12 Kumpulan Persembahan, Artis Bakal Gegarkan Perhimpunan Hari Sarawak

Disiarkan pada 18 Jul 2024
Sumber Berita: UKAS









KUCHING: Sebanyak 12 kumpulan persembahan dan artis bakal menggegarkan Perhimpunan Hari Sarawak yang akan diadakan di Lasar Kenyalang, Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 22 Julai kelak.

Lima kumpulan persembahan ini terdiri daripada Tuku Kame, Kumpulan Kesenian Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sarawak, Akoustik Connexion, Kemada dan Kumpulan Teater.

Manakala, tujuh artis terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Bob Yusof, Daus Eli, Melissa Francis, Roxy Ixzy, Chien Ng dan Sulaiman Usop.

Sebanyak 16 pengisian persembahan acara telah disusun oleh JKKN Sarawak bagi memeriahkan lagi acara penuh bersejarah ini.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang turut dijangka hadir bagi menyerikan perhimpunan tersebut. -EDISI UKAS