Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik SUKMA XXI Berjalan Lancar

Disiarkan pada 10 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS








SERIAN: Raptai Penyampaian Pingat Acara Gimnastik Artistik Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 telah berjalan lancar dalam memastikan majlis penyampaian hadiah tersebut lancar menjelang hari perlawanan kelak.

Raptai tersebut telah dijalankan di Serian Convention Centre yang juga venue sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak di sini pada petang Jumaat.

Untuk makluman, Serian Convention Centre (SCC) telah terpilih dijadikan venue pertandingan sukan Gimnastik Artistik SUKMA XXI Sarawak pada 21 hingga 24 Ogos 2024.

Turut hadir dalam sesi raptai tersebut ialah Setiausaha Majlis Daerah Serian merangkap Pengurus Venue SUKMA Bahagian Serian Tay Guan Huat, Pengurus Pertandingan dari Persatuan Gimnastik Amatur Sarawak (SAGYMA) Jacqueline George Paou, dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan Abu Zaid Abu Bakar. -EDISI UKAS