Showing search result:
| Page | Title | Content/Description | Action |
|---|---|---|---|
|
news |
Projek EcoBrick Terbesar Miri Sasar Guinnes World Record |
MIRI: Projek Sumbangan EcoBrick Terbesar Dalam 24 Jam yang akan diadakan di Miri menyasarkan untuk melakar nama dalam Guinness World Record. Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata projek ini merupakan inisiatif unik yang melibatkan seluruh komuniti, termasuk pelajar, guru, ibu bapa, dan pihak sekolah SJKC Chung Hua Tudan. “Projek ini bertujuan mengurangkan pencemaran plastik, meningkatkan kadar kitar semula, dan mengurangkan penggunaan ruang tapak pelupusan. “Selain itu, pelan untuk membina ‘Tembok Hijau Miri’ mampu memberi kesan jangka panjang kepada kesedaran alam sekitar dan menarik pelancong ke Miri,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini pada Khamis. Percubaan rasmi Guinness World Record ini dijadualkan berlangsung pada 11 dan 12 Januari ini. Ketika ini, Pengerusi Persatuan Peniaga Barang Terpakai dan Kitar Semula Miri, Bryan Chia Sak Chan dan pasukannya telah bekerja keras selama beberapa tahun untuk memastikan kejayaan percubaan ini. Dato Sri Lee juga berharap agar projek ini dapat mengukuhkan status Miri sebagai bandar hijau yang mempunyai tiga pengiktirafan antarabangsa termasuk dua pengiktirafan UNESCO dan satu rekod Guinness. “Projek ini bukan sahaja akan mempromosikan konsep hijau kepada komuniti, tetapi juga berpotensi menarik pelancong asing dalam jangka masa panjang. “Kita sedang mempertimbangkan untuk membangunkan EcoPark menggunakan bahan kitar semula, yang boleh menjadi ikon pendidikan alam sekitar dan projek mampan yang selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),” ujarnya. Hadir sama Pro Vice Chancellor Curtin, Professor Simon Leunig dan Bryan Chia.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Projek Bebuling Agropark Bakal Mula Pembangunan Tahun Ini |
SPAOH: Bebuling Agropark, projek pembangunan pertanian seluas 300 hektar di Spaoh, dijadualkan memulakan pembangunannya tahun ini. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan bahawa enam syarikat besar telah menyatakan minat untuk menyertai projek ini. “Syarikat-syarikat ini adalah pelopor pertanian moden dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bidang kepakaran mereka termasuk penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, serta penternakan ayam dan udang kara,”katanya dalam satu majlis penyerahan bantuan baja di sini pada Jumaat. Beliau menambah, tiga syarikat akan dipilih untuk menjadi “syarikat anchor,” dengan peranan membimbing petani kontrak serta menyediakan bahan penanaman dan pembiakan. Datuk Amar Douglas yakin projek ini mampu menjadi pemangkin perubahan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani. “Pertanian moden berasaskan teknologi akan menjadikan kerja-kerja pertanian lebih mudah, produktif, dan menguntungkan. Kami mahu petani meningkatkan pengeluaran untuk menambah pendapatan mereka. Generasi muda juga perlu lebih responsif terhadap pendekatan pertanian moden ini,” ujarnya. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu turut berkongsi visi untuk menjadikan kawasan Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan utama di Bahagian Betong. Sebagai sokongan, sebuah pusat pengumpulan, pemprosesan, dan pembungkusan sedang dibina berhampiran Bebuling STOLport yang juga dalam pembinaan. “STOLport ini akan memudahkan pengangkutan hasil tani ke pasaran dengan lebih pantas,” jelas beliau. Dalam majlis itu, sebanyak 2,988 beg baja bernilai RM500,000 diagihkan kepada 249 pekebun kecil dari 65 rumah panjang dan kampung di kawasan Spaoh, Bukit Saban, Debak, dan Betong.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sejambak Kasih Programme: Sarawak's Commitment To Welfare |
SIBU: The Sejambak Kasih programme underscores the Sarawak Government's commitment to safeguarding the welfare of the underprivileged. Minister for Women, Early Childhood and Community Wellbeing Development (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah highlighted the programme's goal of bringing joy to monthly aid recipients from the Sarawak Social Welfare Department (JKMS) during the festive season. “The Sarawak Government ensures that no one is left behind. “This is our commitment to safeguard their welfare,” she said during the event held at a hotel here today. Additionally, Dato Sri Fatimah announced that all attendees of the event received hampers alongside RM100 ‘angpau’. For those unable to attend, the amount will be credited directly to their accounts. According to her, there are 8,135 Chinese monthly aid recipients in Sarawak, with 1,819 based in Sibu. In 2024, a total of 56,044 monthly aid recipients were recorded, amounting to RM258,491,300 in financial assistance. Also present during the event were representative of the Federal Minister of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), Councillor Paul Teo, Deputy Director of the Sarawak Social Welfare Department, Norhayati Abdul Rahman, representative of the Sibu Resident, Sharifah Lailatul Mubarakah Wan Lili, and Sibu District Officer, Wee Teck Min. -UKASnews |
View |
|
news |
Batang Maro Cooperative Officially Launched, Aiming For Economic Growth |
BATANG MARO: The Batang Maro Cooperative, specialising in coconut-based products such as coconut milk and kerisik, was officially launched today in a ceremony at Kampung Batang Maro. Beting Maro Assemblyman, Razaili Gapor urged the community to maximise the use of available facilities to streamline operations and boost community income. “I hope the residents of Batang Maro will develop their socio-economy to generate income for their families. “I also hope that the Batang Maro Cooperative will generate profits to be distributed among its members,” he said during the launching ceremony. Razaili stressed the importance of collaborating with relevant agencies to support the growth and success of cooperatives in Beting Maro. Additionally, he announced plans to organise the Karnival Beting Maro this September in Beladin, providing a platform for local cooperatives to showcase and market their products. He also proposed a competition for cooperatives in Beting Maro to encourage them to expand their operations and contribute significantly to socioeconomic development. For the record, Razaili has allocated nearly RM1 million to establish the cooperative and a collection centre, with 50 Kampung Batang Maro residents already registered as members. -UKASnews |
View |
|
news |
Sarawak Launches Three New NADIs In Sibu |
SIBU: Three National Information Dissemination Centres (NADIs) located in Teku, Pelawan, and Salim in Sibu have been completed and officially launched today. According to Minister for Utility and Telecommunication (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi, Sarawak now has 156 operational NADIs statewide, with 23 new centres approved by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) last year. “The establishment of these 23 new NADIs across Sarawak aims to strengthen Sarawak's information and communication technology (ICT) infrastructure, particularly in rural areas,” he said during his offficial working visit to NADI in the Sibu Division. Dato Sri Julaihi added that NADI not only provides high-speed internet access of up to 800Mbps but also offers ICT training to the local community, focusing on B40 students. “At NADI Teku, 60 per cent of registered users are students, while the remaining 40 per cent are local residents. “This reflects the positive reception from the community, particularly among school students,” he added. Each NADI is equipped with 10 laptops, and users can also bring their own devices to utilise the facilities provided. Dato Sri Julaihi expressed hope that such facilities would drive digital transformation in Sarawak, making the state more competitive nationally and internationally. Also present were MUT Deputy Minister, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi, Deputy Minister for Public Health, Housing and Local Government, Datuk Michael Tiang Ming Tee, and Sibu Division Resident, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman. -UKASnews |
View |
|
news |
Batang Lassa Bridge Becomes Key Alternative To Muara Lassa Ferry Service |
PULAU BRUIT: The Batang Lassa Bridge has now become the main transportation lifeline for residents around Daro district and Pulau Bruit, providing a vital link across the Batang Lassa River. According to Deputy Minister of Infrastructure and Port Development, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, local residents are already reaping significant benefits from this new facility, which not only speeds up travel but also opens up greater economic opportunities. "I would like to express my gratitude to all the elected representatives, especially those in the coastal areas, who have fought for the construction of the bridge and road networks to connect these areas with other regions since 2014. "This is the proof that the requests and struggles of the elected representatives nearly 10 years ago have now become a reality," he said when met by reporters during the Pre-Launch Ceremony of the Muara Lassa Bridge here, on Thursday. Earlier, Datuk Ir. Aidel represented the Deputy Premier of Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas in officiating the event. Meanwhile, he explained that with the completion of the Batang Lassa Bridge, the Muara Lassa Ferry service has officially been discontinued after operating for several decades. Nevertheless, he did not rule out the possibility of the ferry service being used in other areas, particularly along the Batang Paloh and Batang Igan routes which could potentially face congestion especially during peak hours. "Traffic is expected to concentrate on both ferry routes (Batang Paloh and Batang Igan). "Therefore, I urge the Public Works Department (JKR) to consider adding more ferries at Batang Paloh and Batang Igan to accommodate the increasing demand for transportation. "Both bridges are also currently under construction and will be completed soon,”he added. Also present at the event were Deputy Minister in the Sarawak Premier's Department (Corporate Affairs, Information and UKAS) and Semop Assemblyman, Datuk Abdullah Saidol, Member of Parliament for Igan, Ahmad Johnie Zawawi, Tanjong Manis Member of Parliament, Yusuf Abd Wahab, Daro Assemblyman, Safiee Ahmad, Permanent Secretary to the Sarawak Ministry of Infrastructure and Port Development, Datu Chiew Chee Yau, JKR Sarawak Director, Dr. Cassidy Morris, and Mukah Division Resident, Datu Kueh Lei Poh. -UKASnews |
View |
|
news |
Pengamal Media Diseru Bantu Kekang Penyebaran Berita Palsu |
KUCHING: Pengamal media di Sarawak diseru membantu mengekang penyebaran berita mahupun maklumat palsu terutamanya di media sosial. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, kemajuan dalam bidang digital dan telekomunikasi memberi ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyalahgunakannya, lebih-lebih lagi dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI). Tegasnya, pengamal media harus peka dengan berita di media sosial, dengan membuat laporan segera bagi mengelakkan rakyat terpedaya dengan berita palsu. “Seseorang perlu menegaskan perkara ini, kerana jika tidak, orang tidak akan tahu. “Mereka benar-benar menyangka saya ada menjual produk yang sebenarnya tidak wujud dan perkara-perkara ini dijangkakan akan lebih kerap berlaku. “Jadi, setiap seorang daripada anda mesti melaporkannya dan menyorotkannya selalu,” jelasnya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Media sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025 di sebuah hotel di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Datuk Amar Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak menggalakkan pengamal media supaya memanfaatkan sepenuhnya teknologi AI untuk meningkatkan kualiti penulisan laporan berita. Hadir sama, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Dr Penguang Manggil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Ir Lo Khere Chiang, ADUN Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Tan Kai. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Sarawak Teguh Pertahan Prinsip Federalisme & Hak MA63 |
KUCHING: Sarawak terus komited dalam mempertahankan prinsip-prinsip federalisme yang menjadi teras kepada pentadbiran negara ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata, sebagai salah satu rakan pengasas yang membentuk Malaysia, Sarawak memainkan peranan penting dalam memastikan keseimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan negeri-negeri, serta memastikan hak-hak yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus dihormati. Tegas beliau, Sarawak akan sentiasa memperjuangkan hak dan autonominya demi kesejahteraan rakyat serta memastikan wilayah ini kekal sebagai sebahagian daripada tonggak kejayaan Persekutuan Malaysia. "Dengan memegang teguh prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan hak serta tanggungjawab yang diberikan, Sarawak bukan sahaja memastikan masa depannya terjamin, tetapi juga memberi sumbangan kepada kemakmuran bersama Malaysia,"katanya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanatnya yang memfokuskan tentang federalisme dari perspektif Sarawak, di Majlis Makan Malam Gala Sempena Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2025 di salah sebuah hotel terkemuka, di sini pada Jumaat. Dalam pada itu, Datuk Patinggi Abang Zohari menambah, Sarawak kekal memegang kuasa penting dalam bidang utama seperti tanah dan sumber asli, manakala Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap urusan yang lebih besar, termasuk pertahanan dan dasar luar negara. Pembahagian kuasa ini katanya, mencerminkan bahawa sistem federalisme Malaysia dibina atas asas kerjasama harmoni, yang mana kedua-dua kerajaan pusat dan negeri beroperasi secara seimbang, tanpa ada pihak yang lebih berkuasa, demi mencapai matlamat bersama. Jelasnya lanjut, Sarawak mengimpikan sebuah persekutuan yang mana perpaduan dan kepelbagaian dapat hidup secara harmoni, dengan kekuatan setiap negeri memberi sumbangan besar kepada kejayaan negara secara keseluruhan. "Fokus utama Sarawak adalah kepada pembangunan mampan, tenaga boleh diperbaharui dan inisiatif hijau, yang selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi peneraju global dalam bidang-bidang ini. "Dengan memanfaatkan sumber-sumber secara bertanggungjawab dan menggalakkan inovasi, Sarawak bertekad untuk menjadi contoh kemajuan dalam persekutuan, sambil memacu perkembangan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar,"ujar beliau. Hadir sama di majlis tersebut ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Peguam Negara Malaysia Dato' Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Besar Negeri Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soh, Pengarah Mahkamah Negeri Sarawak Steve Ritikos, Pengarah Mahkamah Negeri Sabah Marutin Pagan, Presiden Persatuan Peguambela Sarawak Gurvir Singh Sandhu serta dif-dif kenamaan lain. -EDISI UKAS |
View |
|
news |
Pendidikan Jadi Fokus Utama di Saribas |
BETONG: Pendidikan terus diberikan keutamaan di kawasan Saribas selaras dengan komitmen kerajaan untuk membentuk generasi muda yang cemerlang dan berdaya saing. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menekankan betapa pentingnya pendidikan sebagai tunjang utama pembangunan masyarakat dan negara. Justeru katanya, kerajaan akan terus melabur dalam sektor ini kerana pendidikan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan. “Pendidikan adalah kunci kepada kemajuan negara. Kita akan terus berusaha memastikan setiap sekolah di Saribas mendapat sokongan dan kemudahan yang diperlukan untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing,” katanya semasa merasmikan Majlis Persaraan Guru SK Bungin di Dewan SK Bungin, Spaoh, pada Khamis. Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan akan terus memberikan perhatian kepada keperluan sekolah-sekolah di kawasan Saribas dengan menyalurkan bantuan secara saksama berdasarkan keperluan semasa setiap sekolah. “Kami berkomitmen untuk memastikan pendidikan di Saribas terus berkembang dengan baik, sesuai dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini. “Kemudahan pendidikan yang berkualiti akan terus ditambah baik untuk manfaat semua pelajar,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas. Beliau juga mengakui cabaran yang dihadapi pendidik dalam era teknologi namun menegaskan bahawa guru masih memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda. Kerajaan katanya akan terus menyokong usaha guru dalam menyesuaikan diri dengan perubahan dan memastikan pendidikan di Saribas kekal relevan. “Kita mahu memastikan setiap anak-anak di Saribas mendapat peluang yang sama untuk berjaya. Mereka adalah aset yang paling berharga bagi masyarakat dan negara,” tambah beliau.-EDISI UKAS |
View |
|
news |
Premier Sarawak Hadir Forum Ekonomi Malaysia 2025 |
KUALA LUMPUR: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg merupakan antara pemimpin utama yang menghadiri Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025) di sini, pada Khamis. Forum yang dirasmikan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu merupakan platform untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025. Acara tahunan yang dianjurkan Kerajaan Malaysia itu berperanan mengenalpasti kemajuan inisiatif Kerajaan selain menetapkan neratif untuk tahun-tahun akan datang. Forum itu turut menghimpun pelbagai pakar termasuk pengubal dasar, ahli ekonomi, korporat dan pelabur dari dalam dan luar negara Selain daripada itu, forum juga melibatkan Menteri kabinet yang berkongsi pandangan mereka terhadap potensi ekonomi negara ini. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri kabinet dan dif-dif kehormat yang lain.-EDISI UKAS |
View |
| FirstPrevious1911191219131914191519161917191819191920NextLast |