Showing search result:


Page Title Content/Description Action

news

Sarawak Fokus Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui, Tiada Loji Janakuasa Nuklear

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui dan menolak sebarang kemungkinan untuk menerokai sektor loji janakuasa nuklear untuk menjana tenaga elektrik di negeri itu. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, ketika dunia menyahut seruan penggunaan sumber tenaga mampan dan kurang karbon, tenaga boleh diperbaharui telah muncul sebagai salah satu sumber penjanaan tenaga yang paling cepat berkembang. Menurut beliau, terdapat peluang besar bagi para pelabur untuk menjalinkan kerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi baharu akan bergantung kepada sumber tenaga boleh diperbaharui. "Tidak, kenapa kita perlu ada reaktor nuklear? Kita ada tenaga hidro (bagi menjana elektrik), tetapi jika sektor biomas...ya. "Kekuatan yang pada Sarawak ialah dari sektor tenaga boleh diperbaharui kerana ekonomi dunia sudah beralih ke arah ekonomi yang hijau yang memerlukan tenaga boleh diperbaharui disebabkan oleh perubahan iklim," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Siri Pelaburan MIDA 'Sarawak Unfolding Its Business Potentials' di MIDA Sentral di sini pada Rabu. Premier Sarawak menambah, menerusi kekuatan sumber hidrogen yang dijana dengan lebih kompetitif, Sarawak dan Malaysia amnya boleh pemain utama dalam industri hidrogen dunia. Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Patinggi Abang Zohari memberitahu, dalam jangka panjang, penggunaan tenaga boleh diperbaharui bukan sahaja akan membantu mengekalkan alam sekitar yang bersih dan lestari, tetapi juga akan membawa manfaat ekonomi yang besar kepada Sarawak dan Malaysia secara keseluruhannya. Jelasnya, selain memberikan manfaat untuk alam sekitar dan mengurangkan kesan negatif terhadap perubahan iklim, penggunaan tenaga boleh diperbaharui juga memberikan manfaat ekonomi hijau yang besar. "Seiring dengan keperluan Sarawak yang semakin pesat membangun, kadar permintaan terhadap sumber tenaga juga pastinya akan meningkat. "Perkembangan dari segi permintaan terhadap sumber tenaga elektrik dijangka lebih signifikan bagi menampung pelbagai keperluan perindustrian, domestik, malah juga logistik," ujarnya. Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tan Sri Dato Seri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid. -EDISI UKAS

View

news

SUKMA 2024: Sarawak Deka Nentuka Padang Bol Likun

SIBU: Perintah Sarawak deka nentuka genap padang bol Lumba Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 likun.  Sapit Menteri Nembiak, Lumba enggau Pemansang Orang dagang Sarawak Dato Gerald Jabu madah, tu kena nagang ari peragam penemu ke enda manah ari nengeri bukai ke bisi ngambi bagi ba pekit tu.  “Nyadi tuai kontinjen Sarawak, aku seruran ngabas padang bol tu laban tu mega sebengkah ari fasiliti opis menteri aku.  “Kitai enggai ninga sebarang penemu ke enda manah didinga ari nengeri bukai lalu madah kitai tu enda nyikap padang ke  manah agi ari tu.  “Nyadi kitai udah minta bantu ari Gerempung Lumba Sarawak (SCC) sereta Serakup Main Bol Sarawak mantu matau bala kunteriktor ke bekaul,” ku iya.  Iya madah munyi nya ngagai media sepengudah ngabas padang bol di Stadium Tun Zaidi ditu, kena Hari Tiga.  Berebak enggau nya, Dato Gerald mega madah, pengatur pekit main bol tu deka diatur ba lima venue ke bebida lalu dipelaba nadai sebarang penanggul ke nyadi kelebih agi ngagai mensia mayuh ke rindu main bol. Pekit main bol berengkah 12 Ogos 2024 , lalu diatur ba Stadium Bintulu (Bintulu), Stadium Tun Zaidi enggau Palan Lumba Komuniti Azman Hashim (Sibu), Stadium Mukah enggau Padang MDDM (Mukah).  Ku iya, pekara nya enda mai sebarang penanggul ba renggat kepenudi, ke diatur di Mukah kena 24 Ogos ila.  “Enti sida ke rindu enggau main bol sigi nadai penanggul. “Nyadi, kitai udah ngadang tu nadai mai sebarang penanggul,” ku iya.  Pengawa pejalai gawa Dato Gerald lalu ditangkan ngagai Dewan Main Bola Tampar di Rejang Park, Sibu Indoor Stadium enggau Palan Lumba Komuniti Azman Hashim.-EDISI UKAS

View

news

Tim Cenderawasih Champion Pekit Bermukun Kaul Mukah 2024

MUKAH: Tim Cenderawasih ti ngari ke Gerempung Melanau Miri udah dipadu nyadi champion ba Pekit Bemukun serimbai Kaul Mukah 2024. Sida udah mujur mai pulai perais mata duit RM2000, trofi sereta setipikit penyereta.  Lalu, ba lumur dua penggi tim Warih Melanau ari Kampung Bakong Oya mujur nerima mata duit RM1,000, trofi enggau setipikit penyereta.  Ba penuduk ketiga diempu tim Perantau Seni Mukah, kampung Sungai Alo lalu nerima mata duit RM800, trofi enggau setipikit penyereta. Lalu, ba anugerah khas iya nya fesyen enggau tatarias udah diempu Tim Mukun Budaya Limbang.  Pengawa nyuaka perais udah dipenyadika Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tellian Royston Valentine di Panggau Besai Tapa Kaul, Pantai Kala Dana Mukah, kena Hari Dua tu tadi.  Ba pekit nya, bisi 10 tim datai ari bala Pemekuh Seni Bemukun ari Kuching ngagai Limbang.  Pekit nya udah nerima timbal ke chukup manah sereta dirichah enggau bala temuai ke bisi datai urung 1,000. Sama datai Sekretari Politik Premier Sarawak Fridah Osman, Pemangku Pegawai Pelilih Mukah Peleadzman Ahip enggau Temenggong Hendi Suhai. -EDISI UKAS

View

news

Semua Tanah Diambil Balik Akan Dibayar Pampasan

KANOWIT: Semua tanah yang diambil balik akan dibayar pampasan berdasarkan penilaian dari Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Anyi Jana berkata, dalam Kanun Tanah Negeri Bab 81 dan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan, tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi. Semua tanah yang diambil balik akan dibayar pampasan berdasarkan penilaian dari JTS. Pampasan ini akan dinilai sewajarnya berdasarkan tanaman yang ada, struktur binaan jika ada dan saiz tanah yang terlibat mengikut nilai semasa. "Jadi, pada hari ini Kerajaan akan menyerahkan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Jalan Nanga Kabah, Sekolah Kebangsaan Beguang, Sungai Song, Kapit (Fasa 1)-Sibu Sector sebanyak 79 cek kepada 69 orang penerima dengan jumlah keseluruhan pampasan RM1,665,031.05. "Menerusi inisiatif seperti ini menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa berusaha memberikan kemudahan kepada rakyat agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Jalan Nanga Kabah / Sungai Beguang / Sungai Song, Kapit (Fasa 1) - Sibu Sektor bertempat di Rumah Asay, Nanga Kabah disini pada Selasa. Mengulas lanjut, Kerajaan Sarawak katanya komited memastikan negeri ini kekal di landasan menjadi negeri maju menjelang 2030 seperti dirangka dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030). Hala tuju yang lebih mantap ini akan menambah hasil pendapatan negeri Sarawak sekaligus dapat menambahbaik kemudahan infrastruktur asas di seluruh Sarawak khususnya di luar bandar. Turut hadir pada program itu ialah Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu Sr Mohamad Muazziz Othman, Pegawai Daerah Kanowit Jackline August, Setiausaha Politik kepada Menteri Perpaduan Malaysia Dr. Stephen William dan Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Dennis Bunyam. -EDISI UKAS

View

news

Kumpulan Cenderawasih Johan Pertandingan Bermukun Kaul Mukah 2024

MUKAH: Kumpulan Cenderawasih yang mewakili Persatuan Melanau Miri dinobatkan sebagai johan Pertandingan Bermukun sempena Kaul Mukah 2024. Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM2000, piala serta sijil penyertaan. Naib johan dimenangi oleh kumpulan Warih Melanau dari Kampung Bakong Oya untuk membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula disandang oleh kumpulan Perantau Seni Mukah dari Kampung Sungai Alo untuk membawa pulang wang tunai RM800, piala dan sijil penyertaan. Manakala, bagi anugerah khas iaitu busana dan tatarias dimenangi oleh Kumpulan Mukun Budaya Limbang. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Royston Valentine bertempat di Pentas Utama Tapak Kaul, Pantai Kala Dana Mukah pada Selasa. Dalam pertandingan itu, sebanyak 10 kumpulan yang mengambil bahagian, yang disertai oleh Penggiat Seni Bermukun dari Kuching ke Limbang. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan dan dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 1,000 pengunjung. Hadir sama Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Fridah Osman, Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip dan Temenggong Hendi Suhai. -EDISI UKAS

View

news

Engkilili Tree Planting Ceremony Marks Australian High Commisioner’s Visit To Sarawak Biodiversity Centre

KUCHING: The Australian High Commissioner to Malaysia, Danielle Heinecke made an engaging visit to the Sarawak Biodiversity Centre (SBC) on Wednesday afternoon. This was her final stop in Kuching before returning home to Australia this evening. The tour kicked off by showcasing the garden area, where various plants that can work as remedies and ingredients in products such as hand sanitizers were introduced. Next, Danielle and her delegates were introduced to the algae area, where they were briefed by one of the staff members about the future of the algae bio industry. The highlight of the visit was the tree planting ceremony, during which the Australian High Commissioner successfully planted an Engkilili (Lepisanthes alata), a tropical forest fruit tree native to Borneo, Java, and the Philippines. Following that, SBC’s Research Officer, Margarita Naming, presented Danielle with a gift from SBC’s own product line, Lit Sara, as a token of appreciation before ending the tour. -UKASnews

View

news

Atlet SUKMA Perlu Bersemangat Raih Kemenangan, Tingkat Martabat Sarawak

KUCHING: Atlet-atlet yang berjuang di bawah panji Ibu Pertiwi perlu bersemangat meraih kemenangan dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 demi meningkatkan martabat negeri ini. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, perjuangan ini harus dilakukan tanpa memfokuskan kepada insentif individu semata-mata. Bagaimanapun tegasnya, kerajaan Sarawak tidak melupakan perkara tersebut dan sudah semestinya akan memberi habuan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat pada temasya itu nanti. “Sudah semestinya kita tidak melupakan insentif kalau atlet kita menang, mestilah ada insentifnya untuk pemenang emas, perak dan gangsa tapi pada masa ini kita tidak memberikan penekanan kepada perkara itu. “Saya mahu melihat seseorang atlet itu menang berpandukan perjuangan untuk negeri dan negara bukannya semata-mata untuk mendapatkan imbuhan,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Penaja SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Para SUKMA Sarawak 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Rabu. Dalam majlis tersebut, Dato Sri Abdul Karim yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola Induk SUKMA XXI Sarawak 2024 bersama Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah telah menyampaikan penghargaan kepada 27 penaja dan enam rakan kongsi rasmi yang bersama-sama berusaha menjayakan temasya berprestij ini nanti. Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ‘Chef De Mission’ (CDM) Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Mohammad Razi Sitam, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datu Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Fredrick serta tetamu kehormat yang lain. -EDISI UKAS

View

news

配合2024年砂拉越日举办的“欢乐骑行”,将凝聚各族社区

古晋:为配合2024年砂拉越日,一项轻松欢乐的自行车活动-“欢乐骑行”(FUN RIDE)将于即将来临的7月22日,在民都鲁民事中心举行。  有关活动将于当天清晨6点开始注册,参与者将骑行15 公里。 砂拉越青年、体育和企业家发展部副部长拿督里宾拉玛博士表示,这项“欢乐骑行”活动能够提高来自社会各阶层参与者的生产力和生活质量。  “‘欢乐骑行’对我来说的意义在于它将增强当地社区参与娱乐和运动的文化。这肯定会促进所有参与者之间的团结精神,并突出砂拉越各种族之间的互动精神。”  他今天接受砂公关单位(UKAS)“Juh Randau”专访时,如是透露。 与此同时,负责2024年砂拉越日庆典的砂拉越食品工业、原产业及区域发展部长拿督斯里史蒂芬伦医生预计将受邀出席为“欢乐骑行”主持挥旗礼。  出席专访环节的嘉宾有砂总理署(企业事务、资讯和砂公关单位)副部长拿督阿都拉赛多、砂公关单位总监山姆西蒙以及其他高级官员。-UKAS刊  

View

news

Sarawak To Focus On Renewable Energy Sector, No Nuclear Power Plants

KUALA LUMPUR: The Sarawak government is concentrating on the development of renewable energy sources and dismissing any possibilities of exploring nuclear power plants to generate electricity in the state. Sarawak Premier, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg said that as the world embraces the call for sustainable and low-carbon energy sources, renewable energy has emerged as one of the fastest-growing energy generation sources. He mentioned that there is a significant opportunity for investors to collaborate with Sarawak and expand the clean energy generation sector as all new economic activities will rely on renewable energy sources. "No, why would we need a nuclear reactor? We have hydro energy (to generate electricity), but if it’s the biomass sector...yes. "Sarawak's strength lies in the renewable energy sector because the global economy is shifting towards a green economy that requires renewable energy due to climate change," he said. He made these remarks during a press conference after officiating the MIDA Invest Series - Sarawak Unfolding Its Business Potentials at the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) headquarters here, on Wednesday. The Sarawak Premier added that with the strength of more competitively generated hydrogen, Sarawak and Malaysia in general could become major players in the global hydrogen industry. Earlier in his speech, Datuk Patinggi Abang Zohari mentioned that in the long run, the use of renewable energy will not only help maintain a clean and sustainable environment but also bring significant economic benefits to Sarawak and Malaysia as a whole. He explained that besides providing environmental benefits and reducing the negative impact on climate change, the use of renewable energy also offers substantial green economic benefits. "As Sarawak continues to develop rapidly, the demand for energy sources will undoubtedly increase. "The growth in demand for electricity is expected to be more significant to meet various industrial, domestic, and even logistical needs," he added.  Also present at the event were Sarawak Deputy Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Minister of Investment, Trade and Industry, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Sarawak State Secretary, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Sarawak Deputy Minister for International Trade, Industry and Investment, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Sarawak Deputy Minister for Energy and Environmental Sustainability, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Chairman of MIDA, Tan Sri Dato’ Seri Dr Sulaiman Mahbob, and Chief Executive Officer of MIDA, Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid.-UKASnews

View

news

12 Kumpulan Persembahan, Artis Bakal Gegarkan Perhimpunan Hari Sarawak

KUCHING: Sebanyak 12 kumpulan persembahan dan artis bakal menggegarkan Perhimpunan Hari Sarawak yang akan diadakan di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 22 Julai kelak. Lima kumpulan persembahan ini terdiri daripada Tuku Kame, Kumpulan Kesenian Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sarawak, Akoustik Connexion, Kemada dan Kumpulan Teater. Manakala, tujuh artis terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Bob Yusof, Daus Eli, Melissa Francis, Roxy Ixzy, Chien Ng dan Sulaiman Usop. Sebanyak 16 pengisian persembahan acara telah disusun oleh JKKN Sarawak bagi memeriahkan lagi acara penuh bersejarah ini. Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut dijangka hadir bagi menyerikan perhimpunan tersebut. -EDISI UKAS  

View
FirstPrevious2651265226532654265526562657265826592660NextLast