Menunjukkan hasil carian:


Halaman Tajuk Isi Tindakan

news

Deputy Premier On Statewide Tour To Oversee Development Projects

BALINGIAN: Sarawak Deputy Premier Datuk Amar Douglas Uggah has reiterated his commitment to ensuring the timely implementation of development projects.  To prevent delays and project failures, Datuk Amar Douglas embarked on a five-day "turun padang" or boots on the ground trip by road, which started on Monday.  His itinerary includes visits to Miri Division, Bintulu Division, and Balingian in Mukah Division.  Tomorrow, Datuk Amar Douglas, who is also the Sarawak Minister of Infrastructure and Port Development (MIPD), will be in Kapit before moving on to Sibu and Sarikei Division on Friday.  Speaking after a briefing on road upgrades from Bintulu to Mukah, Datuk Amar Douglas described the trip as "educational, beneficial, and informative."  Accompanying him are MIPD Deputy Minister, Datuk Ir Aidel Lariwoo, state Public Works Department (JKR) Director, Dr Cassidy Morris, and MIPD Permanent Secretary, Datuk Chiew Chee Yaw.    In Miri and Bintulu, they engaged with rural elected representatives, who provided feedback on rural transformation projects and the need for road and bridge upgrades. The feedback will inform future plans by JKR and MIPD to enhance rural connectivity.  Datuk Amar Douglas emphasised the goal of linking all villages and longhouses by 2030, particularly in Miri and Kapit interiors.  Despite progress, he acknowledged the persistence of a few "sick" projects but assured that strict measures are in place to address these, including potential contract terminations for non-performing contractors. Datuk Amar Douglas highlighted significant improvements in the state’s infrastructure, attributing the progress to the GPS government's efforts. Currently, 16 bridges are under construction statewide, costing RM4.90 billion, funded by state resources.  Upon completion, these bridges will enable seamless travel from Kuching to Limbang, eliminating the need for ferry crossings. Focusing on the coastal road from Mukah to Bintulu, Datuk Amar Douglas reported that most of the 136.95 km construction packages are nearly complete.  This segment, including three major bridges - Paloh, Batang Igan, and Muara Lassa - cost RM1.614 billion.  The Paloh and Batang Igan bridges are set for completion by the end of 2025, while the Muara Lassa Bridge is expected to be ready by the end of this year, further reducing the need for ferry crossings. To address two road stretches needing upgrades, Uggah stated that JKR headquarters had allocated RM16 million.  Work on these stretches will commence once a contractor is appointed, ensuring continuous improvement of the state’s infrastructure network.-UKASnews

Lihat

news

Realisasikan Impian Siapkan Semua Venue SUKMA XXI

BINTULU: Usaha gigih berterusan yang diberikan oleh semua pihak telah merealisasikan impian untuk menyiapkan kesemua venue Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 sebelum ianya membukai tirai 17 Ogos ini. Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh pihak terlibat di semua venue SUKMA XXI untuk memastikan semuanya berjalan lancar dengan mengambil kira pengaturan penerimaan tetamu, penginapan serta makanan dan minuman kelak. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas selesai mengadakan lawatan ketiga-tiga venue SUKMA XXI Sarawak 2024 di sini pada Jumaat. Mengulas mengenai lawatan beliau, ‘Chef de Mission’ (CDM) Kontinjen Sarawak itu berpuas hati dengan persiapan yang telah dibuat di mana ketiga-tiga venue berkenaan hampir 100 peratus siap dan bersedia untuk menganjurkan acara. Bintulu pada SUKMA XXI ini akan menjadi tuan rumah kepada tiga acara iaitu Muay Thai yang akan berlangsung di NAIM Bintulu Paragon Street Mall manakala bola sepak dan sepak takraw masing-masing akan berlangsung di Stadium Muhibbah dan Stadium Bintulu. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Angellie Stephen Raja dan Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti. -EDISI UKAS  

Lihat

news

MINTRED Anjur Karnival Sempena SUKMA 2024

KUCHING: Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) akan menganjurkan Karnival Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 Sarawak 2024 sempena temasya sukan itu bulan ini. MINTRED dalam satu kenyataan memaklumkan Karnival SUKMA merupakan program jualan produk usahawan seperti makanan, minuman serta trak makanan dan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Menurut kenyataan itu karnival tersebut akan diadakan di semua lokasi yang akan terlibat dengan SUKMA seperti di Dataran Perayaan Petra Jaya, Stadium Tertutup Sibu dan Stadium Miri. “Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi Karnival SUKMA, antaranya persembahan kebudayaan, promosi produk pelancongan, pertandingan karaoke, demonstrasi masakan, demonstrasi produk, pertandingan mewarna dan lain-lain,” menurut kenyataan itu. SUKMA 2024, yang dijadualkan dari 17 hingga 24 Ogos, akan dianjurkan di sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri. Temasya kali ini akan mempertandingkan 488 acara, merangkumi 37 sukan, terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita, dan 35 acara campuran, serta dijangka menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai. SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini, iaitu pada 1990 dan 2016. -BERNAMA

Lihat

news

Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik SUKMA XXI Berjalan Lancar

SERIAN: Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 telah berjalan lancar dalam memastikan majlis penyampaian hadiah tersebut lancar menjelang hari perlawanan kelak. Raptai tersebut telah dijalankan di Serian Convention Centre yang juga venue sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak di sini pada petang Jumaat. Untuk makluman, Serian Convention Centre (SCC) telah terpilih dijadikan venue pertandingan sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak pada 21 hingga 24 Ogos 2024. Turut hadir dalam sesi raptai tersebut ialah Setiausaha Majlis Daerah Serian merangkap Pengurus Venue SUKMA Bahagian Serian Tay Guan Huat, Pengurus Pertandingan dari Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA) Jacqueline George Paou, dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan Abu Zaid Abu Bakar. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik SUKMA XXI Berjalan Lancar

SERIAN: Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 telah berjalan lancar dalam memastikan majlis penyampaian hadiah tersebut lancar menjelang hari perlawanan kelak. Raptai tersebut telah dijalankan di Serian Convention Centre yang juga venue sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak di sini pada petang Jumaat. Untuk makluman, Serian Convention Centre (SCC) telah terpilih dijadikan venue pertandingan sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak pada 21 hingga 24 Ogos 2024. Turut hadir dalam sesi raptai tersebut ialah Setiausaha Majlis Daerah Serian merangkap Pengurus Venue SUKMA Bahagian Serian Tay Guan Huat, Pengurus Pertandingan dari Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA) Jacqueline George Paou, dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan Abu Zaid Abu Bakar. -EDISI UKAS  

Lihat

news

SUKMA XXI: Proses Pendaftaran Atlet, Pegawai 15 Kontinjen Selesai

KUCHING: Kesemua 15 kontinjen yang akan bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 telah selesai melakukan proses pendaftaran atlet dan pegawai pasukan masing-masing. Proses pendaftaran bermula dari 7 Ogos itu dilakukan bertempat di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita. Kontinjen Negara Brunei Darussalam terakhir melakukan pendaftaran hari ini. Mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) bertujuan mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding. Sebarang pertukaran acara untuk disertai atau atlet boleh dilakukan pada mesyuarat ini. - EDISI UKAS

Lihat

news

Program ANMS Peringkat Daerah Simunjan Meriah

SIMUNJAN : Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Simunjan yang diadakan di Dewan Mesra Simunjan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, Agenda Nasional Malaysia Sihat adalah pakej kesejahteraan kesihatan yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai peneraju utama, dengan sokongan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. "Tujuan utama ANMS adalah untuk membudayakan hidup sihat dan memastikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia Madani dalam usaha untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera sepanjang hayat," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut pada Sabtu. Rodiyah juga berharap menerusi Agenda Nasional Malaysia Sihat, masyarakat di sini dapat membudayakan hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat, menjaga kesihatan mental dan melakukan kawalan kesihatan kendiri. Beliau menyeru agar warga Simunjan dan masyarakat dari daerah lain terus membudayakan hidup sihat dengan melakukan aktiviti fizikal, makan secara sihat dan menjaga kesihatan mental untuk mengukuhkan daya ketahanan badan melawan penyakit. Dalam pada itu, Rodiyah juga turut melancarkan Kit Pendidikan Penyusuan Susu Ibu untuk memberikan pelbagai medium dalam penyampaian pendidikan penyusuan susu ibu kepada para ibu sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia diraikan pada 1 hingga 7 Ogos setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memaklumkan, menetapkan matlamat, menggesa dan melibatkan diri dalam usaha melindungi dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang bertemakan ‘#Rapatkan Jurang: Sokong Susu Ibu Sepenuhnya’ yang menekankan kelangsungan hidup, kesihatan, dan kesejahteraan. Terdahulu Rodiyah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris telah melakukan 'flag off' bagi acara Jalan Untuk Sihat ANMS dan seterusnya turut serta dalam acara tersebut. Hadir sama, Pegawai Kesihatan Daerah Simunjan Dr. Joshua Peterson Peter Legi, Ketua Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Lilis Suriani Razali, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd Rizal Zakaria, Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Simunjan Mohd. Raili Jawawi dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Simunjan Bandar Sapian Dubli. -EDISI UKAS  

Lihat

news

Raptai Nyuaka Midul Pekit Gimnastik Artistik SUKMA XXI Lanchar

SERIAN: Raptai Pengawa Nyuaka Midul Pekit Gimnastik Artistik Lumba Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 udah bejalai enggau lanchar dikena nentuka pengawa nyuaka perais nya  lanchar.  Pengawa raptai nya mega udah diatur ba Serian Convention Centre ti mega nyadi palan pekit lumba Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak, kena lemai Hari Lima tu tadi.  Ungkup penerang, Serian Convention Centre (SCC) udah dipilih nyadi venue bepekit lumba Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak kena 21 nyentuk 24 Ogos 2024. Sama bisi datai maya seksyen raptai nya, Sekretari Kaunsil Pelilih Serian ke mega Pengatur Palan Pekit SUKMA Menua Serian Tay Guan Huat, Pengatur Pekit ari Gerempung Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA) Jacqueline George Paou, enggau Pegawai Raban Nembiak enggau Lumba Bagi Menua Samarahan Abu Zaid Abu Bakar. -EDISI UKAS

Lihat

news

SUKMA XXI: Pengawa Ngerijista Atlit, Pegawai 15 Kontinjen Tembu

KUCHING: Bisi 15 kontinjen ke bepekit maya Lumba Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 udah tembu ngerejister bala atlit, enggau pegawai tim sida.  Pengawa ngerejister belabuh ari 7 Ogos ke diatur ba Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita. Kontinjen ari Menua Brunei Darussalam entara tim kepenudi ke ngatur rejister sehari tu .  Ba aum ngerejister diligit (DRM) enggau tuju deka ngenuku bala atlit enggau pegawai tim ungkup 15 kontinjen ke bepekit.  Sebarang pengawa nukar pekit ke dipasuk enggau bala atlit ulih diatur maya aum nya. -EDISI UKAS

Lihat

news

Sarawak Sasar Penternakan Kerbau Meningkat 25 Peratus Menjelang 2030

LAWAS: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) menyasarkan penternakan kerbau di wilayah ini meningkat 25 peratus menjelang 2030. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Sarawak mempunyai Stesen Meragang di sini yang menternak dan mengeluarkan hasil ternakan kerbau terbesar. Menurut beliau, Stesen Meragang kini menempatkan kira-kira 11,000 ke 12,000 ekor kerbau dan jumlah ini disasarkan meningkat kepada 25,000 ke 30,000 ekor menjelang tahun 2030. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Lawas pada Khamis. Pameran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Untuk mencapai sasaran ini, Datuk Dr Abdul Rahman memberitahu Kerajaan Sarawak akan membuat pendekatan untuk menswastakan stesen-stesen penternakan ternakan kerbau di samping ternakan lain seperti lembu dan kambing. Mengulas mengenai perkembangan Stesen Meragang tersebut, beliau memberitahu bahawa kerajaan Sarawak telah memperuntukkan dana sebanyak RM16 juta membina kilang pembuatan keju yang kini 75 peratus siap. Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Datuk Lokman Hakim Ali, Pengarah Jabatan Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Wilayah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Datu Ubaidillah Abdul Latif, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dato Pengiran Jawa. -EDISI UKAS  

Lihat
PertamaSebelumnya2741274227432744274527462747274827492750SeterusnyaTerakhir