SUKMA XXI: Proses Pendaftaran Atlet, Pegawai 15 Kontinjen Selesai

Disiarkan pada 10 Aug 2024
Sumber Berita: UKAS


KUCHING: Kesemua 15 kontinjen yang akan bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 telah selesai melakukan proses pendaftaran atlet dan pegawai pasukan masing-masing.

Proses pendaftaran bermula dari 7 Ogos itu dilakukan bertempat di Bilik Asajaya, Hotel Grand Margherita.

Kontinjen Negara Brunei Darussalam terakhir melakukan pendaftaran hari ini.

Mesyuarat pendaftaran delegasi (DRM) bertujuan mengesahkan pendaftaran atlet dan pegawai pasukan bagi 15 kontinjen yang bertanding.

Sebarang pertukaran acara untuk disertai atau atlet boleh dilakukan pada mesyuarat ini. - EDISI UKAS