi pendaftaran, diikuti solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh oleh Pengarah JAIS Sarawak, Tuan Mual Suaud, serta senaman ringan sebelum pelepasan rasmi larian pada jam 6.30 pagi. Menurut Datuk Dr Abdul Rahman, penganjuran program seperti ini wajar dijadikan sebagai acara tahunan tetap dalam kalendar JAIS kerana memberi impak besar bukan sahaja kepada warga jabatan, malah kepada masyarakat secara keseluruhan. “Ia bukan sekadar acara riadah semata-mata, tetapi satu pendekatan holistik yang menyatukan jasmani, rohani dan sosial masyarakat. Program ini juga mengukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat menerusi penglibatan langsung penjawat awam dalam platform komuniti,” jelasnya. Tambah beliau, budaya berkhidmat dengan ikhlas dan berjiwa besar perlu terus dipupuk dalam kalangan agensi agama sebagai teras perkhidmatan awam yang cemerlang dan berintegriti. Ijtimak Kecemerlangan JAIS 2025 merupakan antara program yang menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dan penjawat awam Islam di Sarawak bagi memperkukuh perpaduan, integrasi sosial serta kesejahteraan ummah melalui pendekatan pembangunan menyeluruh berasaskan nilai Islam.-EDISI UKAS  

View

news

Bandar Raya Kuching Sasar Atasi Penanda Aras Bandar Antarabangsa

KUCHING: Warga Kuching diseru agar menetapkan aspirasi yang melangkaui penanda aras global dengan menegaskan bahawa bandar raya itu tidak seharusnya sekadar menyaingi standard antarabangsa, malah wajar mengatasi tahap yang telah ditetapkan oleh bandar raya terkemuka dunia. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian menekankan bahawa status Kuching kini terus berkembang pesat hasil penglibatan aktif dalam pelbagai jaringan dan inisiatif global bertaraf antarabangsa. Malah menurutnya, ketika ini Kuching bukan lagi sebuah Bandaraya Gastronomi berskala kecil. "Kita bukan hanya sebuah bandar yang menjalin kerjasama dengan UNICEF menerusi Inisiatif Bandar Mesra Kanak-Kanak (CFCI), dan kita juga bukan sekadar anggota dalam Rangkaian Global Bandar dan Komuniti Mesra Warga Emas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-AFCC). “Kuching tidak lagi terhad kepada persepsi sebagai ‘bandar di rimba Borneo’. Sebaliknya, kita kini berdiri setaraf dengan bandar-bandar bertaraf antarabangsa. “Jadi saya meletakkan harapan agar bandar kita yang bertaraf antarabangsa ini mencapai nilai dan kualiti yang mengatasi beberapa bandar raya antarabangsa lain,” katanya semasa merasmikan Kuching Festival Fair (KFF) 2025 di Teater Terapung Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), malam Jumaat. Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menambah, penganjuran festival itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Sarawak dalam agenda pemerkasaan jati diri kebudayaan rakyat. Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng mengumumkan antara sorotan utama festival tahun ini ialah pembukaan Ruang Gastronomi (Gastronomy Corner) yang memperkukuh lagi pengiktirafan Kuching sebagai ahli Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO dalam bidang Gastronomi. Ruang tersebut menampilkan pelbagai sajian istimewa dari Zhenjiang, Wilayah Jiangsu dan Quanzhou, Wilayah Fujian, China, selain hidangan hasil ciptaan pemenang pertandingan Chef Kuching, terutamanya mereka yang telah mewakili bandar ini ke pentas kebangsaan dan antarabangsa. Majlis itu turut menyaksikan pelantikan Dato Wee sebagai Duta Promosi Global Gastronomi Quanzhou oleh Kongres Rakyat Perbandaran Quanzhou, Wilayah Fujian untuk tempoh dua tahun. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kuching, Tuan Xing Weiping, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman serta jemputan kenamaan yang lain.-EDISI UKAS  

View

news

RM66,900 Allocation Proof Of Government Commitment To Ease Burden Of Kampung Tengah, Simanggang Fire Victims

SIMANGGANG: The Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM) continues to demonstrate its high commitment in helping disaster victims when it disbursed assistance totaling RM66,900 to fire victims in Kampung Tengah, Simanggang through the Social Welfare Department (JKM). The assistance covers various basic needs including pocket money, clothing, kitchen equipment, school supplies, building materials and daily necessities, thus proving the government's preparedness in dealing with the initial impact of the post-disaster comprehensively. In addition, the National Welfare Foundation (YKN) also provided immediate assistance to each head of household through the Tabung Bantuan Segera totaling RM300, as an initial initiative to help victims restart their lives after the incident. The Minister of Women, Family and Community Development, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri also expressed her appreciation for the swift action and efficient coordination by the Sri Aman District Disaster Management Committee (JPBD), which is chaired by the Sri Aman District Officer and supervised by the Sri Aman Division Resident. “The integrated approach and rapid coordination driven by various agencies under the JPBD is a reflection of the efficiency of our disaster management system. "This effort is very commendable and should be used as a benchmark in crisis management at the district level," he said when he went to the field to inspect the condition of fire victims in Kampung Tengah Simanggang at the Dewan Seri Lemanak Temporary Evacuation Centre (PPS), Jalan Stawang, on Friday night. The visit was also joined by Lingga Assemblywoman, Dayang Noorazah Awang Sohor to provide moral support to the victims. Meanwhile, Dayang Noorazah also presented a total contribution of RM11,500 to all the families of the victims, a combination of the special allocation from the Assemblywoman and her own personal contribution. In total, eight houses were affected in the incident on July 30, involving 21 victims from five families who are currently taking shelter at the PPS. Also present during the visit were the YKN Chief Executive Officer, Nordina Haron, Sri Aman Division Resident, Mahra Salleh, Head of the Rehabilitation and Legal Division of JKM Sarawak, Mohd Ali Taib, Sri Aman District Deputy Police Chief, DSP Neil Baginda, Sri Aman Division Social Welfare Officer, Sharifah Mordiah Syed Ali as well as representatives of agencies under the Sri Aman Divisional Disaster Management Committee. -UKASnews  

View
FirstPrevious381382383384385386387388389390NextLast